Tuesday, February 9, 2016

TRIP TO MAKASSAR - TORAJA

  • Assalamualaikum rakan2. Just nak sharing trip kitorg ke Makassar-Toraja tempoh hari. Kitorg pergi selama 6d5n.
  •   Day 1
  •  Arrived Makassar.
  •  Airport pick up by Malaysian student named Yana and Sis.
  • Beli tiket bas ke Toraja.
  • Ada byk syarikat yg offer trip ke Toraja tapi kami memilih Alam Indah. Bas bertolak jam 9 mlm dan perjalanan mengambil masa 10 jam. Alhamdulillah bas mempunyai seat yg besar, selimut dan bantal dan selesa utk perjalanan jauh. Bas berhenti beberapa kali utk toilet break tp if ada emergency bole je minta pemandu bas utk berhenti.
  •  Tambang bas 150k IDR/pax dan bayaran tambahan untuk penumpang yg menunggu di Terminal Daya 2k IDR/pax
  •  
  • Day 2 arrived Toraja
  • Ada beberapa spot untuk berhenti dan kami memilih untuk berhenti kt last stop iaitu Rentapao.
  • Last stop ni berhampiran dengan masjid, bole lah singgah masjid untuk segarkan diri. Ada satu kedai halal sebelah masjid utk breakfast. Actually ada a few kedai makan halal sekitar Rentapao jadi usahlah bimbang yer rakan2.
  •  Kami disapa oleh sorg tourist guide bernama Imanuel Timbang (fon no : 081342187199 emel : manual_melvin@yahoo.com), selepas berbincang kami setuju nak pakai khidmat beliau. So beliau sediakan 1 skuter,2 helmet dgn minyak dan beliau bawa kami melawat sekitar Toraja. Beliau juga gigih mencari kampung mana yg mengadakan upacara pengkebumian pada hari itu.
  • Bayaran untuk perkhidmatan beliau utk sehari tour adalah 350k IDR. Entrance fee untuk setiap kawasan adalah 20k IDR untuk tourist. Imanuel sorg yg berpengalaman dan bercerita dgn details mengenai sejarah Toraja.
  •  Melawat Pasar kerbau, Tongkonan, Londa, Kete’ Kesu, upacara pengkebumian di Ba’lele village, kompleks megalit Sesean. Tour berakhir pada jam 3:00PM++ dan kami menyewa sebuah skuter dr beliau untuk menuju ke Batutumonga (bayaran tambahan untuk sewa skuter 100k IDR). Beli tiket bas utk pulang ke Makassar. Rata2 bas akan mulakan perjalanan pada jam 9:00 AM, hanya bas Lilth and apatahnamanya mempunyai trip pada jam 12:00PM dan selebihnya jam 9:00PM. Tambang bas adalah 150k IDR/pax.
  •  Gerak g Batutumonga, perjalanan mengambil masa selama sejam lebih dengan jarak 23KM dan jalan bengkang bengkok.
  • Menginap di Homestay MamaRina dengan bayaran 150k IDR/night
  •  
  • Day 3 - Batutumonga
  •  Bangun pagi utk kejar awan di Batutumonga. Merempit keliling kampung dan menikmati kopi Toraja 5k/cup.
  •  Check out dan gerak g Rentapao.
  •  Lunch di warung Patma. Lunch around 20k IDR/setmeal
  •  Mulakan perjalanan 10 jam pulang ke Makassar.
  •  Jalan bengkang bengkok, berlubang berlopak tapi pemandangan di Enrekang sesangat ohsem.
  •  Bas berhenti few times utk toilet break, lunch and dinner
  • Jam 9:00 PM sampai makassar tp bas berhenti di airport utk turunkan penumpang sebelum pulang ke markas kt Tello.
  • Yana tunggu di tepi terminal Daya. Dinner coto Makassar di parakaitte. Coto makassar set meal 20k IDR.
  •  Check in Harmoni Inn, berhampiran Fort Rotterdam. Booking.com rate 200k IDR/night
  •  
  • Day 4 – Samalona island
  •   Wake up late due to dizziness.
  • Went to Indomaret to buy food. Pergi sampai depan Fort Rotterdam untuk cari bot ke Samalona. Sewa bot 350k IDR/boat. Bleh naik sampai 10 org. perjalanan amek masa dlm 30 minit. Arrived Samalona mandi berendam. Total hangus kt Samalona 100k (sewa cottage, air panas, goreng pisang dan air kelapa)
  • If nak snorkeling kene additional caj utk fin,goggle dan jacket.
  •  Dinner kt Pantai Losari. Set penyek 20k IDR, Jus buah2 13k IDR
  •   Lepak kt dataran pantai Losari.
  •  
  • Day 5 – Rammang-rammang
  •   Pergi Rammang2
  •  Sesat
  •   Sampai lambat, sewa bot 350k IDR/7 org
  •  Lunch coto makassar
  • Dinner di sari laut depan Fort Rotterdam. Total 260k IDR. Ikan bakar seekor dalam 70k IDR
  •  Pisang epe dan fruit juice utk 5 org 56k IDR
  • Shopping kopi Toraja 20k IDR/pack, tshirt2 dan lelain (tak igt harga)
  •  
  • Day 6 – Makassar – KL
  •  Kemas2, lunch nasi uduk 20k IDR/meal
  •   Airport transfer by Yana
  •  Sayonara Makassar
  •