Friday, December 31, 2010

JANGAN BERSEDIH (entry penutup 2010)

(DICEDOK DARI LA TAHZAN)

JANGAN BERSEDIH :

kerana anda telah melalui kesedihan itu kelmarin dan ia sama sekali tidak memberi sebarang manfaat pun. ketika anak anda gagal dalam ujian dan anda bersedih kerananya, apakah kemudiannya ia akan lulus kerana kesedihan itu ?

ketika bapa meninggal dunia dan anda bersedih, apakah kemudiannya ia akan hidup kembali? ketika anda mengalami kerugian dan kemudian anda bersedih, apakah kemudiannya kerugian itu akan berubah menjadi keuntungan ?


JANGAN BERSEDIH :
kerana kesedihan anda terhadap sesuatu musibah, akan menciptakan pelbagai musibah yang lani. Ketika anda bersedih kerana kemiskinan atau kesengsaraan yang anda alami, bukankah kesedihan itu akan menambah kesusahan anda? ketika anda bersedih kerana cercaan musuh2 anda, pastilah kesedihan itu hanya akan menguntungkan musuh utk menyerang anda.

JANGAN BERSEDIH :

kerana kesedihan hanya akan membuatkan air yang segar terasa pahit dan sekuntum mawar yang indah kelihatan layu, kebun yang menghijau kelihatan spt gurun pasir yang gersang dan kehidupan dunia terasa bagai dipenjara.

JANGAN BERSEDiH :
kerana anda memiliki 2 mata 2 telinga bibir, tangan, kaki, lidah, hati, kedamaian, keamanan dan kesihatan badan

JANGAN BERSEDIH :
kerana anda masih memiliki agama yg anda yakini kebenarannya, mempunyai rumah sebagai tempat tinggal, makanan untuk dimakan, air untuk diminum, pakaiana untuk dipakai dan kekasih yg dicintai

JADI MENGAPA MESTI BERSEDIH???

(selamat tinggal 2010.. ahlan wasahlan 2011..)

nak cuti

muka tension bile kene keje hari cuti... arghhhhhhhhhhhhhhh penat laaa terasa nak cuti gakkkk tidakkkkkk!!!!!!


msg dr itosan.. owhh miss her so much.... bile la bleh jumpe..
(dlm otak da pk beribu2 mende nak jeleskan dorg minggu dpn)

Thursday, December 30, 2010

XTVT (party mari menjadi karnivor)

helo helo helo

yeaa di sana sini org memperkatakan tentang kemenangan team malaysia kt piala affa suzuki.. (yawn).. boring gilerrr laa.. saya tatau pon sejak biler team melesie ni terel main bola.. sayamensokong team indon pada zahirnya dan mensokong team melesie pada batinnya


pada mulanya saya mengajak rakan2 untuk menonton perlawanan di pak li ole2 seksyen 18... namun begitu dek kerana kami lambat pulang dari tempat kerja dan roza pula mahu tengok separuh masa kedua sahaja, saya merancang untuk menukar venue ke rumah saya, sara dan pah

saya mentapaukan kfc untuk mereka.. agak jenuh juga menunggu kfc kerana restoran sgt penuh.. rasa ati nak je kensel dan tapau nasik goreng kampung untuk mereka.. namun dek kesiankan utin maka saya menggagahkan diri menunggu giliran
tunggu punya tunggu akhirnya saya pon dpt pulang ke rumah.. terus menerpa ke arah mereka dan bertanya score.... mujur tiada gol dan memasuki waktu rehat..



kemudian datang pula jimi memeriahkan suasana desa.. dengan muka termengah2nya beliau


kami menonton perlawanan bola ini dengan penuh emosi.. malahan kami bangun, duduk, menjerit, menyepak2 angin di bawah meja dsb.. sungguh emosi skali.. dan akhirnya team pilihan saya tumbang di tangan malaysia.. tahniah

perlawanan tamat.. saya ingatkan mahu menghalau mereka semua pulang, namun jimi bermuka simpati mengajak kami bersiar2 di malam hari... saya dan sara sudah siap sedia memakai baju tido dan terasa malas nak keluar.. namun dek kerana terharu dengan rintihan si jimi kami pon mentukar pakaian santai.. masalah melanda bilamana tiada siapa yg mahu menjadi pemandu.. haishhhh inilah masalah sosial budak2 ni.. masing2 berebut2 nak duk kt seat belakang..
da kalo semua nak duk blakang sapa yg nak duk kt depan??? setelah sibuk berdiskusi, kami mengambil satu keputusan, SIAPA YG PAKAI SPEK MATA DIA KENE DRIVE.. hehehe so dgn tak rela hati nya cik roza kene drive bagi pihak kitorg...

