Thursday, February 19, 2009

the journey part 8.1(kisah berlagak yg terlalu benar)

*entry ditaip dalam keadaan mengantuk*

jaja memulakan tugas di tokiwa pada pukul 8 pagi... keletihan yg ketara membuatkan jaja berazam tidak mahu berdisiplin pada hari ini... dia tiba di tempat kerja pada pukul 815 pagi (sampai tokiwa terus ke jamban dahulu).. di ruangan tokiwa bakery kelihatan mikachan sedang menggureng dan menyediakan bahan2 untuk sandwich.. ehh awalnya mikachan dtg, detik hati jaja.. biasanya mikachan akan terlambat sejam dr waktu sepatutnya.. miyazaki san tgh memotong ruti dan kawanosan sedang menyusun ruti.. langkah jaja semakin longlai apabila mendapati chief cuti arini.. yeay yeay boleh poya2... bisik hati jaja..nampaknya hati jaja da tergetek2 melompat2 kesukaan pada hari ini....
tugasan pagi ini amatlah tiadanya... mereka sama2 membuat kerja dengan rasa hula hula hoye hoye... dan pada jam 9 pagi imoto san plak sampai...humang haihh ramai erhh shift pagi... mmg ramai giler laa kalo sampai 5 org... jaja mengambil tugasan menyapu lantai dan mengemop lantai... akibat ketiadaan kerja jaja pun mengelap lantai seluruh kedai dan dlm kedai... *lap pakai kain buruk dan cecair pencuci..bukan dengan mop*... hheheheh undo undo(eksesais2)..itu yg bermain difikirannya.. dimatanya terbayangkan baju konvo yg bakal disarungnya.. hik hik hik....

akibat kelambatan kilang membuat ruti mereka ketiadaan kerja sebelum tokiwa dibukak (tokiwa bukak dr kul 10 pagi sampai 8 malam) mereka mengambik peluang mengular selama 30 minit.. huwahahah mikachan dgn miyazaki san g isap okok... kawano san dgn imoto san g jamban.. tinggal jaja sorg2 kt kedai tgh lap lantai.. huwahahah..bukan nak tunjuk rajin..tapi nak bersenam...baru skrg ko nak bersenammmm...

jam 10...tokiwa dibukak... kawano san dgn imoto san duk kat cashier.. jaja dan miyazaki san memotong ruti... mika chan buat sandwich..lalalalala bekerja dengan penuh kegembiraan... lalala..memang hari ni lepak giler..sampai bleh g amek ruti kt kilang berdua... jaja g buat penghantaran ruti kt restoren itali kt tingkat 4 dan ulang alik ke kilang.. kalo penuh sgt kastemer jaja bukak kaunter no 2... kadang2 dia g tuko duit.. heheh bukan sumer mende jaja buat.. tp jaja yg nak bergerak... hihihhi.. tahlaaa arini mood jaja mmg best giler..tahap terbaik dr ladang...

sambil2 tuh jaja berborak dgn imoto san.. pasal politik dan ekonomi jepun.. huwahahaha ceewahhh..imoto san tabik kt jaja sbb amek tahu pasal politik dan ekonomi jepun.. tp masalahnya disini.. bukan jaja nak amek tau punnn, tapi asal jaja makan tengahari sambil tgk tv..dorg siarkan berita semasa..bukan 15 minit tp sejam lebey.. kalo hari2 duk tgk siaran yg sama...maka secara otometikli jaja akan teramek tau laa apa yg pemberita ckpkan...so sambil2 duk cashier tuh kalo tader org..dorg akan borak.. tetibe terdgr raungan budak pompuan.. huwa huwa huwaaa uihh bising ehhh... budak tuh bersama mak dgn abang die tgh membeli ruti...tp budak tuh duk dlm stroller...terhua huwa huwaa die nangis nyaring giler... pastu mak die cpt2 pilih ruti n bawak ke cashier... jaja dengan pantas mengetuk mesin cashier sementara itu imoto san dengan pantas membungkus ruti.. yelaa anak kastemer tgh melolong mana bleh keje dengan lengah2..budak tuh terus melolong dan diagah oleh sorg kastemer berpangkat nenek yg sorg laie.. tp lagi diagah laie kuat budak tuh melolong..kemudian budak pompuan yg tgh melolong tu terpandang ke jaja..jaja tersenyum sambil buat muka badut duk angkat2 kening kt budak pompuan tuh. ajaibnya secara serta merta tangisannya menjadi reda dan bertukar kepada sedu2 sikit..mak die berpaling kt anak die keanehan membuat muka kenapa-da-berenti-nangis-anak-aku-ni... masa tuh anak die tgh tgk jaja.. jaja pon senyum bajet comel kt budak tuh... berenti kejap die nangis... namun bila mak dia tolak balik stroller tu utk beredar.. terus meletop raungan budak pompuan tuh....

hehehe persoalan ini bermain di kepala jaja sepanjang hari....
KENAPA BUDAK PEREMPUAN ITU BERHENTI NANGIS APABILA TENGOK KE ARAH JAJA??
ini kisah benar ya.. berlaku pada pukul 11 lebih tadi... anda ada jawapannya??

Saturday, February 14, 2009

the journey part 8

*penting.. bahagian yg dibold kan adalah bahagian imaginasi penulis*

14 februari 2009..
hari ini hari jadi Is..jaja bermonolog sendiri ketika bermalas-malasan di katil.. jam di handphone menunjukkan 615 pagi.. awal kan jaja bangun?? sebenarnya hari ini jaja berjadual untuk mensyampu rambutnya.. lagi pula dia kene pergi kerja dengan awal pada hari ini.. perlahan2 dia mengambil tuala ungu dan menuju ke bilik mandi seperti biasa..

sepanjang pagi ini dia bermonolog mengingati kembali kisahnya bersama Is.. Is merupakan sahabat siber yg paling dia hormat... perkenalan pada tahun 2003 berlanjutan ke tahun 2005.. banyak kisah mereka kongsi bersama.. nasihat yg Is berikan kepadanya takkan dia lupakan sampai bila2.. pada jaja, Is tak ubah seperti sorg abang, yg sentiasa memberikan bimbingan tanpa rasa bosan. Is yg menemani hidup jaja di jepun selama 2 tahun.. dan rasa syukur kpd Allah kerana menganugerahkan seorang sahabat siber yg sebaik Is.. namun setiap pertemuan ada perpisahan, dan selepas 2005 jaja tak bertemu lagi dgn Is..sehingga kini..

jaja tersentak apabila pengumuman di dlm kereta api di buat dgn kuatnya.. segera dia mengemaskan barang2 di tangan dan bersedia untuk keluar dr keretapi. asyik sangat berangan membuatkan dia tidak sedar begitu cepat masa berlalu..jaja mengeluh panjang sambil di hati memanjatkan doa. walau di mana Is berada semoga Allah merahmati perjalanan hidupnya dan memberkati segala usahanya, selamat hari jadi Is. perlahan2 diatur langkah menuju ke pintu gate stesen oita

pagi masih awal lagi dan sudah ramai pelajar2 berpusu2 menuju ke destinasi masing2.. hairan juga ya di hari sabtu ini ramai pelajar masih kesekolah.. ataupun mereka ke pusat tuisyen. wallahualam. jaja cpt2 melangkah masuk ke kedai serbaguna familymart untuk membeli air kopi. mata terasa kelat dan mengantuk. seperti biasa suasana pagi di dlm tokiwa tak berapa sibuk.. jaja terasa seperti rohnya melayang2. kerisauan terhadap tesis dan final presentation merenggut ketenangannya. rindu terhadap kaum keluarga tidak dpt dielakkan lagi. rindu kepada kenangan lama yg tak mungkin berulang, yeaa... dan bila2 sunyi seperti ini mengimbas kenangan lalu adalah bagus untuk membuat hati ini tersenyum...

