Wednesday, August 10, 2011

perkara yg perlu dan tak perlu dilakukan ketika 1st date

haaa jeng jeng jenggg,

bersama saya untuk episod kali ini.. tips2 penting ketika menghadapi temujanji pertama... semestinya adik2 diluar sana yg baru nak blajar bercinta memerlukan tips2 penting dari org yg berpengalaman seperti saya...

untuk itu saya menyenaraikan dulu apa yg perlu dan tidak perlu dilakukan ketika 1st date. kita mulakan yg perlu dulu yea.. let's cekidout...

YANG PERLU

1) memilih tempat temujanji yg ideal..ini kerana tempat temujanji menjadi satu medium penilaian antara anda dan pasangan anda. mungkin dari segi pemilihan tempat menunjukkan keperibadian anda sedikit.. mereka mungkin menilai sama ada anda romantik, kedekut, mahupun mempunyai niat yg tak elok melalui cara anda memilih tempat untuk temujanji.. patuhi masa yea dan sila anggap temujanji pertama ini adalah seperti mahu pergi interview dengan Pertubuhan Bangsa2 Bersatu..oh yeaa.. sebelum terlupa. sila tahu pandu arah ke tempat temujanji. sesat ketika memandu menuju tempat itu adalah satu perkara yg sangat memalukan..

2) berpakaian yg sesuai yea.. jangan over sangat berpakaian sekiranya anda berjanji temu di kedai makan, dan jangan pakai baju tidur sekiranya pergi di restoran mewah. menatarias wajah seadanya, bukan seperti opera cina. dan pakai pewangi seadanya. jangan berbau seperti kedai perfume bergerak kerana ia akan membuatkan pasangan anda tidak selesa dengan bau2an yg terlalu wangi..

3) bawa wang secukupnya. kerana anda tidak tahu sama ada pasangan anda mempunyai perut seperti kerbau atau tidak. jangan malukan diri anda kerana tidak mempunyai wang yang cukup. dan sekiranya pasangan anda willing untuk membayar, amek saja wang mereka.. jangan tunjuk sangat yg anda ni berduit kerana dia akan meminta2 selepas ini.

4) perbualan: satu perhubungan yang baik adalah apabila anda dan pasangan anda dapat berkomunikasi dengan baik. jadi pilihlah topik yang sesuai untuk pertemuan kali pertama. mungkin anda sudah mengenali pasangan melalui YM ataupun FB, jadi silalah berbual mengenai apa yg anda dan pasangan anda tahu seperti hal2 keluarga, hobi dan minat mahupun muzik dsb. komunikasi 2 hala yg baik akan membuatkan sessi temujanji anda lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. topik seperti permasalahan negara, dasar2 kerajaan, dan politik tidak harus dibualkan pada pertemuan pertama kerana topik ini sungguh berat dan mungkin tidak mampu menyerlahkan kredibiliti anda sebaliknya anda akan dituduh sebagai seorang yang membosankan. dengar dengan teliti apa yg pasangan anda cakap, dan respon sebaik mungkin, ketawa seadanya dan kadang kala mimik muka yg lucu akan menambah point terhadap anda..

5) Sekiranya anda benar2 berminat terhadap pasangan anda, sila hubungi beliau 1jam selepas temujanji pertama. ini kerana ia menyampaikan maksud yg anda benar2 mahu melanjutkan hubungan kalian di masa2 akan datang. sekiranya anda tidak menghubungi pasangan dalam tempoh lebih dr 24jam, anda adalah tidak berminat terhadap pasangan itu dan bertindak mahu melupuskannya dari ingatan.

YANG TIDAK PERLU

1) adalah berlawanan dengan point2 yang perlu di atas.

sekian sahaja tips saya pada hari ini.
semoga dapat diaplikasikan di masa2 akan datang.

sebarang pertanyaan tidak akan dilayan

terima kasih

2 comments:

Balqis said...

Lady Jaja,

Kenapa point no 1 cam familiar je..hahahha..

cikhajar said...

cik balqis.. point no1 adalahh terlalu penting ye, kerana jika terlepas point ini memungkinkan pasangan yg ingin membuat kejutan ddi hari jadi terpaksa menspoilkan kejutan itu dengan sesat di tengah jalan..(uhuk uhuk uhuk) ekskius me.. terbatuk pula