Saturday, February 14, 2009

the journey part 8

*penting.. bahagian yg dibold kan adalah bahagian imaginasi penulis*

14 februari 2009..
hari ini hari jadi Is..jaja bermonolog sendiri ketika bermalas-malasan di katil.. jam di handphone menunjukkan 615 pagi.. awal kan jaja bangun?? sebenarnya hari ini jaja berjadual untuk mensyampu rambutnya.. lagi pula dia kene pergi kerja dengan awal pada hari ini.. perlahan2 dia mengambil tuala ungu dan menuju ke bilik mandi seperti biasa..

sepanjang pagi ini dia bermonolog mengingati kembali kisahnya bersama Is.. Is merupakan sahabat siber yg paling dia hormat... perkenalan pada tahun 2003 berlanjutan ke tahun 2005.. banyak kisah mereka kongsi bersama.. nasihat yg Is berikan kepadanya takkan dia lupakan sampai bila2.. pada jaja, Is tak ubah seperti sorg abang, yg sentiasa memberikan bimbingan tanpa rasa bosan. Is yg menemani hidup jaja di jepun selama 2 tahun.. dan rasa syukur kpd Allah kerana menganugerahkan seorang sahabat siber yg sebaik Is.. namun setiap pertemuan ada perpisahan, dan selepas 2005 jaja tak bertemu lagi dgn Is..sehingga kini..

jaja tersentak apabila pengumuman di dlm kereta api di buat dgn kuatnya.. segera dia mengemaskan barang2 di tangan dan bersedia untuk keluar dr keretapi. asyik sangat berangan membuatkan dia tidak sedar begitu cepat masa berlalu..jaja mengeluh panjang sambil di hati memanjatkan doa. walau di mana Is berada semoga Allah merahmati perjalanan hidupnya dan memberkati segala usahanya, selamat hari jadi Is. perlahan2 diatur langkah menuju ke pintu gate stesen oita

pagi masih awal lagi dan sudah ramai pelajar2 berpusu2 menuju ke destinasi masing2.. hairan juga ya di hari sabtu ini ramai pelajar masih kesekolah.. ataupun mereka ke pusat tuisyen. wallahualam. jaja cpt2 melangkah masuk ke kedai serbaguna familymart untuk membeli air kopi. mata terasa kelat dan mengantuk. seperti biasa suasana pagi di dlm tokiwa tak berapa sibuk.. jaja terasa seperti rohnya melayang2. kerisauan terhadap tesis dan final presentation merenggut ketenangannya. rindu terhadap kaum keluarga tidak dpt dielakkan lagi. rindu kepada kenangan lama yg tak mungkin berulang, yeaa... dan bila2 sunyi seperti ini mengimbas kenangan lalu adalah bagus untuk membuat hati ini tersenyum...