*************************KENANGAN 1****************************************
"bal, jom g derma darah". jaja segera menghantar sms kepada bal kerana mereka sudah berjanji dr beberapa tahun yg lepas untuk menderma darah. lagi pun hari khamis ni adalah hari terakhir bas menderma darah akan datang ke sekolah.
"ok tapi nnt akak temankan bal g klinik erh..nnt bal da sampai bal sms". owh si bal ni masih demam lagi rupanya. sementara menunggu bal sampai ke sekolah jaja menyiapkan saki baki tesis yg ada. mata terasa penat tetapi dia terpaksa berusaha.. aku akan pulang.. aku mahu pulang, itulah kata2 yg bergema di hatinya.
sesambil itu dia menjenguk ruangan chat kegemarannya.. beberapa chatters sedang berburak dengan seronoknya.. sebenarnya jaja tidak keruan apabila memikirkan yg dia bakal menerima suntikan.. sesungguhnya memang jaja takut untuk disuntik. beberapa tahun lepas dia bal dan mas mengambil suntikan pencegah influenza, namun apa yg terjadi.. tanpa diduga air mata menitik akibat menahan debar,cuak dan sakit yg seperti digigit semut. hal ini menjadi bahan mereka mentertawakan jaja..namun kali ini apa yg bakal terjadi?? darah jaja akan disedut untuk didermakan kepada mereka2 yg lebih memerlukan..
"akak bal da sampai.. ada kt depan student center". jaja terus bingkas bersiap2 menuju ke student center. suasana kampus pada petang ini agak sibuk. pelajar2 ke hulu ke hilir membawa nota dan fail. maklum sajalah sekarang ini musim peperiksaan. jaja terus berjalan menuju ke student center dgn hati yg berdebar2.. owh darahku... owhh sakit tak agaknya... owhh owhh owhh dan owhh.. mereka terus mendaftar dan mengisi borang untuk menderma darah. bal agak ragu2 mengenai tahap kesihatan dirinya, namun jaja meyakinkan bal bahawa dia takkan apa2... lagipun untuk jaja derma darah sorg2.. minta mahap laaaa erkkk..
"etto chotto kikitai desu ga, mare-shia de doko no hen ni sunde imasu ka?(maaf kalau bertanga, awak tinggal di bahagian mana di malaysia)"? jururawat yg bertugas bertanya kpd mereka..
"pahang desu"(di pahang) jaja menjawab.
"kuala lumpur desu(di kuala lumpur)" bal pula menjawab. mereka seperti kebingungan lantas seorang nurse makcik mengambil file..
"chotto matte kudasai, chi-zu ga arimasu yo (tunggu sekejap, saya ada peta)" dengan bersemangat makcik nurse itu membelek2 file tebal berisi maklumat yg pelbagai. ketika ini hampir semua staff van derma darah bergerak mengelilingi mereka. jaja dan bal terasa malu seketika.. setelah ketemu peta malaysia jaja menunjukkan di mana pahang dan malas untuk bersoal jawab dia pun menunjukkan kuala lumpur yg berada di dlm pahang jua..(kl yg jaja tunjukkan sebenarnya adalah area bentong atau temerloh)
dan apabila di tanya bilakah last mereka pulang ke malaysia kedua mereka menjawab:
"kyounen no 8 gatsu (bulan 8 tahun lepas)". tanpa mereka sedari bahawasanya last mereka pulang adalah 2 tahun lepas.. inilah akibat gemuruh dan gugup mereka tersilap tahun dan tarikh. sudahlah menjawab dengan muka yg sangat berkeyakinan.. setelah makcik itu memeriksa file tersebut, kawasan yg jaja tunjukkan adalah kawasan pink yg mana dikhuatiri ada jangkitan malaria(entah tahun biler punyer maklumat entah) dan mereka tidak berada di jepun lebih dari satu tahun.. atas sebab2 berikut mereka tidak dibenarkan menderma darah. namun begitu mereka diberikan air kotak jus epal sorg sekotak dan disuruh datang lagi tahun hadapan.wtf.
dengan muka malu tak sudah mereka beredar ke klinik sambil menyumpah2. apalaa kerek sgt, org nak derma darah pon tak kasik.. weng btoi..mereka lantas menuju ke klinik dan bertemu kay di hadapan dewan besar sambil menegur sapa dan mengucapkan selamat berjaya di dlm exam untuk kay
setibanya di klinik, bal terus ke tandas dan jaja terus ke mesin penimbang.. owhh tidak... berat naik laie sekilo.. hahahah lantakk tatau... bal mengisi borang pendaftaran dan mereka berdua mengambil termometer dan menyelitkan di ketiak. ini prosedur biasa klinik sekolah yg mana mereka dikehendaki memeriksa suhu badan sendiri.. sambil berbual2 (mengata nurse2 derma darah) mereka menunggu termometer berbunyi pit pit.. nampaknya suhu badan jaja 37.4 dan suhu badan bal pula 36.6.. ehh siapa pula yg sakit ni?? mereka berhajat untuk menukar termometer namun tidak sempat kerana disapa oleh makcik klinik. sementara menunggu dokter mengusha bal, makcik klinik tadik memelok jaja sambil berkata,
"genki desuka?? sukoshi yasetemasu yone..(apa khabar?? awak da kurus erh)", makcik ni menegur dengan suara manja.. mmg makcik ni suke bermanja dgn jaja.. dan jaja pon suke memanja dgn makcik ni.. jaja yg kegelian akibat dipelok segera mengelak dan berkata,
"genki desu yo. zen zen yasenai yo..sakki taijyu hakatte,ichi kiro fueta,(saya sihat (alhamdulillah*ckp dlm ati*.. saya tak kurus la tadi saya timbang berat naik satu kilo..))" sambil buat muka bajet comel jaja menjawab soalan makcik itu..
"aa sou nano...(owh yekee)" makcik tuh menjawab dgn sore yg manja.. makcik itu memanggil sorg budak sebelom bal.. dan kemudian memanggil bal untuk pemeriksaan.
selesai segalanya mereka berpisah kerana bal mahu balik dan berehat dirumah manakala jaja kena kembali ke lab untuk menyambung kerja2nya.

**********************kenangan 2(citer rekaan)******************************

*watak bal dipakai tanpa izin.. hihihi.. kire bal jadik heroin laa dlm kisah ini*

"akakkkkkkkkkkkkkk...akak katne?"..
private mesej dr bal mengejutkan jaja yg sedang khusyuk merenung tesis + tgk upin dan ipin (multitasking).
"haa kenapa?? akak kat lab ni".
"akak bal ada citer eksaited ni.. akakk kenapa tak angkat fon??"
"alamak fon bateri kong laa.. apa cer?? taip laa.."
"hhahaha taleh2 spoil the fun laaa.. kene ckp gak..."
bal terus berteka teki dgn jaja.. sampai jaja terasa berdebar2.. apa bal ni... aneh nyerrrr
"ok2.. bal kasik klu.. ada org ckp bal lawa.. hahahhahaha.. oklaa kak bal nak mandi..tataaa".. jaja terbeliak biji mata.. uishh die ni... aku kene balik segera ni..alamakk tapi tesis tak buat laie...

jaja menahan rasa inkuirinya lantas sedaya upaya menumpukan perhatian terhadap tesis + upin n ipin... selesai terasa penat jaja terus melangkah pulang ke rumah. memandangkan perut yg kelaparan tak sudah jaja mengambil keputusan untuk ke everyone dahulu membeli alas perut.
cup noodle dan air strawberry susu menjadi pilihannya dan dia pon melangkah pulang ke asrama.. tiba didining hall terus mereneh cup noodle dan berbual2 dengan pelajar jepun dan china...
sambil makan2 jaja disoal mengenai hal ekonomi malaysia oleh pelajar jepun tersebut. syukurlah dia masih igt sedikit fakta2 mengenai hal ekonomi yg dibaca melalui utusan online.. taderlaa nampak bongok sgt tak amek tau psl malaysia..
selesai makan.. jeng jeng jeng.. tibalah masanya dia menterjah bilik bal...muka bal berseri2 menyambut kedatangan jaja..
"hik hik hik...masuk laa kak", muka budak bal da blushing2 da..sesekali dia tergelak getek2...
"nah akak baca dulu.. akak org kedua lepas mak bal hihihihihi".
bal menyua 2 helai kertas berprint saiz a4 kepada jaja.. jaja mengambil nya dan membaca nama penerima , robert... owhh kawan chat bal yg berada di mexico.

*nak gelak.. sejak biler bal ada kawan chat kt mexico.. taper2 citer rekaan..kejap2 amek napas... aduiii terkekek2 aku gelak sambil reka citer bal ni...*

jaja membaca salinan email dr robert tuh dengan perasaan teruja2 sambil tergelak2... bal da blushing2.. alahaiiii lamanyaaaa tak baca surat atau email cinta... hihihihihi.. selesai baca segalanya mereka berpandangan lantas ketawa bersama...

"meh nak tgk bibir bal yg seksi tuh.. wauuuu mata yg cantik.. hahahha"...jaja tergelak geguling pabila mengingati isi email itu... bal sudah mengejip2kan kelopak matanya
"akak jgn laa gelak... nak tau kan.. bal kan sampai usha balik gambar2 bal... mana laa bibir seksi yg die ckpkan tuh... akak nak tau, mak bal pon da gelak geguling biler bal bacakan email ni... series rasa nak pengsan". bal da terkekek2 gelak.. lawak btoi.. apa yg buat seronok sgt tuh sebenarnya sudah lama tiada citer geli2 dan menarik yg berlaku di antara mereka...
mereka terus berbual2 mengenai robert dan abang okinawa(sidia) itu.. pada pukul 1 lebih jaja mengambil keputusan untuk balik ke bilik dan berehat...

*bal ya ampun..amek bal jadik heroin citer neh*
*****************************************************************************
selesai bertugas di tokiwa, jaja terus menyalin pakaian tanpa menunggu chief berkata apa2.. kerisauan terhadap tesis membuatkan jaja membuat keputusan sendiri.. sempena valentine ini di jepun dipenuhi dengan jualan2 coklat istimewa..hurmm belikan utk chief laa..

jaja mengelilingi booth2 menjual coklat yg banyak.. memikirkan manakah yg affordable untuk diberikan kepada chief.. sekotak coklat berharga 525 yen(rm20) dipilih untuk chief dan 2 kotak laie dipilih untuk mine san nabe san toshimitsu san hatano san dsb(makan kongsi2).. 2 potong kek coklat dipilih untuk dia meraikan cinta bersama bal.*sunyinya mas tiada disisi*. teringat kembali kenangan indah bertukar2 coklat bersama mas ayu dan kak fuza... seharian mereka kepeningan akibat terlebih makan coklat.. indahnyaaaa kenangan itu..
"chief.. gomennasai katteini kaetta kara.. douzo barentain no choko desu (chief sorry saya dengan suka sukinyer telah membalikkan diri.. silalah menerima valentine coklat dari saya)".
chief tergelak sambil berkata
"ooooo hehehe arigatou ne.. naka ni oittetotte..otsukaresan (ooo terima kasih.. tolong letak kat dlm .. otsukaresan (tatau nak translate cemana))".

jaja melangkah bertemu dgn mine san dan akak sukemono.. selesai memberikan coklat dia kembali ke rumah. di dalam train dia kembali bermonolog mengenai Is.. dlm setahun 2 hari utama yg membuatkan dia teringat sangat2 kat Is..

1) birthday jaja sendiri
2) birthday Is

teringat serangkap puisi tergantung yg is reka secara spontan...
teringat apa yg akan is ckp...dan is sudah ckp bila hari last dorg berjumpe
teringat pesanan is yg berulang2...
teringat cemana is panggil dia...
teringat cemana is membebel kat dia...
teringat cemana is buat itu dan ini...
segalanya is...
dan air mata dihatinya luruh kembali...........

to my dear friend harith iskandar....

