Friday, December 31, 2010

JANGAN BERSEDIH (entry penutup 2010)

(DICEDOK DARI LA TAHZAN)

JANGAN BERSEDIH :

kerana anda telah melalui kesedihan itu kelmarin dan ia sama sekali tidak memberi sebarang manfaat pun. ketika anak anda gagal dalam ujian dan anda bersedih kerananya, apakah kemudiannya ia akan lulus kerana kesedihan itu ?

ketika bapa meninggal dunia dan anda bersedih, apakah kemudiannya ia akan hidup kembali? ketika anda mengalami kerugian dan kemudian anda bersedih, apakah kemudiannya kerugian itu akan berubah menjadi keuntungan ?


JANGAN BERSEDIH :
kerana kesedihan anda terhadap sesuatu musibah, akan menciptakan pelbagai musibah yang lani. Ketika anda bersedih kerana kemiskinan atau kesengsaraan yang anda alami, bukankah kesedihan itu akan menambah kesusahan anda? ketika anda bersedih kerana cercaan musuh2 anda, pastilah kesedihan itu hanya akan menguntungkan musuh utk menyerang anda.

JANGAN BERSEDIH :

kerana kesedihan hanya akan membuatkan air yang segar terasa pahit dan sekuntum mawar yang indah kelihatan layu, kebun yang menghijau kelihatan spt gurun pasir yang gersang dan kehidupan dunia terasa bagai dipenjara.

JANGAN BERSEDiH :
kerana anda memiliki 2 mata 2 telinga bibir, tangan, kaki, lidah, hati, kedamaian, keamanan dan kesihatan badan

JANGAN BERSEDIH :
kerana anda masih memiliki agama yg anda yakini kebenarannya, mempunyai rumah sebagai tempat tinggal, makanan untuk dimakan, air untuk diminum, pakaiana untuk dipakai dan kekasih yg dicintai

JADI MENGAPA MESTI BERSEDIH???

(selamat tinggal 2010.. ahlan wasahlan 2011..)

nak cuti

muka tension bile kene keje hari cuti... arghhhhhhhhhhhhhhh penat laaa terasa nak cuti gakkkk tidakkkkkk!!!!!!


msg dr itosan.. owhh miss her so much.... bile la bleh jumpe..
(dlm otak da pk beribu2 mende nak jeleskan dorg minggu dpn)

Thursday, December 30, 2010

XTVT (party mari menjadi karnivor)

helo helo helo

yeaa di sana sini org memperkatakan tentang kemenangan team malaysia kt piala affa suzuki.. (yawn).. boring gilerrr laa.. saya tatau pon sejak biler team melesie ni terel main bola.. sayamensokong team indon pada zahirnya dan mensokong team melesie pada batinnya


pada mulanya saya mengajak rakan2 untuk menonton perlawanan di pak li ole2 seksyen 18... namun begitu dek kerana kami lambat pulang dari tempat kerja dan roza pula mahu tengok separuh masa kedua sahaja, saya merancang untuk menukar venue ke rumah saya, sara dan pah

saya mentapaukan kfc untuk mereka.. agak jenuh juga menunggu kfc kerana restoran sgt penuh.. rasa ati nak je kensel dan tapau nasik goreng kampung untuk mereka.. namun dek kesiankan utin maka saya menggagahkan diri menunggu giliran
tunggu punya tunggu akhirnya saya pon dpt pulang ke rumah.. terus menerpa ke arah mereka dan bertanya score.... mujur tiada gol dan memasuki waktu rehat..



kemudian datang pula jimi memeriahkan suasana desa.. dengan muka termengah2nya beliau


kami menonton perlawanan bola ini dengan penuh emosi.. malahan kami bangun, duduk, menjerit, menyepak2 angin di bawah meja dsb.. sungguh emosi skali.. dan akhirnya team pilihan saya tumbang di tangan malaysia.. tahniah

perlawanan tamat.. saya ingatkan mahu menghalau mereka semua pulang, namun jimi bermuka simpati mengajak kami bersiar2 di malam hari... saya dan sara sudah siap sedia memakai baju tido dan terasa malas nak keluar.. namun dek kerana terharu dengan rintihan si jimi kami pon mentukar pakaian santai.. masalah melanda bilamana tiada siapa yg mahu menjadi pemandu.. haishhhh inilah masalah sosial budak2 ni.. masing2 berebut2 nak duk kt seat belakang..
da kalo semua nak duk blakang sapa yg nak duk kt depan??? setelah sibuk berdiskusi, kami mengambil satu keputusan, SIAPA YG PAKAI SPEK MATA DIA KENE DRIVE.. hehehe so dgn tak rela hati nya cik roza kene drive bagi pihak kitorg...

owh sungguh empuk berada di seat belakang kereta sendiri... terasa nyaman skaliii...
kami berpusing2 dan menuju ke uptown shah alam.. setelah berpusing2 sakan kami pon pergi membeli ais krim (org jepon panggei sofuto kuri-mu).. saya mencabar jimi untuk menyanyi open karoke tp beliau keberatan.. so malas citer panjang.. jom zasss layan gambo2






kegembiraan berterusan apabila jimi mengajak melantak lagi skali.. maka kami pon mensinggah ke warung yang menayangkan filem yg kelakar2.. kami mencuba memanggil waiter berkali2 namun panggilan kami dipandang sepi oleh mereka.. mungkinkah waiter2 itu kecewa terhadap kekalahan team negara mereka... isk isk iskkk.. setelah berjaya mendapatkan sorg waiter, kami pon memesan makanan....


motif gambar ini adalah sara nak bgtau yg utin is not available anymore


stail bdk2 zmn skrg melepak.. masing2 sibuk dgn hp sendiri.. isk isk isk







yeahh inilah menu kedua pada malam ini iaitu kerang rebus dan sate.... mmg menjadik karnivor masing2 yea... sementara menunggu makanan ini dihidang mereka mendpt berita bahawasanya hari jumaat ini adalah cuti dan mereka sungguh gembira skali.. demmmm berita ini tiada maknanya bagi saya dan jimi kerana kami masih ttp kene bekerja..

setelah selesai mencekik kami pon berjalan pulang dengan perut yg kembung.. haishhhh

Wednesday, December 29, 2010

lagi 3 hari

meskipun lagi 3 hari jek besdei saya.. namun saya da menerima 2 ucapan hepi besdei.. hihhiihi

1) dr Mr M..
2) dr ayeen...

hehehehehehehe tenkiu in advance....

Mr M kata
[u igt i tatau ke birthday u bile.. pastu die nyanyi lagu hepi besday]

God, rasa cair gilerrrr....

pagi yang ceria(27 dec 2010)

pagi yang ceria adalah dimulakan dengan sarapan yg sempurna.. ehemmm

jadi pada hari yg indah di hari isnin.. semua org tergesa2 menuju ke tempat kerja.. saya telah bangun pada awal jam 630 untuk menyediakan sarapan pagi kepada housemate saya yg mengejar2 ke tempat kerja.. siap ada yg bawak bekalan lagi .. jemput makan semuaaa

nasik lemak sambal sotong dan teh strawberry

jalan2 carik makan (26 dec 2010)

sepanjang hari saya asik tidooooooooooooOOOoooOOOooo jekkk... kalo tak malam tuh nak jumpa dia.. tp dia adalah sgt busy... kene kerja dan tak balik2 lagi.. so untuk mengubat kekecewaan saya ajak utin dgn sara dgn roza dgn jimi g makan.. malangnya jimi ada kat kuantan.. so taleh laaa join..

roza merancang untuk memakan bubur di night circle.. jadik berposah2 laa kami menuju ke night circle.. bertemu roza disana... owhh ada perlawanan bola rupanya.. kami menengok bola sambil mencekik dan berborak2.. alhamdulillah melesie menang 3-0.. saya kehairanan sejak bila melesie pandai main bola ni.. isk isk iskkkk..

kami makan byk juga di night circle.. bubur nasi dan lauk2nya.. tauhu bakar dan sata serta otak2 dan saya makan nasi putih dan tomyam.. tetapi entah kenapa utin mengajak kami makan sate di memana.. tempat sate kesukaan saya adalah diuptown shah alam.. kami berpusing2 di uptown shah alam dulu di mana saya telah berjumpa sehelai baju kesukaan saya yg saya tak beli sampai saat kisah ini ditaip


saya dan roza kegembiraan di uptown

lihatlah gambar2 kami mencekik.. hurmm saya merenung gambar2 ini dan mendapat satu konklusi... utin mmg hyperactive laa.. tak reti duk diam masa nak bergambo... isk isk iskk..asik dpt bayang2 beliau ajaaa







pada mulanya kami oder saploh cucuk sate.. pastu sara nak makan kerang rebus... tapi ternyata sate itu adalah sgt enak skali dan kami memesan 10 cucuk sate lagik... fhufhhhh kembung siot.. tuh pon roza mcm kempunan nak beli ais krim kt tepi tempat karoke... haishhh.. tp mmg best laaaa.. lama tak kuar sama2 mcm ni



Thursday, December 23, 2010

bila rasa sedih

baca novel hlovate yg tajuk 5 tahun 5 bulan...

antara petikan ayat2 novel die yg mak die pesan kt die,

ana kalau sedih bacalah surah ad-dhuha dgn al insyirah... insya Allah beroleh ketenangan....

petikan dr ad-dhuha

(4) Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda (berpuas hati).
(5)
Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu, lalu Dia memberikan perlindungan?
(6)
Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Dia memberikan hidayat petunjuk (dengan wahyu Al-Quran)?
(7)
Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Dia memberikan kekayaan?

petikan dr al insyirah

(4) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(5)
(Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
(6)
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
(7)
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

rasa sayu plak.. bila 2 kali Allah menegaskan bahawa setiap kesukaran disertai kemudahan..

kadang rasa mcm berat sgt dugaan yg ditanggung, rasa mcm beban ni terlalu menyukarkan.. tapi Allah da berkata dlm surat cinta-Nya (iaitu Al-quran), bahawa setiap kesukaran disertai dengan kemudahan, namun kene bersungguh2 berusaha mengerjakan amal soleh yg lain.. dan last skali memohon kepada Nya apa yg kita gemar dan apa yg kita nak..