*************************KENANGAN 1****************************************
"bal, jom g derma darah". jaja segera menghantar sms kepada bal kerana mereka sudah berjanji dr beberapa tahun yg lepas untuk menderma darah. lagi pun hari khamis ni adalah hari terakhir bas menderma darah akan datang ke sekolah.
"ok tapi nnt akak temankan bal g klinik erh..nnt bal da sampai bal sms". owh si bal ni masih demam lagi rupanya. sementara menunggu bal sampai ke sekolah jaja menyiapkan saki baki tesis yg ada. mata terasa penat tetapi dia terpaksa berusaha.. aku akan pulang.. aku mahu pulang, itulah kata2 yg bergema di hatinya.
sesambil itu dia menjenguk ruangan chat kegemarannya.. beberapa chatters sedang berburak dengan seronoknya.. sebenarnya jaja tidak keruan apabila memikirkan yg dia bakal menerima suntikan.. sesungguhnya memang jaja takut untuk disuntik. beberapa tahun lepas dia bal dan mas mengambil suntikan pencegah influenza, namun apa yg terjadi.. tanpa diduga air mata menitik akibat menahan debar,cuak dan sakit yg seperti digigit semut. hal ini menjadi bahan mereka mentertawakan jaja..namun kali ini apa yg bakal terjadi?? darah jaja akan disedut untuk didermakan kepada mereka2 yg lebih memerlukan..
"akak bal da sampai.. ada kt depan student center". jaja terus bingkas bersiap2 menuju ke student center. suasana kampus pada petang ini agak sibuk. pelajar2 ke hulu ke hilir membawa nota dan fail. maklum sajalah sekarang ini musim peperiksaan. jaja terus berjalan menuju ke student center dgn hati yg berdebar2.. owh darahku... owhh sakit tak agaknya... owhh owhh owhh dan owhh.. mereka terus mendaftar dan mengisi borang untuk menderma darah. bal agak ragu2 mengenai tahap kesihatan dirinya, namun jaja meyakinkan bal bahawa dia takkan apa2... lagipun untuk jaja derma darah sorg2.. minta mahap laaaa erkkk..
"etto chotto kikitai desu ga, mare-shia de doko no hen ni sunde imasu ka?(maaf kalau bertanga, awak tinggal di bahagian mana di malaysia)"? jururawat yg bertugas bertanya kpd mereka..
"pahang desu"(di pahang) jaja menjawab.
"kuala lumpur desu(di kuala lumpur)" bal pula menjawab. mereka seperti kebingungan lantas seorang nurse makcik mengambil file..
"chotto matte kudasai, chi-zu ga arimasu yo (tunggu sekejap, saya ada peta)" dengan bersemangat makcik nurse itu membelek2 file tebal berisi maklumat yg pelbagai. ketika ini hampir semua staff van derma darah bergerak mengelilingi mereka. jaja dan bal terasa malu seketika.. setelah ketemu peta malaysia jaja menunjukkan di mana pahang dan malas untuk bersoal jawab dia pun menunjukkan kuala lumpur yg berada di dlm pahang jua..(kl yg jaja tunjukkan sebenarnya adalah area bentong atau temerloh)
dan apabila di tanya bilakah last mereka pulang ke malaysia kedua mereka menjawab:
"kyounen no 8 gatsu (bulan 8 tahun lepas)". tanpa mereka sedari bahawasanya last mereka pulang adalah 2 tahun lepas.. inilah akibat gemuruh dan gugup mereka tersilap tahun dan tarikh. sudahlah menjawab dengan muka yg sangat berkeyakinan.. setelah makcik itu memeriksa file tersebut, kawasan yg jaja tunjukkan adalah kawasan pink yg mana dikhuatiri ada jangkitan malaria(entah tahun biler punyer maklumat entah) dan mereka tidak berada di jepun lebih dari satu tahun.. atas sebab2 berikut mereka tidak dibenarkan menderma darah. namun begitu mereka diberikan air kotak jus epal sorg sekotak dan disuruh datang lagi tahun hadapan.wtf.
dengan muka malu tak sudah mereka beredar ke klinik sambil menyumpah2. apalaa kerek sgt, org nak derma darah pon tak kasik.. weng btoi..mereka lantas menuju ke klinik dan bertemu kay di hadapan dewan besar sambil menegur sapa dan mengucapkan selamat berjaya di dlm exam untuk kay
setibanya di klinik, bal terus ke tandas dan jaja terus ke mesin penimbang.. owhh tidak... berat naik laie sekilo.. hahahah lantakk tatau... bal mengisi borang pendaftaran dan mereka berdua mengambil termometer dan menyelitkan di ketiak. ini prosedur biasa klinik sekolah yg mana mereka dikehendaki memeriksa suhu badan sendiri.. sambil berbual2 (mengata nurse2 derma darah) mereka menunggu termometer berbunyi pit pit.. nampaknya suhu badan jaja 37.4 dan suhu badan bal pula 36.6.. ehh siapa pula yg sakit ni?? mereka berhajat untuk menukar termometer namun tidak sempat kerana disapa oleh makcik klinik. sementara menunggu dokter mengusha bal, makcik klinik tadik memelok jaja sambil berkata,
"genki desuka?? sukoshi yasetemasu yone..(apa khabar?? awak da kurus erh)", makcik ni menegur dengan suara manja.. mmg makcik ni suke bermanja dgn jaja.. dan jaja pon suke memanja dgn makcik ni.. jaja yg kegelian akibat dipelok segera mengelak dan berkata,
"genki desu yo. zen zen yasenai yo..sakki taijyu hakatte,ichi kiro fueta,(saya sihat (alhamdulillah*ckp dlm ati*.. saya tak kurus la tadi saya timbang berat naik satu kilo..))" sambil buat muka bajet comel jaja menjawab soalan makcik itu..
"aa sou nano...(owh yekee)" makcik tuh menjawab dgn sore yg manja.. makcik itu memanggil sorg budak sebelom bal.. dan kemudian memanggil bal untuk pemeriksaan.
selesai segalanya mereka berpisah kerana bal mahu balik dan berehat dirumah manakala jaja kena kembali ke lab untuk menyambung kerja2nya.

