Monday, March 16, 2009

the journey part 10 (kenangan ngilu mencengkam kalbu)

suasana di tokiwa agak lengang pada hari ni.. memang jaja tiada mood langsung untuk bekerja. kenapa mesti aku bekerja pada waktu2 macam ni. rasa ketidakselesaannya dihamburkan kepada kawano san.. kawano san cuma tergelak2 saja mendengar jaja membebel.. mujur la chief cuti arini.. pelanggan pon tak ramai... sedang jaja layan feeling kat cashier teringat pula kisah ngilu yg mencengkam kalbunya..

***********************************
1999 (jaja berumur 16tahun)

"abah tiket balik kt da abes laa kat sini.. cemana ni.. esok nak sekolah," jaja merengek2 kt abahnya sambil berair mata. stesen bas temerloh sudah penuh dengan penumpang2 berpusu2 balik ke destinasinya. rasa geram juga kat abah sebab seawal cuti sudah dikabarkan mengenai tiket pulang.. rasa fobia dipotong merit akibat pulang lewat ke asrama menghantui jaja.. dalam hati sudah ada rasa nak memberontak. abah tenang sahaja sambil berfikir.
"abah naikkan acik sampai ke kuantan dari sana acik beli tiket bas ke kt bleh kan", abah memberi idea yg ala2 kamikaze... jaja cuma mengangguk mengiyakannya. apa lagi pilihan yg ada. malangnya bas ke kuantan pun sudah penuh. jadi abah menaikkan jaja dengan kereta sewa yg mana semua penumpangnya adalah lelaki. jaja amat cuak namun dia berdoa agak tidak diapa2kan oleh mereka.

setibanya di kuantan jaja berlari2 dari satu kaunter ke satu kaunter yg lain. kalau dr kuantan pon tiada tiket bas, jadik homeless laa jaja malam ni.. makkkkk takutnyerrr... nampaknya satu bas masih kosong. tapi bertolak jam 830malam. tiba di kuala terengganu pukul 2 pagi.. makkk aihhh cemana nak masuk ke mengabang telipot nehh.. jaja da gelabah. tanpa berfikir panjang dia terus merembat tiket bas itu memandangkan tiada bas lain yg available..

dari pukul 4 petang jaja termenung di platform. dia tak tahu apa yg harus dia pikirkan sekarang ini.. penat letih dan sebagainya. jaja masuk ke surau dengan niat nak solat dan tidur sekejap..

"adik ni pelajar mrsmkt (maktab rendah sains mara kuala terengganu) ke?" tegur seorang wanita muda bertudung labuh. dia bersama ibunya sedang menyimpan telekung di dalam beg.
"iyer.. mana akak tahu?"jaja terpinga2 lak apabila ditegur oleh wanita itu. rasa was2 pun ada jugak... mana tahu akak ni berniat jahat ke.. huwaa takutnyerrr...
"ini kan uniform mrsmkt", sambil tersenyum akak tuh mula memperkenalkan dirinya. namanya start dgn urup R (radziah or roziah or rashidah tak igt lak).. mengajar di kuala terengganu.
"ni jaja balik kt naik bas pukul berapa?" tanya akak R ini.
"naik bas kul 830 malam.."
"kemudian nk sampai wakaf tengah naik apa? mesti sampai sana pagi kan.." akak R tuh da mula kerisauan.. akak R kalo akak risau saya laie laa risaunyer. jaja cuma mengangkat bahu tanda tidak tahu.
"mcm ni, jaja sampai kt nnt jaja call akak ya.. tidur rumah akak dulu pastu esoknya baru balik mrsm", ujar akak R sambil mencatit no telefon dan namanya disecebis kertas. lantas jaja melipat nak memasukkannya di dalam purse. dalam hati rasa berbelah bahagi kerana risaukan keselamatan diri.. redah aja laa

setiba di KT awal pagi.. beberapa pemandu teksi dtg ke jaja menawarkan perkhidmatan. namun jaja tolak dengan baik dan menelefon akak R.selang beberapa ketika akak R tiba menaiki proton wira bersama2 ibunya. rupanya mereka menunggu ketibaan jaja. antara terharu dengan was was. namun jaja beranikan juga mengikuti 2 wanita yg langsung tidak dikenalinya. setibanya di rumah sis R jaja diberikan sepersalinan dan pergi membersihkan diri. rumah kayu itu kelihatan kemas dan tenang. dan jaja melelapkan matanya.

lenanya diganggu dengan garuan di telapak kaki.
"jaja bangun, da subuh," halus dan perlahan suara akak R mengejutkan jaja sambil menggaru tapak kaki jaja dengan perlahan. kalau ikutkan penat tader nyer jaja nak bangun.. tapi ini rumah org. sarapan pagi bersama akak R dan ibunya.
"nanti akak bawak jaja g umah abang akak.. abang akak mengajar kat mrsm kota putra kat besut nun. die ngajar kat sana. nnt boleh dia hantar jaja sampai mrsm". jaja cuma mengangguk sambil mengucapkan terima kasih.. gugup juga nak berkomunikasi..

sambil bersalam dan mengucapkan terima kasih kat mak akak R jaja dibawa ke rumah abang akak R.. dan seawal pagi mereka bertolak menuju ke destinasi.

setibanya di lobby sekolah beberapa org cikgu tercegat sambil berbual2.. abang kpd akak R (cekgu M laa kununnyer) memberhentikan kereta dan menyapa cikgu2 mrsmkt. mereka kan rakan setugas. jaja mengucapkan terima kasih dan membimbit beg nya pulang ke asrama. hari ni tak g sekolah lahh...

rentetan kisah ini cikgu memberikan kelonggaran kepada pelajar2 yg tinggal jauh2 utk pulang lewat sedikit sekiranya tiada tiket bas drpd balik tengah2 malam dan tiada jaminan keselamatan..

kepada akak R dan keluarga, semoga Allah membalas jasa baik kalian menyelamatkan jaja pada hari tersebut.

