sekarang ni saya dengan gembiranya menceritakan yg sayaa da bley buat kek gula hangus... kek kesukaan sayaaaa..... setelah 3 kali percubaan, dan kajian2 di internet mahupun berguru kepalang ajar dengan along saya...
resepi ini yg saya paparkan adalah untuk loyang bersaiz besar.. sekiranya kamu mempunyai loyang kecil, maka sukatan ini perlulah dibahagi dua...
sukat 2cup gula.. kalo anda tader penyukat mcm ni, sila pakai cawan yg sama untuk setiap sukatan
kemudian sukat pula 2 cawan air suam.. letak dlm 1suku air panas dan selebihnya air sejuk
masukkan gula dalam periuk dan didihkan di atas api yg kecil....setelah gula menjadi hangus masukkan air suam dengan perlahan2... jgn terkejut kerana ia akan berbunyi meletup2.. sila jaga keselamatan anda semasa mencurah air di daun keladi.. ehh di dlm periuk ini.. setelah itu masukkan sesudu butter/marjerin dan terus mengacau sehingga butter/marjerin cair sepenuhnya.. kemudian tutup api dan biarkan sejuk...
sukat pula satu suku cup susu sejat dan ketepikan
di bekas lain, sukat 2 cup tepung gandum, sesudu teh penuh soda bikarbonat dan baking powder sesuka rasa, ayak dengan teliti
kalau untuk loyang kecil pecahkan 3 biji telur, namun kalo pakai loyang besar mcm tak logik je pakai 6bijik telur.. so saya letak 5 bijik telur shj... jimat telur kekdahnyer
pukul telur sehingga kembang setaman. kemudian masukkan susu sejat dan pukul sampai terpatah tgn.. heheh bukan laaa.. sampai sekata sebati... selepas itu masukkan tepung yg telah diayak dan pukul lagi kekuat (jahat tepung ni sampai kene pukul).. agak2 da seia sekata schawal... kiter masukkan adunan gula hangus tadi
kacau adunan sambil humming lagu i love u like a love song babyyy... pastu peram adunan dlm peti ais selama minimum sejam.. ehh lupa, ketika ini tekstur adunan adalah sgt cair, jadi jgn risau yerp adunan anda cair...
dlm 15 minit seblum sejam tu kalian panaskan laaa oven selama saploh minit ke... lagi 2 minit tu korg griskan loyang dgn marjerin utk memudahkan ia dipotong kelak, lagi 3 minit tu sila basuh perkakas yg telah digunakan... pastu curah adunan dlm loyang dan bakar dlm suhu 180 darjah selsius dan sampai masak.. klo suke rentung2 sila lah bakar sampai rentung...
hehehhehe silalah mencoba resepi ini kalo rajin.... sebarang komen tidak akan dilayan.. hahah zassss