**********************kenangan 2(citer rekaan)******************************

*watak bal dipakai tanpa izin.. hihihi.. kire bal jadik heroin laa dlm kisah ini*

"akakkkkkkkkkkkkkk...akak katne?"..
private mesej dr bal mengejutkan jaja yg sedang khusyuk merenung tesis + tgk upin dan ipin (multitasking).
"haa kenapa?? akak kat lab ni".
"akak bal ada citer eksaited ni.. akakk kenapa tak angkat fon??"
"alamak fon bateri kong laa.. apa cer?? taip laa.."
"hhahaha taleh2 spoil the fun laaa.. kene ckp gak..."
bal terus berteka teki dgn jaja.. sampai jaja terasa berdebar2.. apa bal ni... aneh nyerrrr
"ok2.. bal kasik klu.. ada org ckp bal lawa.. hahahhahaha.. oklaa kak bal nak mandi..tataaa".. jaja terbeliak biji mata.. uishh die ni... aku kene balik segera ni..alamakk tapi tesis tak buat laie...

jaja menahan rasa inkuirinya lantas sedaya upaya menumpukan perhatian terhadap tesis + upin n ipin... selesai terasa penat jaja terus melangkah pulang ke rumah. memandangkan perut yg kelaparan tak sudah jaja mengambil keputusan untuk ke everyone dahulu membeli alas perut.
cup noodle dan air strawberry susu menjadi pilihannya dan dia pon melangkah pulang ke asrama.. tiba didining hall terus mereneh cup noodle dan berbual2 dengan pelajar jepun dan china...
sambil makan2 jaja disoal mengenai hal ekonomi malaysia oleh pelajar jepun tersebut. syukurlah dia masih igt sedikit fakta2 mengenai hal ekonomi yg dibaca melalui utusan online.. taderlaa nampak bongok sgt tak amek tau psl malaysia..
selesai makan.. jeng jeng jeng.. tibalah masanya dia menterjah bilik bal...muka bal berseri2 menyambut kedatangan jaja..
"hik hik hik...masuk laa kak", muka budak bal da blushing2 da..sesekali dia tergelak getek2...
"nah akak baca dulu.. akak org kedua lepas mak bal hihihihihi".
bal menyua 2 helai kertas berprint saiz a4 kepada jaja.. jaja mengambil nya dan membaca nama penerima , robert... owhh kawan chat bal yg berada di mexico.

*nak gelak.. sejak biler bal ada kawan chat kt mexico.. taper2 citer rekaan..kejap2 amek napas... aduiii terkekek2 aku gelak sambil reka citer bal ni...*

jaja membaca salinan email dr robert tuh dengan perasaan teruja2 sambil tergelak2... bal da blushing2.. alahaiiii lamanyaaaa tak baca surat atau email cinta... hihihihihi.. selesai baca segalanya mereka berpandangan lantas ketawa bersama...