Masya Allah, rasa tersindir sgt waktu ni.. sebab ada masa waktu2 sedih,waktu marah, waktu2 bengang kekadang ayat carutan yg keluar dari bibir.. bukannya puji2an kepada Dia..

rasa sedih, sedih dgn diri sendiri... sedih sbb masih tak sedar yg janji2 manis Allah Maha Berkuasa ini dan terus lalai dengan duniawi..

bangunlaa,, sedarlaa dari mimpi...

dan berusahalahhh....

sehari di HP Campus



kak izan ckp waktu paling best nak amek gambo kt opis baru adalah hari mula2 kiter jejak kaki kt sana.. so di kesempatan yg ada masa sessi induksi di HP cAmpus kitorg pon berlegar2 untuk amek car sticker dan tgk opis baru...so di atas ini adalah opis kitorg.. ada 2 sayap....



ni lak pintu masuk ke opis kitorg...

ini adalah tempat touch down and groove.. hagak2 laa kalo boring duk dlm opis bleh buat keje kat luar kut....

so inilah sedikit sebanyak gambo kt opis baru.. kitorg akan memindahkan diri pada 12 januari 2011.. wehhh looking forward nak pindah

Saturday, December 18, 2010

mengapa

arghh mengapa tader idea nak sambung kisah moknik di melaka.. eheh... lupa nak sambung apa...

jumpe mas n kak fuza n kokoro tadi... suke tgk muka mommy n daddy to be tuh.. also mas... masing2 mcm ada spotlight kt atas kepala... berseri2 aja..

aku jek kut yg serabut.. idup mmg penuh masalah.. tp macam mana kiter uruskan masalah tuh.. dan dengan sapa kiter share masalah tuh..

hurm macam mana nak susun ayat eak.. kadang kadang, bila kiter baca atau dengar luahan hati org,, kiter terasa tersindir, sbb mungkin kiter tak duduk kt tempat die, sbb tuh aku suke sgt dgn ayat hlovate dlm buku die.. just take a bite from my plate and chew it.. sama ada bleh telan atau muntahkan semula...
cuba untuk menikmati permasalahan org tu, baru nak buat spekulasi.. jgn main terjah sembarangan..

malas nak menaip hal ini da...
===============================

kisah baru : kisah cik nita

saya ada kawan bernama cik nita.. ketika baru2 akil baligh, baru reti nak eja perkataan secret admirer, dan ketika itu baru menukar kain sekolah dr warna biru gelap kepada biru cair.. cik nita meminati sorg budak laki bernama cik abu..

kisahnya terjadi di kantin sekolah.. ketika itu cik nita adalah pengawas sekolah.. jaga kantin masa rehat..pastu cik nita mcm perasan ada sorg budak asik pandang jek.. kawan cik nita pon ckp mende yg sama... eh nita, kenapa budak tuh asik pandang ko jek...

cik abu adalah sgt comel pada masa itu (menurut cik nita laa kan) rambut belah tengah, dgn lesung pipit kt pipi.. mmg sgt comel... pastu cik nita dgn aura gedik giler pegi laaa risik2 cik abu ni kelas mana...risik punye risik skali dpt laa info cik abu ni kelas mana.. dan kebetulan plak kawan baik ciknita adalah sekelas dgn cik abu.. maka senanglaa edisi skodeng menskodeng..
============================

tapi itu kisah 14 tahun lepas... kenapa baru nak ungkit skrg??

sbb cik nita tuh baru skrg jumpe balik dgn cik abu ni haaa.. gile eksaited, kawan serumah cik nita pon da rasa nak penyepak jek cik nita setiap kali die citer pasal cik abu.. sumpah cik nita ni sgt2 eksaited... n tadik cik nita ckp kt aku.. cik nita saje je nak test2 ajak cik abu kuar esok.. tup tup cik abu called.. ajak kuar minggu dpn... giler eksaited.. sumpah cik nita sgt2 eksaited... aku pon rasa nak penyepak bile dgr die menjerit dgn lantangnye.. jaja cik abu ajak aku kuar minggu dpn... duuhhhh...

14 tahun menunggu utk hang out.. akhirnya dpt jugak kan nita. alhamdulillah..

Thursday, December 16, 2010

travel log (mazman& nisa wedding) part bersanding








where were we???

owhh lepas akad nikah.. saya dan moknik setia menonong menuju kilang kerepek di parit sulong..
***********************************
selingan

saya : moknik, ko perasan tak mamat yg kat masjid masa kiter sampai tadik??
moknik pura2 berfikir dan menjawab
moknik : yg mana satu ehh..
saya : ala yg pakai spek yg ala2 botak sikit tuh.. ensem kann.. aku duk usha die jek tadik..
moknik : hooooo yg tuhhh.. toksah ckp laa aku mmg awal2 lagi da tgk..segan je nak citer kt ko..
saya : ciss aku ada rival rupenye
hahahaha kami gelak2 sepanjang jalan
************************************

menurut gps mak ngah, die ckp lepas trafik light di balai polis belok ke kiri.. tapi kami ini meredah segala trafik light yg ada sehinggalah tiba kembali ke rumah mak ngah.. eheh.. setelah berkali2 diterangkan akhirnya kami dgn gigih meneruskan perjalanan menuju ke parit lapis laman (kut laa namanya) sebelah parit senteng utk memborong kerepek dan kuih muih..

kami memborong dgn penuh napsu di dada... tak hengat punye memborong... setelah memborong kami kembali ke parit yaani utk majlis persandingan pulek... jadual persandingan adalah pada jam 2 namun kami sampai 30 minit lebih awal.. hurmm nak turun adalah segan.. jadi kami duk dlm kete sambil mentacap muka...


tunggu punye tunggu skali dengar paluan kompang.. saya dan moknik menjadi sgt gelabah apabila nampak pasangan pengantin yg bukan mazman dan nisa.. haishhh giler malu sekiranya kami salah rumah.. tp rasa2 betul dah.. lantas saya skali lagi mendail no winda dan bertanya.. owhh rupa2nya pihak pengantin perempuan juga membuat majlis menyambut menantu.. owhh mujur kami tak tersilap rumah perantin... kami menjengah rumah jiran untuk melihat mazman bermekap.... seriess wehh mazman mekap.. iskk tak caya plak.. meh sini tgk




amek nok..kelles kan, mazmang pakai lipstik .. mek sembah ratu gitu



dengan satu dialog sahaja saya sudah berkawan dgn akak andam ini.. ahahah mereka mmg sungguh kelakar.. bleh jadik member gituh.. disamping mengusik2 mazman bermekap kitorg pon mengusik2 gak akak2 andam ini..

tidak lama kemudian rombongan lelaki tiba.. saya dan moknik turun ke tanah kerana agak panas juga di dlm rumah.. kami berbual2 dengan mak mazman sambil mengusik2 dak winda dgn erkk ehemmm.. masa untuk berarak sudah makin tiba... winda tergopoh gapah mengagihkan dulang hantaran untuk dibawak..

mereka meminta kami si gadis2 ini membawak dulang hantaran, maka saya dgn moknik pon kenelah membawa dulang hantaran.. kami tergelak kekuat kerana inilah pertama kali kami terpaksa membawa dulang hantaran untuk berarak.. lagi pulak saya kene bawa dulang berisi buah2an yg sgt berat.. kami mengambil posisi yg strategik iaitu berada di dpn mazmang.. moknik berbisik kepada saya, mesti byk gambo kiter sbb kiter duk dpn mazmang

sungguh dulang yg saya bawa itu adalah berat.. jadi ketika menunggu pengkepit pengantin tawar menawar dengan penunggu2 tol saya menyerahkan dulang kepada adik mazman utk dipegang.. lama sungguh mereka di dpn pintu.. gilers ramai org menunggu tol.. mujur da bersedia...




setelah beberapa ketika kami dipersilakan masuk.. meletakkan dulang dan duduk di dpn pelamin.. melihat mempelai bersanding



yg duduk da sudah da.. yg berdiri tuh bile lagi??




selesai mengambil2 gambo kami dipersilakan untuk menjamu selera.. sekali lagi saya dan moknik dengan muka tatau malu nye telah menterjah di meja makan beradab... kih kih kih... pengantin tak makan lagi we ols da setat menyenduk nasik... lajuuuu jekk mencekik...[malahan moknik sempat berbisik dengan mengatakan lepas ni beliau nak merembat kek pulak]



=============================================
saya : moknik, meh laa rasa rojak buah ni.. sedap btoi
moknik :tanak (sambil buat muka)
saya : series moknik sedap
moknik mencubit sedikit rojak buah itu dan sedikit dan sedikit dan akhirnya berbisik kpd saya
moknik : ni kalo xda org lama da aku tonggeng mangkuk rojak ni sbb nak hirup kuah
=============================================

selesai makan2 minum2 kami berbual2 dan mulalah nak beransur2 nak pulang.. sementara menunggu mereka2 bertukar dulang saya dan moknik masih sempat

mengambik berkat di pelamin gituh



ibu saudara mazman menyuruh kami mencuri daun sireh namun moknik menolak kerana malu.. ehehehehe yelaa tuh moknik.. saya dan moknik mengangkat dulang yg ringan sahaja untuk dibawa pulang.. namun sementara menunggu mereka2 yg lain kami sempat melunasi hajat moknik yg disuarakan ketika makan tadik iaitu :



dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, kami menghijack kek pengantin mazman n nisa.. yeeehahaaaaaa...

setelah selesai segalanya, kami bersalam2an dan berpisah disini.. insya ALlah jumpa lagi di kemaman.. saya dan moknik kembali ke rumah mak ngah dan bersiap sedia untuk memenuhi hajat moknik selepas ini..

bersambungggg zassssss

Wednesday, December 15, 2010

travel log (mazman& nisa wedding) part nikah


setelah diwar2kan di fesbuk yg mazman nak kawen, saya menemui seorang rakan yg cantik jelita tak lain tak bukan adalah moknik.. ketika itu moknik membelanja saya mentelan ayam golek di pantai dalam uols... jgn cemburu butaa.... ketika berbual2 mengenai hal nikah kahwen ini kami pon terkeluar topik yg wedding mazmang di parit yaani pada hari ahad ini.. moknik memberitahu saya sekiranya ada yg nak pergi beliau pon mahu ikut


saya mati2 mengingatkan hari ahad ini adalah hari saya stenbai.. rupa2nya saya sudah tersilap.. setelah mencongak2 saki baki kos di dalam bank maka saya menghubungi moknik mengajak beliau ke johor pada 12hb.. kami mewar2kan pemergian kami ke sana namun dek kerana aral yg melintang pukang rakan2 yg lain tidak dpt menyertai kami,, tak apalaa mungkin nanti..


kami memulakan perjalanan dari shah alam setelah membeli hadiah untuk mazman kira2 jam 9:15 malam.. dengan kelajuan sederhana setelah tersengguk2 mencarik rumah mak ngah dgn bantuan talian telefon dari kak ana alhamdulillah akhirnya kami berjaya sampai di rumah mak ngah.. mak ngah patut buat pintu gerbang di rumahnya agar saya tidak terlajak perahu di lain masa..


setelah berbual lebih2 kurang... kami pon menuju kamar peraduan.. feeling malam pertama amat ketara kerana kamar tersebut digunakan oleh sepupu saya untuk perkahwinan beliau bulan 6 tempoh hari...








langsir di kepala katil masih tersergam indah










moknik bersolat isya' dan saya bergolek2 di atas katil

pagi menjelma... saya menerima sms dr winda yg comel mengatakan mereka tercicir dulang hantaran.. mereka memerlukan 9 dulang hantaran... owhh satu masalah di situ.. saya bertanyakan kepada mak ngah adalah beliau ada dulang hantaran.. alhamdulillah mak ngah mempunyai 7 dulang manakala 2 dulang lagi dipinjam dari jiran tetangga.. saya terus menghantar sms kepada winda mengatakan masalah insya Allah selesai.. saya dan moknik bertolak2 utk siapa mandi dulu.. arghh kerana saya terlambat bangun saya kene mandi dulu.. owh sungguh sejuk air paip di desa...kami bersiap2 dan bermekap2.. kelihatan kak dila dan kak mas dan abg bari sudah bangun.. amer bangun dan terkebil2 melihat saya.. begitu juga muiz...

kami bersarapan meehun goreng dan ruti perata segera.. mak ngah sudah keluar dgn abg bari ke flea market..

winda sms kami bertanyakan sama ada kami sudah gerak ke belum.. saya ckp otw.. eheh jawapan stenderd... setelah selesai bersarapan dan berburak kami pon memulakan perjalanan kami.. tapi sebelum ituuuu....