owh sungguh empuk berada di seat belakang kereta sendiri... terasa nyaman skaliii...
kami berpusing2 dan menuju ke uptown shah alam.. setelah berpusing2 sakan kami pon pergi membeli ais krim (org jepon panggei sofuto kuri-mu).. saya mencabar jimi untuk menyanyi open karoke tp beliau keberatan.. so malas citer panjang.. jom zasss layan gambo2






kegembiraan berterusan apabila jimi mengajak melantak lagi skali.. maka kami pon mensinggah ke warung yang menayangkan filem yg kelakar2.. kami mencuba memanggil waiter berkali2 namun panggilan kami dipandang sepi oleh mereka.. mungkinkah waiter2 itu kecewa terhadap kekalahan team negara mereka... isk isk iskkk.. setelah berjaya mendapatkan sorg waiter, kami pon memesan makanan....


motif gambar ini adalah sara nak bgtau yg utin is not available anymore


stail bdk2 zmn skrg melepak.. masing2 sibuk dgn hp sendiri.. isk isk isk







yeahh inilah menu kedua pada malam ini iaitu kerang rebus dan sate.... mmg menjadik karnivor masing2 yea... sementara menunggu makanan ini dihidang mereka mendpt berita bahawasanya hari jumaat ini adalah cuti dan mereka sungguh gembira skali.. demmmm berita ini tiada maknanya bagi saya dan jimi kerana kami masih ttp kene bekerja..

setelah selesai mencekik kami pon berjalan pulang dengan perut yg kembung.. haishhhh

Wednesday, December 29, 2010

lagi 3 hari

meskipun lagi 3 hari jek besdei saya.. namun saya da menerima 2 ucapan hepi besdei.. hihhiihi

1) dr Mr M..
2) dr ayeen...

hehehehehehehe tenkiu in advance....

Mr M kata
[u igt i tatau ke birthday u bile.. pastu die nyanyi lagu hepi besday]

God, rasa cair gilerrrr....

pagi yang ceria(27 dec 2010)

pagi yang ceria adalah dimulakan dengan sarapan yg sempurna.. ehemmm

jadi pada hari yg indah di hari isnin.. semua org tergesa2 menuju ke tempat kerja.. saya telah bangun pada awal jam 630 untuk menyediakan sarapan pagi kepada housemate saya yg mengejar2 ke tempat kerja.. siap ada yg bawak bekalan lagi .. jemput makan semuaaa

nasik lemak sambal sotong dan teh strawberry

jalan2 carik makan (26 dec 2010)

sepanjang hari saya asik tidooooooooooooOOOoooOOOooo jekkk... kalo tak malam tuh nak jumpa dia.. tp dia adalah sgt busy... kene kerja dan tak balik2 lagi.. so untuk mengubat kekecewaan saya ajak utin dgn sara dgn roza dgn jimi g makan.. malangnya jimi ada kat kuantan.. so taleh laaa join..

roza merancang untuk memakan bubur di night circle.. jadik berposah2 laa kami menuju ke night circle.. bertemu roza disana... owhh ada perlawanan bola rupanya.. kami menengok bola sambil mencekik dan berborak2.. alhamdulillah melesie menang 3-0.. saya kehairanan sejak bila melesie pandai main bola ni.. isk isk iskkkk..

kami makan byk juga di night circle.. bubur nasi dan lauk2nya.. tauhu bakar dan sata serta otak2 dan saya makan nasi putih dan tomyam.. tetapi entah kenapa utin mengajak kami makan sate di memana.. tempat sate kesukaan saya adalah diuptown shah alam.. kami berpusing2 di uptown shah alam dulu di mana saya telah berjumpa sehelai baju kesukaan saya yg saya tak beli sampai saat kisah ini ditaip


saya dan roza kegembiraan di uptown

lihatlah gambar2 kami mencekik.. hurmm saya merenung gambar2 ini dan mendapat satu konklusi... utin mmg hyperactive laa.. tak reti duk diam masa nak bergambo... isk isk iskk..asik dpt bayang2 beliau ajaaa







pada mulanya kami oder saploh cucuk sate.. pastu sara nak makan kerang rebus... tapi ternyata sate itu adalah sgt enak skali dan kami memesan 10 cucuk sate lagik... fhufhhhh kembung siot.. tuh pon roza mcm kempunan nak beli ais krim kt tepi tempat karoke... haishhh.. tp mmg best laaaa.. lama tak kuar sama2 mcm ni



