Thursday, June 30, 2011

ooo abah wehhhh

ni kali pertama abah masuk spital..sbb eksiden tangan... hampir2 meragut nyawa jugak... 2 minggu kt ICU hospital kuantan...


abah, along pon da nak bersalin tu... abah tanak tgk ke cucu perempuan pertama... bangunlaa bah... pleaseeeee



Tuesday, June 28, 2011

bosan

bekerja dgn n*h**jin bongok ni adalah amat membingungkan... aku mcm benci btoi dgn keje aku skrg.. deal mende2 bangang dari org yg bangang dan menyusahkan semua org.. pastu berlagak pandai... wtf(welkam to fesbuk)...

goshhhhh hari2 rasa mcm benci nak bukak emel.. sbb hari2 akan ada escalation yg bodoh yg rasanya tak perlu nak escalate tapi konon2 dorg ni bangsa yg agung.. so kene escalate gak... arghh asshole btoi.... headcount.. mmg short laa... segalanya nak sesegera... tanpa error... budusss duss dusss.. pastu tanak admit salah sendiri... apakahhhhhhhhhh

Tuesday, June 21, 2011

kisah seram ku ini

kisah benar ini terjadi pada kelmarin ketika saya dan keluarga menemani abah di hospital ampang puteri.

di tengah malam kira2 jam 11 lebih saya memutuskan untuk pulang ke rumah sewa, memandangkan tiada tempat tidur yg boleh saya tiduri di wad... lagipun badan2 saya sgt letih dan memerlukan tempat yg sedikit selesa..

saya memarkirkan kereta di ruangan letak kereta berbumbung di tingkat LG. perlahan2 saya atur langkah menuju ke service lif kerana lif lain sudah tidak berfungsi lagi di luar waktu melawat.. lif turun ke tingkat dua.. masuk sebuah keluarga di dalam lif itu, kelihatan mereka sungguh gembira menyambut kelahiran cahayamata.

si bapa tersengih2 sambil berbual dengan si kakak/adik perempuannya.

'kamu ingat tak dialog citer karak,encikk ada nampak emak saya tak??'
sambil bergelak ketawa mereka berciter mengenai cerita seram karak.





kami semua mengatur langkah keluar pabila lf sampai ke tingkat G, Namun begitu saya masih terpinga2 kerana bingung memikirkan dimanakah saya memarkirkan kereta saya... jenuh berfikir saya kembali ke lif dan menekan butang LG..





setibanya di pintu keluar masuk, saya kembali bingung apabila mendapati pintu keluar masuk sudah dikunci.. dalam hati bukan main resah skali kerana bingung bagaimana mahu keluar dr situ... saya termangu di hadapan sebuah bilik agak lama juga... selepas itu saya menapak menuju bilik purchasing namun tiada sesiapa disitu.. saya kembali ke hadapan bilik yg sama sambil berfikir... setelah itu saya ibarat mendapat idea untuk keluar dr pintu di level G kerana tak mungkin ada sesiapa yg boleh membuka pintu di LG tersebut.





saya mengatur langkah ke servis lif dan menekan butang, servis lif ini panjang kerana digunakan untuk membawa pesakit ke mana2 tingkat... sementara menunggu lif turun saya melempar pandangan di hadapan bilik yg saya berdiri lama.. alangkah terkejutnya saya kerana mendapati bilik itu adalah BILIK MENYELENGGARA MAYAT.. darah terus berderau naik ke muka... saya terus mengubah pandangan dan memandang pintu lif sahaja. terasa lega sekali apabila mendengar suara org bercakap2 di dlm lif itu, oh mungkin ada nurse yg turun kebawah.. getus hati kecil saya. namun terbukanya pintu lif saya menjadi lebih terkejut.... plinggggg lif itu adalah kosongggg... saya cepat2 masuk lif dan menekan butang G dan terus menundukkan pandangan... setibanya di G saya cepat2 mengatur langkah menuju kembali kereta yang diparkir di belakang bilik menyelenggara mayat itu.. sedang saya membuka pintu kereta kelihatan seorang wanita berjalan dengan laju menuju ke sebuah CRV yg terparkir selang 3 kereta dengan saya.. kelihatan wanita itu mengerling ke arah saya dan menstart enjin kereta dan beredar dengan tergesa2.. kelihatan beliau masih menjeling ke arah saya ketika keretanya melepasi saya..