HAPPY BIRTHDAY

Wednesday, February 11, 2009

the journey part 7

hari ahad (8 feb 2009)seperti biasa jaja bertugas di tokiwa di awal pagi.. cuaca redup yg sejuk mcm haram ni membuatkan jaja terasa seperti nyaman dan hatinya melonjak2 kegembiraan.. alhamdulillah..

suasana di dalam keretapi sangat senyap sekali.. sesekali jaja memejamkan mata mengambil kesempatan mengimbas kembali kenangan di hari terakhir di arob

**********************************************************************
ketika mengemas2 barang untuk balik.. mereka mendapat hadiah kek coklat dr poland.. kek itu maniss sangat dan mereka tidak menggemarinya.. sekali tsuruta berpaling kepada jaja dan berckp
"jaja,kono ke-ki onaka no naka ni naoshitotte"(jaja sila kemaskan kek ni di dlm perut kamu).. nakal betul budak ni.. jaja cuma mencebek kan bibir sambil berkata "hidoiiiii"(kejamnyaaa) dan ketawa meletus di ruangan mengangkut barang..sesekali horikawa(abg rambut kembang) mengurut2 rambutnya dan yanagi pula menyentuh rambut horikawa dan berkata:
"kakkoi nee(smartnyerrr)". yanagi ni memang tak reti duk diam...
jaja pun membalas.."sou ne.. kono kamigata wo suru to nanka yuuki ga aru otoko mitai(yea yea..dengan membuat rambut mcm ni awak mmg nampak lelaki yg ada keberanian)".
ketika ini muka horikawa sudah kemerahan lantas dia berkata, "souka?? ore samurai no youna kamigata shitai ...(yeekee?? saya nak buat rambut mcm samurai)".
"heee hontou?? demo niau yo..atashi mo hajimete horikawa kun ni atte.. nanka kakkoi naa to omotte..the last samurai mitai..ee chotto sawatte ii??(ooo yeke?? tapi mmg sesuai dgn kamu. saya pon masa mula2 jumpa horikawa rasa mcm waa smartnyer budak ni.. mcm the last samurai..ehh bleh saya pegang rambut awak??)",jaja berkata2 sambil sesekali memerhati pakcik angkat barang mengemaskan lorinya....
"oo ii yo(aa bleh2)" yeayy akhirnya dpt juga jaja memegang rambut horikawa..*pic rujuk di the journey part 5*..agak keras rambut dia ni..mungkin nak kekalkan bentuknya agar tidak lari.

selesai mengangkut barang mereka naik ke tingkat 3 dan kelihatan tetsuya sudah terbaring kesakitan..sangat kasihan kerana pinggangnya melengkung.. menurut tetsuya bendalir di antara tulang di bahagian pinggangnya terkeluar dan membuatkan pinggangnya selalu sakit.. ttp die tanak dibedah.. kami semua mengelilingi tetsuya lantas bertanya
"heee daijyoubu??(awak tak apa2 ke)"..ketika ini tsuruta tanpa belas kasihan duduk di blakang tetsuya sambil berkata "shinderuuuu (da matiii)".. puaka btoi laaa tsuruta ni..sian member tuh
"iteiii yo(weii sakitlaaa)", tetsuya menolak tsuruta ke tepi..
"omae mou shinjau ka??"(eh ko da mati ke??)..sangat laa hampeh nye budak2 ni...bukan nak kesian kat mamat tuh.. da laa sakit...disoal plak yg bukan2... tapi beginilah friendship mereka.. sgt comel skali..
**********di pejabat arob*********************************
"jaja, gennoujin natte..neta wa ore mou kangaeta... NANDE YANE~~~~.(jaja, jadilah pelawak, trademarknya saya da pikirkan... nandeyanee)" sambil mendepa kan tangan suara yanagi bergema di ruangan pejabat arob...kami semua tergelak melihat gelagatnya yg kelakar..kemudian takumi sampai membawa botol2 arak yg lebih drpd farawell parti.. lantas mereka mengagih2 kan botol2 arak itu sesama mereka... komai memilih arak jepun yg berwarna putih.. hikss jaja cuma memerhati lantas berkata..
"eeee shiro shochu suki nano?? ossan mitai(eee awak suke arak kaler putih..mcm pakcik2)".
komai menjulingkan mata lantas berkata "uruseiii (eii bising)." dan mereka tertawa bersama2..
manakala berbual dgn takumi mengenai sport rim keretanya... mmg sport rim keretanya sangat cantik dan bergaya. buat pertama kalinya mereka berbual bersama2.. bal sendiri berkata yg takumi ini sgt pendiam..
makan malam itu mereka (jaja, bal, mas, zufar, dan kay) makan di tenpei

Photobucket
Align Center*cuma warna hijau yg kelihatan*

dan pencuci mulutnya di McD drive thru..zufar sudah berjanji kepada mereka hendak membawa mereka ke restoran mexico,nepal, kutu2 dan sebagainya..semuga zufar tak melupakan janji manisnya agar tidak menjadi janji tinggal janji.. suasana di dlm toyota caldina diselang seli dengan gelak tawa yg tidak kesudahan...

********************di dlm train**********:***
sesekali jaja menyembunyikan senyum bila mengingati kembali kisah2 semlm.. perjalanan selama 14 minit berakhir di oita stesen.. dengan langkah yg malas jaja menuju ke tokiwa bakery.. suasana pagi masih suram dan gelap.. cuma terdapat beberapa orang yg sibuk menyediakan barang jualan.. jaja terus membuka gas dan mengambil periuk yg diisi telur untuk direbus.. ditekannya kuali deep fry untuk memanaskan minyak.. baldi kecil berisi tuala diisi air dan terus dia menukar uniform kerja..

sepit2 yg bakal digunakan oleh pelanggan di letakkan di 3 bahagian beserta dgn dulang.. tuala dibasuh dan diperah.. alas2 yg bakal digunakan disusun di atas rak dan disembur cecair steril(hape tah nama die)..selesai segalanya chief datang membawa 2 kereta sorong berisi roti.. namun hari ini tugasan jaja adalah membuat sandwich, bukannya di ruang jualan. namun sementara menunggu telur siap direbus dan minyak sudah benar2 panas dia membantu chief menyusun roti2.. ketika itu kawano san dan ennyu san pon tiba.. mereka ber4 bersama chief akan bertugas di awal pagi...suasana tokiwa B1 sudah menjadi meriah dengan suara2 gelak tawa para pekerja.. bagus mereka2 semua ini..memulakan hari dengan penuh kegembiraan..

jaja mengajar kawano san cara2 menggoreng sementara die mengupas telur.. ennyu san menyusun roti dan berulang alik ke kilang manakala chief pula memotong roti.. selesai segalanya jaja memulakan kerja2 membuat sandwich sambil berbual2 dengan kawano san..
namun ada satu cerita dr kawano san yg membuatkan jaja rasa nak tergelak
"ano jaja san.. kono aida,eetto kayoubi ,ano toki saa jaja san mou agatte hitori no okyakusan ga kita no yo.. jaja san no koto wo kiita(jaja, arituhkan masa hari selasa, masa tuh jaja da balik ada sorg pelanggan datang dan bertanyakan mengenai awak)".
"eee hontou?? dare kashira??(ehh yeke...sapa erkk)". jaja da teruja2..mujur jari tak terpotong
"aaa obaasan dakedo, nanka jaja san no nihonggo ga sugoku umai kara..nanka ha-fu kana to kiita yann..de watashi wa,chigaimasu to kotaeta..hontouno gaikokujin to itta yan..ano obaasan wa hontouni odoroita(org tuh adalah nenek..die ckp jaja punyer bahasa jepun sangat bagus..jadi dia tanya sama ada awak ni kacukan dgn org jepun ke.. tapi saya jawablaa bukan,dia mmg org asing..nenek tuh terkejut tau)". what??? sekali lg jaja rasa nak terguling.. muka jawa ini dikatakan kacukan jepun... owhhh dunia... mereka tertawa2 bersama..
"demo saaa,, atashi ne..nigate na hito ni tadashi nihonggo wo zenzen syaberenai yo.. tatoeba.. chief ni zenzen syaberenai yo(tapi kan...saya ni taleh berckp base jepun yg betul dengan org yg tak biasa..contohnya dgn chief...)". kemudian kami giggle2 bersama..

hari ni hari ahad yg agak sibuk... chief meminta jaja keluar ke ruangan jualan apabila jam 1 nnt kerana kekurangan kakitangan .. nampaknya hari ini jaja kene bekerja lebih masa... namun setelah dia hitung2 apabila dia kerja sehingga jam 2 tanpa rehat bermakna dia bekerja selama 6jam45 minit.. jadi jaja mengambil keputusan utk melanjutkan selama 15 minit lagi agar cukup 7jam.. namun nasibnya baik kerana tominaga san menyuruh dia pulang lebih awal..kesian kerana jaja bekerja selama 7 jam tanpa rehat.. bayangkan 7jam berdiri berjalan bergerak berckp berlari tanpa rehat dan tanpa duduk??? *kalo ada yg kata jaja tak berusaha laie tatau laa.. siapa tau penat jerih menjadi jaja??*

selesai segalanya jaja pergi bertemu dengan mine san hatano san toshimitsu san dan sorg akak tuh..spt biasa mereka bertegur sapa dan berbual2 bersama..

hari ini hari yg memenatkan bagi jaja... lelah sungguh.. pulang ke rumah dia terus menanak nasi dan merendam ayam.. hasrat ke sekolah dibatalkan dan dia membuka pc untuk menaip saki baki tesis di rumah..

yeahhhh..berusahalahh berusahalahhh berusahalahhh... itu yg ditampal di hatinya... dia akan berusaha.. dan berharap agar semua yg mengikuti perjalanan hidupnya turut sama berusaha...

Ya Allah berkatilah perjalanan hidup kami semua... dan lindungi kami di bawah payung kasih Mu

the journey part 6 (biarkan gambar berbicara)

kali ni kiter buat versi bergambar plak.. sepanjang di arob
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Tuesday, February 10, 2009

the journey part 5(biarkan gambar berbicara)

Photobucket
presenter from Malaysia...
Photobucket
aksi pelajar jepun yg kebosanan

Photobucket
Prof Hedayati from iran

Photobucket
kids close ur eyes plisss...

Photobucket
nice hairdo..agak2 ada tak org melesie berani buat hairstyle camni?

Photobucket

fake presenter

Sunday, February 8, 2009

the journey part 4

deringan telefon mengejutkan jaja dari tidur.. kepala terasa berat namun dia perlu bersegera. bezanya pagi ini dia bersama bal di bilik mandi(booth shower lain2 ya) segera jaja berpakaian. kali ini dia memilih untuk bertudung pink.. bal dan mas kata kaler pink adalah kaler jaja... kali ini dia mempunyai sedikit masa untuk bermekap.. terima kasih kepada bal kerana awal mengejutkannya..

mereka meredah kesejukan pg menuju ke everyone. usai membeli sarapan pagi di everyone mereka menunggu tetsuya. jam di tangan menunjukkan pukul 645am.. anehnyer kerana tetsuya lambat...mereka mengambil keputusan untuk mendail hp tetsuya

jaja : moshi moshi..ohayou gozaimasu.. jaja desukedo (hello, selamat pagi, saya jaja) *bisingnya talian sana*
tetsuya : aaa ohayou,,siti san.. nani?(selamat pagi.. owhh siti.. kenapa?) erkk kenapa tetsuya panggil aku siti,mesti die igt aku ni bal, desis hati jaja...
jaja: erkk watashitachi wa ima everyone no mae ni matteru (erkk kami menunggu kt depan everyone ni)
tetsuya: aaa gomen.. kyouwa takumi ga mukaini iku ken....(aaa sori2.. arini takumi yg akan jemput korg)
erkk takumi ni sapa lak...jaja terpinga2
jaja : aaa souka..wakatta... gomenne..arigatou gozaimasu.. sore jya.. mata(ooyeke... baiklah kalau begitu..sori erhh and thanks... jumpe nnt)
tetsuya : jya...

jaja berpaling ke arah bal
jaja: die ckp takumi yg jemput kiter.. takumi ni sapa??
bal : ooo takumi...die pon ada erkkk....kejap laie sampai kut....

tidak berapa lama kemudian tiba sebuah kereta putih dengan sport rim berkilat2 memasuki everyone...
owhhh itu rupanya kereta takumi... horikawa sedang santai di sebelah sambil menghisap rokok.. mereka meneruskan perjalanan menuju ke destinasi semalam.. sambil itu jaja dan bal rancak berbual di dalam kereta manakala horikawa dan takumi pula rancak berbual berdua.. jaja dan bal lebih banyak berbual mengenai kekembangan rambut horikawa yg menarik itu.. sesekali mereka berbual mengenai perkara2 lain..

setibanya mereka di kawasan letak kereta mereka disapa oleh tetsuya dan yanagi.. wahh prof sugisaka pon tiba serentak dengan mereka bersama wan san (from china)

prof sugisaka : oooo siti san.. ohayou gozaimasuuu. genki desu ka??. (SITI san.. selamat pagi..apa khabar hari ni)
dengan semangat dan penuh berbunga2 prof sugisaka menegur bal.. bal sudah malu2 menjawab sapaan prof sugisaka sambil student2 lain tertawa kecil...yanagi berpura2 tidak mengerti kenapa sensei cuma menegur bal sahaja membuat muka nakal dan mengusik bal... jaja cuma mentertawakan mereka sahaja

tugasan di pagi ini sangatlah sama seperti semalam..bal dan jaja mengambil sedikit masa menuju ke tandas untuk mengemaskan diri
Photobucket
gambar hiasan

dan seperti biasa inilah kegiatan mereka di dlm tandas..selain membuang isi perut mereka mengemaskan diri dan mengambil gambar di dalam tandas...

mereka kembali ke meja pendaftaran dan memulakan tugasan pada hari ini... hari ke 2 seminar sudah tidak sesibuk hari pertama

Photobucket
Photobucket
gambar hiasan

cuma sesekali mereka diserbu oleh sekumpulan peserta yang baru tiba dan apabila sessi berehat selama 15 minit..mereka berhenti rehat dan diminta untuk turun lunch segera sementara sessi pembentangan berlangsung.

di bilik rehat..
bal : akak yg merah2 ni ebi chili kan(udang cili) *sambil membelek mende alah tuh*
jaja : aah kut... kenapa
bal : akak amek laa.. bal tak makan udang..

bal memang alergi dengan seafood lantas memindahkan udang ke lunch box jaja.. jaja tersenyum sambil mengucapkan terima kasih. sekali jaja menggigit "udang cili" tersebut sambil dahi berkerut.. erkk ada rasa mcm daging2 sikit.. tapi mcm bukan.. tapi bukan udang
Photobucket
"bal ini bukan udang laa.. rasa dia tah.. cuba bal rasa".
bal pun mengambil udang cili tersebut n terus menggigit.. nyum nyum nyum
"ni ikan laa kak... bak balik..." sambil tergelak2 bal mengambil balik makanan itu dr lunch box jaja dan memindahkannya ke lunch box sendiri.. tetapi aneh juga kerana tak rasa mcm ikan pun... ermm takperlaa berfikiran positif..bab makan2 ni kiter kene yakin.. hikkkksss..

makan tengahari mereka di sertai oleh semua student yg lain... meereka makan bersama2 sambil berbual2.. jaja kurang berselera kerana angin kembung menyerbu2 esofagusnyer lantas mengurangkan selera makannya... selesai menjamu selera mereka terus naik ke tingkat 3 untuk bertukar shift dengan yg lain..

selepas makan tengahari suasana menjadi sangat mengantuk.. lebih2 laie tiada apa yg perlu dibuat..sesekali mereka saling mengusik antara satu sama lain..manakala jaja dan bal leka mengambil gambar...
Photobucket
gambar hiasan
sekali lagi meja disapa dengan sorang lagi rakyat Malaysia.. owh rupanya Dr Zuwairie sudah sampai... pendaftaran dilakukan dan di selesaikan sesegera mungkin.. jaja bal dan Dr Zuwairie berbual sedikit mengenai seminar kali ini..

dan kali ini sekumpulan pelajar datang membuat pendaftaran.. seorang daripadanya menarik perhatian jaja... mukanya mirip kepada melayu atau indonesia versi kacak.. tidak seperti org jepun..janggut sejemput dan memakai sut yg sangat kemas.. jaja berbisik2 bersama bal dengan suara yg perlahan bimbang didengari dan difahami oleh si dia... si dia mendaftar di bawah nama professornya dan sementara menunggu pendaftarannya selesai, jaja,bal dan si dia berlaga pandangan.. jaja dan bal berusaha meneliti name tag si dia tetapi tidak berkesempatan..

sessi petang di Room A diadakan sessi poster. itosan menyuruh jaja dan bal melihat poster itu jika mahu. Tanpa melengahkan masa mereka masuk ke Room A.. alangkah terkejutnya mereka kerana sidia berdiri di sebelah poster pertama..mereka saling bertegur sapa dan bertukar senyuman lantas atas dasar ingin mengetahui jaja menyoal si dia

jaja: sumimasen.. chotto shitsurei desu nga,,, nihon jin no kata nan desu ka? (maafkan saya kerana bertanya.. adakah awak org jepun?)

ketika ini si dia sudah tersipu2 sambil ketawa dan rakan disebelahnya tertawa dengan kuat.. mujurlah ruangan room A agak bingit lantas mereka tidak menjadi perhatian ramai...

si dia : maa maaaa yoku iwarete irundesukedo, nihon jin desu.. chotto kao ga koi kara, okinawa no shusshin desu(aaaa saya selalu disoal seperti itu, tetapi saya mmg org jepun, cuma muka saja yg agak pekat, saya dari okinawa*pulau di hujung jepun*)
sambil tersenyum simpul dia menerangkan profil diri.. rakan di sebelahnya tertawa lagi sambil mendekati mereka...
kawan si dia : sou2.. yoku iwareruno yo (iya iya.. dia selalu dikatakan bukan org jepun)

mereka dari musashi technology institute di tokyo.. kemudian si dia dan rakan2nya menerangkan tesis yg mereka buat kepada jaja dan bal... mereka berdua agak blur tapi bersemangat mendgr penerangan drpd si dia... mmg sidia layak menjadi pensyarah kerana penerangan yg diberikan terus sampai di hati...hikksss...
selesai segalanya sekali lagi mereka menundukkan kepala dan memberikan senyuman terakhir untuk sidia.. jaja dan bal keluar dengan muka yg berbunga2...

dan ketika bal sibuk bersama itosan.. sidia lalu di dpn jaja dan miyazaki san..sesekali sidia mencuri pandang ke arah mereka dan menjadi orang pertama menekan butang lif
Photobucket
sidia menekan button lift..(gambar asli)
apabila semua orang masuk sidia menjadi orang terakhir yg masuk dan berpaling seketika ke arah meja pendaftaran... miyazaki san terpinga2 lantas bertanya

"erkk sakki no ko wa kochi ni mita desyou.. nande darou"(ehh budak tadi tuh pandang ke sini.. kan tadi..kenapa erkk)
dengan suara teruja2 miyazaki san bertanya..jaja sudah tidak mampu menyembunyikan senyuman geteknya lantas berkata
"sakki chotto hanashitayo... chou watashino taipu da yo..."(tadi ada berbual dgn dia.. owhhh org mcm tuh laaa kesukaan saya)..
miyazaki san sudah tergedik2 menampar lengan jaja dengan muka berbunga2.. hihihihi...

sessi petang yg terakhir sedang berlangsung dan mereka sungguh kebosanan.. yanagi dan bal saling usik mengusik... bal memanggil yanagi dengan panggilan "sugar" manakala yanagi memanggil bal dengan panggilan "salt".. sesekali yanagi menggelarkan dirinya syachou (bos) dan yg lain2 adalah pekerjanya..

Photobucket
pelbagai aksi yanagi telah dirakam..sememangnya dia seorang yg manja.. apabila bosan jaja masuk ke sidang plano seterusnya dimana seorang professor dr tokyo Uni membuat pembentangan...

Photobucket

namun selesai mengambil gambar jaja segera keluar kerana tak faham langsung apa yg dr ini bentangkan....akibat kebosanan yg melampau jaja dan bal mengambil keputusan untuk turun mengemas anteroom, robot demostration room dan cloak..tiada apa yg perlu dikemaskan cuma perlu membawa naik pot serbuk minuman dan jajan2...sekali lagi mereka mengambil gambar di setiap tempat seperti

Photobucket
di anteroom

Photobucket
meja pendaftaran lunch box

Photobucket
bersama robot taro

Photobucket
di dlm lif

Photobucket
di atas pentas

selesai mengemas segalanya mereka pon berangkat pulang ke rumah masing2... kali ini mereka meminta takumi memberhentikan mereka di restoran itali bernama jolly pasta untuk mengisi perut..nak masak?? minta maaflaa...da penat yg teramat sangat...

di jolly pasta sekali lagi byk bersoalan diungkai kan..dikala kepala sudah mengantuk ni mereka berbincang topik yg berat2 pula...

usai makan segalanya mereka menaiki teksi menuju ke rumah....bal terus menyapa mas manakala jaja terus menuju ke bilik.. on pc dan bersiap2 untuk bersiram..

selesai mandi jaja terus log in ke tempat dimana dia selalu berchatting.. chor menjemput jaja untuk melihat webcamnya.. alangkah terkejutnya jaja melihat dirinya berpakaian serba ungu di sebelah zaliee lada... ehh tapi sejak bila aku berada dengan zaliee lada.. dan bila pula aku ada baju warna ungu...sungguh jaja blurr....

abangchor: weiii ko kenal tak tu sapa??
cikhajar:mcm aku..ehh bukan laa aku ada kat jepun...
ketika itu dorg da gelak2 kt dlm webcam
abangchor: tuh angah ko laaaa
cikhajar: weii sejak biler angah aku ada kat situ
abangchor:hahah dah2 kitorg nak balik da ni... ko laa lambat sgt
cikhajar: weiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...

jaja cuba menelefon chor tapi hp chor sungguh perkauman..lantas jaja memPM cik bee
cikhajar:assalamualaikum cik bee.. tadi chor ada dengan sapa
cik bee: wslm ...dia ada dgn major bawang spanary miznia cik aboi fara..tuh yg cik bee nampak laa..
cikhajar: okeh baiklah thanks ya...
cik bee: erkk jaja....
lantas jaja terus mendail no telefon cik aboi... terkekek2 diorg gelak bersama2... rupa2nya angah jaja datang bersama dgn zaliee lada... hurmm atas nama skandal atau perniagaan?? biarkan lah mereka...

lantas malam ini jaja tidur lena selena2nya tanpa sebarang gangguan..alhamdulillah

the journey part 3

pagi ini (5feb 2009) sekali lagi jaja dikejutkan dengan deringan jam loceng yg membingitkan. Janji bersama tetsuya yg mereka kene bertolak pada jam 630 harus ditepati. Langkah longlai mengangkat badan menuju ke bilik mandi. inilah hala tuju jaja di setiap hari. berpakaian formal membuatkan jaja berasa sedikit bersemangat. buat julung kalinya dia memakai blazer dan pada hari ini dia memilih untuk menyarungkan tudung pramit berwarna hijau. mekap?? sudah tidak sempat lagi. pagi ini tidak terlalu sejuk dan dia melangkah meredah keheningan menuju ke kedai serbaguna bernama EVERYONE. untuk sarapan pagi dia memilih roti telur ikan kesukaan dan nasi kepal bersama air kopi bagi menghilangkan mengantuk.

tetsuya : ohayou gozaimasu..
jaja: ohayou gozaimasu. gomennasai chotto matte moratte ii desu ka (selamat pagi.. boleh tak awak tunggu sekejap)..

usai urusan jual beli mereka menaiki kereta menuju ke dannouharu heights. owh rupa2nya abang rambut kembang (horikawa) sudah menunggu di tepi jalan sambil menghisap rokok.

horikawa: ohayou (morning) dan kami membalas kembali ucapan horikawa
sepanjang perjalanan jaja cuma mendgr mereka berbual. hendak menyampuk terasa malu pula.

mereka berhenti sebentar di McD depan jusco kerana tetsuya mahu membeli set sarapan McD. keadaan trafik sangat lancar di pagi hari dan cuma mengambil masa selama 20 minit dengan kelajuan sederhana untuk sampai ke B-con plaza. mereka sampai serentak bersama2 dengan sebuah lagi kereta milik komai dan itosan. saling bertukar sapaan selamat pagi (igt kembali betapa pentingnya ucapan selamat pagi dlm masyarakat jepun) masing2 kelihatan segak dengan sut kemas berwarna hitam dan terus melangkah menuju ke tingkat 3.

tugasan pagi agak byk iaitu menjaga bahagian pendaftaran, menyediakan refreshment dan menguruskan sistem PA dan computer di dlm meeting room. beberapa peserta sudah mula membanjiri ruang legar tingkat 3. ada yg mahu mendaftar ada pula yg bersarapan dengan minuman yg disediakan. jaja agak berdebar2 kerana masih belum dapat memahami apa yg perlu dia lakukan.

nasibnya baik kerana beliau dibantu oleh cik miyazaki dan itosan. mereka saling membantu antara satu sama lain dan alhamdulillah setelah 20 minit barulah jaja boleh melakukan tugasannya. program pagi bermula seawal jam 845 am... seminar kali ini disertai oleh pensyarah2 robotic pelajar2 dan syarikat yg berkaitan yang datang dari separuh dunia.

Photobucket
gambar hiasan


sesekali suasana lengang kerana sidang plano dan pembentangan tesis dilakukan oleh para peserta. sesekali sekumpulan peserta baru tiba dan mendaftar.. dan sesekali mereka kene mengisi cerek air letrik dan mengisi jajan2 di dlm piring. apabila tidak sibuk mereka boleh duduk menganga di kerusi.. ketiadaan teman berbual membuatkan jaja berasa sungguh mengantuk. namun sesekali dia dipancing oleh yanagi untuk berbual kerana student2 lain masih malu2 untuk menegurnya.. meja pendaftaran dihampiri oleh seorang jejaka dari eropah.. jaja segera memeriksa nama beliau.. Levi Timothee dari TOKYO UNIVERSITY.. mata jaja berbintang2 melihat Levi itu sambil ternganga... wahhhhhh budak todai(singkatan tokyo university).. sesekali mereka saling bersabung mata dan saling melarikan pandangan.. terasa mcm high school plak main2 mata ni...hikkkss

rehat tengahari mereka diberikan lunchbox dan turun di tingkat B1 untk makan. jaja bersama tetsuya,yanagi dan tsuruta pergi bersama2. alangkah hampanya mereka kerana hidangan yg disediakan adalah makisushi (sushi roll) yg dlm kuantiti yg sedikit dan tak mencukupi... masing2 mengeluh kerana tidak puas makan... namun apakan daya.. bersyukur dengan rezeki yg ada.
selesai makan tsuruta menyuruh jaja menyerahkan bekas lunch itu kepada tetsuya untuk dibuang.. beginilah stail budak2 jepun.. selesai makan mereka akan o-som dan siapa yg kalah hendaklah menghantar tray atau bekas makanan ke tempat yg asal..mereka semua menyerahkan bekas lunch masing2 kepada tetsuya untuk dibuang.. kesian tetsuya.. sudahlah jalan mengengkang2 krn sakit pinggang,kene bawak lunchbox rakan2 pula..

sesampainya di bahagian pendaftaran jaja melihat satu susuk tubuh yg mcm kenal jerrr...owhh orang Malaysia dannn laaa rupa2nya abg saberi(sepupu apai) datang mendaftar (mereka pernah berjumpa di kem IPK di beppu ogos 2008)... terus jaja menyapa dan mengambil alih tugas miyazaki san yg tergagap2 nak berkomunikasi dengan abg saberi.dari bahasa inggeris mereka bertukar kepada bahasa melayu.... mereka berbual2 sebentar berbasa basi dan kemudiannya jaja mengambil alih sepenuhnya kaunter dan bertukar shift dengan miyazaki san.

untuk seminar ini 2 orang dr Malaysia akan membuat perbentangan tesis iaitu abg saberi dr osaka uni dan dr zuwairie ibrahim dr UTM... dan sekali lagi jaja disapa oleh Dr abbas hussein dr canberra dan Dr hedayati dr iran yg bertanya mengenai makanan halal. kemudian seorang prof dr indonesia datang bertanyakan tempat untuk bersolat di mana dan berbual berbasa basi.. berbual seketika dengan para2 pendidik ni sedikit mengubah hidup jaja pada hari itu... dia kembali ceria dan sudah mula tersenyum dengan hatinya.

sekali lagi meja pendaftaran dihampiri oleh seorang wanita eropah. wanita itu bernama dr marion oswold. Dr Marion meminta mereka menyediakan resit rasmi dan sebagainya.. semasa menunggu mereka menyediakan resit jaja mengambil kesempatan berbual bersamanya.. Dr Marion mengajar di vienna dan di budapest.. beliau menghabiskan masa 3 hari di vienna dan 4 hari di budapest.. kagum.. ya kagum sekali.. satu pepatah yg sesuai utk dia "beauty with brain".. sedikit kata2 semangat diberikan untuk jaja.. yeps.. bukan senang nak dgr pengalaman idup sesorg.. dr Marion dibayar untuk memberikan ceramahnya dan jaja dpt mendgrnya secara percuma walaupun dlm masa beberapa minit...alhamdulillah...

sessi berakhir jua akhirnya... mereka terus mengemas apa yg patut dan kembali pulang ke tempat masing2.. dlm perjalanan ke kereta mereka berbual mengenai seorang staff B-con plaza yg comel dan cilik yg bernama kato san... masing2 memuji kecomelan kato san itu (berbeza dgn lelaki melayu yg kalau nampak pompuan comel mesti akan komen "itu dan ini" yg mantap atau flat muka dan saiz idung dsb..upss jgn terasa)... jaja cuma tersenyum sendiri di belakang sambil menggelengkan kepala... comel btoi budak2 jepun ni...

perjalanan pulang terganggu dengan keadaan trafik yg sibuk sedikit.. mereka akhirnya sampai dengan selamatnya..

sesampainya di asrama tanpa meletakkan bag jaja terus menuju ke dapur menanak nasi dan mengeluarkan ayam.. selesai segalanya dia kembali ke kamar dan bersalin pakaian dan berbaring menghilangkan lelah.. mata tersangat lah beratnya tetapi jaja bertahan untuk tidak tidur di awal malam... selepas sejam berbaring sambil terkebil2 menahan mengantuk dia terus bangun menuju ke dapur untuk masak..

