Tuesday, March 31, 2009

the journey (MALAYSIA)

seperti mimpi aja... jaja bal mas dan zufar da kembali ke tanahair tersayam... 8 minit sebelum mendarat jaja terimbas kembali sepanjang perjalanan dari oita-fukuoka-kansai-kl.

3:30- 3:50 pagi (Oita Stesen)
kelihatan hiruk pikuk mas dan kawan2nya berkumpul di oita stesen.. jaja bal dan pelajar2 oita yg lain pon turut serta.. mereka berkumpul untuk kali terakhirnya dan bergambar bersama... suasana pilu gembira dan segalanya berkumpul menjadi satu.. jaja memandang wajah2 mereka dengan rasa yg haru biru.. namun dia masih mampu bergelak ketawa..bal sudah menumpahkan sedikit mutiara di pipinya.. sabar jaja sabaaarrrr...

mereka bersalam2an.. terima kasih semua kerana sudi menghantar untuk kali terakhir.. namun dalam byk2 pesanan yg diterima cuma pesanan pekan de lejen jek yg betul2 berkesan..
"balik nanti terus tukar mentaliti... basuh berak pakai air jgn pakai tisu dah ."
ampeh btoi pekan....

terima kasih untuk kalian semua.. terima kasih.. dalam2 byk2 manusia yg ada didunia ni.. bertemu dengan kalian merupakan perkara berharga dalam hidup ini.... terima kasih sangat2.. kalian berusahalahh yaaa

setibanya di fukuoka (bersambung entah biler... payah btoi laa pakai kibod melesie ni)

Saturday, March 28, 2009

a trip to remember (asou)

okeh... tukar style citer laks... kali ni da byk sgt entry bergambar.. meh ai taip sikit laa kan ayat2 cinta kat sini... seblom pulang dan seblom blog ni tak berapdet dgn lamanya...
begini kisahnya : kitorg buat plan nak membawak zufar n famili n pekan n famili ke gunung berapi asou.. asou ni terletak di banjaran antara oita dan kumamoto..kepada yg tatau psl ni sila gugel sendiri yaa.. so pada hari jumaat yg agak bz ni kitorg pon memulakan perjalanan menuju ke asou...

so ini adalah padang rumput luas di hadapan aso volcano museum.. kawasan kt sini adalah luas dan saujana mata memandang.. so di tengah2 kelapangan padang ni terdapat 3 org makhluk di angkasaraya...yg di tengah2 berbaju putih tuh korg tau kan..tuh adalah bal.. yg di sebelah kanan tuh adalah razzi..junior baru.. ehhh yg sebelah kiri tuh sapa lak??? haaaaaa....majideee... ZUFAR ke tuh?? kenapa nampak kurus erhh
the lubang hidungs......
ni keje zufar tau..
haaaaaaaaaaaaaaaaa.....makan ati taw... ni tgh posing ala2 oguri shun budak ini... da bleh jadik model of the year... blom laie die makeover pakai ala2 winter sonata.. mau makan ati kak fuza tgk student die make over...
gadis gunung berapi...ceewahhhh.. kami masih di padang rumput tersebut

so kitorg bleh mendaki kawasan gunung tuh untuk mendekati kawah gunung berapi ini.. terdapat beberapa pilihan untuk mendaki gunung ni.. bleh berjalan kaki atau menaiki gondola atau menaiki kenderaan dan berbasikal.. so kitorg pon mendaki menaiki kenderaan.. nak jalan kaki?? jgn harap laa kan.. so cuaca mmg mendung dan asap berkepul2 naik ke udara.. gunung berapi ni masih aktif dan bleh meletop bebile masa.. air kawah die kaler ijau.. cantik gak laa... tapi kalo tercelup jari kt sini mesti tulang korg rentung...
dan disini mereka melompat laie....
close up bal di kepulan asap gunung berapi.. owhh yaaa kat sini org yg ada masalah pernapasan taleh mendekati kawasan kawah.... tapi aku selamba jeks g dekat..
kak fuza: terimalah pic murid akak ni... amacam..lihatlah yg beliau selamat di tangan kitorg kt sini...
kemudian kitorg tukar lokasi ke kawasan tinjau di apatah namanya.. di atas bukit.. masa ni matahari da muncul..so suasana dan persekitaran nampak lebih oversea... hahaha tahpape nyer ayat
kak fuzaaaaaaaaaaa..... tgk bal ni..die ngurat student akak... hahahahhha
tahpape
kami
kak lina n nuhana...masa ni nuhana tgk fokus kt kamera peyek...