Thursday, December 23, 2010

bila rasa sedih

baca novel hlovate yg tajuk 5 tahun 5 bulan...

antara petikan ayat2 novel die yg mak die pesan kt die,

ana kalau sedih bacalah surah ad-dhuha dgn al insyirah... insya Allah beroleh ketenangan....

petikan dr ad-dhuha

(4) Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda (berpuas hati).
(5)
Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu, lalu Dia memberikan perlindungan?
(6)
Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Dia memberikan hidayat petunjuk (dengan wahyu Al-Quran)?
(7)
Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Dia memberikan kekayaan?

petikan dr al insyirah

(4) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(5)
(Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
(6)
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
(7)
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

rasa sayu plak.. bila 2 kali Allah menegaskan bahawa setiap kesukaran disertai kemudahan..

kadang rasa mcm berat sgt dugaan yg ditanggung, rasa mcm beban ni terlalu menyukarkan.. tapi Allah da berkata dlm surat cinta-Nya (iaitu Al-quran), bahawa setiap kesukaran disertai dengan kemudahan, namun kene bersungguh2 berusaha mengerjakan amal soleh yg lain.. dan last skali memohon kepada Nya apa yg kita gemar dan apa yg kita nak..

Masya Allah, rasa tersindir sgt waktu ni.. sebab ada masa waktu2 sedih,waktu marah, waktu2 bengang kekadang ayat carutan yg keluar dari bibir.. bukannya puji2an kepada Dia..

rasa sedih, sedih dgn diri sendiri... sedih sbb masih tak sedar yg janji2 manis Allah Maha Berkuasa ini dan terus lalai dengan duniawi..

bangunlaa,, sedarlaa dari mimpi...

dan berusahalahhh....

sehari di HP Campus



kak izan ckp waktu paling best nak amek gambo kt opis baru adalah hari mula2 kiter jejak kaki kt sana.. so di kesempatan yg ada masa sessi induksi di HP cAmpus kitorg pon berlegar2 untuk amek car sticker dan tgk opis baru...so di atas ini adalah opis kitorg.. ada 2 sayap....



ni lak pintu masuk ke opis kitorg...

ini adalah tempat touch down and groove.. hagak2 laa kalo boring duk dlm opis bleh buat keje kat luar kut....

so inilah sedikit sebanyak gambo kt opis baru.. kitorg akan memindahkan diri pada 12 januari 2011.. wehhh looking forward nak pindah

Saturday, December 18, 2010

mengapa

arghh mengapa tader idea nak sambung kisah moknik di melaka.. eheh... lupa nak sambung apa...

jumpe mas n kak fuza n kokoro tadi... suke tgk muka mommy n daddy to be tuh.. also mas... masing2 mcm ada spotlight kt atas kepala... berseri2 aja..

aku jek kut yg serabut.. idup mmg penuh masalah.. tp macam mana kiter uruskan masalah tuh.. dan dengan sapa kiter share masalah tuh..

hurm macam mana nak susun ayat eak.. kadang kadang, bila kiter baca atau dengar luahan hati org,, kiter terasa tersindir, sbb mungkin kiter tak duduk kt tempat die, sbb tuh aku suke sgt dgn ayat hlovate dlm buku die.. just take a bite from my plate and chew it.. sama ada bleh telan atau muntahkan semula...
cuba untuk menikmati permasalahan org tu, baru nak buat spekulasi.. jgn main terjah sembarangan..

malas nak menaip hal ini da...
===============================

kisah baru : kisah cik nita

saya ada kawan bernama cik nita.. ketika baru2 akil baligh, baru reti nak eja perkataan secret admirer, dan ketika itu baru menukar kain sekolah dr warna biru gelap kepada biru cair.. cik nita meminati sorg budak laki bernama cik abu..