"meh nak tgk bibir bal yg seksi tuh.. wauuuu mata yg cantik.. hahahha"...jaja tergelak geguling pabila mengingati isi email itu... bal sudah mengejip2kan kelopak matanya
"akak jgn laa gelak... nak tau kan.. bal kan sampai usha balik gambar2 bal... mana laa bibir seksi yg die ckpkan tuh... akak nak tau, mak bal pon da gelak geguling biler bal bacakan email ni... series rasa nak pengsan". bal da terkekek2 gelak.. lawak btoi.. apa yg buat seronok sgt tuh sebenarnya sudah lama tiada citer geli2 dan menarik yg berlaku di antara mereka...
mereka terus berbual2 mengenai robert dan abang okinawa(sidia) itu.. pada pukul 1 lebih jaja mengambil keputusan untuk balik ke bilik dan berehat...

*bal ya ampun..amek bal jadik heroin citer neh*
*****************************************************************************
selesai bertugas di tokiwa, jaja terus menyalin pakaian tanpa menunggu chief berkata apa2.. kerisauan terhadap tesis membuatkan jaja membuat keputusan sendiri.. sempena valentine ini di jepun dipenuhi dengan jualan2 coklat istimewa..hurmm belikan utk chief laa..

jaja mengelilingi booth2 menjual coklat yg banyak.. memikirkan manakah yg affordable untuk diberikan kepada chief.. sekotak coklat berharga 525 yen(rm20) dipilih untuk chief dan 2 kotak laie dipilih untuk mine san nabe san toshimitsu san hatano san dsb(makan kongsi2).. 2 potong kek coklat dipilih untuk dia meraikan cinta bersama bal.*sunyinya mas tiada disisi*. teringat kembali kenangan indah bertukar2 coklat bersama mas ayu dan kak fuza... seharian mereka kepeningan akibat terlebih makan coklat.. indahnyaaaa kenangan itu..
"chief.. gomennasai katteini kaetta kara.. douzo barentain no choko desu (chief sorry saya dengan suka sukinyer telah membalikkan diri.. silalah menerima valentine coklat dari saya)".
chief tergelak sambil berkata
"ooooo hehehe arigatou ne.. naka ni oittetotte..otsukaresan (ooo terima kasih.. tolong letak kat dlm .. otsukaresan (tatau nak translate cemana))".

jaja melangkah bertemu dgn mine san dan akak sukemono.. selesai memberikan coklat dia kembali ke rumah. di dalam train dia kembali bermonolog mengenai Is.. dlm setahun 2 hari utama yg membuatkan dia teringat sangat2 kat Is..

1) birthday jaja sendiri
2) birthday Is

teringat serangkap puisi tergantung yg is reka secara spontan...
teringat apa yg akan is ckp...dan is sudah ckp bila hari last dorg berjumpe
teringat pesanan is yg berulang2...
teringat cemana is panggil dia...
teringat cemana is membebel kat dia...
teringat cemana is buat itu dan ini...
segalanya is...
dan air mata dihatinya luruh kembali...........

to my dear friend harith iskandar....

HAPPY BIRTHDAY

3 comments:

Anonymous said...

owh hari ni nk komen banyak2.

wooo kena bayar royalti lebih laa camni gune nama bal!! stakat blanje coklat ari kekasih x main la..hahaha..

roberto mane plak nih?roberto carlos??rambut kerinting ke lurus?hahahha..tinggi ok imaginasi,bibir la mata lah..sekuhara jyan!!hahahha

owh owh makcik nurse sgt keji ok.sekakku nk bagi darah walau demam nanoni x ble plak:(.
patutnye die renew maklumat pasal Malaysia.kawasan pink tu bal smpat check utk kwsn yg di khuatiri ada malaria..almost 80% of Malaysia kawasan pink.WTF?..mundur sgt la info tu.

xpe tahun depan kita cuba lagi.
wtf,thn depan da xde kat Oita.muahaha.sian la kawan2 di oita thn depan kouhai sorg je:p

cikhajar said...

tuh laa pasal...huahahah makcik tuh mmg sombong tanak darah kiter.. elehh tak heran laa setakat derma darah tuhhh....

sian kan tiada episod drama NURUL..

erkk hai roberto...hahahahahah

Cik Nazaitul Nadia @ Cik SesuciQiellah said...

Wakaka aku kat sini dah bertabung2 dah darah aku di ambil wkaka agaknyakan org yg dapat darah aku tue pangai dia sama tak cam aku wakakak...