Saturday, May 30, 2009

the journey (adikku yg da membesar)

razi da berumur 12 tahun.. da besar.. tak lama laie nak upsr... dia da pandai melawa.. sikat rambut nak g tuisyen pon memakan masa selamaa... ermm selama mana erkkk... selama aku setat baca fatihah selawat 11 kali ayat kursi dan surah yasin sampai ayat 63.. bacaan dengan kelajuan biasa... tuh pon mujur abah aku kuar dr bilek.. kalo tak sampai putus sikat tuh die duk bersikat semedang

Friday, May 29, 2009

the journey (keliwon)

senja itu, jaja sedang berehat di ruang tamu. adik2 lelakinya iaitu azim alan dan amat semuanya demam.. cuma azim yg terlelap di ruang tamu bersama abahnya manakala yg lain diam di dalam bilik.. emak pula di dalam biliknya manakala razi di dalam bilik mandi..

hujan masih renyai2 diluar.. gelap dan sejuk. jaja tekun membaca novel ps i love you karangan cecilia ahern di hujung sofa apabila azim secara tiba2 terkejut ala2 terlompat. azim menanggalkan cermin matanya ketika tidur dan kelihatan bahagian mata dan bibirnya sangat hitam. ala2 citer twilight tuh. dada jaja sudah berombak kecuakkan..

'azim, ko ok ke?' jaja tanya dan kecuakkan. mata azim melingas memandang ke depan. dia tidak menyahut.. berkali2 jaja bertanyakan soalan yg sama namun azim tetap tidak menyahut dan cuma menggangguk sambil berdengus.. suaranya kasar sekali...

jaja semakin cuak.. terus dia melompat ke blakang kusi abahnya.. abah yg tengah nap itu pon terkejut..

kenapa cik?? tanya abah.

'tatau.. azim tuh pelik.. cuba abah tanya'..

'azim ko ok tak??' tanya abah...

kelihatan warna hitam dr mata azim berkurangan dan bibirnya sudah tidak hitam.. azim lantas meraup mukanya dan menjawab.. takder apa2....

Tuesday, May 26, 2009

manusia...................

jaja termangu di tepi tangga.. sambil otaknya memutarkan apakah jawapan yg perlu dijawab kepada emaknya.. jawapan yg amat susah untuk ditelah dengan pemikiran yg singkat...

'cik, kalau ko sebagai perempuan datang kat lelaki dan cakap kat lelaki tuh yg ko sukakan dia.. pastu lelaki tuh cakap, aku tanak kat ko... ko rasa malu tak??'

otak jaja berputar hebat, mesti laa rasa malu.. kalau ikut adat sebagai manusia. tapi manusia zaman sekarang bukan kira.. kekadang ramai gak yg tak reti bahasa dan tak malu.

'kenapa mak??'.... mak dengan suara gelak hiba mula bercerita...

setahun yg lampau

'kak wan, tuh abang kak pah tuh duda, apa lagi awak jeling2 laaa,' gurau cik yam kepada wan yg baru kehilangan suami. muka kak wan ketika itu berubah habis. gurauan yg tidak menjadi gurauan kepadanya. ketika itu rumah mak pah masih riuh rendah kerana kenduri kawen kak leen, anak mak pah yg sulung.

keesokan harinya. di pejabat felda

'cik man, saya tak boleh tidur malam tadi (sambil tersedu2) kak yam da tahu hubungan kita, adu kak wan kepada cik rahman. cik rahman menjadi terkejut dan panik. HUBUNGAN KITA??

'bila masa saya ada hubungan dgn awak ni wan? yg hari tu kalau awak igt saya nak ngurat awak masa saya suruh awak berhias tu sebab awak tuh ketua wanita felda ni. kenela ceria bla bla bla... '

panjang lebar cik rahman menerangkan keadaan sebenarnya kepada kak wan. namun kak wan masih tersedu lantas terus menerus memaksa cik rahman mengaku yg mereka sedang bercinta.. ruangan pejabat menjadi meriah dan kecoh tetapi mereka tidak mengetahui apa yg terjadi kerana mereka tidak dapat menguping apa yg kak wan dan cik rahman bualkan.