kisahnya terjadi di kantin sekolah.. ketika itu cik nita adalah pengawas sekolah.. jaga kantin masa rehat..pastu cik nita mcm perasan ada sorg budak asik pandang jek.. kawan cik nita pon ckp mende yg sama... eh nita, kenapa budak tuh asik pandang ko jek...

cik abu adalah sgt comel pada masa itu (menurut cik nita laa kan) rambut belah tengah, dgn lesung pipit kt pipi.. mmg sgt comel... pastu cik nita dgn aura gedik giler pegi laaa risik2 cik abu ni kelas mana...risik punye risik skali dpt laa info cik abu ni kelas mana.. dan kebetulan plak kawan baik ciknita adalah sekelas dgn cik abu.. maka senanglaa edisi skodeng menskodeng..
============================

tapi itu kisah 14 tahun lepas... kenapa baru nak ungkit skrg??

sbb cik nita tuh baru skrg jumpe balik dgn cik abu ni haaa.. gile eksaited, kawan serumah cik nita pon da rasa nak penyepak jek cik nita setiap kali die citer pasal cik abu.. sumpah cik nita ni sgt2 eksaited... n tadik cik nita ckp kt aku.. cik nita saje je nak test2 ajak cik abu kuar esok.. tup tup cik abu called.. ajak kuar minggu dpn... giler eksaited.. sumpah cik nita sgt2 eksaited... aku pon rasa nak penyepak bile dgr die menjerit dgn lantangnye.. jaja cik abu ajak aku kuar minggu dpn... duuhhhh...

14 tahun menunggu utk hang out.. akhirnya dpt jugak kan nita. alhamdulillah..

Thursday, December 16, 2010

travel log (mazman& nisa wedding) part bersanding








where were we???

owhh lepas akad nikah.. saya dan moknik setia menonong menuju kilang kerepek di parit sulong..
***********************************
selingan

saya : moknik, ko perasan tak mamat yg kat masjid masa kiter sampai tadik??
moknik pura2 berfikir dan menjawab
moknik : yg mana satu ehh..
saya : ala yg pakai spek yg ala2 botak sikit tuh.. ensem kann.. aku duk usha die jek tadik..
moknik : hooooo yg tuhhh.. toksah ckp laa aku mmg awal2 lagi da tgk..segan je nak citer kt ko..
saya : ciss aku ada rival rupenye
hahahaha kami gelak2 sepanjang jalan
************************************

menurut gps mak ngah, die ckp lepas trafik light di balai polis belok ke kiri.. tapi kami ini meredah segala trafik light yg ada sehinggalah tiba kembali ke rumah mak ngah.. eheh.. setelah berkali2 diterangkan akhirnya kami dgn gigih meneruskan perjalanan menuju ke parit lapis laman (kut laa namanya) sebelah parit senteng utk memborong kerepek dan kuih muih..

kami memborong dgn penuh napsu di dada... tak hengat punye memborong... setelah memborong kami kembali ke parit yaani utk majlis persandingan pulek... jadual persandingan adalah pada jam 2 namun kami sampai 30 minit lebih awal.. hurmm nak turun adalah segan.. jadi kami duk dlm kete sambil mentacap muka...


tunggu punye tunggu skali dengar paluan kompang.. saya dan moknik menjadi sgt gelabah apabila nampak pasangan pengantin yg bukan mazman dan nisa.. haishhh giler malu sekiranya kami salah rumah.. tp rasa2 betul dah.. lantas saya skali lagi mendail no winda dan bertanya.. owhh rupa2nya pihak pengantin perempuan juga membuat majlis menyambut menantu.. owhh mujur kami tak tersilap rumah perantin... kami menjengah rumah jiran untuk melihat mazman bermekap.... seriess wehh mazman mekap.. iskk tak caya plak.. meh sini tgk




amek nok..kelles kan, mazmang pakai lipstik .. mek sembah ratu gitu



dengan satu dialog sahaja saya sudah berkawan dgn akak andam ini.. ahahah mereka mmg sungguh kelakar.. bleh jadik member gituh.. disamping mengusik2 mazman bermekap kitorg pon mengusik2 gak akak2 andam ini..

tidak lama kemudian rombongan lelaki tiba.. saya dan moknik turun ke tanah kerana agak panas juga di dlm rumah.. kami berbual2 dengan mak mazman sambil mengusik2 dak winda dgn erkk ehemmm.. masa untuk berarak sudah makin tiba... winda tergopoh gapah mengagihkan dulang hantaran untuk dibawak..

mereka meminta kami si gadis2 ini membawak dulang hantaran, maka saya dgn moknik pon kenelah membawa dulang hantaran.. kami tergelak kekuat kerana inilah pertama kali kami terpaksa membawa dulang hantaran untuk berarak.. lagi pulak saya kene bawa dulang berisi buah2an yg sgt berat.. kami mengambil posisi yg strategik iaitu berada di dpn mazmang.. moknik berbisik kepada saya, mesti byk gambo kiter sbb kiter duk dpn mazmang

sungguh dulang yg saya bawa itu adalah berat.. jadi ketika menunggu pengkepit pengantin tawar menawar dengan penunggu2 tol saya menyerahkan dulang kepada adik mazman utk dipegang.. lama sungguh mereka di dpn pintu.. gilers ramai org menunggu tol.. mujur da bersedia...




setelah beberapa ketika kami dipersilakan masuk.. meletakkan dulang dan duduk di dpn pelamin.. melihat mempelai bersanding



yg duduk da sudah da.. yg berdiri tuh bile lagi??




selesai mengambil2 gambo kami dipersilakan untuk menjamu selera.. sekali lagi saya dan moknik dengan muka tatau malu nye telah menterjah di meja makan beradab... kih kih kih... pengantin tak makan lagi we ols da setat menyenduk nasik... lajuuuu jekk mencekik...[malahan moknik sempat berbisik dengan mengatakan lepas ni beliau nak merembat kek pulak]



=============================================
saya : moknik, meh laa rasa rojak buah ni.. sedap btoi
moknik :tanak (sambil buat muka)
saya : series moknik sedap
moknik mencubit sedikit rojak buah itu dan sedikit dan sedikit dan akhirnya berbisik kpd saya
moknik : ni kalo xda org lama da aku tonggeng mangkuk rojak ni sbb nak hirup kuah
=============================================

selesai makan2 minum2 kami berbual2 dan mulalah nak beransur2 nak pulang.. sementara menunggu mereka2 bertukar dulang saya dan moknik masih sempat

mengambik berkat di pelamin gituh



ibu saudara mazman menyuruh kami mencuri daun sireh namun moknik menolak kerana malu.. ehehehehe yelaa tuh moknik.. saya dan moknik mengangkat dulang yg ringan sahaja untuk dibawa pulang.. namun sementara menunggu mereka2 yg lain kami sempat melunasi hajat moknik yg disuarakan ketika makan tadik iaitu :



dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, kami menghijack kek pengantin mazman n nisa.. yeeehahaaaaaa...

setelah selesai segalanya, kami bersalam2an dan berpisah disini.. insya ALlah jumpa lagi di kemaman.. saya dan moknik kembali ke rumah mak ngah dan bersiap sedia untuk memenuhi hajat moknik selepas ini..

bersambungggg zassssss

Wednesday, December 15, 2010

travel log (mazman& nisa wedding) part nikah


setelah diwar2kan di fesbuk yg mazman nak kawen, saya menemui seorang rakan yg cantik jelita tak lain tak bukan adalah moknik.. ketika itu moknik membelanja saya mentelan ayam golek di pantai dalam uols... jgn cemburu butaa.... ketika berbual2 mengenai hal nikah kahwen ini kami pon terkeluar topik yg wedding mazmang di parit yaani pada hari ahad ini.. moknik memberitahu saya sekiranya ada yg nak pergi beliau pon mahu ikut


saya mati2 mengingatkan hari ahad ini adalah hari saya stenbai.. rupa2nya saya sudah tersilap.. setelah mencongak2 saki baki kos di dalam bank maka saya menghubungi moknik mengajak beliau ke johor pada 12hb.. kami mewar2kan pemergian kami ke sana namun dek kerana aral yg melintang pukang rakan2 yg lain tidak dpt menyertai kami,, tak apalaa mungkin nanti..


