Tuesday, September 25, 2012

budget berlari2...

bulan ni kene bayar
1) roadtax kete
2) insurans mak
3) insurans kete
4) tiket mak ke langkawi..
5) renew passport
6) servis kete
7) alamakk utang angah.. buat2 lupa bley??

Friday, September 21, 2012

salam 1Malaysia

hai hai hai...
hari ni hari jumaat yg sungguh memberikan keceriaan..
rasa mood mcm diawang2an...
plan utk minggu ni adalah :
renew pasport..
pastu grab tix.. next year kiter mengembara lagi yerppppp...

arini dgr byk kisah gembira..
1) kawan masa sekolah preggy lagi..
2) kawan masa sekolah dpt 2nd interview kt kampeni dpn opis aku.. hoyeee
3) teammate kt singapore dpt close deal baekkkk punyaaa.. even the director sampaikan ucapan tahniah kt beliau.. tahniah2..
4) gelpren adik nak dtg umah esok.. so bendul aku bakal dirempuh dengan jayanya...
5) nak g jalan
6) buat plan nak berjalan2 dan lagi dan lagi dan lagi....

tu je kut update utk minggu ni.. janggal rasanya update blog.. hahahha

Tuesday, September 18, 2012

haiiiiii

opocot.. haa tetibe ko aku rajin mengupdate blog.. hiu hiu hiu..

hawaw yu guys...
aku mengantuk ni..
semlm anto sahabat baik ke epot..
die sambung study ke UK..
selamat la kao pegi kawanku.. aku harap ko lama2 lagi kt sana.. hi hi hi

semlm gak berziarah di rumah aunty yg baru kenal kt surau masa tarawikh dulu...
rasa janggal giler tapi ok laa.. boley laa borak2 sepatah 2 kata.. tader laa kaku sgt..
tengs to aunty norli yg sudi menjemput saya dtg ke umah aunty.. dan hadiah beg pink cantik itu... sayanggg aunty...

life mcm biasa.. tader ygmenarik sgt sbb pokai giler kut bulan ni.. hi hi hi.. ujung bulan nak renew roadtax dgn pasport... tgh mintak kawan ejaskan tiket ke satu destinasi... hi hi mudah2an dipermudahkan urusan utk single backpack next year... tamo ajak org da... penat....

Tuesday, September 4, 2012

cerita raya saya - 1 -

da lama da raya berlalu.. namun rasa nak citer pasal raya saya... alhamdulillah saya rasa hepi sangat raya kali ni... persiapan agak rapi juga laa meskipun mengeruk poket hingga berlubang2 poket saya..

pada hari jumaat 17hb august saya da memang rasa resah gelisah.. jiwa dan raga da terbang ke kampung.. bakul pon tercicir ke mana2.. so weols dpt kelonggaran untuk balik awal hari jumaat tu.. stat kete terus balik rumah untuk mengemas...

jenuh mengemas kain baju dan bersedia untuk pulang ke kampung.. namun begitu, timbul plak masalah, iaitu saya terkunci bilik saya dan kunci rumah tertinggal dalam bilik.... arghhh tension giler.... mujur laa handphone ada kt tangan.. cuba untuk cungkil namun tak berjaya.. terpaksa la menwhatsapp tuan umah iaitu ecah memohon bantuan... mujur sangat2 ecah ada di kelana jaya ketika itu..saya terlelap seketika sementara menunggu kedatangan ecah dan alhamdulillah jam 630 ecah datang menyelamatkan suasana... yeayyyyyy....

saya menghumbankan barang ke dalam bonet dan menuju ke shah alam mencari baju raya.. ini kerana mak saya sangat marah saya cerita yg baju raya saya cuma sepasang sahaja.. berlegar2 di PKNS namun tidak berjaya bertemu dengan baju yg disukai.. kalau ada pon agak mahal.. hishhh tak suke tak suke... bukak pose pon makan dgn buah2 yg dpt kt opis.. haha bersungguh benar nak carik baju... so dr PKNS saya gerak plak di TESCO shah alam... sampai2 saja da dengar pekedai2 berteriak  melelong baju... da pusing pusing fikir2 saya pon merembat sehelai baju  yg sangat murah.. baju di bawah ni harganya RM29.. pusing2 lagi beli plak dokoh tu dengan harga RM39.. okay laa boley la digayakan di hari raya nanti..