'mcm ni la cik man. saya nak g bersemuka dengan kak yam' kata kak wan sambil tersedu2 (tetibe aku rasa mcm nak ludah kat kak wan ni.. emosi ni)

'yang awak nak libatkan kak yam tuh kenapa?? utk pengetahuan awak, segala yg berlaku kat felda ni, segala sms2 yg saya anto kat bos saya kat org2 kampung ke panggilan telefon ke semua saya tunjuk kat kak yam.. dia tahu segala2nya.. kenapa nak pergi bersemuka dengan die plak?' cik rahman da mula berang.

sepulangnya dari pejabat cik rahman termenung panjang. cik yam menegur kenapa cik rahman termenung panjang. dan dengan segera cik rahman menyuruh cik yam bersiap utk g ngeteh(minum teh kat kedai) kt luar.. sepanjang perjalanan cik rahman menceritakan apa yg berlaku,. sememangnya antara mereka suami isteri tiada sikit pon rahsia. even sms yg diterima yg dihantar dsb. pendek kata kalau nak tahu rahsia apa2, silalah tanya kat cik yam..

tetapi atas desakan anak2 kak wan yg da besar menyuruh kak wan bersemuka dengan cik yam.. (eiiiiii geram2).. di ruang tamu rumah cik rahman mereka bertiga bersemuka. terlalu panjang hujah2 mereka.. antara yg penting,

'cik man ni saya tak hingin laa kak, *die nganjing2kan cik rahman dan ngutuk cik rahman*..
cik yam da mula panas telinga, yer laa org ngejek suami sendiri. padahal pangkat suami tuh yg tertinggi kat felda tuh.. tapi cik yam masih cool dan masih menuturkan ayat2 dengan tenang meskipun tersekat2 kerana sebak sangat org ngata suami sendiri.

'wan, cik rahman ni anaknyer ramai.. tanggungjawab nyer besar, akak da lama idup dengan dia, biler nak kawen nafkah zahir batin memang die tak mampu..'

'wan, saya betul takde perasaan kat awak. memang saya ada sms ada telefon awak tapi awak tuh ketua wanita felda ni. saya pengurus.. mestilah saya kene berhubung. biarlah lepas ni hubungan ni lebih kepada kerja', cik man da ilang arah dah..

cik wan siap sarankan kat cik yam utk membawak cik rahman berubat kt bomoh. apa kejadahnyaaaaaaaaa??????

selepas itu cik wan g sebarkan kat seluruh pertubuhan wanita dan orang2 pegawai felda di seluruh daerah maran ni. mengatakan cik rahman pengurus gatal. die pon tuduh pengurus sebelom cik rahman gatal sebab selalu contact die bla bla bla... org pertubuhan wanita mula berang dan mengutuk2 cik rahman. cik rahman semakin tertekan. pernah dimasukkan ke hospital gara2 serangan jantung. kemudian cik rahman mula bercerita kepada mak saudaranya yg merupakan peneroka felda ini. apa lagi berangla mak saudaranya lantas g serang kak wan yg membawa mulut. barulah berita ini tersebar di dlm pejabat. cik yam yg pada mulanya berdiam diri mula menjawab apabila disoal oleh isteri2 kawan sepejabat suaminya.

kak wan mula berasa gah lantas menyebarkan ura2 nak g menyerang cik yam (btoi ni wehh.. die lak yg melebih2 nak nyerang cik yam).. cik yam mengajak sahabat baiknya mak pah dan makcik as memasak bihun utk dijamu kepada org yg nak menyerangnya. bebebapa orang kuat pertubuhan wanita dan pegawai felda mula memenuhi rumah cik rahman. setelah lama menunggu tetapi kak wan tak muncul tiba. cik rahman mula menerangkan segala2nya kepada org pertubuhan wanita. dan terbongkarlah segalanya.. ramai sahabat baik cik rahman yg mengenali hati budi cik rahman turut membantu membersihkan imej cik rahman dikalangan pegawai2 felda daerah maran.

cik rahman ni memang suka membantu orang. terlalu komited dengan kerja.. ini bukan auta tetapi kalau da sumer org cakap mcm tuh.. ye laa tuh kannn... jadi ada masa dia kelihatan terlalu caring terhadap orang.

setelah setahun....................................

sms cik rahman sampai ke telefon beberapa orang kuat felda termasuk kak wan. namun apa yang diterima?? sms maki hamun anak kak wan yg berusia 15 tahun menyuruh cik rahman berhenti sms emak mereka.. satu keluarga cik rahman yg ketika itu berada dikampung mengutuk anak kak wan yg masih hingusan.. tak sedar nnt ko nak masuk asrama ke uni ke kene mintak sign dengan bapak aku gak.. kata anak2 cik rahman..

namun rentetan kes sms tersebut, kak wan kembali ke pejabat dengan soalan.