Friday, March 27, 2009

pictaz graduation (saki baki gambo)

saki baki gambo

jaja dan bal


jaja dan pakcik stesen keretapi


jaja dan kastemer kedai ruti dr portugal..


jaja dan aweks satu lab


mas, dob, adik razi, jaja dan bal

Wednesday, March 25, 2009

pictaz graduation (edisi 3 selepas majlis)

selepas ceremony.. selepas ni majlis kecil2an di tempat yang berbeza dibuat ikot fakulti.. sementara tuh berlegar2 sambil amek gambo dgn kawan2

mas dikelilingi jejaka2 ensem


azim, mak azim, bal, jaja, makcik zufar, ayah azim, ayah zufar, mak zufar, mas dan zufar


jaja,akak uranai, bal, mas


mas, dob, razi, jaja, bal

pictaz graduation (part 2 dlm dewan)

haaa ni kitorg da kene halau masuk dewan.... tawon ni seperti tawon2 sebelumnya graduation ceremony dibuat di ichiko grand theatre, oasis tower...


bal, mas, kawan zufar, zufar, azim, tomozoe


kuni ensem, mas, tatau, bal


part paling menarik.. saat pengumuman penganugerahan graduasi.. sumer kamera fokus kt dekan


tsuruta the comel


hotties from fakulti elektrik


nyam nyammmm sedapnyaaa

pictaz2 graduation (edisi seblom masuk dewan)

hari ini kitorg graduate... yeayy tahniah utk kitorg...

muka di waktu pagi di dalam densya (keretapi) yg sendat


para pelajar yg cantik berkimono


pakwe baru jaja berkimono lelaki *kak fuza igt tak mamat ni?*


jaja dan bal

tomozoe, bal, dan zufar


soalan : kenapa jaja laie tinggi dr zufar??


yeayyy pic curik... nyum2 ensemnyerrr

Tuesday, March 24, 2009

konvoooooooooooooooooooooooooo....
nantikan pic dr saya yaaaaaaa

Monday, March 16, 2009

the journey part 10 (kenangan ngilu mencengkam kalbu)

suasana di tokiwa agak lengang pada hari ni.. memang jaja tiada mood langsung untuk bekerja. kenapa mesti aku bekerja pada waktu2 macam ni. rasa ketidakselesaannya dihamburkan kepada kawano san.. kawano san cuma tergelak2 saja mendengar jaja membebel.. mujur la chief cuti arini.. pelanggan pon tak ramai... sedang jaja layan feeling kat cashier teringat pula kisah ngilu yg mencengkam kalbunya..

***********************************
1999 (jaja berumur 16tahun)

"abah tiket balik kt da abes laa kat sini.. cemana ni.. esok nak sekolah," jaja merengek2 kt abahnya sambil berair mata. stesen bas temerloh sudah penuh dengan penumpang2 berpusu2 balik ke destinasinya. rasa geram juga kat abah sebab seawal cuti sudah dikabarkan mengenai tiket pulang.. rasa fobia dipotong merit akibat pulang lewat ke asrama menghantui jaja.. dalam hati sudah ada rasa nak memberontak. abah tenang sahaja sambil berfikir.
"abah naikkan acik sampai ke kuantan dari sana acik beli tiket bas ke kt bleh kan", abah memberi idea yg ala2 kamikaze... jaja cuma mengangguk mengiyakannya. apa lagi pilihan yg ada. malangnya bas ke kuantan pun sudah penuh. jadi abah menaikkan jaja dengan kereta sewa yg mana semua penumpangnya adalah lelaki. jaja amat cuak namun dia berdoa agak tidak diapa2kan oleh mereka.

setibanya di kuantan jaja berlari2 dari satu kaunter ke satu kaunter yg lain. kalau dr kuantan pon tiada tiket bas, jadik homeless laa jaja malam ni.. makkkkk takutnyerrr... nampaknya satu bas masih kosong. tapi bertolak jam 830malam. tiba di kuala terengganu pukul 2 pagi.. makkk aihhh cemana nak masuk ke mengabang telipot nehh.. jaja da gelabah. tanpa berfikir panjang dia terus merembat tiket bas itu memandangkan tiada bas lain yg available..

dari pukul 4 petang jaja termenung di platform. dia tak tahu apa yg harus dia pikirkan sekarang ini.. penat letih dan sebagainya. jaja masuk ke surau dengan niat nak solat dan tidur sekejap..