saya terus memandu pulang ke rumah sewaan saya.. setibanya dirumah, saya terlalu letih untuk mandi, lantas menukar baju tidur dan terus terbaring di atas katil.. sebelum terlelap, saya ada berbalas2 mesej di facebook mengenai bilik menyelenggara mayat.. sedang terlalu mengantuk saya meletakkan blackberry saya di sebelah.. bilik sudah digelapkan. namun secara tiba2 blackberry saya menayangkan sebuah kisah seram, terkejut dengan sitasi itu ( kerana BB saya tidak boleh memuatturun page youtube sepanjang kari) saya lantas menekan butang 'kembali' namun tiada apa yg berlaku.. BB saya keras sepanjang 10 minit.. cuma apa yg boleh saya lakukan adalah dengan memperlahankan bunyi tersebut.. saya hampir menghempaskan BB saya kerana tidak mampu untuk menutup ruangan youtube itu dan juga gagal untuk mencabut bateri... selepas kira2 10 minit barulah BB saya kembali seperti sediakala..





jam menunjukkan pukul 2:30 pagi. saya lantas memejamkan mata, namun imaginasi pintu bilik di hospital itu terus mengganggu lena saya..dan saya seolah2 berada di satu alam yg lain dan bukan di dalam bilik sendiri... sedang hammmpiiirrr nak lena secara tiba2 katil saya seperti dilanggar sesuatu.. saya terus terjaga dari lena.. mencelikkan mata dan tiada apa yang kelihatan.. saya semakin resah dan gelisah.. lantas membaca ayatul kursi dan surah 3 qul.. bacaan saya tersekat si surah an-nas, saya seperti terlupa surah tersebut.. lantas membaca auzubillahiminassyaitonirrajim sebanyak 3 kali dan mula membaca surah an-nas.. setelah agak tenang saya kembali memejamkan mata... namun tidak lama selepas itu kedengaran bunyi guli jatuh di atas lantai seperti di tempat umi di SSI.. pada mulanya ibarat 3 biji guli yang jatuh, hati yg berdebar ini kembali membaca ayat kursi.. sehabis ayat itu dibaca sebanyak entah berapa kali bunyi guli yg sangat kuat kembali kedengaran sebanyak 2 kali dan keadaan menjadi senyap seketika.. saya mencelikkan mata.. saya bingkas menuju ke bilik air dan mengambil air sembayang... selesai wudhu dan solat, saya membiarkan bilik terang benderang dan kembali tidur.. alhamdulillah tidur menjadi lena...





dan pagi itu saya berjanji untuk datang di hospital jam 6 pagi namun saya terlajak tidur.. dan saya menjadi sangat2 letih... sehingga hari ini, bahu2 saya menjadi lenguh dan sakit2....





sekian, pengalaman misteri saya



Thursday, June 2, 2011

cerita untuk kak kiah

kehadapan the kiah gang.

apakah khabar kak kiahs di sana?
saya harap kak kiahs sihat walafiat di 1mk..
baru beberapa jam kita berpisah kak kiahs, namun hati ini sudah merindui kalian.. lebih2 lagi apabila panggilan telefon dr faiz sejurus selepas saya meninggalkan pejabat menambahkan lagi kerinduan terhadap DAF2 yg ada.

kak kiahs,
disini saya ingin menceritakan pengalaman saya di PKNS sebentar tadi.
pada mulanya saya merayap mencari baju yang sesuai untuk menghadiri majlis perkahwinan sara-utin.

pergi ke kedai pertama. saya mencuba sepasang kurung berwarna ungu lembut... mcm yg saya pakai ketika menghadiri kenduri mazman dan koe...cuma maniknya berbeda..dan harganya agak mahal, rm200++... owhh tidakkkk... kemudian saya memusing mencari baju sama ada ungu lembut mahupun pink..sampai di satu kedai yang menjual baju2 klasik spt kebarung dan kurung riau... series cantikkkkkk... harga pon kire ok laa kut rm190.. memang ada saiz saya... saya cuba namun saya tidak kelihatan cantik dalam kurung riau itu.. kemudian saya pon berpusing ke satu kedai yang lain.. ada satu kedai yang menjual baju yg sangaattttt cantik namun pada ketika itu sudah ramai pelanggan... jadi saya menangguhkan hajat untuk menyinggah ke kedai itu ndan berjanji akan datang lagi selepas ini...

