Monday, February 27, 2012

A Trip to Remember ( memburu Sunrise)

Acara di Dieng bermula seawal jam 430AM, sudah subuh pon disini. Pak Tambah datang mengetuk pintu menandakan mereka sudah bersedia untuk berangkat. bersama2 3 buah kenderaan tour dan anak2 kuliah yg bermotosikal kami bersama2 menuju ke kaki Kunir. perjalanan Terlalu mencabar kerana jalannya sangat2 sempit. namun menurut Pak Tambah, meskipun jalannya sempit tidak ada berlaku selisih kenderaan kerana kenderaan pagi hanyalah untuk mereka2 yg memburu sunrise.

================SEDIKIT INFO PASAL DIENG (yg saya igt)======
1) terhasil drpd letusan gunung berapi
2) kaya dengan hasil tanaman kentang
3) Dieng Plateu ( bumi dewa dewi)
4) anak2 berambut bercantum ala2 org raggae tp secara semulajadi. anak2 yg berambut spt ini dikatakan membawa tuah/sial, dipotong pada usia yg sesuai dan dihadiahkan anak2 itu dengan hadiah yg mereka mahu
5) bulan 7 dan 8 suhu mencapai -2 darjah selsius menyamai musim sejuk di europe.
6) Kegiatan gunung berapi dipantau rapi kerana terjadi aktiviti gunung berapi yg da lama tak aktif selepas letusan di Merapi.
7) terdapat candi tertua di namakan sempena dewa hindu.
==============================================

kami berkumpu di kaki bukit dan memulakan pendakian selama 15 minit (bagi mereka yg tidak semput). saya beruntung kerana ahli2 pemburu sunrise tidak mengetahui apa itu FitnessFirst. sekiranya mereka tahu, pasti saya malu kerana sayalah insan2 yg semput dan terpaksa ditolak ke atas..(pekup muka), trek licin dan berbatu dan adakalanya curam..akhirnya saya bersyukur kerana penat lelah memanjat bukit berbaloi2 dengan panorama yg saya nikmati.


ini gambar pertama yg saya snap sesampainya di look out point di Kunir. Pemandangan matahari terbit di sini adalah sangat berbeza. pada awalnya langit ketika sunrise adalah sama seperti yg saya tgk di Broga

ketika mentari muncul, dengan kekuasaan Allah swt, kabus tebal menyelubungi gunung Sindoro di belakang tadi ( di gambar atas)

kabus tebal da menutupi seluruh Gunung Sindoro yg indah tadi.. kelihatan anak2 kuliah di universitas di jakarta, bandung dan jogja berkhemah di atas Kunir untuk memburu sunrise. enjoy skali mereka

ketika ini matahari sudah mula memancar,namun Gunung Sindora masih diselubungi kabus tebal...gambar lebih cantik akan diupload di facebook.

matahari sudah memercikkan sinarnya.. dan kabus2 tadi seperti dihambat pergi... cantik sgtttttt subhanallah.

saya berlatar belakangkan bukit pakuwojo... pakuwojo ini dimiliki oleh beberapa kabupaten (Negeri)... kegiatan pertanian giat dijalankan di sekitar kawasan ini.. (dan saya nampak susut sikit selepas mendaki bukit)

si gadis student Uni di Jogja.. UIY tak silap...

menuruni bukit sambil mengusha kentang2 petani... sesampainya di bawah kami disambut oleh kakak yg menjual kuih ala2 kuih dangai yg sgtttt enak...


Sunday, February 26, 2012

A Trip to remember

pada 24hb 2 2012, saya secara bersendirian telah melangkah kaki membuat single bagpacker ke jogjakarta, indonesia. dengan menaiki pesawat airasia pada jam 11:55 AM, saya dibantu oleh rakan seADUN gugusan kota damansara dihantar untuk menaiki shuttle bas ke LCCT dari OU pada seawal 7:00 pagi ( awal giler okek).. bersendirian menikmati A.M platter KFC di foodgarden LCCT sambil memerhatikan org sekeliling...da lama tak merasai saat2 begini.. saat2 bersendirian memerhatikan org di airport seperti suatu masa dahulu..

pada jam 9:00AM kaunter periksa masuk sudah dibuka, peraturan AA untuk tidak membawa lebih dr 1 beg ataupun bersama beg berisi laptop digunakan sebaiknya, saya membawa sebuah beg saiz sederhana dan beg fitness first dan berpura2 beg itu mengandungi laptop.. alhamdulillah lepas naik. menunggu agak lama di pintu 6, melihat lagi orang2 berbaris menuju ke Denpasar, Bali.... woww hangatnya sekumpulan jejaka menuju ke bali.. kagum saya sebentar..