posing di dpn kuda tunggangan seblom memulakan perjalanan





gambo high fashion dr moknik.. auwwww



dengan mendgr arahan dan menghubungi winda serta bertanya di sana sini alhamdulillah akhirnya kami sampai di masjid tepat pada masanya (act jadual nikah jam 9 pagi, kami sampai 9:25++ pagi.. ehehh tepat laa tuh kan).. kami disambut oleh winda yg dlm keadaan tergopoh gapah merompak satu dulang untuk hantaran.. wah wah wahhh.. hehehhe


kami dgn langkah yg hurmm. mungkin ayu telah melangkah masok di dlm ruang masjed dan dengan tak malunye terus duduk kt barisan paling hadapan di sebelah mak mazmang.. ehehehehe bersalaman2 dan mentertawakan mazman yg sedang menggelisah di hadapan tok kadi...


mazman tenang dikelillingi ahli kuarge



kelihatan pengantin perempuan yg anggun bersimpuh juga berusaha bertenang dlm debaran..



saat dinanti sudah tiba.. tok kadi bersama wali dtg menemui pengantin perempuan dan melakukan prosedur yg biasa org nak nikah buat.. (aku pon tatau namanya apa) kemudian membacakan hurmm apa tah.. tatau laa apa yg dorg baca.. dan akad nikah dimulakan.. dengan 2 kali lafaz (act yg 1st da ok tapi tak cukup tatabahasa so tok kadi suh ulang) akhirnya mazmang dan nisa sah menjadi suami isteri...

suasana bertukar menjadik syahdu apabila modul sakinah dibacakan.. mazman nisa dan ahli keluarga tidak dpt menahan sebak dan lantas mengalirkan air mata...





setelah selesai segalanya.. saya dgn moknik dgn segala mandat yg ada bergambo dgn perantin baru.. eheh giler tak kitorg melangkau famili utk bergambo dgn perantin



setelah selesai acara akad nikah kami bergerak ke rumah perantin perempuan untuk menjamu selera.. setelah itu kami menuju ke parit sulong bagi melunaskan impian moknik untuk membeli kerepek....

(bersambung)

Saturday, December 11, 2010

populasi

selepas membeli sarapan pagi di mynews.com saya terus menuju ke lif untuk ke tingkat 8.. sedang saya mengatur langkah tergesa2 minda saya menjadi tergerak untuk berfikir perkara ini..

[org melesie mesti tader masalah bahasa kalo melancong ke nepal ataupun bangladesh]

ini berikutan agak ramai rakyat mereka yg mampu bertutur bahasa melayu meskipun hanya bulih bercakap,

hijau ka kuning ka.. saploh ka doploh ka...

btoi tak ideologi aku????

Friday, December 10, 2010

saki baki bonus

alhamdulillah.. insya Allah 15hb nnt dpt laa saki baki bonus.... hehehehehehhehehehe hihihihi huhuhuhu hohohohohoooo...

tgh tunggu payment utk part time lak..die ckp dlm seminggu dua lagi.. sempat laa insya Allah untuk dibawak kenduri di ujung bulan.. ekceli cam nak apply cuti pada 25hb.. sbb nak bawak mak g terapi dan kaunseling.. bawak die ke tempat di mana semua org menyayangi die, insya Allah.. harap2 ada yg nak stenbai pada hari tersebut.. iskk da laaa cuti krismes.... rugi claim... hurmmmm tgklaa cemana nnt...

i always love december

saya sangat mencintai bulan doblas... dari dulu lagi.. bulan doblas sgt memberi erti kepada saya...
kenapa yea??

1) masa sekolah dulu bulan doblas adalah bulan untuk bercuti panjang

2) bulan doblas adalah musim tengkujuh yg mana bulih makan tido makan tido.. masa ni kalo ranting kayu celup tepong pon sodap ghasonyo

3) masa kt jpn.. bulan doblas adalah sgt meriah dgn illumination dan lampu2 yg bergemerlapan

4) bulan doblas ada snow.. dan kesejukan melampau... bile snow berguguran mcm kelumumur perasaan sedih dan negetif2 sume ilang... otot2 muka yg ketat mampu mengendur dan menghasilkan senyuman kecil...

5) cuti winter dan krismes dan tawon baru..... masa utk melayan citer korea non stop back to back di dlm selimut tebal tanpa bergerak... g jamban pon tertangguh2.. haishhh

6) masa utk telefon mak selang 2 hari.. sbb homesick tp ego tanak ngaku

8) putuih shenta 2 kali masa bulan doblas.. 2004 and 2008... hahahahah frankly speaking masa putuih shenta pada 2004 adalah yg paling mensedihkan.. sampai skrg... hik hik hik.. 2008 adalah keputusan shenta yg paling ditunggu dan terasa sungguh dirahmati

9) hormon keinginan utk kawen adalah meningkat di bln doblas... selalu imagine akan ada asben yg akan masakkan tomyam atau sup yg panas.. bancuhkan hot choc, kemaskan umah, dan basuhkan baju, temankan stadi dan menonton televisyen bersama2... hahahaha

10) bulan doblas agak keimanan sedikit sebab rajin join usrah aka winter gathering.. ceewahhhh

11) bulan doblas bleh pakai jaket bulu2.. kulit jadik cantik sbb tak kene matahari, putih semacam jekk... rajin pakai lipgloss dgn losyen sbb nnt bibir merekah kering

dan ada byk lagik faktor menyebabkan saya mencintai bulan doblas.. anda bagaimana???

Thursday, December 9, 2010

orang tua

abah aku da kawen lain.. dgn betina yg bomohkan die dulu.. da 3 bulan die kawen...

lepas tau die kawen lain.. aku rasa mcm nak penampo muka die... seriess.. semlm jumpe die kt ijn pon aku tak salam.. tak pandang muka die langsung.. bile mak aku stat ckp kiter ni jgn nak emosi.. terus aku kasik beg plestik ruti dan berambus dr situ...sambil nangis... aku da tak panggil die abah.. aku panggil org tua...

mak aku tepon, die ckp.. asal kuang ajar sgt.. da tader iman dlm diri tuh.. terus aku off tepon.. org mesti akan ckp, tak patut ko buat mcm tuh.. pape pon die mak ayah ko... tp cuba korg duduk kt tempat aku....just take a bite from my plate and chew it.... sama ada ko bleh telan atau ko ludahkan balik...

sejak tuh... aku tatau apa yg aku makan, aku masuk dlm mulut, kunyah2 dan telan.. rasa tido pon asik mimpi buruk.. kejap nanges, kejap rasa ok.. tapi seriesly aku kesian dgn mak aku... mcm mana aku nak kasik mak aku kuat sedangkan aku pon lemah....

Monday, November 29, 2010

entry caca marba

baru sampai dr johore.. mcm tak caya lak da drive sampai ke sana.... eehehehhehe.. memula balik jengka.. pastu amek mak dgn adik.. pegi labis.. adik ckp aku drive mcm setan.... 3jam setengah sampai labis... menjerit org kampong ckp asal laju benoo ko bawak.. iskk mana ada laju... tak best merentas pahang-> n9->johor sbb tader highway.. sume jalan persekutuan yg ada satu lane aja.. area triang jln die mcm roller coaster... perghhhh berbengkang bengkok dgn lobang di sana sini.... sakit kaki baby aku..

masuk area serting apa sume jalan da kembali elok.. tp bergunung ganang.. sama gak mcm roller coaster... haishh ilang sabo aku bile kene follow blkg lori... sampai laa ke labis...

pastu nak g kulai lalu chaah dgn yong peng.. perghhh lagi laa berlobang jalannye...masok highway da ujan turun selebat2nye... mmg tak nampak jalan langsung.... aku terpaksa bawak slow.. dlm 80km/j.. melepas hajat nak bli kerepek kt ayer itam... masok plak area bandar tenggara cuaca da elok sikit... n sampai aaa kitorg kt umah mak ngah lepas terpusing2 dlm kawasan felda tuh

[sambung citer kendian.. nak g tgk citer ngangkong]

Tuesday, November 23, 2010

houkoku

okehh..

houkoku shimasu...

watashiwa

"aitsu kun" no koto ga

daisuki desu.......

ijyou....

(nihonggo de komento kudasai neee)

Monday, November 15, 2010

tertekan

hahahha tadik mcm bersemangat nak update blog.. tapi bile da click kt new post actually tatau nak taip apa...

yeee tajuk hari ini adalah tertekan... hahaha apa yg saya ingin tekankan disini adalah saya tertekan... tertekannnn dan tertekan.... saya tertekan kibod... kih kih kih...

well semlm setelah berbulan2 tak lepak dgn pah dgn ald jadik saya pon mengajak mereka keluar.. seawal jam 7 pagi kami da bersiap sedia pergi ke pasar tani stadium untuk bersarapan... masa ni tak ajak ald lagi... saya pegi dgn roza dan pah... saya sungguh merasa kecewa kerana keinginan untuk mencekik mee bandung adalah terbatal akibat pakcik yg jual mee bandung itu adalah cuti pada hari tersebut.... owhhh sungguh kecewa rasa... jadik untuk membuang rasa kecewa itu, saya telah memakan ruti jala dan kari ayam serta beef patty ala2 krebi patty spongebob.. owhh sungguh enaknyer patty itu kerana dagingnya adalah sgt tebal.... rasa mcm spongebob pulak...

setelah itu kami mengucapkan selamat jalan romeo kepada cik roza yg akan meneruskan perjalanannya ke kelantan sempena aidil adha ini... saya dan pah telah memusing2 dan berenti di kedai tudung... kami membeli tudung yg ada awning keras itu.. pah berasa amat sakit perut dan ingin membuang air besar ketika saya memilih tudung2.. lantas kami bergegas menuju ke stesen minyak berhampiran untuk pah menunaikan hajatnya... setelah itu kami menelefon ald mengajak ald keluar berhibur setelah pah selesai merebonding rambutnya di padang jawa..

perjalanan ke padang jawa mengambil masa selama 15 minit dan kami sampai disalon kecik itu.. proses rebonding itu mengambil masa selama 4 jam.. sementara menunggu 4 jam saya telah pergi membasuh kereta.. dan tidur di salon terbabit... owhh sungguh enak tido di sofa yg empuk di bawah ekon.. setelah bangun sbb nak terkencing saya mendapati pah masih tak siap rebonding rambut... die ni rebonding ke tampal rambut ni... haishhh

akhirnya masa yg dinanti telah tiba.. setelah selesai segala proses kami pon menuju ke sunway untuk menjemput ald...

kami menuju ke sunway pyramid untuk mencari sakae sushi... owhh tak kusangka ada rupanya sakae sushi di situ.. kami (ataupun saya) telah mencekik sushi yg byk.. series kesedapan sgt2.. dan bil adalah rm145++... okeh lepas ni mari menyedut angin ketika lunch hour....

lepas itu kami pon bersidai di tempat org skating dan menggelakkan org yg jatuh dsb.. hahahahah mmg kelakar. tapi kami tidak bermain pon skating kerana komfom kami yg akan jatuh terkangkang kalau bermainnya... no no no

kemudian,
kami menghantar ald pulang, kemudian pah menghantar dirinya pulang dan saya pun pulang ke gagang.... haishhh