mak da berdering2 telefon tanya bila nak balik.. okay2 da nak balik da ni.. tapi singgah sebentar di kfc utk makan malam.. jam da pukul 10:00 malam.. mengadap la kepci sebab da tader selera nak makan mende lain.. lagi plak tergoda dengan gambo dak Na yg kecik kemetot tu makan kepci di siang hari..



so bila da kenyang, mata da berat sedikit, hati ni berbisik nak balik kampung pagi esok.. lagipon da kul 10 lebih da,namun tah mcm mana timbul rasa takutt sangat nak balik kota damansara... tambahan pula, mak plak tepon saya lagi tanya dan bertanya di mana lokasi saya lantas saya mengambil keputusan untuk terus pulang ke kampung. singgah sebentar dan mengisi minyak kt shell dan zassss drive menuju ke selatan.. keadaan trafik lancar di kedua2 hala menuju ke selatan dan alhamdulillah.. namun semua memandu dengan kelajuan maksima 120kmj. saya mengambil keputusan untuk berhenti sebentar di RnR seremban untuk membuang isi perut dan merehatkan lenguh2 kaki . saya menelefon mak dan meminta adik menunggu di kepala simpang kampung telok bogak sebab entah kenapa memang takut nak memandu ke dalam kampung ku sensorg...

meneruskan perjalanan ke kampung dan memandu agak laju dari serom ke kundang ulu. jam menunjukkan pukul 1:30 pagi.. keadaan agak berkabus namun itu tidak mampu membuatkan saya mengurangkan kelajuan kereta.. suasana tidak terlalu sunyi kerana kiri kanan kawasan kampung nampak meriah dengan nyalaan pelita dan lampu eletrik.. suasana raya ini yg selalu saya rindukan.. setibanya di destinasi,adik dan sepupu ada menunggu di simpang dan kami tiba di rumah atuk dengan selamatnya.. pemandangan aneh di kiri kanan ladang saya tidak hiraukan sama skali.. selamat tiba dikampung seperti biasa saya menerjah ke dapur dulu.. hati berbunga riang melihat daging salai masak lemak cili api, asam pedas, ikan goreng, sayur campur dan byk lagi di dapur.. saya dan sepupu lukman menyenduk nasi dan menikmati hidangan enak itu.. saya berbual2 dan kakak dan adik saya gembira mencuba baju kurung raya saya.. mujur tak terkoyak..kami tidur dalam jam 3 pagi..

jam menunjukkan 430 pagi, suasana di dapur agak riuh rendah bila mak dengan ibu saudara da bangun  memanaskan lauk dan nasi dan membancuh kopi untuk bersahur. macam biasa suasana sahur riuh rendah meskipun tak cukup korum.. macam biasa sambung tidur sebentar dan menunggu waktu habis.

pagi jam 7 dikejutkan oleh emak dan mengajak untuk ke pasar.. owhh mamainyaaa.. saya mengantuk giler.. kemujuran juga tak perlu membeli daging2 dan bahan2 mentah kerana mak dan bapa saudara sudah berbelanja seblum ini. kami mengejar pasar di bukit gambir untuk membeli kelongsong ketupat. seperti biasa mak singgah di kedai bunga untuk membeli sedikit bunga hiasan di rumah atuk. keadaan di bukit gambir sudah sesak dengan pengunjung2.. kelihatan polis bantuan datang menjaga lalu lintas di depan pasar. kami membeli 50 kelongsong ketupat dan emak membeli sedikit bahan mentah untuk meraikan kepulangan cucu dan besannya di hari raya kedua, emak juga sempat singgah di kedai tudung untuk membeli tudung raya... telefon mak berdering2 mendapat panggilan dari  segenap lapisan masyarakat.. sibuk btoi mak saya pada hari ini. kami pulang sebentar di jementah dan singgah lagi di pasar basah membeli barang2 lagi.. wahh byk nye mende yg dibeli..

setibanya di rumah jementah, mak terus menyiang ayam dan semua jenis barang untuk disimpan di dalam peti ais. saya mengambil kesempatan memejamkan mata sebentar kerana letih dan mamai.. penat laa puasa ehehe... kami mengemas barang dahulu dan bertolak ke kampung telok bogak.. suasana di kampung memang meriah.. ketibaan ibu saudara dari pasir gudang memeriahkan suasana.. kami mengisi beras di dlm kelongsong, memasak rendang kuah kacang dan segala masakan hari raya.. disamping itu mengisi kuih di dalam bekas dan sebagainya.. pada jam 4 petang saya dan adik saya yg dipanggil kakak mengambil keputusan untuk ke rumah atuk mon di labis. seperti selalu kami akan berbahagi adik beradik untuk mengisi slot di kedua2 kampung..

