Sunday, May 27, 2012

resepi kek gula hangus

helloooo assalamualaikum....

sekarang ni saya dengan gembiranya menceritakan yg sayaa da bley buat kek gula hangus... kek kesukaan sayaaaa..... setelah 3 kali percubaan, dan kajian2 di internet mahupun berguru kepalang ajar dengan along saya...

resepi ini yg saya paparkan adalah untuk loyang bersaiz besar.. sekiranya kamu mempunyai loyang kecil, maka sukatan ini perlulah dibahagi dua...


sukat 2cup gula.. kalo anda tader penyukat mcm ni, sila pakai cawan yg sama untuk setiap sukatan

kemudian sukat pula 2 cawan air suam.. letak dlm 1suku air panas dan selebihnya air sejuk

masukkan gula dalam periuk dan didihkan di atas api yg kecil....setelah gula menjadi hangus masukkan air suam dengan perlahan2... jgn terkejut kerana ia akan berbunyi meletup2.. sila jaga keselamatan anda semasa mencurah air di daun keladi.. ehh di dlm periuk ini.. setelah itu masukkan sesudu butter/marjerin dan terus mengacau sehingga butter/marjerin  cair sepenuhnya.. kemudian tutup api dan biarkan sejuk...

sukat pula satu suku cup susu sejat dan ketepikan

di bekas lain, sukat 2 cup tepung gandum, sesudu teh penuh soda bikarbonat dan baking powder sesuka rasa, ayak dengan teliti

kalau untuk loyang kecil pecahkan 3 biji telur, namun kalo pakai loyang besar mcm tak logik je pakai 6bijik telur.. so saya letak 5 bijik telur shj... jimat telur kekdahnyer


pukul telur sehingga kembang setaman. kemudian masukkan susu sejat dan pukul sampai terpatah tgn.. heheh bukan laaa.. sampai sekata sebati... selepas itu masukkan tepung yg telah diayak dan pukul lagi kekuat (jahat tepung ni sampai kene pukul).. agak2 da seia sekata schawal... kiter masukkan adunan gula hangus tadi

kacau adunan sambil humming lagu i love u like a love song babyyy... pastu peram adunan dlm peti ais selama minimum sejam.. ehh lupa, ketika ini tekstur adunan adalah sgt cair, jadi jgn risau yerp adunan anda cair...
dlm 15 minit seblum sejam tu kalian panaskan laaa oven selama saploh minit ke... lagi 2 minit tu korg griskan loyang dgn marjerin utk memudahkan ia dipotong kelak, lagi 3 minit tu sila basuh perkakas yg telah digunakan... pastu curah adunan dlm loyang dan bakar dlm suhu 180 darjah selsius dan sampai masak.. klo suke rentung2 sila lah bakar sampai rentung...

hehehhehe silalah mencoba resepi ini kalo rajin.... sebarang komen tidak akan dilayan.. hahah zassss

3 comments:

Faisal Admar said...

My favorite :)

hdsykn said...

Salam, nak tanya, kalau kukus boleh x guna resipi ni? tak pandai la guna oven kat umah ni sbb dia microwave oven huuu.

and awk perap dalam peti sejuk, pastu kuar kan, dia still cair ke dah likat sikit?

sorry byk tanye.. :P

cikhajar said...

faisal : my fav oso.. hi hi hi

hdsykn : saya masuk dlm peti sejuk kuarkan die mcm likat sikit.. tp still cair... tak reti yg kukus nyer.. alaa cuba je pakai oven tu.. mana tau hasilnye meletop2...