Monday, November 1, 2010

baby masuk klinik

skrg ni kt pusat serbis protong... baby aku nyer allignment lari berdesup2.. susah aku nak pecut lelaju... ni laa akibat shah alam terlalu byk lubang.. da tau aku nak lalu patutnye lubang tuh ketepi laa kan.. ini takkkk... nak gak tercokoh tgh2 jalan.. hasilnyer terpaksa aku langgar lubang tuh... aduiiiyaiii...

sepanjang arini aku duk travel dr shah alam ke sungai buloh.. g anto guarantee letter kt spital sungai buloh.. pastu aku terasa kete aku tak stabil bile aku pecut lelaju... iskkk taleh jadik ni... aku tepon abah, tanya sebab apa kete goyang2.. especially tayar belakang.. abah ckp kene buat allignment dgn balancing.. so dr sungai buloh aku pecut balik ke shah alam... dlm goyang2 tuh sempat lagi laaaa lumba dgn vios.. bukan lumba apanye laa kan... die duk cucuk aku dr belakang... ok laaa bile belah kiri da clear aku pon kekiri laa kasik die jalan.. tp bile tuh die still taleh nak potong aku.. apa cer??? lepas 5 minit lebih kurang baru bulih laju dr aku.. bangga aku dgn baby aku.. tgk vios pon taleh nak potong aku dgn segera.. kih kih kih...

sampai protong punyer center of excellence aku pon park kete n g mengadu nasib.. owhhh sian abang ni tak cukup teammate.. kulur kilir sorang2.. haishhhh mujo beliau comel.. aku merelakan diri aku menunggu seketika sebelum di layan.. upss nama beliau adalah anuar.. kih kih kih...

so aku pon mengadu nasib.. die cek.. n die on enjin kete.. kebetulan cd maher zain masih terpasang kt kete.. auww nampak sungguh muslimah skali.. (kengkununnyer).. lepas abes tuh.. g laa kt ruangan menunggu.. kt sini ada 2 pc.. sebelah ni ada sorg brader yg ada 3 hp(sungguh kasanova.) pastu bukak facebook dan layan chat... pastu masa aku menaip blog ni laju2 die duk kerling2.. iskk mujur ensem.. kalo die pandang lagi pasni.. aku nak pandang balik.... kih kih kih...

arghhhh malas laaa nak pandang balik abang ni.. baik aku layan tv sambil minum kupi... laallalalalalaa

Thursday, October 28, 2010

pening kepala

tadik balik dr jengka ke kl.. drive sorg2... seriess penat wehhh... perjalanan arini mcm lambat sikit laa sbb aku berenti kt setiap rnr yg ada kecuali rnr bentong.. memula rnr temerloh isi minyak dgn top up touch n go.. tp kt situ taleh topup lak.. budus btoi...pastu ada vios cucuk2 aku... iskk nak kene dak vios ni.. apa lagi aku pon kasik beliau makan asap.. pastu beliau kejo... aku makin laju.... makin laju die kejo.. main lumba2 sampai aku rasa malas nak main da.. aku kasik die menang.. lagi pon aku nak masok rnr lanchang

so pegi laa rnr lanchang.. beli kuih kuping keling kesukaan.. series mmg sedappp.. tp kt situ terberenti lama sbb ada plak abam2 tentera kluar dr kete kebal.. kih kih kih.. so cuci mata laa kannn tgk abam2 tentera mcm cek2 bawah kete kebal tuh.. tah2 dorg nak tuko tayar kete kebal kut.. mana laa tau... selesai edisi mencuci mata ituh.. aku pon meneruskan perjalanan.. lepas tol karak jalan da berbengkang bengkok... so aku layan laa korner situ dgn tak sedar diri P tuh terpampang kt cermin kete... pastu tgh syok2 memecut dan layan korner (aku tekan 120km/j kt korner2 tuh) skali entah mcm mana aku terpotong laa sebuah wira puteh dr belah kiri.. kire aku berada di lorong paling slow.. pastu tgh sedap2 layan korner tuh aku terlaju dan terpotong beliau.. kire beliau terbakar laa dan beliau potong aku lak.. aku pon berapi lantas aku pon potong die balik dan kasik die makan asap.. hu hu hu..mencicit nak kejo bebbb.. sampai ke tol bentong aku menang..sbb aku bayo tol dulukkkk... kih kih kih.. pastu aku tanak kasik die bersedih hati.. maka aku pon biar die potong...

pastu masuk kl aku kembali bersupan santun... teringat lak baby aku ada tanda P... kih kih kih... tapi sampai skrg aku masih pening2 lalat.. gilak arhhh

Sunday, October 24, 2010

submit surat berenti....

aku mcm berkira2 nak submit surat meletakkan jawatan... kes yg terbaru adalah kes bawah ni... aku ada 2 bulan notis which is, aku harap aku dpt keje lain dlm masa 2 bulan ni...

Saturday, October 23, 2010

tensionnnn

aku kan mcm menyampah laa sikit kt sesetengah org ni kan...

bukan apa... die ni yg beria2 nak diet bagai, pegi laa diet.. buat apa nak sibuk2 paksa aku suh diet.. aku tanak diet laa wehhhh... pantang aku ckp lapo sikit.. mulelaaa haaa diet2, jangan makan... nak soh aku mampos ke kalo da seharian aku tak makan??? kalo aku nak makan byk sikit mulalah sibuk suh aku diet.. wehh kalo korg nak diet teruskan...aku tak halang.. tapi jangan halang aku drpd nak makan....huhuhu tension makkkkk........

Wednesday, October 20, 2010

merendek

kebestan ada baby adalah bulih merendek.. tingat zaman2 muda dulu merendek dgn kak fuza di keliling bandar oita masa beliau di dlm blues... eheheheh tadi merendek dgn dalilah selepas melantak kepok leko.. asalnyer nak g cucuk duit jek pong.. pastu dalilah ajak keliling kawasan umah die.. sbb die kata nampak satu merc tader bumbung dipandu oleh org muda berkopiah lalu..

so dgn penuh semangat kesukanan kitorg pon g usha kawasan perumahan itu.. drive giler slow... 5km/j... hahahaha lepas beberapa lorong.. barulaa nampak kete ituh.. auuww auuwww so sexy laaa.. buat the owner..but the car.. siap patah balik lak tuh.. hikkkssssss

well it is the best thing of being single.. bleh merendek around... dan flirting sana sini.. yupppiiii yuuuuu

Tuesday, October 19, 2010

bosan

eiiiiii title adalah tidak memberangsangkan.. hari ni adalah hari yg tidak produktif bagi aku... huhuhu

hurmm apa nak buat lepas ni.. basuh baju... pastu tgk tv... aku ekceli rimas duk umah sbb ada seko biawak pasir kt umah tuh.. menyampah btoi aku... series menyampah, malas carik keje dsb.. bodo bodo bodo.. hahahaha tensionnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

Saturday, October 16, 2010

boring

huhuuhu.. arini last aku keje.. pastu cuti 3 hari.. iskkk rabu ni ada interview kt british american tobacco plaks..ikutkan napsu malas nak g interview.. tp tahlaa.. g je laa lelong diri.. kut2 ada rezeki kt sana..

jauh di sudut ati aku tah napa tergedik2 sgt nak keje kt cyberjaya tuh... aku pon pelik sbb aku mcm looking forward sangat nak ke sana.. pelik btoi...

btw aku da dpt quotation dr org pulau.. quite pricey, tapi demi sebuah ketenangan nilai tuh sebenarnya adalah murah.. dlm ati ni plan nak ajak izzati yg baru pas pmr... tp kene bayo dabel.. mcm mahal plaks... hurmmmmm aku ok jek kalo jadik single backpacker.. cuma kalo rega sama jek baik ajak member... nnt kesunyian laa kalo kene amek gambo sorg2.. hahahahah

cepat laa ujung bulan.. miskin giler ni...

Friday, October 15, 2010

blog lama ditaip kembali

okehhh.. pengumuman khusus utk kalian2 di sana.. blog ini kembali ditoreh... da lama tader update dr sana.. eheheh mcm tamak haloba jek kannn buat 2 blog.. tp biarlaa.. da tua2 ni shoulders to cry on pon tak brape nak ada.. kepada blog laa isi hati ini kucurahkan

wishlist






setelah setahun menghambakan diri kepada HP ini maka ujung bulan ini adalah waktunya untuk aku reward diri sendiri... dengan segala sukacitanya aku menyenaraikan hadiah2 yg mungkin akan aku beri kepada diri sendiri sempena anniversary ini...






cuba kengkawan yg akses limited ini membuat undian kepada hadiah apakah yg aku akan kasik kpd diri sendiri.. sapa yg undi betul, akan dibelanja peha ayam goreng yg enak buatan sendiri...






1)





yeaayy.. aku mmg nak sgt blackberry ni.. iskk mmg pojaan hati laaa ni... aku bukan gadget mania punyer org.. tp aku nak blackberry sebagai hadiah anniversary ini



2)


percutian di pulau.. yg ni masalah sikit.. sebab... tader member nak pegi.. hukhukhuk... agak pricey laaa percutian ini.. tp aku mmg meleleh2 elior nak pegi ke pulau ini... aduiiyaiii nak lepakkkk selepak2nyer tanpa gangguan.. nak rileks.. nak tan kan kulit yg sedia itam ini.. owhhhhh


3)


yeahh beg tangan jurulatih... iskk mmg idaman setiap insang laaa... aku curik dr blog catchthatcoach... tapi skrg ni tader laa berapa idamkan sgt.. sbb aku da tibai beg tangan yg tader jenama dr angah aku.. so ni kire wishlist geli2 laaaa...

ekceli ada lagi beberapa wishlist.. nnt aku senaraikan ye.. kalian silalah vote.. undi anda adalah tak rahsia

Thursday, October 14, 2010

stalker

aku tension btoi laa... hihihi tension dgn diri sendiri.. aku duk ckp.. udah2 laa tuh jadik stalker kpd faveret boy aku tuh... beliau bukannyer best pon.. da laa kerek nak mampus... tak kacak langsung... eii pendek kata mmg tah hape2 laaa... tp asal aku mcm suke nak usha fesbuk die.... pastu mcm keep stalking him all the times... pastu mcm usha pompuan2 yg komen kt fb die dsb.. mcm sial jek kan?? bukan die yg sial....tp aku....

eii ni mode nak marah kt diri sendiri... udah2 laa tuh jaja eakk.. jgn amek tau pasal die... OKEHHHH... jaja budak baik kann?? jaja da besau kann???? jom makan eskrem jom... ehh lupa..kene pose

mari membuat eksperimen

eheheh dikala keboringan melanda timbullah idea untuk membuat perkara2 giler
aku da berjaya tak on fesbuk selama seminggu... iskkkk menggeletar jari jemari ku nk jengah fesbuk.. padahal bukan best sgt pon...tah hape yg kemaruk sgt dgn fesbuk pon aku tatau...