'cik man, btoi ke cik man nak minang saya??'

tercengang cik rahman apabila menerima soalan itu.

'ko ni sebenarnya nak kat aku ke??' da beraku kau da cik rahman ni.. die memberang

'nak' tanpa segan silu kak wan mengaku....

cik man menerangkan lagi sekali die tak pernah cakap kat sesapa die nak kat kak wan. die memang takder perasaan langsung2 kat kak wan...

sepulangnya cik rahman ke rumah, skali lagi dia mengajak cik yam keluar.. berderai2 air mata mereka berdua apabila berbincang mengenai hal ini.

'bah, keluarga kita selama ini dah bahagia dah bah. ada anak2 ada cucu... kiter sekarang ni memang setiap anak ada target kiter. saya redha selama ni awak bergaji besar tapi awak tak pernah nak belikan barang kemas ke.. salut dengan harta ke.. sebab saya tahu selama ni awak menanggung adik2 awak. mak awak.. pastu anak kiter 9 orang semua kiter letakkan target kiter.. nak mereka berjaya.. tinggal 3 orang lagi kat sekolah yg kiter nak anto sampai ke unibersiti.. tapi nak tanggung satu keluarga lagi saya yakin awak tak mampu zahir batin..awak dengan sakit awak dengan tekanan kerja awak.. orang selama ni tengok awak gah jadik pengurus gaji beribu2 tapi selama ni org tatau yg kiter kadang2 makan berlauk kicap jek bah sebab nak bela anak2' ...(antara ayat2 yg cik yam luahkan) memang mereka bertangisan bersama...

tapi..................

perempuan itu masih mengacau dan mengancam ketenteraman keluarga mereka... dengar2 kabar berbomoh lak sekarang neh DEMMITTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT

Friday, May 22, 2009

aku dan aktiviti baru

sekarang ni aku ada aktiviti baru... setiap selasa rabu khamis aku akan clubbing dgn makcik2 felda dan budak2 tadika... poco2 bebbbbb.... wakakakakaka adaka mak aku suh aku jadik instruktor poco2... mampos terkehel buku lali makcik2 felda kalo aku yg jadik tukang ngajo... so aku duk antara budak2 tadika dan berjoget lambak.... kakakakaka ni kalo korg bawak aku g nihonkan ni mesti aku akan terre terkepak2 sambil berpoco2... bukan takat poco2... joget lambak arab pon aku sesah... feewiiittt laaa.... tapi malangnya tak kurus2 pong... sebab apa???

sebab kat umah aku ni sehari makan 6 kali.... wakakakakakakak kembang kaki aku duk dapor keje masakkkkkkkkkkkkkkkkkkk ajekkkkk... tapi aku skrg da pandai suai padan lauk pauk... kalo ada sup sayur adalaa sambalnyer... wahahah mcm masuk eskeletor tekan button senirik jek bunyiknyer... tapi lantak laaa...

tak lama laie musim buah... lalalalalalalaaaaa hey kome, buah2an da berbungeeee... moh kiter g petik buah2an.. seronoknyerrrr berjoget lambak aku di bawah pokok buah2an... sampai buah kelapa pon aku sesah... kakakakaka...

