Monday, June 18, 2018

innalillahiwainnailahirojiun

Atok Mon menghembuskan nafas terakhirnya.
Atuk adalah mak kepada abah.

semoga rohnya dicucuri rahmat.
Terima kasih atuk kerana lahirkan abah kami yg hebat...

Saturday, June 16, 2018

beraya dan merisik

Raya ketiga, kitorg pepagi lagi da bertungkus lumus menyediakan juadah utk tetamu yg bakal datang beraya. mak aku masak nasik jagung, kitorg buat ayam masak merah, ayam kampung ungkep, mira buat sandwich, soto dan kuih muih..

aku da set schedule yg famili mus akan sampai kul 12 tengahari. since die kata da bertolak jam 9 am.. dan aku set utk famili2 mak aku dtg jam 3ptg..

sebaliknya diorg sampai serentak jam 3ptg.. kelam kabut kitorg terima tetamu. tak pepasal kawan2 adik seramai2nya pon sampai.. kitorg hidangkan sandwich je. sori la kawan2 adik.. hidang2, eh alamakkk lauk tak cukupppp... boleh plak mak aku masak nasik seperiuk. ayamnye 3 ekor je.. kitorg hold soto utk tetamu belah petang. terkocoh2 angah aku pegi beli ayam utk dimasak sambal..


kali kedua aku jd highlight majlis ni.. kembang mukaa kejap bila abg ngah si mus tanya, odah bersedia ke nak terima mus.. gile tak tentu arah aku time tu, aku sengeh tak kena gaya,, nak angguk ke taknak ni.. rasa mcm nak angguk... waduhhh.. pastu pakcik aku mencelah, biasa kalo senyum takleh nak berkata2 ni tandanya dia setuju..hahahaha legaa kejapppp.. majlis tunang akan diset kemudian.  rancakla jugak bersembang..


lepas adik beradik mak balik, sepupu mak datang. sempat la berkenalan serba sedikit. mak plak gelabah bila ckp lauk tak cukup, terus hidangkan soto. kendian keluarga mus meminta diri utk beraya ke tangkak plak.



thanks abg n famili datang ke rumah odah... see u again...

Saturday, June 2, 2018

Happy birthday Sayang

birthday dia sebenarnya 4 jun tapi, since kawan2 die ada majlis buka puasa, aku pon plan nak buat suprise. memula aku buat suprise kt rumah nora. yeay berjaya membuat dia terkedu.. hahaha



then esoknya, aku deal dgn runner hantar kek kt lokasi buka puasa dorg. aku call restoran utk simpankan kek tu. aku pakat dgn firdaus utk suprisekan dia. so lepas makan2 tu aku ajak bdk2 restoran utk bawa kek ke tempat dia dan nyanyikan lagu birthday beramai2..

tercengang2 juga memasing pd mulanya tatau birthday sapa. but akhirnya.. yeayyy happy birthday to you.

Odah sayang awak. i hope you like the suprise...