Monday, February 2, 2009

warkah untuk nadia

nadia berjalan perlahan2 menuju ke tepi pantai port dickson.. ditinggalkan pesanan kepada teman serumahnya, farah : beb, aku ada hal kat luar.. tak balik malam ni.. air mata berjujuran meniti pipi gebunya.. kenapa dia buat aku mcm ini.. aku da lakukan mcm2 untuk berkongsi segalanya bersama dia.. kenapa dia tuduh aku mcm2....

nadia bermonolog sepanjang hari.. PD masih indah meskipun airnya sudah keruh.. deruan ombak.. desiran angin seolah2 membawa nadia ke satu alam yg menenangkan... meskipun hati dirundung duka.. meskipun perasaan tergores calar.. namun melihat keindahan senja di PD membuat hati nadia kembali senyap seperti selalu..

sejak beberapa bulan ini.. pantai PD akrab dgnnya.. melarikan diri dari segalanya adalah lebih baik daripada menghadapinya.. sungguh nadia tidak mampu menghadapinya.. sejuta cara di lakukan untuk melarikan diri dari hakikat hidup yg menyakitkan..cinta yg suci tergadai begitu sahaja.. hati dan nurani yg ikhlas mencintai dikhianati oleh sang jejaka.. hati siapa yg tidak pilu.. jiwa siapa yg tidak merana jika diperlakukan sedemikian rupa.. nadia bukanlah seorang gadis yang mudah mengalah.. di hadapan semuanya beliau tersenyum ketawa dengan gembira. namun di dalam hati segalanya menjadi serpih yg menyakiti pembuluh darah.. jiwanya kosong.. hatinya berkecai.. jatidirinya habis dimamah janji2 palsu sang jejaka...

namun nadia tidak keseorangan.. nadia dikelilingi oleh rakan2 yang menyayangi dirinya.. semuanya mengawasi nadia dari kejauhan.. cuma menunggu masa untuk nadia meluahkan segalanya.untuk mereka menegur nadia?? ini bukan masanya..bimbang kerana cinta, persahabatan tergadai..

kisah kecurangan dan pembohongan sang jejaka satu persatu sudah terbuka.. cuma menunggu masa untuk nadia menerima semua kenyataan ini..ianya mengambil masa.. bergantung kepada kekuatan jiwa nadia...

dan suatu hari dikurniakan oleh nadia satu url dr seorang sahabat cybernya yg sama2 sedang mengalami masalah yg sama dengan nadia... mereka sama2 insan yg terluka.. berkongsi rasa dan perasaan yg sama.. siapa kata dunia cyber ini penuh dengan penipuan??

di ruangan cyber mereka berkongsi masalah pendapat dan kasih sayang.. mereka sahabat yang jauh tetapi mereka saling menyayangi.. aneh bukan?? mungkinkah kerana mereka sama2 dilukai lantas menjadi semakin akrab kerana saling memahami??

dan kepada nadia.. sahabat cybernya ini ingin berkongsi sedikit mutiara kata dr url ini

*wahai masa lalu yang telah pergi, tenggelam lah kau seperti mentari, aku tidak akan pernah menangisi pemergianmu. dan kau tidak akan pernah melihatku termenung sedetik pun untuk mengingatimu. kau telah meninggalkan kami semua, pergi dan tidak akan kembali lagi*

*wahai masa depan, engkau masih dalam keghaiban, maka aku tidak akan pernah bermain dengan khayalan dan menjual diri hanya untuk sebuah dugaan. aku pon tak akan memburu sesuatu yang belum ada, kerana esok hari mungkin tak ada sesuatu. esok hari adalah sesuatu yang belum diciptakan dan tidak ada satu pon darinya yang dapat disebutkan.

HARI INI MILIK KITA, adalah ungkapan paling indah dalam kamus kebahagiaan. kamus bagi mereka yg inginkan kehidupan yg paling indah dan menyenangkan...

coretan untuk nadia.. dan sahabat cybernya.. dan semua penbaca yang inginkan kebahagiaan

2 comments:

Anonymous said...

Jalan penceritaan yang agak baik dan menarik dan siapa sangka dalam kita sedang berduka ingatlah masih ada tangan yang sudi menyambut huluran tangan kita. Jangan sesekali kita merasakan yang diri kita keseorangan. Kehidupan dan percintaan adalah sesuatu kesinambungan perjalanan kita sebagai hamba Allah. Ingatlah walau apapun yang berlaku, kita masih ada Allah yang menyintai kita, masih ada keluarga yang menyayangi kita dan masih ada sahabat yang sentiasa ingin bersama di saat suka dan duka.
Ingatlah, jangan sesekali kita lupa padaNya, mengadulah segala domba yang melanda padaNya. Hanya DIA yang mengetahui apa yang terbaik buat kita.
Jangan sesekali kita melupakan keluarga yang tidak pernah menyakiti kita, yang selalu ada di sisi.
Jangan sesekali memusnahkan tali persahabatan hanya kerna cinta yang tidak pernah kita tahu penghujungnya.
Dan yang penting sekali, janganlah kita lupa siapa diri kita sebenarnya hanya di sebabkan seorang lelaki.
Ucapan terima kasih kepada Jaja.

Anonymous said...

hehehehe