"adik ni pelajar mrsmkt (maktab rendah sains mara kuala terengganu) ke?" tegur seorang wanita muda bertudung labuh. dia bersama ibunya sedang menyimpan telekung di dalam beg.
"iyer.. mana akak tahu?"jaja terpinga2 lak apabila ditegur oleh wanita itu. rasa was2 pun ada jugak... mana tahu akak ni berniat jahat ke.. huwaa takutnyerrr...
"ini kan uniform mrsmkt", sambil tersenyum akak tuh mula memperkenalkan dirinya. namanya start dgn urup R (radziah or roziah or rashidah tak igt lak).. mengajar di kuala terengganu.
"ni jaja balik kt naik bas pukul berapa?" tanya akak R ini.
"naik bas kul 830 malam.."
"kemudian nk sampai wakaf tengah naik apa? mesti sampai sana pagi kan.." akak R tuh da mula kerisauan.. akak R kalo akak risau saya laie laa risaunyer. jaja cuma mengangkat bahu tanda tidak tahu.
"mcm ni, jaja sampai kt nnt jaja call akak ya.. tidur rumah akak dulu pastu esoknya baru balik mrsm", ujar akak R sambil mencatit no telefon dan namanya disecebis kertas. lantas jaja melipat nak memasukkannya di dalam purse. dalam hati rasa berbelah bahagi kerana risaukan keselamatan diri.. redah aja laa

setiba di KT awal pagi.. beberapa pemandu teksi dtg ke jaja menawarkan perkhidmatan. namun jaja tolak dengan baik dan menelefon akak R.selang beberapa ketika akak R tiba menaiki proton wira bersama2 ibunya. rupanya mereka menunggu ketibaan jaja. antara terharu dengan was was. namun jaja beranikan juga mengikuti 2 wanita yg langsung tidak dikenalinya. setibanya di rumah sis R jaja diberikan sepersalinan dan pergi membersihkan diri. rumah kayu itu kelihatan kemas dan tenang. dan jaja melelapkan matanya.

lenanya diganggu dengan garuan di telapak kaki.
"jaja bangun, da subuh," halus dan perlahan suara akak R mengejutkan jaja sambil menggaru tapak kaki jaja dengan perlahan. kalau ikutkan penat tader nyer jaja nak bangun.. tapi ini rumah org. sarapan pagi bersama akak R dan ibunya.
"nanti akak bawak jaja g umah abang akak.. abang akak mengajar kat mrsm kota putra kat besut nun. die ngajar kat sana. nnt boleh dia hantar jaja sampai mrsm". jaja cuma mengangguk sambil mengucapkan terima kasih.. gugup juga nak berkomunikasi..

sambil bersalam dan mengucapkan terima kasih kat mak akak R jaja dibawa ke rumah abang akak R.. dan seawal pagi mereka bertolak menuju ke destinasi.

setibanya di lobby sekolah beberapa org cikgu tercegat sambil berbual2.. abang kpd akak R (cekgu M laa kununnyer) memberhentikan kereta dan menyapa cikgu2 mrsmkt. mereka kan rakan setugas. jaja mengucapkan terima kasih dan membimbit beg nya pulang ke asrama. hari ni tak g sekolah lahh...

rentetan kisah ini cikgu memberikan kelonggaran kepada pelajar2 yg tinggal jauh2 utk pulang lewat sedikit sekiranya tiada tiket bas drpd balik tengah2 malam dan tiada jaminan keselamatan..

kepada akak R dan keluarga, semoga Allah membalas jasa baik kalian menyelamatkan jaja pada hari tersebut.