semalam malam jemahat... aku g ikot mak abah n adik aku g berurut.. pakcik tukang urut ni tererrr tauuuuu.. tang tulang2 urat2 dsb.. kalo korg ada masalah urat terkehel korg g laa kat felda kota gelanggi 2 carik yg nama pak teh... kemudian tengah2 mak aku kene urut tuh aku dengan macho g tengok citer keliwon... cam siakkk jek tunjuk mayat berbungkus2... pas balik ke umah tuh aku duk merayu2 kat adik2 aku ajak tido skali..kebiasaannya aku mak abah adik tido bergelimpangan kat ruang tamu.. tapi tah kenapa malam tadik mak abah aku tido dlm bilek pastu kunci pintu...maka masalah besar pon bermula... aku tak penah guna jamban lain selain drpd jamban kat bilik mak abah aku... menggelisah aku nak membuang.. kang kalo ditahan kang aku dapat penyakit batu karang pakej dengan sembelit dan buasir....pastu merayu2 dak amat teman g jamban belakang... . kakakakakaaaa pastu masuk bilek taleh lelap siak.... terbayang2 mayat tuh menjeling kt aku...merayu2 kat adik bongsu ajak tido skali kt ruang tamu.. siap bentang tilam... pastu alhamdulillah boleylaa aku tido.. kakakakaka... kesimpulannya : aku nak g buat bantahan kepada media prima supaya menghentikan tayangan cerita keliwon yg menghantui......

Thursday, May 21, 2009

aku yang keliru

aku ada banyak kekeliruan semenjak aku kembali ke tanahair

1) bolehkah krim pencerah shahirah mencerahkan ketiak??

2) bolehkah buah mempelam dijadikkan sambal belacan

3) kenapa apabila aku bersolek org panggil aku puan.. tapi biler muka aku tak selaput bedak org akan tanya, adik ni tingkatan berapa?

4) kenapa org kampung tak kenal aku.. biler da aku perkenalkan diri.. dorg ckp, patut macam muka abahnyer...

5) aku tatau pon yg keliling umah aku ada byk pokok buah.. hari2 aku berbau buah bacang.. tapi tatau dr mana.. rupa2nya dr sebelah kiri rumah aku...

6) kenapa org tak tanya biler aku nak kawen??? sbb aku kat kampung nampak mcm bebudak.. hahahahah selekeh giler babs....

maka itulah kekeliruan yg aku alami... kalian pula bagaimana??

Tuesday, May 19, 2009

update

malas nak taip pepanjang..ni pon curik tulang sepatutnyer g beli ikan.. tp lari g cc kejap..

1) mak sakit sendi...demam da kurang tp kaki bengkak...
2) aku baru pas interbiu dgn panasonic.. 2 jam interbiu beb.. berbintang berbulan kapla haku.. memula dia suh jawab soklan .. die kasik kertas pepanjang.. ada nombor pepanjang.. so dia suh tambah no tersebut dan letak angka sa hasil tambah tuh di antara nombor2... ada 15 line utk satu sessi dan setiap line tuh kene jawab dlm masa seminit... ada 2 sessi so ada 30 line dan mengabiskan masa dalam masa 3o minit.. lantak laa ayat cam haram... see aku da bocorkan stail interbiu dgn panasonic... pastu interbiu cakap2... aku menegaskan aku tanak dan tak suke programing... hahaha lantaklaaa...

3) pergi seminar kerjaya.. jumpe kekasih gelap ku bernama nyelam yg aku kenali da 2 tahun kt room meebo...die jaga booth... g carik keje memusing... jumpe kak uda senior masa sek men ren duluk.. die baru blk ireland.. jumpe kawan die nama siti.. cool giler awek ni... terasa nak jadik kawan baik lak...

4) tamat hari sukan sekolah adik.. sempat bermingle dgn jejaka2 felda.. eventho tak sekacak budak2 oita.. tapi boleh laa layan mata... ada sorg tuh coolio giler stail rambut die... kerinting ala bob marley.. aku rasa aku da tukar taste kepada lelaki berambut kerinting semenjak aku mengenali horikawa aka abang berambut kembang....

5) tgh tunggu canon panggil utk interbiu.. nasib baik aku seopis dgn abang puj dan mas... hikkksss .... yg ni tatau laa bape jam laie den kono interbiu... siap ada nihonggo assesment...

6) harap2 wa dapat interbiu bersama kolej perundangan... hahahah.. cool giler abang yg jaga booth kolej tuh... mcm asben vanidah imran...

7) wa mintak gak jadik cekgu matrik uia... tatau leh dapat ke tak... wa mintak gak jd exec kt sebuah kolej tuh.... hahahahahhaha... weng btoiiii

8) wa menjadik rajin menjawab soalan upsr... best gilerrrr....

ini jek laa update dari wa... nnt pape hal wa update kendian.. rindu beb dgn bdk2 kl10.. agak2 lu org rindukan wa tak??