"haiiii cemana arini" bal menegur di dapur... owhh dia tengah masak rupanya...
"balllllllllll...'*`+?=)('&%$#()('"!?_>+`*}`}{*`{}*****'&&&%% lepas tu kan &%&%$&((' )()()&%$+`;pastu die pon :@;/.\[@hihihi (gelak getek)@.,.,/:0=~|~\(cerita ini bukan untuk bacaan umum)"
jaja bercerita dgn bal dengan muka berbintang berbulan dan berplanet... owhh mata yg mengantuk dan kepala yg pening bukan penghalang untuk bercerita... sesekali ketawa melekek tercetus diruangan dapur...

menu hari ini adalah hayam masak kicap ungkep (menu org jawa) yg dicipta sendiri kerana malas nak gureng hayam..sesekali ruang dapur dimasuki student dr china dan sesekali dia disapa oleh mereka...selesai masak dia makan di hall sendirian sambil menonton televisyen.. rancangan tv gagal membosankan jaja dan sentiasa membuatkan dia tertawa spt org gila... seperti selalu dia mengambil masa selama 2 jam untuk menonton tv dan kembali ke kamarnya untuk beradu..

offline mesej dr kakaknya membuatkan semangat jaja kembali merudum.. yeaaa jaja kembali membuat kesilapan dan menyusahkan seluruh ahli keluarganya.. dan mereka sedang bengang dengan jaja... tergamam dan air mata kembali mengalir di pipinya... rasa bersalah menyerbu2 benaknya membuatkan dia terasa kepala kembali bingit....

kemudian dia mengambil keputusan untuk meluahkan rasa kepada seorang sahabatnya yg bernama chor... rupa2nya chor pun sedang bermasalah ketika itu.. jaja terasa bersalah terhadap chor kerana menyusahkan chor yg terpaksa mendgr semuanya namun jaja tiada pilihan.. dalam hati dia berdoa agar chor tidak merungut dan tidak menganggap dia menyusahkan chor... perbualan mereka tidak lama berlangsung kerana chor terpaksa berjumpa kawannya, bawang untuk mengambil kabel.

jaja kembali menyelimuti seluruh tubuh dengan selimut tebal sambil terkebil2 memujuk diri, tolong jgn nangis....ya Allah janganlah chor fikir aku menyusahkan dia... aku cuma pinjam telinga dia untuk mendgr aja... pliss ya Allah... selamatkan mak abah kuarge aku dan sumer kawan2... semoga esok lebih baik dari hari ini ya Allah...amin

setitis air mata mengiringi tidurnya di malam itu...

Wednesday, February 4, 2009

the journey part 2

kring2....kring2.... deringan telefon di awal pagi mengejutkan jaja dari lena yang panjang. panggilan telefon drpd cik ito setiausaha AROB(Artificial life and ROBotic). temujanji dibuat untuk pergi ke B-Con plaza di Beppu. terpisat2 jaja bangun sambil duduk di tepi katil. Tuala ungu sudah tersangkut di bahu tetapi menunggu masa untuk jaja bangun. Termangu jaja memikirkan "perbualan berair mata" pada pagi tadi bersama seorang rakan.. mengenai friendship bla bla bla.. Jaja terasa kecil hati tapi terpaksa menerima hakikat yg kata2 rakannya tuh ada benarnya. Menerima sebuah kebenaran lebih susah drpd terpaksa meminum milo yg panas. tetapi berbual sebeginilah sebenarnya membuatkan kita lebih mengenali seseorang itu...

hurmmmmm, Perlahan2 jaja menghela nafas dan bergerak menuju ke bilik mandi di tingkat 1. Pagi ini suasana asrama agak meriah dengan suara budak2 China kegembiraan bersarapan pagi bersama2. Saling bertembung di tangga sambil mengucapkan ohayou gozaimasu. bertembung dgn yin di bilik mandi dan saling mengucapkan ohayou gozaimasu. dan terus masuk di shower room kesukaan di tengah2 sambil humming lagu untukmu, feminin.

"kak jaja ke?"
satu suara menyapa dari shower sebelah. owh bal rupanya
"hurmm, bal erk" suara husky seksi si jaja pagi2 ni berkumandang dr shower room. berdua di bilik mandi bersama2 bal sambil berbual2 mengenai AROB mengisi sedikit kekontangan di awal pagi. sebenarnya memang jaja berasa cuak untuk pergi ke B-Con plaza pada ari ini. bal pula terpaksa pergi ke sekolah dan tidak bleh bersama2 untuk ke sana. setelah berhabisan masa di dlm shower room dengan segera jaja kembali ke bilik. hasrat ingin membancuh hot cocoa terpaksa dibatalkan kerana sudah kesuntukan masa. Janji bersama org Jepun wajib ditepati kerana mereka memang mengutamakan ketepatan masa. tidak banyak masa yang di ambil untuk bersiap. dan terus menghayun langkah menuju ke kedai serbaguna bernama everyone.

suasana pagi yg ceria membuatkan jaja kembali mengingati isi perbualannya pagi td. mata yg bengkak menjadi bukti betapa dia terluka dengan hakikat sebuah persahabatan. tak apalah jaja, sabar kay.memujuk diri sendiri di pagi hari;)) mmg sudah menjadi tabiat jaja skrg ini. sesampainya di everyone jaja terus membeli sekeping roti mentai (telur ikan)dan sekotak air cocoa van hountan kegemarannya. belum sempat beliau menggigit roti seorang wanita menaiki honda jazz hitam menyapanya.
"jaja san desu yo ne(awak adalah jaja ya)"
"hait, sou desu(ya saya)"
"aaa ito desu,yoroshiku onegaishimasu(saya ito,selamat berkenalan)" dengan suara riang kelegaan beliau melemparkan senyuman kepada saya.
"yoroshiku onegaishimasu(selamat berkenalan)" saya membalas senyuman beliau lantas membuka pintu kereta.
"kyouwa kite kurete hontouni arigatou gozaimasu(terima kasih di atas kesudian awak untuk datang pada hari ini )".
"iie kochi koso arigatou gozaimasu (tidak mengapa, terima kasih)". first impression terhadap itosan, beliau dlm lingkungan 35 tahun mungkin. peramah meskipun tergores keletihan pada wajah beliau. sepanjang perjalanan kami berbual mengenai kerja, perihal ekonomi dan sebagainya(siapa bilang jaja tak boleh berbual mengenai hal2 ekonomi?) destinasi mereka yg pertama adalah pejabat AROB di miyazaki. setibanya di sana mereka menaiki tangga menuju tingkat 3 (entah kenapa itosan tidak suka menaiki lif) tercungap2 jua dibuatnya kerana jaja tak biasa menggunakan tangga menaiki tingkat 3. sesampainya di sana diperkenalkan pula kepada cik miyazaki. kelihatan cik miyazaki ini adalah seorang yg sangat rajin dan berdedikasi. jaja duduk di sebelah cik miyazaki sambil membuka bekal untuk mengisi perut. tidak lama kemudian tiba pula 4 orang pelajar lelaki fakulti elektrik. hurmmm comel2 budak2 ni. boleh laa cuci mata seketika. tidak berapa lama tiba pula 2 org lagi pelajar lelaki. wahh ada seorang itu terus menangkap perhatian jaja. rambut dia kembang tetapi di ikat ala2 samurai. sangat comel. jaja sudah memasang azam untuk mengambil gambar budak itu. mukanya manis dan tak jemu mata memandang. mereka sungguh gembira dan gila2 sesama mereka.

itosan memulakan sessi taklimat bagi mereka2 yg in charge bahagian bilik. seramai 3 orang akan in-charge bahagian bilik seminar dan dipertanggungjawabkan terhadap bilik itu. yg lain pula akan bertanggungjawab untuk pendaftaran dan kebersihan dan sebagainya. Dan jaja pula bertanggungjawab untuk pendaftaran untuk org2 yg bkn dari jepun. berdebar2 pula rasanya. terdapat byk kerja yg perlu dilakukan untuk hari pertama seminar. selesai semua taklimat mereka semua berangkat menuju ke B-Con plaza di beppu. perjalanan mengambil masa selama 30 minit dan sepanjang perjalanan mereka habiskan dengan mengumpat professor sugisaka (pengarah seminar) ini. sememangnya mengumpat Prof. Sugisaka merupakan agenda utama pelajar2 fac electric dari dulu hingga sekarag. Plus mengumpat Hara Sensei yg merupakan manusia yg paling dibenci di fakulti tersebut.

tiba di B-Con Plaza tepat jam 1 tengahari. sambil membimbit beberapa kotak mereka beramai2 menuju ke dlm B-Con Plaza. ini kali pertama jaja menjejakkan kaki ke B-Con Plaza. sebuah bangunan yang dibuat seperti dewan rakyat yg moden. disini boleh diadakan seminar, konsert, pameran, flea market dan sebagainya. setibanya disana mereka disapa oleh prof sugisaka yg sedang sibuk menggerakkan robot2 beliau disamping itu memberikan arahan kepada pelajar2 lelaki. tengahari ini kerja2 mereka dilakukan dengan riang ria. Tak perlu tergesa2 mengejar masa. perut sudah berkeroncong tetapi tiada tanda2 mereka akan berhenti untuk makan tengahari. Kepala jaja sudah pening manakala perut sudah berbunyi2. Namun mereka terus menerus membuat kerja sambil berbual2 dan ada yg bermain hp. Seawal 4 petang sudah ada beberapa peserta datang membuat pendaftaran. keadaan di meja pendaftaran agak kelam kabut kerana pelajar2 masih belum mahir mengendalikan kerja. atas bantuan cik ito dan cik miyazaki kerja2 pendaftaran lancar dilakukan. pada jam 5 petang kerja2 semua berakhir dan mereka beransur pulang ke oita kecuali cik miyazaki yg tinggal di beppu.

perjalanan pulang dirasakan agak panjang sementelahan lagi kepala jaja sangat pening. lapar haus mengantuk dan sebagainya. sesekali matanya terpejam menahan segala rasa tidak selesa. mereka singgah di office AROB sebelum itosan menghantar jaja ke markyou (pasar basah). itu cuma alasan jaja untuk mengisi perut di sushi. akibat kelaparan yg amat sangat jaja terus memesan 9 piring sushi untuk disantap. alangkah leganya suapan pertama yg masuk ke mulut. alhamdulillah, bersyukur ke atas rezeki yg tuhan kurniakan selepas seharian berhempas pulas. selesai mengisi perut, jaja berteleku di kerusi sambil berfikir menilai kembali apa yg berlaku pada hari ini. terasa berat kakinya untuk melangkah pulang ke rumah. Namun dia tiada tempat lain yg boleh dituju. Pulang kerumah ibarat kembali ke satu dunia yg kecil yg penuh kedukaan. Tapi dia tiada pilihan. perlahan2 berjalan membuang masa menuju ke stesen keretapi untuk pulang ke rumah. Mata sudah memberat lantaran kekurangan tidur dan keletihan yg teramat sangat. nasibnya baik krn tidak perlu menunggu dengan lamanya dan dalam masa 10 minit dia sudah sampai ke dunia kecilnya. bersalin pakaian dan terus masuk tidur.

berdoa dan berharap agar esok lebih baik dr hari ini... dan hari2 mukanya lebih baik daripada hari2 berlalu.

the journey part 1

trutt truutttt... bunyi alarm di pagi hari mengejutkan jaja dari lena yang panjang, owh arini kene kerja awal pagi.. terbeliak mata jaja melihat betapa dia sudah lambat untuk mengejar keretapi. Jarak yang jauh antara tempat dia bekerja dengan asrama membuatkan dia terpaksa berdisiplin untuk mengatur jadual tidur. urmm datang lambat la hari ni, cetus hati kecilnya. Dengan malasnya dia mencapai tuala berwarna ungu hadiah dari mas dan menuju ke bilik mandi di tingkat 1. Bumi oita masih basah dengan rintikan hujan yang sungguh lebat. Indahnya jika tidak perlu bangun di awal2 gini, cemburu btul dengan mereka2 yg masih di dlm selimut tebal. Tapi apakan daya, Jaja terpaksa lakukannya demi kelangsungan hidup.