***********************************************************
1999

cuti semester sudah datang.. dan seperti kebiasaannya ayam daging MARA (merujuk kpd student mrsm) diberikan tiket bas pulang ke destinasi masing2 secara percuma.. jaja memilih destinasi ke kl tetapi di tengah jalan(di simpang kampung awah) nnt dia akan turun dan abahnya akan menunggu di situ. so mcm memudahkan perjalanan. petang tadi separuh daripada student dari kelantan sudah pulang. 14 buah bas ditempah khas untuk mereka.. student2 selatan tanahair dan kuantan akan pulang sendiri di stesen bas manakala yg menuju ke kl pula bas akan masuk ke kawasan sekolah menjemput mereka dan akan mengambil penumpang lain di stesen bas.. manja takk??? maka jaja pon mengambil keputusan utk amek tiket ke kl dan turun di tengah jalan kerana bas itu tak berhenti di temerloh. dengan abah sudah dikhabarkan yg dia akan tiba dalam pukul 3 pagi. abah pon sudah berjanji akan menunggu disana.. rasa gelisah juga kerana sejak akhir2 kisah rogol dan bunuh semakin berleluasa di tanah malaya

perjalanan menjadi lancar. kepada pemandu bas berkali2 diingatkan agar berhenti di simpang kampung awah..

setibanya di destinasi.... aikkk abah mana??? dah laa ketika ini tiada perkhidmatan telefon bimbit. telefon rumah didail dan mak mengangkatnya dengan suara nyok nyek.. ya Allah abah tak datang lagi.. jaja da gelabah.. namun dia berdoa banyak2 agar tiada apa yg berlaku.. dibimbitnya beg pakaian menuju ke stesen bas yg terletak kira 500 meter dr tempat telefon. duduk di stesen bas sorg2.. kawasan itu senyap sunyi.. tiada kedai beroperasi dan tiada kereta yg lalu.. jaja duduk tegak di stesen bas.. dah laa dia memakai tudung kaler putih.. takut hantu dan takutkan penjahat.. dlm hati mulut terus2 berdoa agar abah cepat sampai.. namun dari jengka 16 menuju ke kampung awah mengambil masa 45 minit plus nak siap2 plus nak kejutkan abah bangun.. ya Allah bantulah hamba MU ini.
sebuah kereta lalu.. pada mulanya dia slow jeks.. tapi bila melepasi jaja terus kereta tuh pecut laju giler... mesti dia ingat jaja ni hantu.. owh org kampung.. kalau dulu korg ada dgr citer hantu tudung putih di stesen bas simpang kampung awah ketahuilah bahawasanya org itu adalah jaja..sebuah lagi kereta lalu.. dan kereta itu pun memecut dengan laju apabila melepasi jaja... ketika itu jaja duduk seperti org tengah bertapa dengan tangan lurus di lutut... hikkss...

sebuah kereta lalu dan berhenti..ada sorg lelaki berseluar pendek menegur jaja
"adik buat apa sorg2 ni.. meh naik saya hantar.. bahaya ni dik". bersungguh2 org itu menawarkan bantuan.
"takper pakcik.. abah saya ada kt dpn tuh isi minyak. takper2.." jaja bersungguh2 menolak pelawaan pakcik tuh.. dia buat muka konfiden giler tanpa rasa takut..
"awok ni berani sgt duk kat sini.. meh saya anto.. umah kat ne... tak pun awok g nunggu kat dpn balai polis tuh... " kata brader tuh lagi...
"takper2 saya okeh... takper pakcik".. jaja menarik napas lega bila brader tuh turunkan handbrek..
"jangan lupa g tunggu dpn balai polis sana...anak sapa laa yg duk tinggal sorg2 ni" brader tuh membebel2 sambil menekan minyak.. anehnya dia buat u turn plak.. ya Allah mujur laa jaja tak ikut die pegi.. kalo tak apa yg dia nak buat agaknya.. tapi jaja terpk gak.. ntah2 brader ni pon takut gak dengan jaja... saje jek die nak test agaknyer...
ya Allah lamanya abah nak sampai.. jaja da makin takut.. suasana semakin suram..dan menakutkan...

ada kereta nak lalu lagi... tetiba debomm tayar van putih itu meletup tidak jauh dr perhentian bas itu.. satu keluarga baru pulang.. anak2 lelaki dan suaminya memeriksa tayar kereta manakala ibu dan nenek dia mendekati jaja sambil berbual2.. sesungguhnya takdir Allah itu amat besar hikmahnya.. tidak lama kemudian abah jaja tiba dan membantu anak lelaki org tuh menukar tayar van.. saling mengucapkan terima kasih mereka berpisah..

"haa ajar da balik.. biler die sampai" jaja terdengar sayup2 suara makcik dah (jiran sebelah umah)..makcik dah ni..taim aku tengah tido laa die datang... jaja berpura2 tidor sambil tak dgr apa2..
"ya Allah dah... akak memang bersyukur laa tader apa2 yg jadik kat die dah.. die tunggu sorg2 jeks.. mujur ada van tayar pecah dekat2 dengan dia...kalo tak tatau laa apa jadik dah... seriau akak... nak nangis pon ada" balas mak..
hik hik hik..mak risau rupenyer... hik hikkk
************************************************

alhamdulillah.. jaja pon ada semangat survivor.. dan sesungguhnya.. keberkatan ayatul kursi itu tidak dapat dinafikan lagi.. alhamdulillahhh

No comments: