Thursday, April 5, 2012

redang owh redang

halluuuuu.. bertemu lagi kita dlm edisi jalan2 yerp.. memandangkan edisi ke jogja saya malas nak sambung, jadi saya sambung terus kepada edisi jalan2 ke redang pula...

idea ke redang ini dicetuskan oleh saya dan eri... eri telah ke redang suatu masa dahulu dan mengusulkan untuk mengambil pakej yg ditawarkan oleh Redang Mutiara Beach Resort. Pakej 'Early Bird' ini mencakupi percutian 3D2N/pax, termasuk transfer bot dr jeti Merang, bilek chalet, makan 4kali sehari, BBQ di malam akhir, 3 kali snorkeling.

setelah beberapa kali diskusi, eri pon membuat book melalui :https://www.facebook.com/#!/redangmutiara
nak senang dan cepat sila emel je kt tokey nyer iaitu:khairul_azizie@yahoo.com

--------------------------------------------------------------------------------------------

setelah melalui suka duka quarter end sepanjang March ini, tibalah saat yg dinanti2kan... yeahhh hari khamis indah nian (29hb 3 2012).. saya dan lina menamatkan tugasan kitorg agak lewat.. sesambil itu che yus dgn ecah pegi memberi makan kucing mereka di kelana jaya.. eri? owhh sedih sgt sbb eri terpaksa stayback melangsaikan sisa2 quarter end dan tidak dpt menjoin kitorg..sobs sobss...

kami berkampung di rumah che yus, mandi2 dan berehat seketika sementara ibu bapa che yus blk dr projek jalan2 carik makan...kami memulakan perjalanan pada jam 11 malam.. berhenti sebentar di petronas karak... kemudian berhenti lagi di RnR Gambang.. pastu berhenti lg kt ne eh,, marang kut...

kami sampai bandar KT pada kira kira jam 6:00 pagi, ditemani maps dr GaNote dan ingatan tulus ikhlas saya terhadap bandar KT, alhamdulillah kami selamat sampai ke jeti Merang (itu pon cuma skali sahaja tersalah jalan)pada jam 6:30pagi...
sarapan pagi di satu2nya kedai makan di situ.. kami makan nasi dagang, nasi dagang itu nampak dan rasanya sgt enak.. cuma lagi kami masih kemamaian dan jetlag.. jadi kami makan tak habis... transfer boat akan bertolak pada jam 930 pagi dan kami menghabiskan masa dengan tidur di dlm kereta.. jam 9 pagi, kami berkemas2 menuju tempat bot untuk redang mutiara yg terletak di hujungggg skali.. kedai2 cenderahati sudah dibuka pada waktu ini.. kelihatan penyu2 bergantungan ceria di kedai2 terbabit..

di jeti terdapat beberapa org pelancong menunggu ketibaan bot.. sementara itu wakil dr pihak resort sudah memanggil untuk daftar masuk.. saya teruja sekali kerana sudah lama tidak naik bot.. perjalanan mengambil masa kira2 45minit.. ombak masih kuat dan kami seolah2 menaiki roller coster. alhamdulillah saya masih tidak mabuk..

ini adalah pemandangan resort dr laut... saya sgt teruja tgk airnyer yg biru... yerpp maybe ada tempat lain yg lebih mengancam, lebih crystal clear.. tp saya da berpuas ati dgn yg ini..sukeeeee sgttt... terasa hilang beban di hati ini melihat kebiruan air laut.. tak sabar rasanya nak berendam di dlmnya
kami dapat chalet yg bukak2 pintu terus nampak laut.. ni plak pemandangan dr dpn chalet kitorg... sesampai di chalet, kami kemas2 pakaian dan bummm tido... sayang sikit sbb siang2 ekon die mcm tak berfungsi sgt.. agak panas.. tp kami sedap je tido.. che yus lagi sedap.. dpt cop hammock dan tido di atasnya... fhuhhhh angin menderu2 yg mendamaikan... pada jam 12:45 tengahari kami pergi ke dewan makan... lauknya agak simple, tapi tah suasana yg permai membuatkan selera makan bertambah.. tapi air orennyer agak manissss.. hi hi hi

selesai makan kami ke tempat menyewa peralatan snorkeling dan meminta tuala.. peralatan snorkeling ini tidak termasuk di dlm pakej dan pada jam 2:45 tengahari kami bertolak menuju port snorkeling..
habis snorkeling, kami dibawa melihat penyu2.. sayang skali saya rabun.. tak nampak penyu dgn jelas, blk ke chalet dan minum petang dan seterusnya main ombakkkkkk...da mcm budak2 haa main ombak.. main pasir.. mandi dan makan malam... selesai makan malam sessi borak2 bersama pengunjung2 yg lain... personally saya suka tempat ni sbb tak sakit mata tgk org terkinja sana sini.. ada sesetengah resort menyediakan club untuk berhibur.. tp pada saya tak perlu... sbb saya mencari tempat yg berehat.. bukan berhibur...
ikan2 berenang makan roti...ni waktu snorkeling last... owh ikan2 yg comel...
hari ahad dengan berat hati kami packing dan bersiap sedia untuk check out.. terasa sebuuu je hati ni sbb kami akan kembali ke dunia realiti... kembali mengejar PO, process DAF, CRM dsb.... owhhh >_<
perjalanan pulang diakhiri dengan tragedi yg mana WUK saya dihentam dr belakang.. owhhh, pertama kali eksiden gitu...terkejut sedikit.. namun alhamdulillah kami semua selamat... WUk akan masuk ke bengkel sabtu ini
selamat tinggal redang... terima kasih di atas segala kenangan...yg indah tetap terlipat di dalam kenangan......





No comments: