Wednesday, February 4, 2009

the journey part 2

kring2....kring2.... deringan telefon di awal pagi mengejutkan jaja dari lena yang panjang. panggilan telefon drpd cik ito setiausaha AROB(Artificial life and ROBotic). temujanji dibuat untuk pergi ke B-Con plaza di Beppu. terpisat2 jaja bangun sambil duduk di tepi katil. Tuala ungu sudah tersangkut di bahu tetapi menunggu masa untuk jaja bangun. Termangu jaja memikirkan "perbualan berair mata" pada pagi tadi bersama seorang rakan.. mengenai friendship bla bla bla.. Jaja terasa kecil hati tapi terpaksa menerima hakikat yg kata2 rakannya tuh ada benarnya. Menerima sebuah kebenaran lebih susah drpd terpaksa meminum milo yg panas. tetapi berbual sebeginilah sebenarnya membuatkan kita lebih mengenali seseorang itu...

hurmmmmm, Perlahan2 jaja menghela nafas dan bergerak menuju ke bilik mandi di tingkat 1. Pagi ini suasana asrama agak meriah dengan suara budak2 China kegembiraan bersarapan pagi bersama2. Saling bertembung di tangga sambil mengucapkan ohayou gozaimasu. bertembung dgn yin di bilik mandi dan saling mengucapkan ohayou gozaimasu. dan terus masuk di shower room kesukaan di tengah2 sambil humming lagu untukmu, feminin.

"kak jaja ke?"
satu suara menyapa dari shower sebelah. owh bal rupanya
"hurmm, bal erk" suara husky seksi si jaja pagi2 ni berkumandang dr shower room. berdua di bilik mandi bersama2 bal sambil berbual2 mengenai AROB mengisi sedikit kekontangan di awal pagi. sebenarnya memang jaja berasa cuak untuk pergi ke B-Con plaza pada ari ini. bal pula terpaksa pergi ke sekolah dan tidak bleh bersama2 untuk ke sana. setelah berhabisan masa di dlm shower room dengan segera jaja kembali ke bilik. hasrat ingin membancuh hot cocoa terpaksa dibatalkan kerana sudah kesuntukan masa. Janji bersama org Jepun wajib ditepati kerana mereka memang mengutamakan ketepatan masa. tidak banyak masa yang di ambil untuk bersiap. dan terus menghayun langkah menuju ke kedai serbaguna bernama everyone.

suasana pagi yg ceria membuatkan jaja kembali mengingati isi perbualannya pagi td. mata yg bengkak menjadi bukti betapa dia terluka dengan hakikat sebuah persahabatan. tak apalah jaja, sabar kay.memujuk diri sendiri di pagi hari;)) mmg sudah menjadi tabiat jaja skrg ini. sesampainya di everyone jaja terus membeli sekeping roti mentai (telur ikan)dan sekotak air cocoa van hountan kegemarannya. belum sempat beliau menggigit roti seorang wanita menaiki honda jazz hitam menyapanya.
"jaja san desu yo ne(awak adalah jaja ya)"
"hait, sou desu(ya saya)"
"aaa ito desu,yoroshiku onegaishimasu(saya ito,selamat berkenalan)" dengan suara riang kelegaan beliau melemparkan senyuman kepada saya.
"yoroshiku onegaishimasu(selamat berkenalan)" saya membalas senyuman beliau lantas membuka pintu kereta.
"kyouwa kite kurete hontouni arigatou gozaimasu(terima kasih di atas kesudian awak untuk datang pada hari ini )".
"iie kochi koso arigatou gozaimasu (tidak mengapa, terima kasih)". first impression terhadap itosan, beliau dlm lingkungan 35 tahun mungkin. peramah meskipun tergores keletihan pada wajah beliau. sepanjang perjalanan kami berbual mengenai kerja, perihal ekonomi dan sebagainya(siapa bilang jaja tak boleh berbual mengenai hal2 ekonomi?) destinasi mereka yg pertama adalah pejabat AROB di miyazaki. setibanya di sana mereka menaiki tangga menuju tingkat 3 (entah kenapa itosan tidak suka menaiki lif) tercungap2 jua dibuatnya kerana jaja tak biasa menggunakan tangga menaiki tingkat 3. sesampainya di sana diperkenalkan pula kepada cik miyazaki. kelihatan cik miyazaki ini adalah seorang yg sangat rajin dan berdedikasi. jaja duduk di sebelah cik miyazaki sambil membuka bekal untuk mengisi perut. tidak lama kemudian tiba pula 4 orang pelajar lelaki fakulti elektrik. hurmmm comel2 budak2 ni. boleh laa cuci mata seketika. tidak berapa lama tiba pula 2 org lagi pelajar lelaki. wahh ada seorang itu terus menangkap perhatian jaja. rambut dia kembang tetapi di ikat ala2 samurai. sangat comel. jaja sudah memasang azam untuk mengambil gambar budak itu. mukanya manis dan tak jemu mata memandang. mereka sungguh gembira dan gila2 sesama mereka.