***********************************************************
1999

cuti semester sudah datang.. dan seperti kebiasaannya ayam daging MARA (merujuk kpd student mrsm) diberikan tiket bas pulang ke destinasi masing2 secara percuma.. jaja memilih destinasi ke kl tetapi di tengah jalan(di simpang kampung awah) nnt dia akan turun dan abahnya akan menunggu di situ. so mcm memudahkan perjalanan. petang tadi separuh daripada student dari kelantan sudah pulang. 14 buah bas ditempah khas untuk mereka.. student2 selatan tanahair dan kuantan akan pulang sendiri di stesen bas manakala yg menuju ke kl pula bas akan masuk ke kawasan sekolah menjemput mereka dan akan mengambil penumpang lain di stesen bas.. manja takk??? maka jaja pon mengambil keputusan utk amek tiket ke kl dan turun di tengah jalan kerana bas itu tak berhenti di temerloh. dengan abah sudah dikhabarkan yg dia akan tiba dalam pukul 3 pagi. abah pon sudah berjanji akan menunggu disana.. rasa gelisah juga kerana sejak akhir2 kisah rogol dan bunuh semakin berleluasa di tanah malaya

perjalanan menjadi lancar. kepada pemandu bas berkali2 diingatkan agar berhenti di simpang kampung awah..

setibanya di destinasi.... aikkk abah mana??? dah laa ketika ini tiada perkhidmatan telefon bimbit. telefon rumah didail dan mak mengangkatnya dengan suara nyok nyek.. ya Allah abah tak datang lagi.. jaja da gelabah.. namun dia berdoa banyak2 agar tiada apa yg berlaku.. dibimbitnya beg pakaian menuju ke stesen bas yg terletak kira 500 meter dr tempat telefon. duduk di stesen bas sorg2.. kawasan itu senyap sunyi.. tiada kedai beroperasi dan tiada kereta yg lalu.. jaja duduk tegak di stesen bas.. dah laa dia memakai tudung kaler putih.. takut hantu dan takutkan penjahat.. dlm hati mulut terus2 berdoa agar abah cepat sampai.. namun dari jengka 16 menuju ke kampung awah mengambil masa 45 minit plus nak siap2 plus nak kejutkan abah bangun.. ya Allah bantulah hamba MU ini.
sebuah kereta lalu.. pada mulanya dia slow jeks.. tapi bila melepasi jaja terus kereta tuh pecut laju giler... mesti dia ingat jaja ni hantu.. owh org kampung.. kalau dulu korg ada dgr citer hantu tudung putih di stesen bas simpang kampung awah ketahuilah bahawasanya org itu adalah jaja..sebuah lagi kereta lalu.. dan kereta itu pun memecut dengan laju apabila melepasi jaja... ketika itu jaja duduk seperti org tengah bertapa dengan tangan lurus di lutut... hikkss...

sebuah kereta lalu dan berhenti..ada sorg lelaki berseluar pendek menegur jaja
"adik buat apa sorg2 ni.. meh naik saya hantar.. bahaya ni dik". bersungguh2 org itu menawarkan bantuan.
"takper pakcik.. abah saya ada kt dpn tuh isi minyak. takper2.." jaja bersungguh2 menolak pelawaan pakcik tuh.. dia buat muka konfiden giler tanpa rasa takut..
"awok ni berani sgt duk kat sini.. meh saya anto.. umah kat ne... tak pun awok g nunggu kat dpn balai polis tuh... " kata brader tuh lagi...
"takper2 saya okeh... takper pakcik".. jaja menarik napas lega bila brader tuh turunkan handbrek..
"jangan lupa g tunggu dpn balai polis sana...anak sapa laa yg duk tinggal sorg2 ni" brader tuh membebel2 sambil menekan minyak.. anehnya dia buat u turn plak.. ya Allah mujur laa jaja tak ikut die pegi.. kalo tak apa yg dia nak buat agaknya.. tapi jaja terpk gak.. ntah2 brader ni pon takut gak dengan jaja... saje jek die nak test agaknyer...
ya Allah lamanya abah nak sampai.. jaja da makin takut.. suasana semakin suram..dan menakutkan...

ada kereta nak lalu lagi... tetiba debomm tayar van putih itu meletup tidak jauh dr perhentian bas itu.. satu keluarga baru pulang.. anak2 lelaki dan suaminya memeriksa tayar kereta manakala ibu dan nenek dia mendekati jaja sambil berbual2.. sesungguhnya takdir Allah itu amat besar hikmahnya.. tidak lama kemudian abah jaja tiba dan membantu anak lelaki org tuh menukar tayar van.. saling mengucapkan terima kasih mereka berpisah..

