Tuesday, July 19, 2011

wanita dan tekanan (dari kanta sentuh seorang tomboi)

entry tergantung yg terlupa nak publish
=================================================================

baru2 ini dikhabarkan wanita malaysia menduduki tangga ke 16 menghadapi tekanan.. satu pencapaian yg membanggakan untuk klinik2 kaunseling dan psikologi kerana mereka akan mengutip keuntungan yg besar di sebalik fenomena ini...namun di dalam hati ini mesti tertanya2.. apakah yg membuatkan wanita2 di malaysia ini tertekan...

saya telah memerhatikan sekeliling dan sedikit sebanyak mengenalpasti punca wanita tertekan.. mari kita semak...

1) tertekan sbb trafik jam..( ni tak kire lelaki ke perempuan mesti tension) tapi saya aneh kenapa perempuan kan.. kalo ada kereta nak tumpang masuk kt depan sokmo tanak kasik.. saya pernah lihat sebuah volvo baru yg dipandu oleh perempuan bertudung sampai terjongket2 menekan brek kerana tanak kasik kerete depan saya mencelah masuk di depannya di dlm kesesakan jalanraya.. just take it easy ladies.. enjoy the trafick jam.

2) mak saya selalu tension kalau ayah saya tidak mengejar trafik light yg hijau.. tidakkah wanita2 sedar bahawasanya perkara mengejar trafik light adalah akan memudaratkan kita.. lainlaa kalau trafik light tu ada kira saat mcm kt daerah maran.. senang nak bajet...

3)masalah rumahtangga.. tu mmg taleh nak elak laa.. sapa2 yg pasangannya curang tak kira lelaki mahupun wanita.. mmg komfom tertekan habis.. tapi masalah percintaan ini adalah bila bertepuk sebelah tangan, wanita2 cenderung untuk merasa tertekan dan rendah diri apabila cinta mereka ditolak oleh sang arjuna.. lek laa weii.. take it easy lagi skali... muslima.net kan ada..register sajorkkk... lelaki2 di dunia yg fana ini adalah ramai yer..

4)masalah keje...
wahahaha keje byk tension, tader keje tension, keje sikit tension, keje susah tension, keje senang pon tension.. kenapa ni kaum wanita??? keje korg akan jadik mudah sekiranya korg berhenti mengeluh.. dan berhenti makan kerepek ketika bekerja.. kih kih kih

5) masalah kitaran idup
yg bujang sibuk ty bile nak kawen, yg da kawen sibuk ditanya bila nak anak, da anak satu sibuk tanya bila nak tambah lagik, bile anak da sekolah sibuk ty dpt no berapa, anak masuk uni sibuk ty bile abes blajo, anak da keje sibuk ditanya bila nak bermenantu, biler da menantu sibuk ditanya bile nak cucu... pastu da tua sibuk ditanya bila nak mati.. haishh tidak2...haa mcm tu laa kitaran idup org pompuan... tak ke stress itu??kesian kan wanita?

6) harga barang/perkhidmatan melambung
ni satu punca wanita pening... harga barang melambung tinggi.. bukan itu saja.. harga massage di spa mahupun di kak yah rumah urut pon da melambung.. yuran tadika anak2 pon mahal.. blom lagi mencakupi menicure pedicure bagai... lom lagi binatang2 ternakan punyer budget.. aiyooooo mau tension wooo

7) saiz dan rupa paras
ini adalah faktor kepada tekanan tertinggi pada kaum wanita... saya sangat pelik dengan wanita yg kurus dan sibuk mencanangkan mereka adalah gemok.. dan perempuan yg berkulit kuning langsat sibuk memberitahu teman2 yg kulit mereka hitam..wanita muka berjerawat dan bersopak sibuk menceritakan yang mereka adalah cantik dan hot... dan ini menambahkan tekanan kepada wanita2 terbabit malah wanita2 yg mendengar turut tertekan kerana tak dapat melempang wanita2 terbabit... hishhh kompliketed..

jadi setakat ini sahaja pemantauan saya terhadap tekanan terhadap kaum wanita.. sekiranya ada.. saya akan tambah lagi


2 comments:

Anonymous said...

ja,
masalah kitaran hidup plg nyampah nak dgr kot.
mcmlaaa die sapot kite hidup-kalaula yg tanye tu org yg same.


tp betulla,take it easy w/pun easier said than done =)

-ain-

cikhajar said...

yeps2... yg penting sabar... jgn amek endah sgt apa yg org keliling ckp.... justt take it easyyy