setelah menanti dengan begitu lama, kami dipersilakan menaiki pesawat AK1352... berjalan kaki menuju ke tempat parkir pesawat yg jauh giler... saya terkejut kerana suasana dlm pesawat begitu panas skali.. penyejuk udara ibarat tidak berfungsi.. tengah hari kutttt.... seorang jejaka melayu mengambil tempat di A17.. dan saya di C17.. (citer psl jejaka ni da citer kt kak kiah)... pengumuman dibuat dan dinyatakan ada masalah teknikal pada pesawat dan penumpang dipersilakan turun... arghhh da laa jauh menapak.. kene turun plak tu.. saya mengsms kepada tourist agent di jogja mengatakan flight delay... setelah menanti selama 45minit kami dipersilakan menaiki pesawat yg lain.. alhamdulillah pesawat itu sejukkkkk...

perjalanan ke jogja mengambil masa 2jam.. saya kejap tido kejap celik dlm flight... tatau nak buat apa.. hehehhe.. alhamdulillah sampai juga dalam keadaan hujan lebat... urusan imigresen berjalan lancar.. terkejut juga kene scan 4 jari kiri dan kanan tangan... diruangan menunggu pak nizam yg dikenali dr forum.cari menunggu dengan sepanduk.. heheheh.. kami berkenal2an dan terus berjalan menuju ke kereta.. sementara itu saya ke tandas, owhhhh terkejutnya tandas di sana tiada flush.... tapi bersihhh.. wahhhh culture shock sementer.. kami berbual2 sambil menuju ke gunung merapi... keadaan trafik di jogja amat menarik... tiada bunyi hon, jalan sempit tapi tah.. lainnnn sgt... saya rasa sekiranya saya memandu di sana, pasti hon kereta itu terbenam mahupun kehabisan bunyi.... giler laa...

jalan ke merapi tidak berapa cantik lantaran kesan2 letusan yg terbaru ini masih segar... kesan2 letusan sangat ketara, bukit2 togel.. ada jurang yg terhasil akibat telusan ini. kesan2 rumah terbakar dan sebagainya...





gunung merapi yg sgt digeruni






senja di lereng bukit... ada jurang yg dlm utk dialirkan lahar panas...



selesai di merapi, kami meneruskan perjalanan menuju ke Dieng Plateu ( bumi dewa dewi). Perjalanan sejauh 140km ini mengambil masa selama kira2 2 jam lebih kurang.. kami diuji lagi dengan banyak lori2 yg memandu dlm kelajuan yg perlahan di lorong paling kanan... dan pemandu2 lain setia memberikan signal kekiri dan memotong lori itu dr kiri TANPA menekan hon dan menaikkan lampu... perghhh kagum btoi



kami berhenti sebentar di Magelang sebuah bandar army untuk solat jama'... terasa lain solat di indonesia, telekung yg disediakan cantik,bersih dan wangi... ruangan yg selesa dan pengunjungnya ramaiii sekali, alhamdulillah...



kami makan malam berdekatan alon alon ( dataran) di Temenggur. saya memilih menu nasi dan itik panggang, sedap skali, tapi lepas makan saya tgk kuku org yg jual gerai ni panjangnya ya rabbi... budak baju putih tu haa... adoiiiyaiiii, mujur tak termuntah semula...

semasa menunggu makanan siap, ada sekeluarga (3org) makan di tempat lesehan (bersila). si bapa tekun melayan anak yg usia dlm 12 tahun makan. pada mulanya saya igt ibu dan bapanya tak makan skali dan cuma anak sahaja yg makan...tapi sangkaan meleset kerana makanan yg dipesan oleh ibu dan bapanya sampai lewat.. ketika tu makanan anaknya sudah abis dan bapanya memberikan separuh nasi kepada anaknya.. hati saya tersentuh.. teringat dan rindu sekali pada abah...



selesai makan, kami menuju ke wonosobo dan terus mendaki ke Dieng. di sana kami ditemukan dengan Pak Giat dan Pak Tambah. mereka membawa saya ke inap desa dengan kadar sewaan 150k Rupiah.. suhu di Dieng sgtttt sejuk sekitar 13 darjah selsius.... mandi malam tu sekadar lap2 badan dan terus tidur kerana esoknya jadual bermula jam 430 pagi



Tuesday, February 21, 2012

macammana nak mintak tolong ni

mintak tulunnnn... antokan aku kt epot.. plis plis plis... huwahawhawhawh..

aku pk2 nak mintak tulun sorg member ni.. tp takut nnt dpt statement 'org masa susah baru carik aku, kalo tak takkan carik punyer..'

adoiiiiiyaiii camno ni.. dilema... huuu moknik.. ai mish yew


Saturday, February 18, 2012

Project 2012

aku menyasarkan tahun 2012 ni dipenuhi dengan aktiviti menggembirakan...

alhamdulillah. kami memulakan dengan aktiviti di entry bawah ini iaitu kick off...

lepas tu, kami membuat program kegembiraan iaitu bermandi manda di ulu yam... weee huuu.. best giler.. mandi makan mandi makan berak mandi makan balik.. lepas tu tido ramai2 kt pondok... hehehehee

24~26/2 - insya Allah aku akan ke jogja.. single backpacker... doa2 mudah2an segalanya selamat dan berjalan dgn lancar..