so skrg ni.. mari kiter cuba diet selama seminggu plaks.. bermula esok, sbb tadik da melantak nasik hayam... skrg mari gugel cara diet yg mudah.. terjumpa ini.. so meh tempek kt blog utk peringatan

kalau yang lain-lain nak cuba pun boleh, saya dapat tips nie from Slimming Programme yang saya ambik...memang berkesan...
pagi - air secawan + sosej (1 atau 2)
tengahari - tomyam ayam (tanpa lemak)/paprik ayam (tanpa nasi)/yong tau foo -
malam (before 7:00) - sama cam tengahari...
kalau U all tak percaya, cubalah dulu...kalau boleh maintain for 14 days macam yang saya cakap nie, guarantee you boleh turun...saya dah cuba for 5 days...saya turun 3 kilo...tapi lepas tu tak tahanlah.
syarat nya : tak boleh makan nasi, mee, biskut, roti, buah-buah yang berkalori tinggi cam pisang, oren, tembikai, papaya...epal, pear tu bolehlah.
kalau treatment from clinic tu pulak, lunch makan ubat. tak boleh makan apa-apa langsung. tapi kalau slimming programme yang saya buat, boleh makan.
cubalah....


haaaa.... jom cuba jom jom jomm.. hik hik hik

persona VS saga

aku da test drive kete abah aku.. persona.. giler besttttttt... senang nak handle... aku skrg ni da mcm menyampah tgk saga aku.. iskkkkkkk nak tuko keteeeee >_<

arini masuk keje balik.. aduiiyaii..series aku da stat menyampah dgn keje aku skrg ni.. aku tatau pesal...

ke mmg aku ini jenis melayu yg dengki hati... series nyampah tgk teammate sebelah ni... tatau apa yg beliau buat.. masa memula dtg aku dengan jahat tak terperi telah buat bodo jek dgn tiket2 yg dtg.. tuh pon nak mengeluh2 buat tiket.. padahal 2 tiket jek.. nyampahs btoi...

balik umah pon tader spark.. so aku dgn dalilah plan nak pindah ke putra heights... aku lak tunggu offer keje memana.. tp dlm ati ni duk terharap2 keje kt nilai tuh.. biar jauh ku membawa diri.... hukhukhuk...

oklaaa da set praibet blog ni.. senang nak luahkan apa2.... kalo tak duk tertahan2... iskkk so aku chau shin chi dulu

Sunday, October 10, 2010

anak la ikan la ikan di makan ikan

lalallalalala...
1) cari umpan
2) carik joran
3) cari lubuk...
ok sume da ok..
skrg marilah melempar joran yg bersangkut umpan...

Thursday, October 7, 2010

melayu yg busuk hati

hari ni saya nak jadik wanita melayu yg busuk ati dan penuh dgn hasad dengki... sebenonye nak ngumpat pasal org kt sebelah saya tp beliau mcm merayap2 lak.. so sambung jek laa makian di dlm ati.. tata

Wednesday, October 6, 2010

interbiu

selesai interbiu ketiga tadik dgn NTT MSC di jalan P Ramlee.. seriesz lama gak laa.. sejam 15 minit lebih kurang.. rasanya tak mcm interbiu.. lebih kepada borak2 dan temubual dan temulawak.. sbb kitorg byk gelak2... so far rasanya aku da mentonjolkan diri dgn penuh komfiden... harap2 adalaa peluang..

interbiu kedua kat kilang yamagata di nilai... yg ni pon beszt gak.. die soal satu soalan.. aku jawab berpatah2 pastu die cam tader idea nak soal apa.. masa interbiu kejap je.... dlm 30 minit camtuh... kedudukan kilang die mcm terpencil sikit.. kilang pon kecik.. uniform tak lawa sgt... pensambut tetamu adalah lelaki.. guard die yg muda belia, dan byk loyer buruk.. yg ni pon aku menggoreng jawapan dgn terlebih perisa.. terasa mcm, issskkk byknyer aku jawab...

interbiu pertama kat csc PJ. Yg ni dek kerana ejen aku iye iye nak suh aku g interbiu, oklaa aku g.. aku mmg tanak keje kt sini.. series tanak.. so memula aku carik pasal.. aku lambat sejam 30 minit.. pastu ada teknikal test.. aku jawab lebih2 kurang... yg btoi aku salah kan.. yg tatau aku main tembak segembira jiwa... dpt 43%, fail wehhhh... pastu face to face interbiu.. die tanya soalan teknikal.. sume aku ckp aku tatau.. pastu last2 die give up, die tanya cemana aku nak convince die amek aku keje. aku ckp i dunno how to convince ppl, but if u like to hire me u can hire me, but if u r not interested, im ok with it.. kih kih kih.. jawapan ala2 kerek giler

so konfom laa interbiu ke1 aku fail kan... ehehhehe..

so pape pon aku tunggu result interbiu ni... kalo ada rezeki adalaa.. kalo tak pon et list ada xperience bertemu org2 itu

Sunday, October 3, 2010

sakit tapi kene keje

ko sakit..seriesly sakit... dgn cirit birit,kepala pening,sakit perut, muntah2, demam... tp sbb tader sapa berpotensi nak jadik ko punyer stenbai so ko kene keje.. dlm ertikata lain menemani sorg teammate ko laaa bagi nak elak die keje sorg2... keje tak banyak langsung.. sikit jek..ye la die ada buat report sume.. tp ko lak kene wat mende kes tuh, dlm keadaan terlentok..

kalo ko lak.. tgk teammate ko separuh idup camtuh.. tega kah ko nak biarkan die wat keje dan akan mendedahkan die kepada membuat silap... sanggupkah ko??

pastu ada org request ko jadik stenbai die sbb die nak amek EL... APAKAHHHHHHH????

aku tatau laaaa aku ni jenis melayu dengki hati ke busuk ati ke.. sbb kene buat tiket dlm keadaan mcm ni... tapi tahlaaa... byk sgt perkara2 yg tak adil berlaku kt sini....

Friday, October 1, 2010

saya sayang awak

thehehehehe igt tak entry yg saya citer saya ada dok mimpi kt sorg budak tuh berkali2... thehehehehehe

tadi kann... tadi... kitorg borak2 pasal keje baru laa.. pasal gaji laa pasal increment laa..

die : apa guna increment tinggi2 tp tak blanje kawan2...
aku: insya Allah, semoga murah rezeki aku dpt increment tinggi2.. pastu murah gak rezeki org2 yg aku sayangi...
die : yg pasti bukan aku laa kan org yg ko sayang tuh
aku: apa plak.. aku sayang ko apa...
die : .............. (speechless kut)
aku: olohh tayah nak speechless laa.. mmg aku sayang ko.. ko kan on of my fav men...

lamaaa tau die cam berdiam diri ke hape ke tah laaa... pastu
die : oklaa aku tido dulu.. nite.. nnt emel kat aku okeh... esok aku reply emel ko...

saya mcm.... haaaa kejadahnyer aku nak emel ko ni.... hahahaha tapi aku emel jek laa kan.. ckp good morning apa sume...

kih kih kih... yg best tuh.. asal die mcm terkedu2... yesss.. inilah masanya.. utk hunt his ego... ngade nak ego tinggi mcm merak di kayangan....

my baby


say hai to my new baby..... huhuhu tadik kol 9 lebih sampai kt depan opis lengkap berbalut lagi seat die.. omaigod..sungguh malu okeh.. nampak sgt baru lahir baby aku tuh.. terus aku suh kawan aku buang balutannyer.... pastu suh die lekatkan roadtax dan terus bawak masok parking.. eheh pastu ajak kak nor g pbd utk test drive...

so cik jaja.. apa perasaan anda berdampingan dgn baby baru
1) saat saya nampak badan baby ini.. apa yg saya nampak adalah akaun bank yg akan menyusut menyusut setiap bulan.. omaigod.. hutang hutang hutanggg

2) saat pegang kunci... ohhh betapa aku kene bertanggungjawab terhadap nyawa2 yg aku akan bawak nnt..

3) saat pulas kunci... owhh nak pakai minyak apa nnt ni...

4) saat tekan minyak... alhamdulillahhhhh...syukurrrrr dpt gak merasa baby baru... pasni kene buat upacara sembelih kambing itam dan simbah darahnyer kt kete.. heheheheh (bongok, ko igt ko tuh black metal)

ehehehe taklaa.. mak saya suh baca yasin depan tangki air dan siramkan kete terbabit dgn air yasin....

so destinasi baby yg pertama adalah di PJ utk menghadiri temuduga esok... kemudian ke nilai utk interview di sana pula pada isnin ni.. berusahalahhhhhhhh

Tuesday, September 28, 2010

haa apa eakk

tenkiu for your concern but i really wanna talk about my previous entry... life treat me bad but it aint killing me.... aku masih idup dan masih mampu mencekik 20 batang sate...

apa nak citer eak... hurmmm tgh berpk sambil tgk citer jackie chan.. aku sebenonye tak sedap badan.. tp esok kene masok standby.. bulih tak aku cuma jadik patung je kt depan pc... bulih tak??? bulih takkk????????

Monday, September 27, 2010

letih

series aku letih giler lately.. tekanan emosi tekanan hidup tekanan kerja tekanan dan tekanan... aku rasa mcm HY(&3rksjp3i&^%(63 je....

nak huraikan satu persatu pon susah.. nak cerita apatah lagi... cuma yg aku tau skrg ni.. aku kene carik keje yg bulih earn byk wang... supaya bila nikmat hidup di dlm lingkungan kasih sayang itu hilang, aku masih punya nikmat dunia untuk dinikmati...

aaaaa usah ditanya kenapa. klo nak tau sila blanje aku ayam golek bintang 5 kt pantai dalam dulu baru aku citer.. kui kui kui

kepada korg di sana.. hidup baik2 yea..

Friday, September 17, 2010

mood raya

saya dengan ini menjemput korg yg saya jempot sahaja utk menghadiri flat terbukak saya pada hari ahad ni jam 3 ptg.. silalah dtg yeaa

Wednesday, September 15, 2010

perkara2 menggembirakan ketika beraya

hai hai hai... wauu masing2 mulut masih berbau lemang dan ketupat yea... aku da tak lalu da nak makan ketupat.. iskk muak2... lagi rela makan sambal sardin... memandangkan semalam da janji dgn cik amy nak buat entry so arini aku pon buat laa entry pasal hari raya...

apakah perkara yg menggembirakan ketika hari raya..

1) makan dgn banyaknya
2) pakai baju baru
3) usha anak jiran tetangga..
4) program tv yg pelbagai dan tah hape2
5) jalan di bandar yg tak jem manakala jalan dikampung sesak teruk
6) sale di sana sini sinun

tapi perkara yg paling menggembirakan aku pada hari raya adalah mendpt wang raya berjumlah rm1 kerana tuan umah igt aku masih study lagi,... yupppppiiiiiiiiiiii dan ada sorg lagi auntie ckp saya umo 18 tahun.. 9 tahun lagi muda dr usia yuuuuu

Wednesday, September 8, 2010

kembalinya dia ke rahmatullah

kelmarin dia tak balik rumah pon.. kelibatnyer tak kelihatan ketika malam menjelma.. biasanya ada jek balik eventho da tengah2 malam.. nak buat mcm mana, anak jantan mana reti balik awal2 sgt kekadang..

petang kelmarin adik aku mengumumkan.
"abah, kucing kite mati kene langgar kt tepi jalan besar".
"HAAAAAAAAAAAAAAA", jerit seisi rumah.

da takder da ensem boy yg akan tido terkangkang pepagi.
da takder da ensem boy yg akan mengiau mintak makan.manjanya dia sampai bulih disuap makan plak
da takder da ensem boy yg akan meleseh2 mintak bermanja..
dia da pergi...
buat selama2nya..

gonna miss him so much....