kami memulakan perjalanan dari shah alam setelah membeli hadiah untuk mazman kira2 jam 9:15 malam.. dengan kelajuan sederhana setelah tersengguk2 mencarik rumah mak ngah dgn bantuan talian telefon dari kak ana alhamdulillah akhirnya kami berjaya sampai di rumah mak ngah.. mak ngah patut buat pintu gerbang di rumahnya agar saya tidak terlajak perahu di lain masa..


setelah berbual lebih2 kurang... kami pon menuju kamar peraduan.. feeling malam pertama amat ketara kerana kamar tersebut digunakan oleh sepupu saya untuk perkahwinan beliau bulan 6 tempoh hari...








langsir di kepala katil masih tersergam indah










moknik bersolat isya' dan saya bergolek2 di atas katil

pagi menjelma... saya menerima sms dr winda yg comel mengatakan mereka tercicir dulang hantaran.. mereka memerlukan 9 dulang hantaran... owhh satu masalah di situ.. saya bertanyakan kepada mak ngah adalah beliau ada dulang hantaran.. alhamdulillah mak ngah mempunyai 7 dulang manakala 2 dulang lagi dipinjam dari jiran tetangga.. saya terus menghantar sms kepada winda mengatakan masalah insya Allah selesai.. saya dan moknik bertolak2 utk siapa mandi dulu.. arghh kerana saya terlambat bangun saya kene mandi dulu.. owh sungguh sejuk air paip di desa...kami bersiap2 dan bermekap2.. kelihatan kak dila dan kak mas dan abg bari sudah bangun.. amer bangun dan terkebil2 melihat saya.. begitu juga muiz...

kami bersarapan meehun goreng dan ruti perata segera.. mak ngah sudah keluar dgn abg bari ke flea market..

winda sms kami bertanyakan sama ada kami sudah gerak ke belum.. saya ckp otw.. eheh jawapan stenderd... setelah selesai bersarapan dan berburak kami pon memulakan perjalanan kami.. tapi sebelum ituuuu....



posing di dpn kuda tunggangan seblom memulakan perjalanan





gambo high fashion dr moknik.. auwwww



dengan mendgr arahan dan menghubungi winda serta bertanya di sana sini alhamdulillah akhirnya kami sampai di masjid tepat pada masanya (act jadual nikah jam 9 pagi, kami sampai 9:25++ pagi.. ehehh tepat laa tuh kan).. kami disambut oleh winda yg dlm keadaan tergopoh gapah merompak satu dulang untuk hantaran.. wah wah wahhh.. hehehhe


kami dgn langkah yg hurmm. mungkin ayu telah melangkah masok di dlm ruang masjed dan dengan tak malunye terus duduk kt barisan paling hadapan di sebelah mak mazmang.. ehehehehe bersalaman2 dan mentertawakan mazman yg sedang menggelisah di hadapan tok kadi...


mazman tenang dikelillingi ahli kuarge



kelihatan pengantin perempuan yg anggun bersimpuh juga berusaha bertenang dlm debaran..



saat dinanti sudah tiba.. tok kadi bersama wali dtg menemui pengantin perempuan dan melakukan prosedur yg biasa org nak nikah buat.. (aku pon tatau namanya apa) kemudian membacakan hurmm apa tah.. tatau laa apa yg dorg baca.. dan akad nikah dimulakan.. dengan 2 kali lafaz (act yg 1st da ok tapi tak cukup tatabahasa so tok kadi suh ulang) akhirnya mazmang dan nisa sah menjadi suami isteri...

suasana bertukar menjadik syahdu apabila modul sakinah dibacakan.. mazman nisa dan ahli keluarga tidak dpt menahan sebak dan lantas mengalirkan air mata...





setelah selesai segalanya.. saya dgn moknik dgn segala mandat yg ada bergambo dgn perantin baru.. eheh giler tak kitorg melangkau famili utk bergambo dgn perantin



setelah selesai acara akad nikah kami bergerak ke rumah perantin perempuan untuk menjamu selera.. setelah itu kami menuju ke parit sulong bagi melunaskan impian moknik untuk membeli kerepek....

(bersambung)

Saturday, December 11, 2010

populasi

selepas membeli sarapan pagi di mynews.com saya terus menuju ke lif untuk ke tingkat 8.. sedang saya mengatur langkah tergesa2 minda saya menjadi tergerak untuk berfikir perkara ini..