Monday, May 11, 2009

ibu sakit

mak demam... demam yg panas giler.. kalo letak kupi kt dahi emak mesti bleh mendidih..

mak dimasukkan dalam wad.. sebab da tergolek kat kaki lima spital.. nurse2 spital kerajaan tanya.. kenapa akak baring kt sini. mak aku jawab, dah korg tak kasik akak masuk wad akak baring kat sini. semalaman mak masuk spital. pastu esoknyer dokter soh balik. seriesly mak panas giler... sendi taleh nak gerak.. ala2 cikuniya nyer demam.. tapi dokter kata level die rendah drpd chikuniya so dokter halau balik umah.. nnt elok senirik katanya.. cekedis busuk btoi laa dokter2 ni

pastu masa kitorg nak papah mak g masuk jamban ke bergerak ke.. mak tanak.. die laie rela merangkak masuk jamban daripada kitorg papah... sebab kaki die taleh lurus.. sakit katanya.. abah da serabut da.. pes taim aku tgk abah g tekan air senirik dr peti air mineral.. kalo tak selama ni mak yg sediakan segalanya.. abah cakap ni pes taim mak sakit masuk spital.. selama ni mak masuk spital sbb jaga abah sakit.. atau mak bersalin.. dan skali keguguran.. tapi kali ni mak sakit dan masuk spital.. abah tido kat bawah kaki mak.. sbb duk pepujuk mak g spital.. tp mak tanak... sbb sendi die sakit masa kene papah..

kenapa mak sakit?? asalnya mak mmg selalu sakit lutut.. pastu kawan2 die syorkan satu jamu yg org jengka 16 pakai utk lutut dan elok...mak try skali.. terus deshummmmm.. demam yg sebegitu teruk skali... ini kes kedua.. kes pertama melibatkan abah aku.. die try2 minum teh orang kampung. tak sesuai dengan badan.. terus masuk spital seminggu...

moral of the stori mori... jgn laaa korg sesekali mencuba2 jamu tanpa ujian klinikal yg sahih.... jaga kesihatan korg erhhh...

siannn makkkkkkk

Saturday, May 9, 2009

first impression

satu kelemahan aku adalah gagal memberikan first impression yg bagus utk org yg baru nak kenal aku... yerr itu kelemahan yg aku dapat kesan dr aku berumur 12 tahun...

rata2 org yg baru kenal aku akan cakap aku ni poyo tahpape...
...
kak fuza mesti igt betapa akak bencikan saya masa mula2 jumpa saya....
bal mas mesti igt betapa bisingnyer saya masa mula2 jumpa saya..
dan sebagainya...

tapi da kenal... maka korg kenal laa kan.. ada yg tak senang saya ni terlalu byk ckp.. ada yg tak senang dgn sikap slumber saya..

tapi saya tak boleh memaksa org sukakan saya... nak kawan atau tidak.. terserah anda...

saya adalah saya.. ini saya... dan saya sedang mencuba memperbaiki diri saya.. tapiiii... bak kata britney spears

WHAT YOU SEE IS WHAT YOU GET,
THIS IS ME HYE YOU, IF WANT ME DON'T FORGET
YOU SHOULD TAKE ME AS I AM
CAUSE I CAN PROMISE YOU
BABY WHAT YOU SEE IS WHAT YOU GET...

Thursday, May 7, 2009

gath kt ulu yam??

perghh qiella buat gath kt ulu yam ahad ni... pergghhh gegel lutut aku nak main air.. perghhh perghhh perghhhhh... lalalalaala cemana ni.. cemana nak bitau kat mak abah aku yg aku nak g gath qiella ni... perlukah aku bitau aku tgh tunggu offer dr syarikat yap ah loy??? lalalalalalala

NAK MANDI SUNGAIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII

macam mana nak merawat luka??

heheheh semalam ada org tanya cemana nak merawat luka... hikkss aku ni berpengalaman meladeni hati insan2 yg terluka.. dan aku sendiri da byk kali terluka.. ceewahhh tapi biler aku terluka mesti ada org yg migrain nak rawat aku.. kikikiki...

oklahhh meh saya bitau cemana caranya merawat luka.. spontan terlintas dr kepala.. upss saya tak sentuh dr segi agama kerana mmg kiter tahu selangkah kita mendekati Allah.. seribu rahmat yg Dia kurniakan kepada kita.. so itu sumer kalian da sedia maklum kan..

mari kita bentangkan cemana caranya merawat luka
1) mendekati kaum keluarga.. perbanyakkan aktiviti bersama sepupu sepapat sepipit.. rajin2 laa balik kampung.. kepada yg tader kampung tuh mungkin ini caranya untuk korg balik ke kampung kawan seopis... hikksss...