"haa ajar da balik.. biler die sampai" jaja terdengar sayup2 suara makcik dah (jiran sebelah umah)..makcik dah ni..taim aku tengah tido laa die datang... jaja berpura2 tidor sambil tak dgr apa2..
"ya Allah dah... akak memang bersyukur laa tader apa2 yg jadik kat die dah.. die tunggu sorg2 jeks.. mujur ada van tayar pecah dekat2 dengan dia...kalo tak tatau laa apa jadik dah... seriau akak... nak nangis pon ada" balas mak..
hik hik hik..mak risau rupenyer... hik hikkk
************************************************

alhamdulillah.. jaja pon ada semangat survivor.. dan sesungguhnya.. keberkatan ayatul kursi itu tidak dapat dinafikan lagi.. alhamdulillahhh

Sunday, March 8, 2009

qiella..belikan aku kete ni!!!



ini kete yg saya mahu.. kaler yg cantik..sport rim blink2... feewiiit seksinyerr...
kalo dapeklaa...bleh den ajak caldina merah, altezza oren, evo putih dan tak lupa daihatsu mira putih dan guppy silver berlumba.. ceewahhhhhhh

sapa ckp kete proton tak best??





Wednesday, March 4, 2009

aksi melampau pelayan kafe


video clip ini menghantui idup aku... stupido

the journey 9 (gambar2 presentation)

2 mac 2009....jaja bangun awal pagi... terlentang di atas katil sambil terkebil2.. jaja ini harinya.. ini tugasan terakhir kau sebagai pelajar....jaja bergerak menuju ke shower room perlahan2.. suasana di hostel masih sunyi sepi...
selesai membersihkan diri dan meminta pertolongan kepada Yang Maha Esa, jaja mengenakan pakaian pada hari ini.. dicapainya sepasang kurung berwarna pink putih dan disarung.. alamakkkk ada lubang kt ketiak... dibukaknya dan disarung satu pasang laie kurung berwarna pink putih.. mujur baju ini tader lubang kt tiak... diseterika tudung dan dicapai serkup..
aduiiiii muka sebal jeks... dicapainya bedak jonsen n jonsen dan disapu secara capuk ke muka.. abes bertompok2 muka dgn bedak yg tak rata.. dicapai kamera dan snap gambar di hari bersejarah ini...
dicapai pula tudung berwarna pink kesukaannya... diaju kekepala dan dikemaskan di kiri dan kanan.. berkali2 membelek diri dicermin.. aaa sudahlaa nnt baiki laie, detik hati jaja...kamera dicapai dan diklik.. lipgloss RMK yg sentiasa berada di dlm pencil case dicolek ke bibir.. dicapai blazer 6 tahun lepas dan disarung ke badan.. wahh i look smart.. hikkss.. mcm wanita keparat..ehekkss korporat laa
jaja, berusahalahhhhhh, laung hatinya dgn kuat.. alamakkk bahagian dalam lengan terkelepet.... dicapai beg adidas itamnya dan diisi pencil case.. file dan disarung stokin dan melangkah ke sekolah dengan doa2 yg penuh di hati...

rakan2 satu lab sedang bersedia... jaja menelefon mak dan abah memohon doa dan restu dr mereka dan pada pukul 930 mereka melangkah ke kelas bernombor 203...

satu demi satu membuat pembentangan dan dihentam oleh sensei jaja.. hahahaha dan tibalah masa mereka..
bersedia di hadapan...
haa tesis jaja adalah mengenai pembesaran buah dada... huahahaha ni yg aneh ni.. dlm byk2 slide kenapa gambo ni yg DORG amek....hentaiiiii..hahahaha
DORG= BAL DAN MAS.. time kasih krn sanggup bangun awal pagi n amek gambo jaja...

selesai 12 minit... kelegaan menjadi milik jaja.. keluar dr bilik 203 jaja mendongak ke langit.. subhanallah cantiknya langit ari ini...

kepada semua yg byk membantu... hanya Allah sahaja yg akan membalas kebaikan kalian... terima kasih banyak2..