[org melesie mesti tader masalah bahasa kalo melancong ke nepal ataupun bangladesh]

ini berikutan agak ramai rakyat mereka yg mampu bertutur bahasa melayu meskipun hanya bulih bercakap,

hijau ka kuning ka.. saploh ka doploh ka...

btoi tak ideologi aku????

Friday, December 10, 2010

saki baki bonus

alhamdulillah.. insya Allah 15hb nnt dpt laa saki baki bonus.... hehehehehehhehehehe hihihihi huhuhuhu hohohohohoooo...

tgh tunggu payment utk part time lak..die ckp dlm seminggu dua lagi.. sempat laa insya Allah untuk dibawak kenduri di ujung bulan.. ekceli cam nak apply cuti pada 25hb.. sbb nak bawak mak g terapi dan kaunseling.. bawak die ke tempat di mana semua org menyayangi die, insya Allah.. harap2 ada yg nak stenbai pada hari tersebut.. iskk da laaa cuti krismes.... rugi claim... hurmmmm tgklaa cemana nnt...

i always love december

saya sangat mencintai bulan doblas... dari dulu lagi.. bulan doblas sgt memberi erti kepada saya...
kenapa yea??

1) masa sekolah dulu bulan doblas adalah bulan untuk bercuti panjang

2) bulan doblas adalah musim tengkujuh yg mana bulih makan tido makan tido.. masa ni kalo ranting kayu celup tepong pon sodap ghasonyo

3) masa kt jpn.. bulan doblas adalah sgt meriah dgn illumination dan lampu2 yg bergemerlapan

4) bulan doblas ada snow.. dan kesejukan melampau... bile snow berguguran mcm kelumumur perasaan sedih dan negetif2 sume ilang... otot2 muka yg ketat mampu mengendur dan menghasilkan senyuman kecil...

5) cuti winter dan krismes dan tawon baru..... masa utk melayan citer korea non stop back to back di dlm selimut tebal tanpa bergerak... g jamban pon tertangguh2.. haishhh

6) masa utk telefon mak selang 2 hari.. sbb homesick tp ego tanak ngaku

8) putuih shenta 2 kali masa bulan doblas.. 2004 and 2008... hahahahah frankly speaking masa putuih shenta pada 2004 adalah yg paling mensedihkan.. sampai skrg... hik hik hik.. 2008 adalah keputusan shenta yg paling ditunggu dan terasa sungguh dirahmati

9) hormon keinginan utk kawen adalah meningkat di bln doblas... selalu imagine akan ada asben yg akan masakkan tomyam atau sup yg panas.. bancuhkan hot choc, kemaskan umah, dan basuhkan baju, temankan stadi dan menonton televisyen bersama2... hahahaha

10) bulan doblas agak keimanan sedikit sebab rajin join usrah aka winter gathering.. ceewahhhh

11) bulan doblas bleh pakai jaket bulu2.. kulit jadik cantik sbb tak kene matahari, putih semacam jekk... rajin pakai lipgloss dgn losyen sbb nnt bibir merekah kering

dan ada byk lagik faktor menyebabkan saya mencintai bulan doblas.. anda bagaimana???

Thursday, December 9, 2010

orang tua

abah aku da kawen lain.. dgn betina yg bomohkan die dulu.. da 3 bulan die kawen...

lepas tau die kawen lain.. aku rasa mcm nak penampo muka die... seriess.. semlm jumpe die kt ijn pon aku tak salam.. tak pandang muka die langsung.. bile mak aku stat ckp kiter ni jgn nak emosi.. terus aku kasik beg plestik ruti dan berambus dr situ...sambil nangis... aku da tak panggil die abah.. aku panggil org tua...

mak aku tepon, die ckp.. asal kuang ajar sgt.. da tader iman dlm diri tuh.. terus aku off tepon.. org mesti akan ckp, tak patut ko buat mcm tuh.. pape pon die mak ayah ko... tp cuba korg duduk kt tempat aku....just take a bite from my plate and chew it.... sama ada ko bleh telan atau ko ludahkan balik...

sejak tuh... aku tatau apa yg aku makan, aku masuk dlm mulut, kunyah2 dan telan.. rasa tido pon asik mimpi buruk.. kejap nanges, kejap rasa ok.. tapi seriesly aku kesian dgn mak aku... mcm mana aku nak kasik mak aku kuat sedangkan aku pon lemah....