Monday, August 1, 2011

kenangan dengan abah

seperti yg semua sedia maklum, abah da pergi meninggalkan kami semua pada isnin 25july 2011 jam 3:45 petang.. terasa nak coret2 sedikit pasal ini untuk kenangan di masa akan dtg.

pada hari ahad, mak balik kampung untuk menguruskan hal perpindahan kami ke jementah.. surat pertukaran abah ke pejabat wilayah segamat berkuatkuasa 1 august da keluar.. so nak tak nak mmg kene pindah. saya plak waktu tu berkemas2 di rumah sebelum pergi hospital untuk menjenguk abah.. pada jam 4:30 saya menerima panggilan telefon dr pihak hospital memaklumkan yg abah adalah tenat. tekanan darah abah turun mendadak.. saya menjadi tidak keruan, lantas menelefon mak saudara di ampang untuk menemani abah...

saya memandu dengan laju sekali sambil menelefon emak adik beradik dan saudara mara memaklumkan perkara ini kepada mereka.. saya sgt cemas dan setibanya di hospital saya terus meluru ke icu.. nurse sudah memasang kaset yasin di telinga abah, saya terus memegang tangan abah dan berbisik kepada beliau... abah kiter dtg ni... tekanan darah abah sangat rendahhh.. terlalu rendah.kelihatan mak saudara pon sudah tiba dan menemani saya. nurse menasihati kami untuk membisikkan ayat2 suci alquran dan mengajar abah mengucap.. saya membaca yasin sambil mata memerhatikan tekanan darah abah.. memang sangat rendah sekitar 60/44(lebih kurang).. saya menelefon emak dan meletakkan telefon itu di sebelah telinga abah supaya abah dpt dengar suara emak.. hati ini sangat cemas.. saya tak tahu apa yg perlu saya fikirkan.. cuma saya bisikkan kata2 terima kasih untuk abah kerana menjaga kami selama ini...abah jangan risau, kami akan jaga mak, jaga atuk dan sebagainya.. air mata menitik sedikit dr kelupak mata abah..

jam 9 malam lebih emak sampai.. terus emak menerpa kepada abah dan mencium beliau.. kami membacakan yasin dan berbual2 seolah2 abah tgh minum kopi disebelah kami.. kedatangan emak menaikkan kembali tekanan darah abah kepada paras yg lebih baik.. kami berasa lega dan meninggalkan abah untuk jagaan nurse pada jam 12 tengah malam..

pagi menjelma..saya dan emak masuk ke bilik menjenguk abah... tekanan darah abah kembali perlahan.. kami membacakan abah yasin dan al mathurat.. saya bersiapkan diri untuk ke tempat kerja.. pada jam 11 saya menerima email di facebook dari rakan angah yg menyuruh saya menelefon mereka.. owh rupa2nya dua2 telefon saya dihujani dengan panggilan dan sms dr emak, alan dan angah.. saya terus menelefon alan.. alan memberitahu yg abah sangat2 tenat.. tanpa berlengah lagi saya terus bergegas menuju ampang puteri.. saya disambut dengan wajah sayu emak yg mengatakan doktor memberikan masa 3 jam lagi untuk melihat perubahan abah setelah mereka memberikan ubat dalam dos yg sangat tinggi..kami terus menerus membacakan ayat2 suci al quran sambil emak membisikkan kalimah shahadah ke telinga abah.. perut yg lapar tak kami endahkan.. nafas abah semakin tidak menentu.. tekanan darah jatuh lagi menjadi sekitar 40++..saya menjadi sangat sedih.. terlalu sedih sbb memikirkan masa untuk berpisah semakin hampir.. pengurus2 felda yg datang bermesyuarat di HQ datang membanjiri ruangan hospital untuk menziarahi abah.. panggilan telefon kedengaran di sana sini, saudara mara bertanyakan perihal abah..