Friday, September 3, 2010

rindu isi blog lelama

hihihi saya rindu laa isi blog lama.. bak kata zatil.. dlm ati ni byk sgt mende nak citer tapi tatau nak citer cemana.. isk isk iskkk..susah kan jadik syakai jin....

Wednesday, August 25, 2010

lagu raya

kalian da stat pasang lagu raya lom???

aku cam pasang radio laa sbb nak dengar lagu raya berdentum dentam.. tapi pas 2 jam aku tak dgr sepatah pon lagu raya.. aku cam termangu2 tapi masih teruskan main game.. mcm dgr tak dgr laa radio yg tercucuk kt tinge ni..

tapi aku mcm pelik kembali.. apsal tader lagu raya.. pastu aku tgk player radio aku..rupa2 aku pasang radio ni..urghh tensionn makcikkk

Thursday, August 19, 2010

berebut cuti raya

minggu ni team aku da tukar org.. so azdi tukar shif dgn adli.. since azdi masuk shif aku kire ada 3 org laa stenbai utk raya nanti.. so biler wak amer war2kan yg soltan ku nak dtg beraya kt johor dan dia akan jadik pengiring.. apalagi menggelinjat laa aku nak cuti beraya.. hikhik hik.. semestinya nak jumpe shenta hati kuuuuu..upss shenta hatiku bukan soltan tapi anaknyer yg ensem ituuhhh..auuwwss..
tapi tetap rasa bersalah gak sbb aku da iye2 tak cuti raya.. kire cam betray fauziah lak kan.. tapi kannnn.. tapiiiiii aku nakkk sgt join event ni.. bukan senang wooo soltan ku nak beraya kt muor ni haaa... hukhukhukkkk.. sori fauziah..aku mintak cuti duluk.. tapi tahlahh..kalo leader nak utamakan seniority mmg terlepas peluang laa aku nak tgk shenta hati ku.. tapi harap2 adalaaa peluang utkku beraya di kampong halaman tershenta.. arghh tak kire...org ramai ke tak ramai ke..aku ttp nak rempuh crowd demi shenta hatiku ituh.. owhhhh

Monday, August 16, 2010

entry recycle

aku pernah post mende ni kt blog lama pada 5 july2004.. tp rasa nak pos lagi

This is funny but may be true.......

Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg
menunggu bas.
Bila bas tu datang, awak nengok bas tu dan awak kata
pada diri awak,
"Eee...penuhnya... tak de tempat duduk."
Jadik, awak katakan pada diri awak,
"Saya akan tunggu bas yg lain."
Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pulak
bas yg lain.

Kemudian, datang pulak bas yg kedua.
Awak nengok bas tu dan awak akan cakap,
"Eee... bas ni buruk sgt... mesti tak selesa.
Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan."
Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan
awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas
yg datang tu
kosong,
tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni
awak kata,
"Emmm.... takde air-cond... cuaca pulak panas. Lebih
baik saya tunggu
bas
yg
lain."
Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awak
bercadang utk
menanti
bas
yg seterusnya.

Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan
baru awak perasan yg awak pula dah terlambat rupanya.
Awak mula panik dan terus naik bas yg datang ketika
itu,
walaupun bas itu tak sebegitu sempurna.

Dan kemudian barulah awak sedar bahawa... awak dah
naik bas yg salah.
Jadi,selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang
untuk menunggu
apa yg awak nak.

Walaupun yg datang tu adalah bas yang berair-cond,
adakah awak dpt
pastikan
bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau
mungkin bas tu tak
terlalu sejuk untuk awak?

Jadik,(terutamanya golongan perempuan)lelaki pun
samalah mengingini apa
yg
awak idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga
kalau anda
sanggup
memberi satu peluang pada orang lain, kan?

Sekiranya awak dapati "bas" itu tak sesuai dengan
awak, apa yg perlu
awak
lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu.

Tapi... saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yg
macam ni. Awak
nampak
sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti-nanti
kan), awak tahan
bas tu
tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura
buat tak nampak
awak dan terus berlalu tinggalkan awak!

Hahahaha.... Bila ada bas yang lalu melintasi saya
macam tu, apa yang
saya
lakukan ialah BERJALAN!

Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap
kali, awak akan
terjatuh
dan menyakiti diri awak sendiri.
Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada
awak nak naik
dan
beri peluang pada bas tu... semuanya terpulang pada
diri awak.

Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan
diri daripada
cinta!

Saturday, August 14, 2010

shenta hatiku

shenta hatiku..hanya kau yg satu.. sudah lama aku menanti untuk memiliki dirimu.. tapi kau terlalu mahal untuk aku laburkan.. namun syukur ke hadrat ilahi.. sorg teman telah menyatukan kita.. owhh shenta hatiku..ai lap yu so muchhh



(tidur dgn shenta hati)

Wednesday, August 11, 2010

pose weii poseee

saya ingin mengucapkan selamat memposekan diri utk korg yg baca blog ini... pose ini sungguh seronok kerana kiter tak perlu susah payah nak pk makan apa... tak perlu susah payah nak pk nak makan kat mana kan amy kan kan kan.. ehehhehe...

saya gembira berpose pada hari ini adalah kerana saya makan ubat kurus.. jadik sehingga waktu ini saya tidak merasa lapar... semoga saya tak lapar sepanjang hari di sepanjang ramadhan...

ehehh... tingat saat berpose kt nihon duluk.. bukak pose awal.. pepagi sahur makan chikuwa gureng dgn minum susu.. pastu sepanjang pose tak letih sbb sejuk dan waktu siang yg pendek.. mmg best laa.. pastu ujung minggu lak bukak pose ramai2.. pastu g amek gambo utk anto kat utusan.. hikkkksss best2..

pose kt opis ni mcm kureng sikit.. hari2 keje kene bukak pose dlm bas... beli air kacang soya dan minum.. tapi aku mcm ada kusei laa jugak kan.. kusei ni mcm rutin.. yg mana aku akan beli air kt kombini (mynews.com namanya) kt bawah opis aku ni.. pastu aku g beli ruti kt kedai yg sama kt kl sentral.. apakaahhhh salahnyer kalo aku beli terus di kedai yg sama sekaligus??

sahur2 layan citer nurkasih.. wauuuuweeeee..... i loikkkkeeee adammmmmmm

Saturday, August 7, 2010

boring tahap mahadewa

giler laa...aku tak pernah rasa boring tahap dewa dewi ni...series dowhh.. rasa nak meletop jek jantung aku menahan boring.. so terasa nak isi blog ni sampai pagi esok... ada 9 jam lagi nak abehkan shif ni.. boleh ke aku merepek selama 9 jam ni..

pernah tak org sakit jantung akibat kebosanan yg melampau????
asal aku rasa jantung aku mcm nk meletop ni.. kang ada gak yg aku gigit kibod ni kang...

******************************************

selepas beberapa jam...

apa yg aku buat arini??
1)tiket dtg buat berselang seli dgn si adli...
2) borak dgn org yg tak pernah aku borak kt fb die sampai berjela
3) tegur sume org kt fb
4) game
5) dgr lagu..malas nak layan youtube da
6) tido

yeahhh lagi sejam 28 minit lagi mau abeskan kije pada minggu ini.. berusahalahhhhhhhhh

mari memasak

kata org kalo masak nasik jgn sampai jadik bubur.. tapi saya!!! masak bubur tapi jadik nasik lembik.. apa kejadahnya semua ini... pastu dpt portion byk giler padahal pakai beras sepot setengah jek.. asal sampai melimpah ruah ni.... tension makcikkkkkk.. sapa nak perabihkan nasik lembik bebola ayamku ini.. tension giler okehhhh.. da beberapa lama aku stadi nak masak bubur tp asik gagal jekkkkkkk.. haishhhh.. sapaalaa nak perabihkan nasik lembik aku ni gamaknyerr

Thursday, August 5, 2010

mimpi

mimpi lagi...
asik2 mimpi org yg sama... mlm td mimpi lg...
ke aku asik pk psl org tuh je... ada ke?? mungkin ada... alaaa boringlaa mcm ni... sriyesss, perkara2 ini adalah membosankan... spt dlm entry2 aku yg terdahulu... aku da luahkan mengenai perkara ini.. mcm mana eakk nak cakap.. tahlaaa kann.. taper laa nanti aku akan recovery dgn sendirinya

updateee nii.. meh bace

hehehe kekwat tak title... aiyoyooo dr hari ke sehari aku bertekad utk update blog ni tapi tak berkesempatan...

nak citer psl apa ehhh.. pasal terengganu.. hihihi nnt laa di masa yg terlalu lapang aku akan karang satu citer penuh... seriesssssss... g reunion arituh adalah perkara yg terbaik yg aku alami dlm masa setahun ini...best gilerrr... namun dalam kebestan itu ada ketakbestannyer...

ketakbestannyer adalahh...
ada seko makhluk ni... duk masok dlm mimpi aku da 4 hari berturut2.... kussooooooo

Thursday, July 29, 2010

program sireh pulang ke gagang

sekarang ini saya berada di kedai dobi abe jimmy di seksyen 18... kami sedang menunggu waktu utk mentolakkan diri ke terengganu untuk program sireh pulang ke gagang..

apakah itu program sireh pulang ke gagang...
program sireh pulang ke gagang adalah satu program di mana student2 mrsmkt berkumpul kembali setelah 10 tahun terpisah.. kitorg akan kembali ke sekolah berjumpa dgn kawan2 lama dan juga cikgu2 lama.. dan student mrsmkt terkini.... (kata leadz<---pompuan ini giler gelemer)

sepanjang persiapan program ini dibuat, terdapat bykkkkkk sgggtttttt perkara2 yg susah nak dilupakan... dan akhirnya.. malam ini... yezzzaaarrr.. malam ini.. kami akan berkonvoi sebanyak 12 buah kereta untuk ke kuala terengganu.. sepanjang highway nanti ada gak yg akan join kitorg sama ada dr kuantan, kemamam, dsb....

dan sepanjang persiapan dibuat ini juga.. dlm juga ku kenali beberapa personaliti rakan2 kami ini.. haishhhh macamm macammm ragam perangai mereka based on sektor swasta dan kerajaan.. (upppsss terlebih sudahhhhh)

hahah apa2 ponnnnn... tak lama lagi nak bertolak.. yoshhhhhhh doakan keselamatan kami yeaa kawan2....

tataaa

Monday, July 19, 2010

nak ngumpat ni

hahahah sapa nak tambah dosa kering jom baca entry ni...

aku nak ngumpat pasal org2 type mcm ni.. tak sume laa kann.. tp ada segelintirnyer yg buat aku sakit ati...