saya meneruskan tawaf pusingan kedua dan sampai di sebuah kedai adik manis....wahhh bajunya adalah cantik dan murah iaitu rm100... namun saiznya kecil sedikit dr saiz selesa saya.. menyarungnya cuma muat2 dan ada ruang SIKIT aja(tanpa menanggal baju yg sedang saya pakai ketika mencubanya)wahh mmg within budget namun hati menahan untuk merembatnya

saya meneruskan tawaf di tingkat 1 PKNS pula... masuk ke butik kesukaan iaitu PEACE.. namun tiada baju yg mentarik hati ini.. terlalu kecewa lantas saya meneruskan mentawafan kali ke 3 di tingkat bawah.. kagum bukan dengan kuasa shopping... sanggup berpusing selama 3 kali demi mencarik sepasang baju...pusingan kali ke 3 tidak membuahkan hasil....penjaga2 kedai yg dikunjungi sebentar tadi sudah tidak endahkan diriku lagi...

terlalu kecewa.. saya mula menyalahkan diri kenapa tidak berdiet secara extreme lagi... kan da susah mencri baju... melayan kecewa, saya memesan semangkuk laksa dan teh ais..... owhhh sedapnyaaaaa.. selesai menjamu selera saya kembali meneruskan pencarian ini.. gigih lagi ni.. saya masuk ke sebuah kedai.. tadi kedai itu ditutup seketika kerana akak penjaga pergi solat... saya membelek2 sepasang kurung berwarna ungu lembut...hurmmm cantik, tapi kurang berkenan bila ia menyaluti tubuh saya... nampak kulit saya gelap dan tidak berseri.. akak pekedai mengajukan sepasang kurung pink.. warnanya seperti warna kurung cik faridah dr JB itu... hurmm saya teruja kerana saya sudah boleh menyarung saiz L namun saya lebih mensukai XL kerana lebih selesa n boleh memakan sebanyak mungkin ketika kenduri... pabila bersetuju saya meminta akak tunggu sebentar sementara saya pergi mengeluarkan wang..

sepanjang perjalanan ke mesin ATM saya berfikir, kenapa saya nak amek warna ungu itu sedangkan saya sudah punya byk baju berwarna ungu... tambahan pula, ungu itu tidak sesuai dgn warna kulit saya.. lantas saya memutuskan untuk mengambil warna pink yg sama dengan cik faridah dengan harapan saya akan kelihatan lebih jelita berbanding beliau...

selesai urusan jual beli saya pon menghampiri kedai akak yg saya janji nak dtg kembali (sila refer cerita font kaler merah itu)... dan OMG, ada sepasang kurung berwarna pink sama dgn saya beli namun mempunyai manik, corak dan rekaan yg terlalu cantikkkkkkk... sampai saya berfikir, kalau saya pakai ketika kenduri, mungkin saya akan lebih cantik berbanding perantin...ooo emmm jiiiiiiiii... air mata berjuraian gugur ke hati.. saya bertanyakan kepada akak cantik penjaga kedai mengenai harga kurung itu... pedih hati ini menerima hakikat yg kurung cantik itu berharga rm200.... syaitan merasuk jiwa menyuruh saya memejam mata dan membelinya namun hati ini menyabarkan saya, sabar jaja... ko nak pakai duit lagi ni... esok nak jalan jauh... sabar eakk... dengan kaki yg berat saya melangkah keluar dr kedai itu dengan azam yg saya takkan reveal kepada sesiapa mengenai lokasi sebenar kedai terbabit...

saya mencapai telefon merah dan mendail no faridah..suara menjadi serak pabila menceritakan hal ini kepada beliau.... saya pasrah, dan terpaksa memberi laluan kepada cik faridah berpakaian cantik di hari kenduri.. setibanya di kota damansara, saya dengan hati yg sebu memandu menuju carrefour yg kurang pengunjung dan membeli sepasang lagi kurung untuk kenduri jimi.. giler takkk???? mmg giler pon... kali ini saya membeli warna putih pula kerana cuma warna putih yg ada saiz.. hahahahahha

sekian update dari saya untuk tatapan kak kiahs di sana...
ada peluang saya akan update lagi...
selamat tinggal kak kiah ku sayam


hati berkecamuk

dalam hati ni ada satu rasa...
satu rasa yg perit...
yg susah nak diungkap dgn kata2...

makin dimakan hari,
rasa itu semakin menyakiti...
buat endah tak endah pon sakit..
amek tau pon sakit gak...

SABAR...
cuma yg mampu aku katakan kepada diri sendiri,
bersabarlah jaja, kerana Allah telah merencana sesuatu untuk masa depanmu..

insya Allah