Wednesday, February 4, 2009

the journey part 1

trutt truutttt... bunyi alarm di pagi hari mengejutkan jaja dari lena yang panjang, owh arini kene kerja awal pagi.. terbeliak mata jaja melihat betapa dia sudah lambat untuk mengejar keretapi. Jarak yang jauh antara tempat dia bekerja dengan asrama membuatkan dia terpaksa berdisiplin untuk mengatur jadual tidur. urmm datang lambat la hari ni, cetus hati kecilnya. Dengan malasnya dia mencapai tuala berwarna ungu hadiah dari mas dan menuju ke bilik mandi di tingkat 1. Bumi oita masih basah dengan rintikan hujan yang sungguh lebat. Indahnya jika tidak perlu bangun di awal2 gini, cemburu btul dengan mereka2 yg masih di dlm selimut tebal. Tapi apakan daya, Jaja terpaksa lakukannya demi kelangsungan hidup.

Bersiap dengan ala kadar, sememangnya mekap2 di pagi hari bukan menjadi kebiasaanya lagi. Mencapai payung usang berwarna pink dan mengelek kotak besar menuju ke stesen keretapi Oita daigaku mae. Hujan masih menyapa pagi selasa ini. HARI INI HARI AKu, kata2 ini bergema berkali2 di dalam hati kecilnya. Maklum sajalah, bersendirian berkelana di tempat orang menjadikan Jaja terpaksa menasihati dirinya sendiri. Menunjukkan tiket kepada staff stesen keretapi dan berjalan perlahan2 menuju ke platform. Jaja BERUSAHALAH, sessi motivasi bersama diri sendiri lagi. Hatinya berasa sungguh sunyi. Cemburunya melihat pelajar2 sekolah menengah yg sangat energetic bertemu rakan2 di platform untuk ke sekolah.
Tidak lama kemudian keretapi 3 gerabak berwarna merah tiba. Di dalamnya sudah sarat dengan penumpang2. dan terpaksa pula dia berdiri sambil mengelek barang yg byk. kelilingnya dipenuhi dengan pelajar2 sekolah dan pekerja2 syarikat. beginilah senario yang biasa di jepun ini. pagi2 keretapi dipenuhi dengan pekerja2 dan pelajar2 yg pelbagai ragam. ada yang tabah membaca sambil bergoyang2 mengikut arah keretapi. ada pelajar2 yang belajar sambil berdiri. tidak kurang pula yang tidur. berbual di dalam keretapi?? hurmm di awal2 pagi begini siapa yang mahu berbual? beberapa penumpang merenung jaja dengan pandangan yang aneh. mungkin mereka aneh melihat seorang rakyat asing menuju ke bandar di hening pagi ini.. teringat pada awal2 ketika menjejak bumi oita ini, orang jepun selalu memandang ke arahnya sampai dia rasa tak selesa. tetapi alah bisa tegal biasa. makin lama dia semakin lali dengan pandangan2 aneh seperti itu.

keretapi berhenti di 2 stesen lagi sebelum sampai ke stesen terakhir di oita. memang padat sungguh hari ini. rata2 penumpang memakai mask mulut dengan 2 matlamat utama 1) tidak menyebarkan virus selsema dan influenza 2) bagi mengelakkan terkena selsema atau influenza. sungguh mereka terlalu berdisiplin dalam menjaga kesihatan. Berjalan perlahan2 menentang arus menuju ke pasaraya tokiwa tempat jaja bekerja.
"Ohayou Gozaimasu (selamat pagi)" ucapan wajib jaja kepada security tokiwa dan setiap kakitangan yang berselisih dengannya. ucapan selamat pagi ini sangat wajib kepada masyarakat jepun kerana ianya merupakan ucapan permulaan sebelum memulakan tugas. kaki dihayun dengan lebih laju apabila menyedari dia sudah terlambat. sesampainya di kedai roti tempat dia bekerja dia menyapa seorang pekerja baru bernama kawano san.
"ohayou gozaimasu. okurete hontouni sumimasen"(selamat pagi, maafkan saya kerana terlambat)
"aa ohayou gozaimasu" dengan senyuman kawano san menyambut ucapan jaja. biasala budak baru kenelah bermuka manis dengan seniornya kan.. hikksss...
"chief ohayou gozaimasu.okurete hontouni sumimasen", jaja mengucapkan selamat pagi kepada chiefnya yang sedang memotong roti..
"aaa ohayou, jaja hayaku kigaete koi"(aaa selamat pagi, jaja g salin baju segera). dengan segera jaja menyalin uniform kerjanya disamping mendengar chief memberi arahan kepada kawano san. selesai menyarung apron dan bandana jaja membasuh tangan dan terus menyusun roti2 yang menjadi barang jualan pada hari ini.. hurmm kuantiti roti byknya hari ini, boleh jual ke hujan2 begini.. getus hati kecil jaja.. kerja pagi ini agak terganggu dengan byk pertanyaan dari kawano san. sesekali jaja bertindak seperti senior yg besar kepala dengan memberi arahan kepada kawano san. tapi inilah jepun yang mengutamakan senioriti. junior kene ikut arahan senior.