1) masa daftar adik aku kt politeknik... makcik kerani ni bulih lak berenti menulis borang adik aku selama 10 saat dlm masa 5-6 kali semata2 nak borak dgn kawan sebelah die.. ckp pasal penyanyi bagai... menyirap dak???? pastu mak aku tanya diorg tak jawab sbb ralit sgt berburak... terpaksa tanya sorg akak kerani yg muda sikit... eiii eii eiiiiii menyirap btoi

2) nak register asrama plak.. aku dgn adik aku tercanguk kt dpn tuh nunggu akak kerani tuh abeh borak kt telefon... double nyirap ni.... pastu along aku lak nak masok kawasan hostel sbb nak anto mak aku kt pejabat asrama.. kt tempat guard tuh, mak guard tak kasik masok.. die kabo suh gostan tapi mcm mana along aku nak gostan.. da laa kawasan bukit.. pastu blakang kete along aku ada bas.. pastu mak guard bodo piang tuh suh gostan... nak suh sondol bas ke... bodo.. pastu along aku selamba jek masok kawasan hostel tuh utk u turn.. bleh lak mak guard tuh mekik kata along ni kurang ajar...

sepanjang isi borang, 3 kali telefon opis tuh berbunyi.. bile pasang tinge, bukan ckp hal2 keje ponn.. yg last skali die borak lama giler sampai aku da bergendang2 kt meja dia... perghhhh triple nyirappppp...

pastu masa mak aku citer die ikut abah g amek peta felda kat kuantan.. sampai sana kul 3..bulih abah aku kene marah sbb dtg lambat... HELLLLOOOOOOOOO, baru kul 3 okehhhhhhhhh.. bukan kol 430 yg ko kecoh2 nak balik.. mak aku simpan mulut nak balas balik, tapi bukan keje die kannn... abah aku pon senyappp jekkk...... pas die tgk abah aku diam jek.. bos die ckp lenkali encik, telefon dulu sebelum datang. boleh kami siap sedia.. ek ehhhh sukeee ati laaa nak tepon ke tanakkkkk.... pastu nak dtg awal.. mcm laa abah aku tader keje nak g kuantan tuh awal2.. lagipon 3 jam diperlukann utk sampai sana tau.. bongok laaa...

selesai umpatan pada hari ini.. babai

Friday, July 16, 2010

nak g jalan2

semoga minggu dpn cuaca molek..
semoga minggu dpn tader sapa nak buat hal..
semoga segala planning selama sebulan ni menjadi kenyataan...


aku nak g jalan2........

on her graduation day

tahniahhh.. sangat2 tahniah..
akhirnya segala penat lelah gelak tawanya terbalas dgn sekeping kertas bernama degree.... alhamdulillah.. syukur ke hadrat ilahi kerana diberikan kekuatan kepada dia.. dikala dilanda byk sgt persoalan.. dia kuat menghadapinya...

babe.. lepas ni nyanyi lagu my way tau.......

template baruuuuuuu

wauuu weeee... blogger ada buat template baru.. so ai nak menerai2 laa kan.. rasa cam comey dan kemas lak template baru ni..

nak citer apa eak?? pasal org tuh kawen?? malas laa.. nnt saya rasa sebak.. ceewahhh..

haaa nak dijadikkan citer.. saya ada lesen da.. kui kui kui.. tahniah utk diri sendiri... so pas da dpt lesen tuh... ahakss.. lesen tak dpt lagi yeaa.. baru selesai "merasuah" jpj utk dpt lesen tuh.. malam tuh ai pergi test drive kete afyana... die nyer kete ni clutch panjang.. so agak tersengguk2 laa... merempit laa dr seksyen 7 ke subangmas melalui federal.. hihih tengah malam..

pastu esok nyer.. angah paksa g kenanga.. g beli beg dgn hanger.. pas jalan balik tuh aku bawak.. dr kenanga ke shah alam.. pompuan tuh lak tak caya lagi aku utk bawak jalan persekutuan.. so kitorg lalu kesas... hihihih susah laa nak masuk2 lorong kiri ke kanan ke.. aku cam tak reti nak anggar jarak.. so ada laa jugak kene hon.. tp buat muka bodo jek laa kan... pastu nak bawak laju2 tp tak diberi.. die suh tgk had laju.. ciss kete lain selamba jek bawak laju2 asal aku taleh..

pas balik dr kenanga tuh isi minyak doploh hinggit.. aku drive ke oleh2.. lepak kedai jimi.. nak masuk parking tuh 4 kali jugak undur ke dpn undur ke dpn baru bleh kete tuh masuk kotak parking dgn lurus...ceewahhh.. kebetulan ari tuh moknik roza dgn bak pon ada area shah alam.. so kitorg lepak laa kt kedai jimi.. pastu tetibe mak tepon.. bgtau da sampai shah alam.. choiii tau.. cepat jek sampai... tak nyempat2..
so sepanjang mak ada kat umah.. die paksa aku berutang dgn die belikan almari dgn katil... owhh aku da ada katil bujang dan almari... masa nak beli ni aku drive.. tp abah yg parkingkan.. sbb die risau kut aku gesel dgn honda city kt sebelah tuh... nyeheheheh..

arituh gak mak aku heret aku balik jengka.. uppss bukan balik.. pergi jengka.. (ayat tak sedo diri... kih kih kih) mak nak suh aku bawak kt highway.. da laa kete abah aku tuh susah woo nak kontrol.. kete manual lak tuh... so biler kuar highway tuh aku cam lega laa tgk abah aku tak tuko2 lagi.. skali lepas tol lanchang tuh abah aku terus ke tepi.. tuko, kata beliau... aku pon terhegeh2 laa masukkan gear.. pas masuk gear 3 ke gear 4..skali tak masuk.. huhuhu abah yg masukkan gear.. pastu nak g gear 5 pon tak masok gak... abah gak masukkan..

so da gear 5 tuh .. sedappp laa tekan minyak... sikit2 abah sound, laju cikkkk slow sikit.. piuuuttt angkat sikit minyak.. elehhh baru 90kmj.. tuh pon da laju ke... hihih tapi nak kawal stering cam pewai sikit.. kejap ke kiri kejap ke kanan... mak aku yg biasanya naik kete terus tido.. tak tido pon waktu tuh.. sikit2 cuit aku suh laju sikit.. aku tekan minyak lebih sikit abah plak sound.. angkattt minyakkkk.. iskk average aku bawak masa tuh 90kmj.. slow giler okehhh.. tp kejap ke kiri.. kejap ke kanan.. yg best tuh aku tak pakai spek pon.. so jarak penglihatan pendek yg amat.. kui kui kui..

seblom RnR temerloh abah da suh tuko... iskkkk..

pastu masa balik dr kuantan.. lepas anto afiq masok polisas.. drive balik tuh aku bawak dr gambang ke chenor... lagi laa sadisnyer... jalan byk selekoh2.. pastu biler taim ada kon kt jalan ke.. jalan tinggal 1 lorong je.. abah yg pegang stering.. pastu lori minyak.. lori bawak kenderaan plak yg potong aku..menyirapp jekk aku. asal nak mecut jek abah tak kasik... die kabo, cik.. org lain tuh da drive bertawon2 lamanya.. ko tuh baru pegang stering 3 hari jangan nak ngada bawak laju2.. huk huk huk yg ni pon gear 5 abah masokkan.. kui kui kui... tp kire ok laa kan.. gambang ke chenor aku bawak dlm 90minit.. hihihih tak laju langsung...

masa kt highway gambang ada satu burung putih terbang kt tepi cermin kete aku.. menyirap darah aku.. masa ni pon aku tak pakai spek.. kui kui kui... silau beb kene lampu kete dr arah bertentangan... pastu kat tol.. fhuhh jauh btoi jarak antara aku dgn tol tuh... mujur tak sampai kene bukak pintu kete.. hihihihi

lastly.. abah dgn mak kabo.. cik ko kene bawak kete sampai abeh rm500 duit minyak baru ko bleh bawak kete dgn betoi... fhuhhhhhhhhh

Wednesday, July 7, 2010

perasaan ini

aku rasa mcm tsurai sgt.. ahaks tader laa sgt.. tapi ianya adalah satu perasaan yg menyakitkan..

satu rasa biler ko mula concern pada sesorg.. pastu rasa nakkkkk sgggttt tau apa yg die buat.. apa yg ada dlm fikiran die.. apa yg die fikir pasal ko... pastu rasa nak die menyedari kehadiran.. bukan takat menyedari.. tapi nak die merasakan kehadiran ko adalah penting.. pedih wooooo.. sriyess pedihhh... dlm ati ni rasa terbongkol... rasa nak bermain2 sms.. ataupun berbual di telefon mahupun chat dgn dia... tapi ko end up dgn tenung yahoo ID die.. dan pusing2kan telefon ko... tanpa buat apa2... nak tegur rasa malu giler.. nak telefon tapi tader topik.. dan dia tak pernah tegur ko bertanyakan kabo ko kecuali mintak ko translate perkataan dlm japanese utk die bangga2 kt status fesbuk..

tp pape pon.. aku tau.. perasaan ni sementara.. sbb klo jadik kt aku.. aku akan block perasaan ini sampai jadik neutral dan kembali meneruskan hidup...

Friday, July 2, 2010

kembali berblog

ada byk sgt perkara yg berlegar2 di kepala aku skrg ni..

byk sgtttt mende yg aku pikirkan.. sampai filter otak aku ni taleh nak filter mana yg perlu mana yg tak perlu...

asal byk mende yg berlegar2 di pemikiran eakk?? adakah aku terlalu byk masa utk memikirkan byk mende.. dan masalahnyer apa yg aku fikirkan skrg ni.. muahahahaha pening hehh..

dah2 tuko topik..

hari ni nak g temerloh.. my dear akan menikah... akhirnya dpt gak melihat dia memakai pakaian pengantinnyer... alhamdulillah.. semoga segalanya berjalan dgn lancar

Wednesday, June 30, 2010

hurmmm

lalalalalaaaaa.. tatau lak nak taip apa kat sini.. hurmmmm
lapoooo

Thursday, June 24, 2010

sakittt

check sakit lain.. sakit lain lak yg kluar..
dokter soh g spital pepagi..
suh buat medikel cek ap...
perghh dokter, ko tatau ke yg aku ni busy
busy tahap gilers babik..
lagipon aku rasa aku bleh bertahan lagi seminggu..
minggu dpn jek laa aku g cek..

nota utk diri sendiri : jaja, ko telah simpan surat dokter bawah tilam.. lenkali nak pakai baru carik okehh)

Saturday, June 12, 2010

balikk kampungggg

last balik kampung adalah pada raya cina lepas.. owhh da lama tak balik kampung.. so arini berasa sangat eksaited utk balik ke kampung.. meskipun tak betoi2 balik umah atok.. tapi kali ni balik umah mak ngah sbb kerja kawen.. aku tak g umah paklong pon sbb jauh sgt.. muehehehe

biasaalaaa cuti2 sekolah ni musim org kawen kan.. so mcm biasalaa.. tugas yg mak aku kene buat adalah masak hidangan perantin.. maka aku pon terbabit sama dlm sessi ini.. uhuhu sepatotnyer aku kene pakai vouge2 dok sebelah mak perantin.. tp ni kene sorok kt ceruk dapor... da mcm sinderella lak rasanya....

ahaks.. dlm kapla hotak aku ada 2 resepi yg aku nak buat sgt esok.. tp komfom mak aku tak restu..