3 ~ 4/3 - insya Allah akan ke kemaman dan kuala terengganu sempena wedding kekna ( nik hanna).. kekna ni dak kelas sebelah kelas aku.. insya ALlah juga akan jumpa dak2 XKT kt sana... heee... suke suke.. diorg nak buat bbq party kt kemaman.. maybe turun KT sbb alang2 da sampai sana.. nak merayap, makan kepok, sutun celop tepong dsb...

9~11/3 - balik kampung, miza kawen... mak da suh jadik penanggah dah.. kene rewang2, iskkkkkk taleh la nak gelemeres di wedding beliau ni.. komfom mandi kul 11 ni kang.. iskkk

30, 31/1 dan 1/4 - ku dan beberapa org budak opis akan g redang yaww..kami namakan percutian itu sebagai quarter end gateaway.kontroversi sikit dpt cuti sbb memang kitorg cuti elok2 lepas quarter end.. tak sure U-2 cutt off biler... heeee, insya Allah 8 org akan join g redang ni..

28~29/4 - zudin (sepupu) nikah.. buat kt KL jer.. so tader g memana...

29/6 - huda (sepupu) nikah kt johore.. kenduri huda diprepare dr tawon lepas lagi.. ada jemputan rasmi dr istana kabonye.. emel mengenai protokol dan warna baju da diedar dr awal tawon lg... heeeeee looking fwd utk tgk my TMJ dr dekat...

7~9/7 - tempah tiket g krabi.. act kitorg plan nak g ujung bulan 3.. tp tiket lambat komfom, so kitorg proceed dulu plan g redang, alih2 semlm member msg ckp da bley book tiket... adoiiyaii dilema gak ni... so diskas blk dgn lina n set tarikh... huuu insya Allah tarikh tu kitorg set tuk ke krabi....

namun semua itu plan sahaja.. dan mudah2an Allah permudahkan semua perancangan.... amin

SSI kick Off

tarikh sebenar event ni pada 3hb2 2012... da lama benau saya peram entry ni.. asik bertangguh je nak langsaikan...

ok kampeni kitorg ada buat kick off dgn dinner yg bertemakan arabian night.. so korg bley tgk laa berapa byk pak2 syeikh, penari gelek, unta2 padang pasir di The Club, kt bukit utama pada hari tersebut..

bersempena dgn event ni gak, diorg ada buat pertandingan SSI Got Talent.. hahaha ko mampuuu nak perasan ko ada talent??? tapi dengan semangat berkobar2 memandangkan hadiah lumayan menanti anda.. saya dan beberapa org rakan2 dengan semangatnya menubuhkan kumpulannnnnn "MAK TAK SENTAP, OK!!!".... haaaa membara tu nama kumpulan..dgr nama kumpulan je da gerun kann?

mula2 pada sessi ribut otak (brainstorm), kami mengutarakan beberapa cadangan antaranya:
1) Ulik Mayang ( Idea aku)
2) tarian org yg pakai sarung tgn putih (idea syah)
3) gymnastik ( idea syamsul)

ketiga2 idea itu sangat la tak ada logika okay espesyelli idea syamsul... ada ke suh buat gymnastik.. iskkkk,

setelah sessi ribut otak kedua, syah datang dengan iphone di tangan dan muka teruja... korg, kiter buat mcm ni nak... yeahh itu dia.. idea gorjes dr syah... kami pun bersetuju dgn idea itu iaitu membuat tarian berasaskan clip zumba ojos asi....

latihan asas di ajar oleh syah, dan dimantapkan laie dengan 2 org sifu yg garang giler

yeahh tunjuk ajar ku sifu.. haaaa ini lah sifu2 kami yg mengajar kami cara terbaik utk menari... yeeehaaaa... siryes sifu kami adalah garangg... ngeeeee.... kami akan bergelek bersungguh2 sekiranya cikgu kami ada di dpn mata...

Team MAK TAK SENTAP, OKK!!!
haa ini laa team kitorg.... penari2, penasihat, sifu, penjaga muzik dan tukang pemberi idea nama grup.... saya rasa tagline mak tak sentap ok da jadik tagline ssi aa... hahahaha


yehhhaaaa ini laaa penari2 kami..... heeee alhamdulilah usaha gigih kami membuahkan hasil dan berjaya mendapat no 2


Suku budak2 SSI... kanmain cantik dgn kostum masing2.....

hontouni tanoshikattaaaa....

Tuesday, February 7, 2012

mak saya nakal

tadi borak2 dengan mak.. mak ckp die lega umah da nak siap.. kitorg tambah dapor kasik besau.. tambah lagi bilik air dan jamban pastu tambah anjung, tuka wiring umah sbb wiring tu da lama sgt...

mak : umah da nak siap.. mak buat anjung depan nnt nak buat pelamin senang laa.. (sambil giggle2)

saya : mak nak bukak butik pengantin ke kt dpn tu... mana pernah org letak pelamin kt ruang tamu sepanjang masa (purak2 tak faham)

mak : ko tu mmg la lembap...ko jgn sampai mak langkah bendul ko... kikikiki...

AMBOIIIIIIIII kanmain mak tunggal sorg ni.. hishhhhhh