Monday, February 27, 2012

A Trip to Remember ( memburu Sunrise)

Acara di Dieng bermula seawal jam 430AM, sudah subuh pon disini. Pak Tambah datang mengetuk pintu menandakan mereka sudah bersedia untuk berangkat. bersama2 3 buah kenderaan tour dan anak2 kuliah yg bermotosikal kami bersama2 menuju ke kaki Kunir. perjalanan Terlalu mencabar kerana jalannya sangat2 sempit. namun menurut Pak Tambah, meskipun jalannya sempit tidak ada berlaku selisih kenderaan kerana kenderaan pagi hanyalah untuk mereka2 yg memburu sunrise.

================SEDIKIT INFO PASAL DIENG (yg saya igt)======
1) terhasil drpd letusan gunung berapi
2) kaya dengan hasil tanaman kentang
3) Dieng Plateu ( bumi dewa dewi)
4) anak2 berambut bercantum ala2 org raggae tp secara semulajadi. anak2 yg berambut spt ini dikatakan membawa tuah/sial, dipotong pada usia yg sesuai dan dihadiahkan anak2 itu dengan hadiah yg mereka mahu
5) bulan 7 dan 8 suhu mencapai -2 darjah selsius menyamai musim sejuk di europe.
6) Kegiatan gunung berapi dipantau rapi kerana terjadi aktiviti gunung berapi yg da lama tak aktif selepas letusan di Merapi.
7) terdapat candi tertua di namakan sempena dewa hindu.
==============================================

kami berkumpu di kaki bukit dan memulakan pendakian selama 15 minit (bagi mereka yg tidak semput). saya beruntung kerana ahli2 pemburu sunrise tidak mengetahui apa itu FitnessFirst. sekiranya mereka tahu, pasti saya malu kerana sayalah insan2 yg semput dan terpaksa ditolak ke atas..(pekup muka), trek licin dan berbatu dan adakalanya curam..akhirnya saya bersyukur kerana penat lelah memanjat bukit berbaloi2 dengan panorama yg saya nikmati.


ini gambar pertama yg saya snap sesampainya di look out point di Kunir. Pemandangan matahari terbit di sini adalah sangat berbeza. pada awalnya langit ketika sunrise adalah sama seperti yg saya tgk di Broga

ketika mentari muncul, dengan kekuasaan Allah swt, kabus tebal menyelubungi gunung Sindoro di belakang tadi ( di gambar atas)

kabus tebal da menutupi seluruh Gunung Sindoro yg indah tadi.. kelihatan anak2 kuliah di universitas di jakarta, bandung dan jogja berkhemah di atas Kunir untuk memburu sunrise. enjoy skali mereka

ketika ini matahari sudah mula memancar,namun Gunung Sindora masih diselubungi kabus tebal...gambar lebih cantik akan diupload di facebook.

matahari sudah memercikkan sinarnya.. dan kabus2 tadi seperti dihambat pergi... cantik sgtttttt subhanallah.

saya berlatar belakangkan bukit pakuwojo... pakuwojo ini dimiliki oleh beberapa kabupaten (Negeri)... kegiatan pertanian giat dijalankan di sekitar kawasan ini.. (dan saya nampak susut sikit selepas mendaki bukit)

si gadis student Uni di Jogja.. UIY tak silap...

menuruni bukit sambil mengusha kentang2 petani... sesampainya di bawah kami disambut oleh kakak yg menjual kuih ala2 kuih dangai yg sgtttt enak...


No comments: