Monday, August 8, 2011

kenangan kami dan abah -2-

saya menunggu adik2 lelaki yang lain untuk tiba di ampang puteri dan ditemani oleh ibu saudara dan saudara2 yang lain. saya dan adik2 sudah agak tenang dan mampu tersenyum. kami minum petang(sarap pagi+lunch+minum petang) di old town white coffee depan hospital. angah dan along sekeluarga sudah berada di rumah mak milah untuk bersiap dan mandi2..

tidak lama kemudian adik2 lelaki tiba di old town, air muka adik sangat sedih namun dia melindunginya kerana tidak mahu diusik oleh abang2nya.. amat bercerita yang adik menangis di dalam bas ketika emak menelefonnya memberitahu pemergian abah tadi.. mereka tidak sempat bersama2 abah di saat2 akhir abah.. azim dan amat kelihatan tenang sekali..

kami berehat2 di rumah mak milah sementara menunggu keadaan trafik lega di kawasan2 ampang..selesai solat maghrib kami memulakan perjalanan pulang ke kampung.. saya bersama2 azim, amat dan adik menggunakan max highway dan kemudiannya sesat di putrajaya.. alhamdulillah kami berjaya mengatasi kesesatan ini dan kembali ke lebuhraya plus.. saya memandu dengan kelajuan sederhana.. sambil kami berbual mengenai azim yang baru putus cinta dgn amalina... dan tajuk utama adalah mengenai abah yg kami sayangi... ada masa kami ketawa mengenangkan kenangan lucu kami dan abah.. dan ada kalanya kami terdiam bila sebak menguasai diri..

kami berhenti makan di RnR seremban kerana adik sudah lapar.. mak menelefon kami dan memaklumkan di rumah atuk sudah selesai tahlil malam pertama.. mak juga bertanyakan mengenai adik sama ada dia makan atau tak( padahal da makan 2 pinggan dah)... bertolak keluar dr RnR seremban, saya bagaikan hilang kawalan dan tersedu menangis sampai tidak nampak jalan hadapan...kemudian, saya bagai menyedut rasa sedih itu ke sudut paling dalam di hati ini dan menjadi tenang secara serta merta.. saya kembali mengawal stering dgn baik dan berdoa, ya Allah, lindungi perjalanan kami.. dan selamatkan perjalanan abah seterusnya.. kami(kecuali adik yg da tido berdengkur) terus menerus bercerita mengenai abah...kami semua rinduuuuu sgt kt abah.. amat dan azim mengatakan mereka sangat sedih namun tak boleh menangis.. tak terkeluar air mata.. statement itu mereka ulang berkali2.. namun saya dpt menangkap yang mereka sebenarnya terlalu sedih dengan pemergian abah..

setiba di jasin, along menelefon kami dan memberitahu mereka berada di ayer keroh, dan akan menunggu di tangkak.. kami meneruskan perjalanan dengan berkonvoi sehingga tiba di felda tenang, labis... ketibaan kami disambut oleh saudara mara yang datang memeluk kami.. kami mencium atuk yg kelihatan sangat tenang menyambut 'kepulangan' anak sulungnya.. kelihatan kakak sedang terbaring di sisi abah, emak sedang duduk menunggu abah dan afiq sedang membaca yasin..emak menegur kakak kerana berbaring di sebelah abah mcm biasa kami tidur di ruang tamu..lantas kakak menjawab, mak, abah kan tidur aja tuu..emak menjadi kembali sedih..kakak yg paling abah sayangi, sampai abah pergi pon kakak nak tidur sebelah abah..

along membuka penutup muka abah dan menciumnya diikuti oleh adik2 yg lain.. kami membacakan yasin untuk abah dan seterusnya saya dan azim bergilir2 membacakan abah ayat quran... rasa letih sangat tapi takda sapa yang boleh bergilir dgn kami berdua.. tepat jam 5 pagi emak bangun dan saya menggesa amat untuk menggantikan kami berdua... emak dan amat menyambung membacakan ayat quran untuk abah sementara saya dan azim tidur seketika..