jam 3 ptg doktor fikri masuk bertanya sama ada kami nak buat bedah siasat atau tidak.. kami menolak prosedur itu kerana ia akan menyakiti abah.. lagipun bukan abah kene bunuh ke...kami terus menemani abah dengan mengajarnya menyebut Allah.. linangan air mata tidak berhenti di pipi.. kami redha dengan pemergian abah, namun rasa sedih itu terlalu menghiris hati..tidak lama kemudian ubat yg membantu mengepam jantung sudah habis... nurse bertanya sama ada kami nak menambah ubat atau tidak, dan kami menolak.. untuk masa ni ubat2 yg diberi sudah tidak berguna lagi.. tidak lama kemudian satu demi satu ubat sudah habis... nurse masuk ke bilik itu dan bertanyakan kepada kami sama ada kami sudah bersedia atau tidak.. mak berkata, ya da sedia... nurse mula menutup mesin bantuan pernafasan yang di pakai oleh abah.. air mata kami berlinangan dan kakak sudah menangis tersedu2.. emak berterusan mengajar abah menyebut nama Allah dengan air mata yg sangat2 laju dan tersedu,, dan tiba2 mak berkata,"ila, kau dengar tak abah sebut Allah.. dengar kan.. mak dengar abah sebut Allah". angah menganggukkan kepala.. saya menarik kakak dalam pelukan.. abah tidak terus menghembuskan nafasnya yg terakhir.. namun dalam masa tak sampai 3 minit semua garis2 ni monitor sudah menjadi lurus.. mak sudah meraung menggoncang badan abah.. kami semua sudah bertangisan.. saya mendail no telefon pak cu dan memberitahu pemergian abah..

nurse meminta kami keluar sebentar sementara mereka mahu mengemaskan abah.. ruangan lobi semakin dipenuhi dengan saudara mara dan pegawai2 felda yang lain..saya memberitahu berita sedih ini kepada rakan2 pejabat yang lain.. dan menelefon teman sekolah rendah saya untuk memaklumkan hal ini.. mak bertangisan di luar lobi.. beberapa orang teman abah mula membuka surah yasin untuk disedekahkan kepada abah.. kan tidak berapa lama kemudian rakan2 sepejabat tiba dan menenangkan saya.. saya seperti tidak percaya.. abah da takda... abah da takda.. dan ayat itu berpinar2 bermain di dalam kepala saya..

nurse kembali memanggil kami untuk melihat abah.. sekali lagi mak hilang kawalan lantas menggoncang badan abah dengan kuat dan meraung.. saya dan makcik menarik emak ke belakang.. kesian abah digoncang dgn sebegitu kuat.. muka abah senyummmmmmm sahaja.. kelihatan sgt tenang... kami mencium abah... dan kelihatan mak tiri pon cium abah sambil mengesat2 air mata.. beberapa org pegawai felda berpangkat tinggi datang berjumpa doktor dan mendengar keterangan mengenai abah melalui doktor... saya menemani abah sambil membaca yasin.. satu demi satu kumpulan pegawai felda datang memberikan penghormatan terakhir buat abah... seorang pegawai felda bahagian kebajikan sibuk ke hulu ke hilir membuat panggilan telefon.. owh rupa2nya beliau menelefon van jenazah untuk membawa abah kembali ke kampung halaman buat selamanya..

saya menguruskan hal2 borang2 untuk membawa abah keluar dari hospital..dan alhamdulillah segara urusan dipermudahkan.. pada jam 530 ptg jenazah abah dengan diiringi oleh emak dan afiq dan kakak bertolak menuju ke felda tenang....

(bersambung)


2 comments:

sriqa_bbb said...

takziah diucapkan..semoga Allahyarham tergolong bersama2 dgn org2 yg beriman..amin

Balqis said...

kak jaja..pilunye hati baca..

Semoga akak lebih tabah menghadapi hari2 mendatang tanpa arwah..

Lots of hugs,

Balqis