2) buat ektiviti yg korg suke.. tapi kalo aktiviti tuh selalu korg buat dengan mantan yg tersayang (ceewahh) korg buat aktiviti lain.. mungkin ini masanya korg g kelas menari salsa ke (hihi bal igt tak kelas salsa kiter yg baru setat sekali).. atau korg g blajar main drum.. bleh buat band.. g main paintball ke.. g menara tinjau ulu langat ke (my god aku tingin giler nak g situ) atau apa sahaja aktiviti yg menyihatkan..

3) buat aktiviti kebajikan... haaa korg masuk laa puteri umno pastu berkhidmat ke kampung2 ke.. g masuk kampung org asli ke apa ke.. kan best tuh.. tader laa korg duk igt mantan korg tuh jeks...

4) luaskan pergaulan.. jgn sekat2 kawan tuh.. duk pilih bulu, asal bulu kerinting jek tanak.. choiii btoi taw... kawan jeks ramai2... tayah laa nak pikir kompliketed sangat.. org tuh tak masuk laa org tuh tak itu laa tak ini laa.. kawan sekadar kawan jeks... kalo ada yg bagus bleh dijadikan besfren.. kawan ni bukan takat yg berlawanan jantina.. malah tidak terhad kepada yg tiada jantina...

5) berblog... luahkan segalanya.. jgn pendam2 di dalam hati... korg pasti boleh..

apa2 pon yg korg buat.. merawat hati ni merupakan perkara paling susah.. caranya bergantung kepada kekuatan dan jati diri korg... cuma apa yg aku harapppp sangattttt... walau apa terjadi jgn lari dari landasan Nya.. percaya kepada qada dan qadar.. ada masa kiter akan jatuh tergolek dush dush.. ada masa kiter tegak berdiri berlari mengejar pelangi.. tapi.....
TAPIIII
tapiiiiiiiiiiiiiii

jangan sesekali berseorangan ketika merasa diri tuh emosi sangat........... kerana syaitan mudah berbisik pada hati yang sepi... igt tuhhhhhh

sekian dr dokter cinta... hikksss


Wednesday, May 6, 2009

kenapa kita??

bila aku sedih sbb tak dapat sesuatu... aku selalu.. cheh selalu laa sangatkan...
kadang2 aku terdetik di dalam hati...

jaja, kadang2 apa yg ko nak tuh bukan utk ko.. dan yg ko tanak tuh adalah yg terbaik utk ko.. ko kene igt tuh.. igt igt igt....


DIA yg aturkan semua jalan yg kiter sedang lalui sekarang ini.. seperti yg sesorg cakap kat aku masa aku tgh terkapar lesu di katilnya...

JAJA SERAHKAN SEGALA KEKECEWAAN ITU KEPADA ALLAH...
DIA yg anugerahkan kekecewaan itu kepada kiter dan kiter hendaklah berserah kepada DIA untuk mengubatinya..

kekadang racun kecewa pada hari semalam merupakan madu kebahagiaan di hari ini.. dan jangan nak ditakuti adakah manis atau pahit yg akan kita telan pada hari esok.. kerana hari esok masih ghaib utk kita...

wahai hati yg terluka.. sabar lahh.. tawakkal banyak2 okay...
kenapa kita insan yg diuji dengan kekecewaan??
sebab tidak dibebankan kita dengan bebanan yg kita tak boleh tanggung....
kita boleh sebenarnya..
seperti apa yg oochi sensei cakap.. kekadang kita letakkan limit kebolehan diri kita tuh rendah dari apa yg sebenarnya kita boleh tanggung.. igt tuhhhh igt igt igttttttttt