1) chicks lemon rosmerry
2) fruit salad

muahahha ko igt dorg tuh makan makanan fancy2 ke.. kih kih kih...

balik kampung dulu.. babai

cara menabung

tadi borak2 dgn dalilah.. kitorg kalo borak, kalo tak hal merapu mmg hal yg series miyes..

tp tadik borak hal2 yg kurang series.. mengenai bagaimana menabung dgn cara yg mudah...

igt tak di jepun ada kaedah menabung 500yen.. di malaysia tiada matawang 500yen yg akan membuatkan kiter bulih kaya sekejap.. maka marilah kita cuba menabung dgn cara ini

dalilah kabo setiap ujung minggu sila simpan sebanyak rm25 ke dlm akaun simpanan tetap ataupun di tabung buluh.. pastuh cuba kire

rm25x4x12= RM1200
pastu ada hape tah yg 7% tuh.. tapi tayah kire laa kan.. anggap tuh bonus.. so dlm setawon bulih nyimpan sebanyak RM1200

cuba kiter disiplinkan diri...tak kuarkan menatang tuh dlm masa 30 tahun

RM1200x30= RM36000... haaa dalam masa tuh bulih ada simpanan bnyk tuh.. keh keh keh.. byk kan...

cuma RM25 jek seminggu..ceewahh mcm iklan courts mammoth plaks kann..

apa2 pon tepok dada tanya selera.... ini cuma panduan.. aku pon tak cuba lagiiiii

Friday, June 11, 2010

membeli harta sendiri

aku ada impian nak harta sendiri.. mak aku pon pesan, chik baik ko carik reta sendiri.. kalo ko kawen dgn sesorg pon belom tentu org tuh akan sayang ko sampai 30-40 tahun akan dtg..

eheh, berbekalkan dgn keinginan tuh aku pon mengorak langkah.. sebagaimana yg kiter tau.. aku ni bukan reti langsung pasal hartanah2 ni.. so biler da bangang mengenai hartanah2 ni maka marilah belajar mengenainya... just search kt internet.. dan taraaaaa... keluarlaa pelbagai jenis tunjuk ajar mengenai hal2 ini..

so sedikit ajaran yg aku dpt..

1) carik umah idaman yg betoi2 sesuai dr segi nilai die, keluasan die dan bayaran bulanan die, ada nilai di masa akan dtg, dsb

2) menurut sorg tuh die kabo buat loan yg long venture, jgn carik yg short venture.. die kabo kan.. sebab apa carik jangka masa panjang.. ini membulihkan kiter mengurangkan bayaran bulanan.. pastu menambah positip cashflow setiap bulan... aa camtuh laa lebih kurang..

keh keh keh.. aku baru menambah ilmu mengenai hal2 hartanah ni dalam 2 hari.. masih byk yg kene stadi lebih2 lagi mengenai prosedur beli rumah, pemaju dsb

wahhhh, ko nak beli rumah ke??

mesti ada yg bertanya mende ni kt dlm ati.. mmg wajib nk beli.. cumanya bukan dlm masa terdekat.. tp apa salahnyer belajar kan..kan kan kan.. at least ada gak pengetahuan sedikit... eheheheh

* pas pening baca mende2 yg kurang difahami ni, bukak lak ilmu2 kitchen cabinet.. muahahah lagi aku tak reti, pasal tiles laa pasal uppermould sink laa hape kejadahnyer laaa

Thursday, June 3, 2010

not so random

aku selalu mcm lemau2 sikit biler shif malam ni.. da berkali2 aku sematkan dlm minda yg aku menyukai shif malam.. tapi makin dimamah usia makin aku tak bleh blah laa shif malam ni..

tadik aruna ckp ada keje kosong..so aku pon terai jek laa.. kat datacom.. sapa2 ada experience keje kat situ bgtau laa aku... huhuhu... maleh nak caik keje sebeno ehh.. tapi ejen aku ni iyer2 msg kat fesbuk kabo ada keje baru.. normal shift lak tuh... apa lagi... aku pon terussss laaa kann...

aku da muak laa keje shift malam2 ni.. hilang kemudaan aku...

okeh2 kembali kepada citer geli2(aku saspek citer glee adalah dr istilah geli geli)

okeh..lately aku ske baca novel kisah cinta ehh bukan.. kisah org kawen yg dipaksa kawen.. ahah.. aku pon ada gak mensimpan cita2 untuk dipakse rela kawen.. tp biler aku ty mak aku ada calon ke tak.. beliau kabo tader.. iskkkkk tuh laaa laa mak.. dedulu org nak soh kenenkan anak mak pah, mak sombonggg....

huk huk huk.. kesimpulannyer... tatau nak simpulkan apa kat sini.. cume jaga diri korg bebaik.. jaga kesihatan memolek.... jaga segala2nya okehhh

Monday, May 31, 2010

fashion for plus size

keh keh keh.. aku bukan fashionista..berfesyen pastu kene nista ada laaa... keh keh keh..

aku memula tgk dak amy yg sgt comel bershawl bagai... comeyyyyy jekk budak ni.. aku sgt laaa ragu2 mau menerai sbb khuatirkan muka aku yg bulat amat...

tah cemana last week g beli selendang kt jalan TAR.. gigih melilit malam tuh.. so esoknyer try laaa.. warghhhh susah wehh nak maintainkan selendang ni agar tak melorot.. pakai kerongsang sikit punyer banyak.... huhuhu.. pastu masa rehat oc (messenger utk staf2 ) amy ajak turun g kantin pastu g toilet.. amy pon ajar laa cara melilit selendang... hik hik hik...

pastu try lagi skalik masa kenduri kawen adli... yezzaaarrr berjaya memakai selendang tanpa melorot2 sgt.. kih kih kihhhhhh.....

kih kih kih.. pasni aku nak try pakai summer dress plakkk.. agak2 comey dakkk

yo yo yo

wah wah wah, udah lama kiter tak bersiaran di blog kan.. iskk semenjak aku dpt tgk follower aku yg bertambah.. aku jadik bersemangat nak berblog.. kih kih kih ye ye kelapaaa jekk.. org lain punyer bersusun2 follower kannn...

okehh aku nak bising psl apa lak arini ehhh,
haaa korg mesti tau kan pasal budak2 zaman skrg da berani nak bunuh bayi dlm kandungan bagai.. aku cam rasa masyarakat kiter ni mcm da kembali ke zaman jahiliyah yg mana lebih jahiliyah berbanding masyarakat duluk.. okehh kalo ikot sejarah. masyarakat arab jahiliyah membunuh hidup2 bayi wanita... tapi org kiter skrg ni.. bayi blom hidup tak kire laki atau pompuan telah dibunuh...

di mana silapnya?? di mana salahnyer... biler budak umo 14 tahun tergamak tanam anaknyer idup2...

tatau da nak tuding jari ke mana.. salah artis2 ke yg memperkenalkan cara idup soSIAL.. atau salah mak apak yg mendidik kah?? atau salah budak2 itu sendiri..

renung2kan dan selamat beramalll

Friday, May 21, 2010

seronoknyer tgk org yg berjaya

tadik masa rehat yg panjang.. aku dgn poziah pon mengambik keputusan utk tido di surau terlebih dahulu.. ok laa pas makan, kitorg berjimba2 di surau dan tido.. surau yg gelap, ditambah dgn ekon yg sejuk2 kuku.. fhufff mmg sodap tak terperi laa tidonyer..

tgh syok2 bermimpi naik kete kude dgn putera raja (mmg setan penuh dlm diri aku.. tido dlm surau pon mimpi yg bembukan) aku terdengo lak sayup2 sore akak kantin dgn makcik2 cleaner borak.. memula die kutuk tah sapa tah yg tido beralaskan sejadah.. aku secara rasminyer kecik atilaa dengan kutukan makcik terbabit kerana aku pon tido beralaskan sejadah.. pastu die cecakap sesama dorg..

seronoknyer tgk org2 yg berjaya ni.. keje kat opis sejuk2.. tak mcm kiter

lepas die cakap camtuh aku dgn poziah otometikli bangun.. kitorg tgk jam.. baru pukul 430.. owh ada lagi sejam utk rehat.. kitorg pon teruzzz pegi kat bilek rehat yg gelap+sejuk+ ada mesin urut osim.. dan terus berurut sambil tido..

tp aku pejam2 ayam jek.. sebabnyer aku terpk kata2 makcik tuh..

SERONOKNYER TGK ORG YG BERJAYA..

utk pengetahuan makcik (komfem makcik tuh tak baca blog aku) dan sumer yg sudi baca laa kan.. jadik org yg berjaya ini adalah tak seronok...kerana

1) kene pegi sekolah, belajar mcm org giler, kene buat homework, kene study, kene lulus dengan cemerlang dlm peperiksaan, kene bersaing dengan rakan sebaya satu melesie lak tuh, kene iron baju,kapor kasot, bawak beg besar2 dan berat ya ampon ke sekulah, kene hapal sifir.. kene baca buku omputeh. kene cakap omputeh lagi.

2) kene solat dengan tekun, buat qiamullail dengan penuh tawadduk, bangun awal pagi nak buat solat hajat demi perkara2 no1.. (sesungguhnya solat itu adalah berat bagi mereka2 yg tidak khusyuk)

3) kene masuk universiti.. kene g kelas jauh giler.. kene hadapi kelas yg pack.. kene buat assignment sampai tak tido malam.. kene rasa kecewa sbb kalah dgn musuh ketat.. bersaing nak dptkan tempat kt fakulti.. g interbiu utk dptkan skoler g oversea.. kene duk jauh dgn famili.. kene idup sendiri.. kene masak sendiri.. kene hadapi kesunyian sakit perit maung sendiri...

4)kene abehkan duit utk beli buku, kene beli laptop utk bantu pembelajaran, kene buat kajian kes, kene buat tutorial, latihan industri, training, kene buat eksperimen, kene buat report, kene buat presentation dsb

5) nak jadik org berjaya kene sentiasa sihat, makan ubat2an dan pil vitamin yg membantu tumbesaran, nak kene makan sayur, telor 3 suku masak, nak kene pk bulih tak makan kepala ikan, bulih tak makan mata ikan.. terpaksa g sekulah jugak meskipun demam..kene g buat eksperimen gak meskipun senggugut.

6) nak jadik org yg berjaya kene bergiat aktip dgn bidang kokurikulum sebab nak masok unibersiti kene pakai sistem merit2 yg perlukan markah bidang koko ni. nak kene berpanas berhujan main bola jaring. nak kene berlatih mcm nak g main kt olimpik, blom lagi kene siku kt perot oleh pihak lawan. berlatih sukan sampai kulit muka terbakar merekah2.. blom lagi main hoki tapi die tibai batang idung.. blom lagi otot kaki terkoyak bagai.. tuh bagi yg ektip sukan.. kalo yg masuk pidato2 ni.. nak kene buat skrip,hapal skrip pastu nak kene berdebo2 sbb nak berpidato bagai. tuh blom lagi yg poyo2 kene buat dikir barat utk persembahan antara mrsm.. mudah ke??

ada byk lagi point menerangkan betapa sebenonyer tak bape seronok utk berjaya.. byk mende yg kiter kene hadapi..

tapi sebenonyer berjaya dalam pelajaran bukan bererti berjaya dlm idop.. yeaaa btoi tuh adik2.. tapi adik2 yg baca blog ahkak ni.. korg kene ingat... masyarakat kiter ni adalah exam minded society. tarap hidup ditentukan dgn betapa cemerlangnyer korg dlm pekse.. dan betapa adik2 sume kene igt, belajar itu adalah sangat penting.. di sekolah ye adik.. bukan sekadar belajar mengenai mata pelajaran saje.. kalo dikaji2 BYK sgt perkara yg adik2 sume blajo kt sekolah tuh..(ehh ter emo lak.. okeh2 berundur setapak)

eheh.. sebagai penutup entry emo kali ini saya sudahi dengan serangkap pantun yg di ajar oleh org di bawah ini

berakit2 ke hulu berenang2 ketepian,
bersakit2 dahulu bersenang2 kemudian