Bersiap dengan ala kadar, sememangnya mekap2 di pagi hari bukan menjadi kebiasaanya lagi. Mencapai payung usang berwarna pink dan mengelek kotak besar menuju ke stesen keretapi Oita daigaku mae. Hujan masih menyapa pagi selasa ini. HARI INI HARI AKu, kata2 ini bergema berkali2 di dalam hati kecilnya. Maklum sajalah, bersendirian berkelana di tempat orang menjadikan Jaja terpaksa menasihati dirinya sendiri. Menunjukkan tiket kepada staff stesen keretapi dan berjalan perlahan2 menuju ke platform. Jaja BERUSAHALAH, sessi motivasi bersama diri sendiri lagi. Hatinya berasa sungguh sunyi. Cemburunya melihat pelajar2 sekolah menengah yg sangat energetic bertemu rakan2 di platform untuk ke sekolah.
Tidak lama kemudian keretapi 3 gerabak berwarna merah tiba. Di dalamnya sudah sarat dengan penumpang2. dan terpaksa pula dia berdiri sambil mengelek barang yg byk. kelilingnya dipenuhi dengan pelajar2 sekolah dan pekerja2 syarikat. beginilah senario yang biasa di jepun ini. pagi2 keretapi dipenuhi dengan pekerja2 dan pelajar2 yg pelbagai ragam. ada yang tabah membaca sambil bergoyang2 mengikut arah keretapi. ada pelajar2 yang belajar sambil berdiri. tidak kurang pula yang tidur. berbual di dalam keretapi?? hurmm di awal2 pagi begini siapa yang mahu berbual? beberapa penumpang merenung jaja dengan pandangan yang aneh. mungkin mereka aneh melihat seorang rakyat asing menuju ke bandar di hening pagi ini.. teringat pada awal2 ketika menjejak bumi oita ini, orang jepun selalu memandang ke arahnya sampai dia rasa tak selesa. tetapi alah bisa tegal biasa. makin lama dia semakin lali dengan pandangan2 aneh seperti itu.

keretapi berhenti di 2 stesen lagi sebelum sampai ke stesen terakhir di oita. memang padat sungguh hari ini. rata2 penumpang memakai mask mulut dengan 2 matlamat utama 1) tidak menyebarkan virus selsema dan influenza 2) bagi mengelakkan terkena selsema atau influenza. sungguh mereka terlalu berdisiplin dalam menjaga kesihatan. Berjalan perlahan2 menentang arus menuju ke pasaraya tokiwa tempat jaja bekerja.
"Ohayou Gozaimasu (selamat pagi)" ucapan wajib jaja kepada security tokiwa dan setiap kakitangan yang berselisih dengannya. ucapan selamat pagi ini sangat wajib kepada masyarakat jepun kerana ianya merupakan ucapan permulaan sebelum memulakan tugas. kaki dihayun dengan lebih laju apabila menyedari dia sudah terlambat. sesampainya di kedai roti tempat dia bekerja dia menyapa seorang pekerja baru bernama kawano san.
"ohayou gozaimasu. okurete hontouni sumimasen"(selamat pagi, maafkan saya kerana terlambat)
"aa ohayou gozaimasu" dengan senyuman kawano san menyambut ucapan jaja. biasala budak baru kenelah bermuka manis dengan seniornya kan.. hikksss...
"chief ohayou gozaimasu.okurete hontouni sumimasen", jaja mengucapkan selamat pagi kepada chiefnya yang sedang memotong roti..
"aaa ohayou, jaja hayaku kigaete koi"(aaa selamat pagi, jaja g salin baju segera). dengan segera jaja menyalin uniform kerjanya disamping mendengar chief memberi arahan kepada kawano san. selesai menyarung apron dan bandana jaja membasuh tangan dan terus menyusun roti2 yang menjadi barang jualan pada hari ini.. hurmm kuantiti roti byknya hari ini, boleh jual ke hujan2 begini.. getus hati kecil jaja.. kerja pagi ini agak terganggu dengan byk pertanyaan dari kawano san. sesekali jaja bertindak seperti senior yg besar kepala dengan memberi arahan kepada kawano san. tapi inilah jepun yang mengutamakan senioriti. junior kene ikut arahan senior.

tugas pagi ini agak banyak sekali, pukul 830 pagi jaja kene buat penghantaran roti ke tingkat 7. disitu ada cafe family yang hari2 menempah roti dari kedai itu. selesai menyusun roti, jaja mencapai 2 paper bag berisi 4 buku roti panjang dan resit menuju ke tingkat 7. lift di awal pagi ini tidak sibuk mana. jika tidak, menunggu lift saja sudah memakan masa yang panjang. sesampai di bahagian belakang cafe sekali lagi dia kene mengucapkan selamat pagi
"ohayou gozaimasu" dengan suara yang lantang, tetapi seperti biasa tiada seorang pun mengambil kisah dengan ucapan itu.
jaja mengambil dan menyusun roti di rak yang di sediakan. seorang makcik menghampiri jaja dan dengan segera mengambil resit untuk di tanda tangani. resit itu hendaklah diselit di tempat khas di dalam pejabat cafe itu. dan selesai segalanya terus jaja menunggu lift ke tingkat B1. Banyaknya kerja hari ini. menyorong 2 kereta sorong secara serentak berisi kotak2 kosong memerlukan kemahiran yang tinggi, agar tidak berlanggar dengan sesiapa. pergerakan kene pantas tetapi sopan.

di kilang sekali lagi ucapan selamat pagi dilaung dengan kuat. di situ terdapat kereta sorong yang sudah termuat kotak2 berisi roti yang kene dibawa ke kedai. namun di para masih terdapat roti2 yang baru keluar dari oven yang perlu diisi di dalam kotak. suasana kilang sungguh sibuk dengan pelbagai bunyi dan jangan tidak tahu rahsia kilang roti di oita.sambil membuat roti mereka memasang lagu2 klasik yang mendayu2.. dan di kilang roti sebelah pula memasang lagu pop yg rancak..kenapa? kerana kajian membuktikan kerja2 memeram doh roti yang didengari dengan lagu2 klasik akan membuatkan molekul air terpecah dengan elok lantas menyedapkan adunan roti,bukan untuk hiburan para pekerja. mengisi roti yang panas di dalam kotak membuatkan tapak tangannya merah kepanasan. selesai segalanya perlahan2 dia menarik kereta sorong itu untuk dibawa ke kedai. di kedai kelihatan kawano san sedang menyusun kertas2 berisi tanda harga. lantas dengan segera jaja menyusun roti yang berkotak2..kali ini kotak yang diangkut lebih tinggi dari ketinggian jaja. sesekali kerjanya diganggu dengan pertanyaan dari kawano san. terasa nak dismackdown kawano san ini tetapi dia kene bersabar.. ucapan selamat pagi saling bertukar sesama pekerja.. suasana sudah menjadi semakin rancak diselangi gelak ketawa daripada pekerja2 tokiwa. masing2 gembira untuk bekerja pada hari ini.. kelihatan di bahagian bentou (nasi bekal) dan nasi2 tersusun sushi gulung dengan banyaknya.. owhh ada perayaan rupanya hari ini.. sudah jam 915.. chief membuat penghantaran roti ke sebuah cafe yg bernama morozoff manakala jaja meminta kawano san mengambil wang cashier di pejabat. panjang lebar penerangan terpaksa diberikan memandangkan kawano san seorang yang suka bertanya. jaja kembali khusyuk menyusun roti sesekali dia disapa oleh orang yang berselisih dengannya.

angin di perut menyerbu2 membuatkan jaja berasa loya. perut menuntut untuk diisi sedangkan kerja tidak siap lagi. chief membantu jaja menyusun roti dan menyapu lantai. kawano san pula mengemop lantai dan mengelap kaki meja. dan jaja terpaksa berulang alik menuju ke kilang untuk mengambil roti.
"kyouwa ninzuu ga tarinkai??"(hari ni staff tak mencukupi ke) tanya sorang pakcik di kilang.
"iie, tariru kedo,shinjin ni oshienai to ikenai kara chotto isogashi desuyo"(tidak, staff mencukupi tetapi kene mengajar orang baru jadi agak sibuk sedikit). selesai mengisi roti2 yang panas di dalam kotak jaja segera kembali menuju ke kedai. dan kembali menyusun roti sambil menunggu jam 10 pagi. dengan segera beliau membeli air cocoa dan mengambil roti tuna sebagai sarapan pagi. inilah keistimewaan bekerja di kedai roti. bleh makan roti yang panas2 sesuka hati.. dengan lafaz bismillah roti dimakan dengan lajunya. masa sudah tidak mencukupi.

jaja bersama chief memotong roti manakala kawano san pula berdiri di luar untuk mengucapkan selamat datang kepada setiap pelanggan yang melintasi mereka. 2 minit pertama semua pekerja hendaklah berdiri sambil mengucapkan selamat pagi dan selamat datang sambil menunduk sebanyak 15 darjah. di jepun segalanya sudah ditetapkan. memandangkan kawano san masih tidak yakin berada di cashier, jadi jaja bertukar kerja dengan kawano san. pagi ini agak sibuk kerana para pelanggan memenuhi ruangan bentou di sebelah kanan kedai roti dan ruangan kacang2 di bahagian kiri kedai roti. tangan kaki otak hendaklah bekerja lebih laju dari biasa. sesekali kawano san datang membantu membungkus roti yang dibeli oleh pelanggan. ada masanya senyuman tanda penghargaan dilemparkan, namun ketika terlalu sibuk tidak sempat untuk tersenyum.