Tuesday, May 5, 2009

sifat keji manusia

semalam along telefon...dia ajak mengumpat.. ni aku lak ajak korg ngumpat sama dgn aku

along : ko nak tau cik.. mak mertua tiri kiter tgh hantar sesuatu kat asben dgn anak2 kiter.. tuh ko tgk dorg demam tak sudah2.. mmg dr dulu berubat dengan ustad hamid.. die ckp ada bende yg nak mendampingi si zul (anak sulung along) dan mende tuh tgh ngaco que(anak kedua along) plak..
ko bayangkan.. pasal nak rebut tanah dan kereta sanggup dia buat mcm tuh kat budak2 ni.. apa yg budak2 ni tau pasal hidup??

aku : tuh laa pasal.. ko sihirkan laki ko da laaa.. isskkk kejadah laa pompuan ni.. dah tua2 pon nak buat pangai laie.... so apa ikhtiar ko

along : kiter kene baca al mathurat hari2.. sbb tuh boleh lindungi dr sihir segala.... entah laaa.. kiter pun tataulaaa.... sedih tau manusia hati busuk mcm ni skali..

kesimpulannya korg pk laa senirik... ko tau baby que tuh sampai tulang rusuk die tersembul keluar akibat kurus sgt... kejam nyer manusia

Sunday, May 3, 2009

saya ada cerita geli geli
saya ada cerita geli geli
saya ada cerita geli geli
saya ada cerita geli geli
saya ada cerita geli geli
saya ada cerita geli geli
saya ada cerita geli geli
saya ada cerita geli geli

the journey (gath)

mereka bertemu di ruangan chatting. cuma mengetahui id tanpa mengetahui rupa paras secara live... pertemuan di alam maya kadang kala mengundang pelbagai kata2 aneh dr mereka2 yg kurang biasa.. tapi mereka terus menjalinkan silaturrahim bersama2.. dari tahun 2006 jaja bersama2 ruangan chatting itu.. dan kini tibalah masanya untuk mereka bertentang mata..

atas hasil usaha semua chatters klgc10 yg dikepalai oleh gee satu jamuan utk meraikan jaja balik ke melesie diadakan semalam.. chatters dr kl selangor dan ada juga yg rush dr ipoh dan seremban serta pilah datang menyerikan majlis itu.. tak ketinggalan yg menyerikan majlis itu melalui webcam seperti fatt,cik bee, sis act, sis lia, bawang dsb.. ada juga yg balik kampung dan ada juga yg permata hatinya sakit dan tidak dapat menyertainya...

bertemu mereka2 yg menyokong jaja dari jauh buat jaja sangat terharu.. susah payah mereka mengadakan majlis yg dihadiri lebih dr 30 org buat jaja bersyukur sangat kerana bertemu dengan diorg.. hiruk pikuk gelak ketawa menyerikan majlis itu.. dengan makanan yg enak2 disajikan... memang seronok bertemu mereka2...

ada rasa terkilan di hati kerana tidak lama bermesra dgn id pelangirindu aka nurul.. dan rakan2 mereka.. tapi tak apalah.. lain kali kita boleh berjumpa lagi...

kepada semua..iaitu yg sponsor dr jauh.. yg sponsor pastu tak datang.. yg datang dr jauh terkejar2 .. yg terpaksa balik awal sebab jalan jauh... yg bangun lambat dan taleh datang sbb nk tgk naruto.. yg minum kupi 5 gelen sbb nak temankan gee masak kt umah.. yg terpaksa tepon mak mintak permission utk join eventho duk serumah .. yg hadiahkan buku la tahzan.. dr terkejar dr ipoh pastu terus ke bangi pastu gaduh dgn awek sampai pening pale pastu terpaksa balik kampung lak malam tuh.. yg dari seremban pastu tertido sampai kul 6 n sampai bangi kul 10 (majlis dijadualkan berakhir kul 10).. yang datang memasak sehari sebelom dan balik sehari lewat utk mengemas... yg datang hantar jaja pastu g keje balik pastu datang semula.. yg da datang pastu kene balik sbb nak anto anak pastu datang semula ke bangi semata2 nak jumpe jaja.. yang yang yang SEMUAAAANYAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA.. korg mmg rawk.. semoga Allah membalas budi balik kalian.. dan semoga ukhwah kita terjalin selama2nya...

AKU SAYANGGG KORGGGG, bisik hati jaja...