pagi menjelma, kedengaran siren berbunyi dari masjid memaklumkan seluruh felda mengenai pemergian abah.. saya terus bingkas bangun dan mendengar pengumuman itu dengan teliti... A Rahman bin Ali... abah, lantas terus melirik ke arah jenazah.. otak kembali mengumpul fakta..Ya Allah, aku tengah dengar pengumuman mengenai pemergian abahku.. Ya Allah.. aku sedihhhhhhh, saya merintih dan memalingkan muka ke arah dinding kerana tanak air mata ini dilihat oleh emak.. selesai mandi dan berkemas, orang2 kampung dan pihak pengurusan jenazah pon sudah tiba.. saya berbisik dekat emak, emak nanti jangan meraung tau. adab dgn jenazah pon kita kene jaga.. emak hanya menganggukkan kepala.. saudara mara belah emak pon tiba dan saya berbisik kepada ibu2 saudara agar memerhatikan emak, bimbang emak akan histeria seperti di hospital...

jenazah abah diangkat beramai2 dan urusan mandikan jenazah disempurnakan oleh abg ipar,adik2 lelaki, saudara2 dan ditunjuk ajar oleh pihak pengurusan jenazah..agak lama masa diambil untuk memandikan abah buat kali terakhir.. namun alhamdulillah segalanya berjalan lancar,urusan mengkafan pun tidak mengambil masa yang lama.. cantik sahaja abah dipakaikan dengan pakaian terakhirnya.. badan abah yg besar kelihatan kecil sahaja.. pihak pengurusan memanggil ahli keluarga untuk mencium dan memberikan penghormatan terakhir untuk abah..alhamdulillah, emak tenang memeluk dan mencium abah.. atuk juga dipapah untuk merenjiskan air mawar buat abah.. adik beradik dan rakan2 abah turut memberikan penghormatan terakhir.. dan saya dengan secara sengaja menghalang seseorang yg menhancurkan kebahagiaan keluarga kami untuk mencium abah..lama saya mencium pipi abah yg sejuk itu.. saya tenung wajah abah lama2dan saya sempat berbisik, abah nanti kita jumpa di sana, insya Allah...

selesai solat jenazah, abah diusung keluar dari rumah... dan dibawa di tempat persemadian terakhirnya...emak agak risau takut orang tidak mampu mengampu abah yg agak besar di dlm liang lahad... namun alhamdulillah, 3 orang yg kurus dpt meletakkan abah di dlm itu dengan baik.. saat talkin dibacakan, saya memerhati sekeliling sambil berfikir, abah ada tak di sekeliling kami sekarang ini.. ataupun abah da diangkat ke langit...huh, jaja jangan fikir perkara yg diluar bidang, saya mengingati diri dan terus menumpukan perhatian terhadap apa yg dibacakan oleh wak amir.. kami bergilir2 menyiram air mawar dan menabur bunga ke pusara abah.. saat kaki melangkah meninggalkan abah, hati ini terasa kosonggggg... lomponggg sgt.. dan hati ini menangis untuk kesekian kalinya...

==================================================

jutaan penghargaan untuk semua saudara mara, sahabat handai, kenalan dan rakan2 abah yang membantu kami menghadapi saat yg sukar ini..sokongan moral dan material dan diberikan sangat2 kami hargai, dan semoga Allah membalas segala jasa baik kalian semua....

bak kata orang,patah tumbuh hilang berganti... 2 minggu selepas itu kami menerima nur ain danisha iaitu anak perempuan along... muka danisha seiras abah, telinganya pon mcm abah dan yang utama danisha ada tanda kelahiran di bahu sebiji macam abah..subhanallah....

2 comments:

zeed said...

kak jaja, bila baca cerita kak jaja ni teringat masa arwah ayah saya meninggal dulu..

pagi tu mmg perasan ayah macam lain je.. dia pon asyik diam dan byk kali ckp kalo ayah takde senang jugak anak2 dah boleh berdikari.. ayah dah siap semua dokumen insurans n tuntutan apa2..

kitorg rasa pelik juga pastu ckp merepek la ayah ni.. selang je 10 minit lepas tu terus rebah.. dalam hati doa Ya Allah janganlah ko amik ayah aku. aku tak ready nak hidup tanpa dia..tapi bila ajal dah sampai, takkan terlewat seminit pon..

sekarang dah 3 tahun ayah pergi dan 4 raya sambut tanpa arwah..

saya doakan kak jaja n family sentiasa berada dlm lindungan Allah selalu.. mula2 memang akan terasa kehilangan tu.. asyik bercerita pasal kenangan dgn arwah.. semoga sentiasa tabah di samping ibu tercinta..

cikhajar said...

tenkiu azi.. memang terasaaa sesangat kehilangan.. hopefully kitorg akan cepat recover...azi pon bertabah yeaaa