1030 miyazaki san sampai, tugas semakin ringan kerana miyazaki san sangat cekap membuat kerja..pada pukul 1 tugas jaja di kedai roti sudah selesai. segera menyalin pakaian mengucapkan terima kasih kepada kawan sekerja, makcik2 yg jual teh di kedai depan dan segera menuju ke arah rakan sekerja di tempat lain. perkara wajib sebelom balik adalah berjumpa dengan mine san dan nabe san di kedai furikake (tatau dlm melayunya apa) dan kawan2 di kedai pickles.. kemudian jaja kembali meredah hujan menuju ke pejabat pos. bungkusan di tangan hendaklah dihantar segera kepada penerimanya. berjalan sendirian seperti biasa ke mana2 membuatkan jaja terasa seperti sebatang kara. tiada teman berckp sepanjang perjalanan. tiada telinga yang mahu mendgr.. hurmm sudah2 laaa jaja, ini jalan yang kau pilih ini yang kau kene redah, bisik hatinya memujuk emosi. dan air jernih bergenang di dalam kelopak matanya. tetapi indahnya percaturan hidup jaja yang Dia atur. ditemukan dengan ramai rakan sekerja yg peramah di tokiwa membuatkan jaja tidak berasa terus2an keseorangan. meskipun berbeza usia namun kesudian mereka mendgr citer jaja hari2 membuatkan jiwa jaja berasa sedikit terisi.

selesai urusan dipejabat pos jaja kembali teringat yang dia kene mencari sepatu formal untuk seminar AROB(terjemahannya akan dibuat esok) memasuki kedai kasut satu persatu tapi malangnya tiada saiz untuk kakinya. owh org jepun kakinya semua kecil2. gelabah juga dibuatnya, namun jaja segera mencari akal. ada 2 pilihan sama ada ke wasada (shopping mall di tempat lain) atau di xebio (kedai barangan sukan).. perut yang kelaparan tidak diendahkan lantas dia segera menaiki bas menuju ke xebio terlebih dahulu. hujan masih lebat membuatkan keadaan trafik sedikit lambat. kepala sudah pening akibat tempias hujan.. mata sudah memberat lantaran lenanya selalu terganggu semenjak akhir2 ini. pandangannya dilemparkan keluar tingkap sambil mencongak bagaimana mau menuju ke wasada dr xebio.. telefon bimbit dicapai dan dimesejnya zufar untuk meminta tolong. seminit 2 minit 10 minit tiada jawapan.. zufar sibuk barangkali. dalam ati nya berdoa2 agar kasut yang di cari ada di xebio, jadi tidak perlulah dia menyusahkan org membawanya ke wasada.

setibanya di xebio, berlegar2 mencari kasut yang ala2 formal. ketemu sudah tapi bukan saiznya. berpusing2 lagi dan terjumpa jenis yang sama dgn saiz yang dia mahu.. harap2 boleh masuk dan alhamdulillah, Allah menjawab doa dia dengan segera. dengan harga yang berpatutan jaja mencapai kotak kasut itu lantas menuju ke cashier.sambil berjalan sambil membalas email cik ito setiausaha AROB, dan sms zufar pula masuk. owh baru bangun tido rupanya dia. tak mengapalah, barang yang di cari sudah dijumpai..

sampai saja di asrama, terus campak barang di dalam bilik lantas menuju ke dapur menanak nasi.. lapar nya tak bleh disangkal lagi..mujur baki lauk semalam masih ada.. sementara menunggu nasi masak jaja kembali ke kamar melunjurkan kaki.. beberapa msg di hp dijawab dan ditegurnya sahabat cybernya qiella dan fatt...berbual di alam cyber adalah satu2nya cara untuk mengelakkan dia terus2an depress..sambil mengucapkan selamat hari jadi kepada koe(tidak lupa kepada apai jua)..semoga Allah memberkati hidup kalian. jaja terlena lantaran kelelahan yg amat sangat.. dalam pukul 645 dia terjaga dan menjengah dapur.. perut semakin berdondang sayang. kari ayam dipanaskan di dlm oven dan bismillahirrahmanirrahim.. syukur kerana masih dikurniakan rezeki di saat2 memerlukan. hujan masih menitis laju.hasrat ke sekolah dipertimbangkan.. perlukah atau tak perlukah.. berada di rumah membuatkan kesunyian semakin mendera perasaan.. untuk kesekolah owhh penatnya.. lantas masa dihabiskan dengan membaca sejarah malaysia dan brunei..dan ketika ini pelajar2 dari tanah besar China sedang berkelentung kelenting di dapur meraikan lunar day

sebak di atinya semakin mendesak.. itulah dia, ada masanya dia kalah dengan emosi yang kurang menentu.. hatinya meronta untuk berkongsi cerita.. satu demi satu id di YM di scan untuk mencari org yg btoi2 bleh mendgr..tiada, jika ada pun mereka meletakkan simbol busy.. dia mencapai telefon mendail telefon maknya.. tiada jawapan.. air mata kembali menitik ke pipi.. lantas mendail no telefon rakannya.. muzik shuffle dipasang dengan kuat bagi menenggelamkan bunyik esakan yg cuba disembunyikan.. suara girang dibuat2 ketika berbual dengan rakannya.. tapi rakannya sedang memandu menuju ke destinasi liburan dan berjanji untuk menghubungi jaja kembali. perbualan tamat begitu sahaja tanpa sempat dia bercerita apa2...jaja merenung hpnya dengan rasa tidak percaya... kenapa dunia ini tidak adil??mana telinga yg dia perlukan untuk mendgr... MANA SEMUA ORG??

bergolek2 di dalam selimut sambil menghinggut2 menahan esakan.. jaja kembali menjadi jaja yg sebelum2nya.. berbual dengan diri sendiri di bawah selimut...sambil mengenang,sedihnya hidup ini.... tapi jaja tahu.. dia akan kuat, dia takkan tewas semata2 kerana tiada tempat untuk mendgr ayat2nya..dia takkan lemah meskipun tuntutan emosinya mendesak dgn menggila... jaja seorang yg takkan mengalah dengan hidupnya.. selama ini dia boleh berjuang di jepun dan di saat2 akhir dia takkan kalah dengan masalah remeh temeh seperti ini... hari2 dia berdoa agar esok adalah hari untuk dia...
***************************************************************
BERSAMBUNG ESOK

Monday, February 2, 2009

warkah untuk nadia

nadia berjalan perlahan2 menuju ke tepi pantai port dickson.. ditinggalkan pesanan kepada teman serumahnya, farah : beb, aku ada hal kat luar.. tak balik malam ni.. air mata berjujuran meniti pipi gebunya.. kenapa dia buat aku mcm ini.. aku da lakukan mcm2 untuk berkongsi segalanya bersama dia.. kenapa dia tuduh aku mcm2....

nadia bermonolog sepanjang hari.. PD masih indah meskipun airnya sudah keruh.. deruan ombak.. desiran angin seolah2 membawa nadia ke satu alam yg menenangkan... meskipun hati dirundung duka.. meskipun perasaan tergores calar.. namun melihat keindahan senja di PD membuat hati nadia kembali senyap seperti selalu..

sejak beberapa bulan ini.. pantai PD akrab dgnnya.. melarikan diri dari segalanya adalah lebih baik daripada menghadapinya.. sungguh nadia tidak mampu menghadapinya.. sejuta cara di lakukan untuk melarikan diri dari hakikat hidup yg menyakitkan..cinta yg suci tergadai begitu sahaja.. hati dan nurani yg ikhlas mencintai dikhianati oleh sang jejaka.. hati siapa yg tidak pilu.. jiwa siapa yg tidak merana jika diperlakukan sedemikian rupa.. nadia bukanlah seorang gadis yang mudah mengalah.. di hadapan semuanya beliau tersenyum ketawa dengan gembira. namun di dalam hati segalanya menjadi serpih yg menyakiti pembuluh darah.. jiwanya kosong.. hatinya berkecai.. jatidirinya habis dimamah janji2 palsu sang jejaka...

namun nadia tidak keseorangan.. nadia dikelilingi oleh rakan2 yang menyayangi dirinya.. semuanya mengawasi nadia dari kejauhan.. cuma menunggu masa untuk nadia meluahkan segalanya.untuk mereka menegur nadia?? ini bukan masanya..bimbang kerana cinta, persahabatan tergadai..

kisah kecurangan dan pembohongan sang jejaka satu persatu sudah terbuka.. cuma menunggu masa untuk nadia menerima semua kenyataan ini..ianya mengambil masa.. bergantung kepada kekuatan jiwa nadia...

dan suatu hari dikurniakan oleh nadia satu url dr seorang sahabat cybernya yg sama2 sedang mengalami masalah yg sama dengan nadia... mereka sama2 insan yg terluka.. berkongsi rasa dan perasaan yg sama.. siapa kata dunia cyber ini penuh dengan penipuan??

di ruangan cyber mereka berkongsi masalah pendapat dan kasih sayang.. mereka sahabat yang jauh tetapi mereka saling menyayangi.. aneh bukan?? mungkinkah kerana mereka sama2 dilukai lantas menjadi semakin akrab kerana saling memahami??

dan kepada nadia.. sahabat cybernya ini ingin berkongsi sedikit mutiara kata dr url ini

*wahai masa lalu yang telah pergi, tenggelam lah kau seperti mentari, aku tidak akan pernah menangisi pemergianmu. dan kau tidak akan pernah melihatku termenung sedetik pun untuk mengingatimu. kau telah meninggalkan kami semua, pergi dan tidak akan kembali lagi*

*wahai masa depan, engkau masih dalam keghaiban, maka aku tidak akan pernah bermain dengan khayalan dan menjual diri hanya untuk sebuah dugaan. aku pon tak akan memburu sesuatu yang belum ada, kerana esok hari mungkin tak ada sesuatu. esok hari adalah sesuatu yang belum diciptakan dan tidak ada satu pon darinya yang dapat disebutkan.

HARI INI MILIK KITA, adalah ungkapan paling indah dalam kamus kebahagiaan. kamus bagi mereka yg inginkan kehidupan yg paling indah dan menyenangkan...

coretan untuk nadia.. dan sahabat cybernya.. dan semua penbaca yang inginkan kebahagiaan