Sunday, February 8, 2009

the journey part 3

pagi ini (5feb 2009) sekali lagi jaja dikejutkan dengan deringan jam loceng yg membingitkan. Janji bersama tetsuya yg mereka kene bertolak pada jam 630 harus ditepati. Langkah longlai mengangkat badan menuju ke bilik mandi. inilah hala tuju jaja di setiap hari. berpakaian formal membuatkan jaja berasa sedikit bersemangat. buat julung kalinya dia memakai blazer dan pada hari ini dia memilih untuk menyarungkan tudung pramit berwarna hijau. mekap?? sudah tidak sempat lagi. pagi ini tidak terlalu sejuk dan dia melangkah meredah keheningan menuju ke kedai serbaguna bernama EVERYONE. untuk sarapan pagi dia memilih roti telur ikan kesukaan dan nasi kepal bersama air kopi bagi menghilangkan mengantuk.

tetsuya : ohayou gozaimasu..
jaja: ohayou gozaimasu. gomennasai chotto matte moratte ii desu ka (selamat pagi.. boleh tak awak tunggu sekejap)..

usai urusan jual beli mereka menaiki kereta menuju ke dannouharu heights. owh rupa2nya abang rambut kembang (horikawa) sudah menunggu di tepi jalan sambil menghisap rokok.

horikawa: ohayou (morning) dan kami membalas kembali ucapan horikawa
sepanjang perjalanan jaja cuma mendgr mereka berbual. hendak menyampuk terasa malu pula.

mereka berhenti sebentar di McD depan jusco kerana tetsuya mahu membeli set sarapan McD. keadaan trafik sangat lancar di pagi hari dan cuma mengambil masa selama 20 minit dengan kelajuan sederhana untuk sampai ke B-con plaza. mereka sampai serentak bersama2 dengan sebuah lagi kereta milik komai dan itosan. saling bertukar sapaan selamat pagi (igt kembali betapa pentingnya ucapan selamat pagi dlm masyarakat jepun) masing2 kelihatan segak dengan sut kemas berwarna hitam dan terus melangkah menuju ke tingkat 3.

tugasan pagi agak byk iaitu menjaga bahagian pendaftaran, menyediakan refreshment dan menguruskan sistem PA dan computer di dlm meeting room. beberapa peserta sudah mula membanjiri ruang legar tingkat 3. ada yg mahu mendaftar ada pula yg bersarapan dengan minuman yg disediakan. jaja agak berdebar2 kerana masih belum dapat memahami apa yg perlu dia lakukan.

nasibnya baik kerana beliau dibantu oleh cik miyazaki dan itosan. mereka saling membantu antara satu sama lain dan alhamdulillah setelah 20 minit barulah jaja boleh melakukan tugasannya. program pagi bermula seawal jam 845 am... seminar kali ini disertai oleh pensyarah2 robotic pelajar2 dan syarikat yg berkaitan yang datang dari separuh dunia.

Photobucket
gambar hiasan


sesekali suasana lengang kerana sidang plano dan pembentangan tesis dilakukan oleh para peserta. sesekali sekumpulan peserta baru tiba dan mendaftar.. dan sesekali mereka kene mengisi cerek air letrik dan mengisi jajan2 di dlm piring. apabila tidak sibuk mereka boleh duduk menganga di kerusi.. ketiadaan teman berbual membuatkan jaja berasa sungguh mengantuk. namun sesekali dia dipancing oleh yanagi untuk berbual kerana student2 lain masih malu2 untuk menegurnya.. meja pendaftaran dihampiri oleh seorang jejaka dari eropah.. jaja segera memeriksa nama beliau.. Levi Timothee dari TOKYO UNIVERSITY.. mata jaja berbintang2 melihat Levi itu sambil ternganga... wahhhhhh budak todai(singkatan tokyo university).. sesekali mereka saling bersabung mata dan saling melarikan pandangan.. terasa mcm high school plak main2 mata ni...hikkkss

rehat tengahari mereka diberikan lunchbox dan turun di tingkat B1 untk makan. jaja bersama tetsuya,yanagi dan tsuruta pergi bersama2. alangkah hampanya mereka kerana hidangan yg disediakan adalah makisushi (sushi roll) yg dlm kuantiti yg sedikit dan tak mencukupi... masing2 mengeluh kerana tidak puas makan... namun apakan daya.. bersyukur dengan rezeki yg ada.
selesai makan tsuruta menyuruh jaja menyerahkan bekas lunch itu kepada tetsuya untuk dibuang.. beginilah stail budak2 jepun.. selesai makan mereka akan o-som dan siapa yg kalah hendaklah menghantar tray atau bekas makanan ke tempat yg asal..mereka semua menyerahkan bekas lunch masing2 kepada tetsuya untuk dibuang.. kesian tetsuya.. sudahlah jalan mengengkang2 krn sakit pinggang,kene bawak lunchbox rakan2 pula..

sesampainya di bahagian pendaftaran jaja melihat satu susuk tubuh yg mcm kenal jerrr...owhh orang Malaysia dannn laaa rupa2nya abg saberi(sepupu apai) datang mendaftar (mereka pernah berjumpa di kem IPK di beppu ogos 2008)... terus jaja menyapa dan mengambil alih tugas miyazaki san yg tergagap2 nak berkomunikasi dengan abg saberi.dari bahasa inggeris mereka bertukar kepada bahasa melayu.... mereka berbual2 sebentar berbasa basi dan kemudiannya jaja mengambil alih sepenuhnya kaunter dan bertukar shift dengan miyazaki san.