setiba di rumah atok mon kami disambut dengan bau enak skali.. nyam2.. bestnyerr bau.. kelihatan mak cu sedang memasak kari ayam dan dibantu oleh lily, adik iza pula sedang memandikan atuk mon dan abang ayie membantu pak cu menganyam ketupat. mak cu meminta saya memakaikan lampin dan baju atuk mon.. agak nervous pada mulanya namun atas bantuan dan tunjuk ajar adik iza,kami dapat memakaikan atuk baju.. kami mengangkat atuk mon dan mendudukkan di kerusi roda dan menolak atuk keluar untuk berbual bersama2.. pertuturan atuk tidak berapa jelas namun masih boleh difahami.. waktu berbuka puasa tiba dan kami berbuka dengan nasi impit lembut buatan mak cu yg sedapppp dan pelbagai lauk2 yg lain.. selesai berbuka kedengaran bunyi meriam berdentam2 di angkasa, terasa seperti di medan perang pula.. kami tidak membeli mercun pada  tahun ini dan menikmati bunga api dari jiran tetangga di depan rumah.. mak cu mengajak saya pergi ke labis untuk membeli sedikit keperluan, ajakan yang tidak boleh dielakkan kerana saya juga wajib membeli beberapa barang untuk raya nanti.. kami menghabiskan masa di pekan labis sehingga jam 10 malam.. memang pekan labis sangat meriah di malam ini dengan ramai orang membeli barang last minute.. dentuman mercun memang menghangatkan suasana, terkadang menggamit satu rasa sebak di dalam hati.. ada rasa kering kontang yg memedihkan.. sesudah membeli barang kami menuju ke rumah ibu kepada mak cu untuk beraya.. kami di sambut dengan meriah dan dihidangkan dengan hidangan yg sangat enak.. ibu kepada mak cu membuat 3 jenis rendang yg berbeza dan sangattttttt sedappppp.. sedang kami beraya datang pula abang ayie dan adik saya untuk beraya sekali..kami makan sambil menikmati dentuman mercun yg tak henti2.. tengah malam kami pulang ke rumah atuk mon dan disambut dengan gelimpangan mak dan adik beradik tgh baring tidur di dlm rumah..

pagi raya.. kedengaran bunyi takbir di masjid.. kami bersiap2 seperti selalu dan adik2 lelaki sudah pergi ke masjid.. kami mengisi kuih2 di dlm bekas kuih dan bersarapan lauk2 raya.. mandi mekap segala mengambil masa sampai habis sembahyang raya.. punya la lama kami bersiap2, kami menuju ke kubur untuk menziarahi abah. kami tiba agak lewat dan pihak masjid memulakan tahlil di kubur.



sengaja memilih bunga putih sebab abah suke bunga putih.. cuaca agak panas ketika ini.. selesai bacaan tahlil kami pulang ke rumah dan sambung beraya di rumah depan rumah atuk.. nak pergi rumah atuk malik nampak mcm kosong dan bertutup pula rumahnya.. owh atuk malik adalah bapa saudara abah yg tinggal di depan rumah atuk saya..tahun ni tak beraya di rumah abang emi, cuma menitipkan salam melalui abg ayie sajaa...

selesai beraya, kami menuju ke rumah mokde di redong.. seperti biasala laa aktiviti bermaafan dan mengisi perut di sana.. makan di dapur, berpindah ke ruang tamu dan berpindah pula ke dapur.. hehe sedap laaa periuk kera..selesai di redong saya mengambil keputusan untuk beraya di rumah peyek pula.. lama tak jumpa dorg satu keluarga.. tengahari ni agak panas namun tidak mematahkan semangat kami untuk beraya di palong..

selesai sesat di dlm palong akhirnya kami sampai juga.. hehehe alaa dak zara plak tido waktu tu.. borak borak (lebih kepada peyek membahan aku) dan kami bertolak pulang ke kundang ulu..

--------------------bersambung----------------------------------------------