itosan memulakan sessi taklimat bagi mereka2 yg in charge bahagian bilik. seramai 3 orang akan in-charge bahagian bilik seminar dan dipertanggungjawabkan terhadap bilik itu. yg lain pula akan bertanggungjawab untuk pendaftaran dan kebersihan dan sebagainya. Dan jaja pula bertanggungjawab untuk pendaftaran untuk org2 yg bkn dari jepun. berdebar2 pula rasanya. terdapat byk kerja yg perlu dilakukan untuk hari pertama seminar. selesai semua taklimat mereka semua berangkat menuju ke B-Con plaza di beppu. perjalanan mengambil masa selama 30 minit dan sepanjang perjalanan mereka habiskan dengan mengumpat professor sugisaka (pengarah seminar) ini. sememangnya mengumpat Prof. Sugisaka merupakan agenda utama pelajar2 fac electric dari dulu hingga sekarag. Plus mengumpat Hara Sensei yg merupakan manusia yg paling dibenci di fakulti tersebut.

tiba di B-Con Plaza tepat jam 1 tengahari. sambil membimbit beberapa kotak mereka beramai2 menuju ke dlm B-Con Plaza. ini kali pertama jaja menjejakkan kaki ke B-Con Plaza. sebuah bangunan yang dibuat seperti dewan rakyat yg moden. disini boleh diadakan seminar, konsert, pameran, flea market dan sebagainya. setibanya disana mereka disapa oleh prof sugisaka yg sedang sibuk menggerakkan robot2 beliau disamping itu memberikan arahan kepada pelajar2 lelaki. tengahari ini kerja2 mereka dilakukan dengan riang ria. Tak perlu tergesa2 mengejar masa. perut sudah berkeroncong tetapi tiada tanda2 mereka akan berhenti untuk makan tengahari. Kepala jaja sudah pening manakala perut sudah berbunyi2. Namun mereka terus menerus membuat kerja sambil berbual2 dan ada yg bermain hp. Seawal 4 petang sudah ada beberapa peserta datang membuat pendaftaran. keadaan di meja pendaftaran agak kelam kabut kerana pelajar2 masih belum mahir mengendalikan kerja. atas bantuan cik ito dan cik miyazaki kerja2 pendaftaran lancar dilakukan. pada jam 5 petang kerja2 semua berakhir dan mereka beransur pulang ke oita kecuali cik miyazaki yg tinggal di beppu.

perjalanan pulang dirasakan agak panjang sementelahan lagi kepala jaja sangat pening. lapar haus mengantuk dan sebagainya. sesekali matanya terpejam menahan segala rasa tidak selesa. mereka singgah di office AROB sebelum itosan menghantar jaja ke markyou (pasar basah). itu cuma alasan jaja untuk mengisi perut di sushi. akibat kelaparan yg amat sangat jaja terus memesan 9 piring sushi untuk disantap. alangkah leganya suapan pertama yg masuk ke mulut. alhamdulillah, bersyukur ke atas rezeki yg tuhan kurniakan selepas seharian berhempas pulas. selesai mengisi perut, jaja berteleku di kerusi sambil berfikir menilai kembali apa yg berlaku pada hari ini. terasa berat kakinya untuk melangkah pulang ke rumah. Namun dia tiada tempat lain yg boleh dituju. Pulang kerumah ibarat kembali ke satu dunia yg kecil yg penuh kedukaan. Tapi dia tiada pilihan. perlahan2 berjalan membuang masa menuju ke stesen keretapi untuk pulang ke rumah. Mata sudah memberat lantaran kekurangan tidur dan keletihan yg teramat sangat. nasibnya baik krn tidak perlu menunggu dengan lamanya dan dalam masa 10 minit dia sudah sampai ke dunia kecilnya. bersalin pakaian dan terus masuk tidur.

berdoa dan berharap agar esok lebih baik dr hari ini... dan hari2 mukanya lebih baik daripada hari2 berlalu.

4 comments:

Anonymous said...

hallu hallu..awat cam sedih sgt nih?come la talk to me.bilik pon dekat2 je:)


ps/:si rambut kembang sgt menarik mata kan.he got that "sexy" aura without even trying.hehe.

pss/: i miss those time when we were so carefree and happy all the time.i miss me,i miss u,i miss the happy us:(

Anonymous said...

owh ok..i was being melodrama psl part pss/: tu..it was 1 am...hence melancholy mood swing in.
nak delete balik x ble la plakkkk!!..hehehehahah.
*malu*

cikhajar said...

lek laa kiter kan drama queen..heheheh

Cik Nazaitul Nadia @ Cik SesuciQiellah said...

permulaan yg best pat arr sambungkan citer tue... ko nie suka melengah2 kan arr... terbantut keghairahan aku arr