untuk seminar ini 2 orang dr Malaysia akan membuat perbentangan tesis iaitu abg saberi dr osaka uni dan dr zuwairie ibrahim dr UTM... dan sekali lagi jaja disapa oleh Dr abbas hussein dr canberra dan Dr hedayati dr iran yg bertanya mengenai makanan halal. kemudian seorang prof dr indonesia datang bertanyakan tempat untuk bersolat di mana dan berbual berbasa basi.. berbual seketika dengan para2 pendidik ni sedikit mengubah hidup jaja pada hari itu... dia kembali ceria dan sudah mula tersenyum dengan hatinya.

sekali lagi meja pendaftaran dihampiri oleh seorang wanita eropah. wanita itu bernama dr marion oswold. Dr Marion meminta mereka menyediakan resit rasmi dan sebagainya.. semasa menunggu mereka menyediakan resit jaja mengambil kesempatan berbual bersamanya.. Dr Marion mengajar di vienna dan di budapest.. beliau menghabiskan masa 3 hari di vienna dan 4 hari di budapest.. kagum.. ya kagum sekali.. satu pepatah yg sesuai utk dia "beauty with brain".. sedikit kata2 semangat diberikan untuk jaja.. yeps.. bukan senang nak dgr pengalaman idup sesorg.. dr Marion dibayar untuk memberikan ceramahnya dan jaja dpt mendgrnya secara percuma walaupun dlm masa beberapa minit...alhamdulillah...

sessi berakhir jua akhirnya... mereka terus mengemas apa yg patut dan kembali pulang ke tempat masing2.. dlm perjalanan ke kereta mereka berbual mengenai seorang staff B-con plaza yg comel dan cilik yg bernama kato san... masing2 memuji kecomelan kato san itu (berbeza dgn lelaki melayu yg kalau nampak pompuan comel mesti akan komen "itu dan ini" yg mantap atau flat muka dan saiz idung dsb..upss jgn terasa)... jaja cuma tersenyum sendiri di belakang sambil menggelengkan kepala... comel btoi budak2 jepun ni...

perjalanan pulang terganggu dengan keadaan trafik yg sibuk sedikit.. mereka akhirnya sampai dengan selamatnya..

sesampainya di asrama tanpa meletakkan bag jaja terus menuju ke dapur menanak nasi dan mengeluarkan ayam.. selesai segalanya dia kembali ke kamar dan bersalin pakaian dan berbaring menghilangkan lelah.. mata tersangat lah beratnya tetapi jaja bertahan untuk tidak tidur di awal malam... selepas sejam berbaring sambil terkebil2 menahan mengantuk dia terus bangun menuju ke dapur untuk masak..

"haiiii cemana arini" bal menegur di dapur... owhh dia tengah masak rupanya...
"balllllllllll...'*`+?=)('&%$#()('"!?_>+`*}`}{*`{}*****'&&&%% lepas tu kan &%&%$&((' )()()&%$+`;pastu die pon :@;/.\[@hihihi (gelak getek)@.,.,/:0=~|~\(cerita ini bukan untuk bacaan umum)"
jaja bercerita dgn bal dengan muka berbintang berbulan dan berplanet... owhh mata yg mengantuk dan kepala yg pening bukan penghalang untuk bercerita... sesekali ketawa melekek tercetus diruangan dapur...

menu hari ini adalah hayam masak kicap ungkep (menu org jawa) yg dicipta sendiri kerana malas nak gureng hayam..sesekali ruang dapur dimasuki student dr china dan sesekali dia disapa oleh mereka...selesai masak dia makan di hall sendirian sambil menonton televisyen.. rancangan tv gagal membosankan jaja dan sentiasa membuatkan dia tertawa spt org gila... seperti selalu dia mengambil masa selama 2 jam untuk menonton tv dan kembali ke kamarnya untuk beradu..

offline mesej dr kakaknya membuatkan semangat jaja kembali merudum.. yeaaa jaja kembali membuat kesilapan dan menyusahkan seluruh ahli keluarganya.. dan mereka sedang bengang dengan jaja... tergamam dan air mata kembali mengalir di pipinya... rasa bersalah menyerbu2 benaknya membuatkan dia terasa kepala kembali bingit....

kemudian dia mengambil keputusan untuk meluahkan rasa kepada seorang sahabatnya yg bernama chor... rupa2nya chor pun sedang bermasalah ketika itu.. jaja terasa bersalah terhadap chor kerana menyusahkan chor yg terpaksa mendgr semuanya namun jaja tiada pilihan.. dalam hati dia berdoa agar chor tidak merungut dan tidak menganggap dia menyusahkan chor... perbualan mereka tidak lama berlangsung kerana chor terpaksa berjumpa kawannya, bawang untuk mengambil kabel.

jaja kembali menyelimuti seluruh tubuh dengan selimut tebal sambil terkebil2 memujuk diri, tolong jgn nangis....ya Allah janganlah chor fikir aku menyusahkan dia... aku cuma pinjam telinga dia untuk mendgr aja... pliss ya Allah... selamatkan mak abah kuarge aku dan sumer kawan2... semoga esok lebih baik dari hari ini ya Allah...amin

setitis air mata mengiringi tidurnya di malam itu...

4 comments:

Anonymous said...

waiting da next part. from__cimoi

cikhajar said...

hehhe sabar erhh cimoi.... org tgh mengarang neh

Anonymous said...

its ok jaja, take ur time..(tgh baca part 4). from___cimoi

Cik Nazaitul Nadia @ Cik SesuciQiellah said...

huh perkauman sungguh!!! nie yg nak majuk nieh :(( awat x masukkan nama aku sekali wawawawa...