tugas pagi ini agak banyak sekali, pukul 830 pagi jaja kene buat penghantaran roti ke tingkat 7. disitu ada cafe family yang hari2 menempah roti dari kedai itu. selesai menyusun roti, jaja mencapai 2 paper bag berisi 4 buku roti panjang dan resit menuju ke tingkat 7. lift di awal pagi ini tidak sibuk mana. jika tidak, menunggu lift saja sudah memakan masa yang panjang. sesampai di bahagian belakang cafe sekali lagi dia kene mengucapkan selamat pagi
"ohayou gozaimasu" dengan suara yang lantang, tetapi seperti biasa tiada seorang pun mengambil kisah dengan ucapan itu.
jaja mengambil dan menyusun roti di rak yang di sediakan. seorang makcik menghampiri jaja dan dengan segera mengambil resit untuk di tanda tangani. resit itu hendaklah diselit di tempat khas di dalam pejabat cafe itu. dan selesai segalanya terus jaja menunggu lift ke tingkat B1. Banyaknya kerja hari ini. menyorong 2 kereta sorong secara serentak berisi kotak2 kosong memerlukan kemahiran yang tinggi, agar tidak berlanggar dengan sesiapa. pergerakan kene pantas tetapi sopan.

di kilang sekali lagi ucapan selamat pagi dilaung dengan kuat. di situ terdapat kereta sorong yang sudah termuat kotak2 berisi roti yang kene dibawa ke kedai. namun di para masih terdapat roti2 yang baru keluar dari oven yang perlu diisi di dalam kotak. suasana kilang sungguh sibuk dengan pelbagai bunyi dan jangan tidak tahu rahsia kilang roti di oita.sambil membuat roti mereka memasang lagu2 klasik yang mendayu2.. dan di kilang roti sebelah pula memasang lagu pop yg rancak..kenapa? kerana kajian membuktikan kerja2 memeram doh roti yang didengari dengan lagu2 klasik akan membuatkan molekul air terpecah dengan elok lantas menyedapkan adunan roti,bukan untuk hiburan para pekerja. mengisi roti yang panas di dalam kotak membuatkan tapak tangannya merah kepanasan. selesai segalanya perlahan2 dia menarik kereta sorong itu untuk dibawa ke kedai. di kedai kelihatan kawano san sedang menyusun kertas2 berisi tanda harga. lantas dengan segera jaja menyusun roti yang berkotak2..kali ini kotak yang diangkut lebih tinggi dari ketinggian jaja. sesekali kerjanya diganggu dengan pertanyaan dari kawano san. terasa nak dismackdown kawano san ini tetapi dia kene bersabar.. ucapan selamat pagi saling bertukar sesama pekerja.. suasana sudah menjadi semakin rancak diselangi gelak ketawa daripada pekerja2 tokiwa. masing2 gembira untuk bekerja pada hari ini.. kelihatan di bahagian bentou (nasi bekal) dan nasi2 tersusun sushi gulung dengan banyaknya.. owhh ada perayaan rupanya hari ini.. sudah jam 915.. chief membuat penghantaran roti ke sebuah cafe yg bernama morozoff manakala jaja meminta kawano san mengambil wang cashier di pejabat. panjang lebar penerangan terpaksa diberikan memandangkan kawano san seorang yang suka bertanya. jaja kembali khusyuk menyusun roti sesekali dia disapa oleh orang yang berselisih dengannya.

angin di perut menyerbu2 membuatkan jaja berasa loya. perut menuntut untuk diisi sedangkan kerja tidak siap lagi. chief membantu jaja menyusun roti dan menyapu lantai. kawano san pula mengemop lantai dan mengelap kaki meja. dan jaja terpaksa berulang alik menuju ke kilang untuk mengambil roti.
"kyouwa ninzuu ga tarinkai??"(hari ni staff tak mencukupi ke) tanya sorang pakcik di kilang.
"iie, tariru kedo,shinjin ni oshienai to ikenai kara chotto isogashi desuyo"(tidak, staff mencukupi tetapi kene mengajar orang baru jadi agak sibuk sedikit). selesai mengisi roti2 yang panas di dalam kotak jaja segera kembali menuju ke kedai. dan kembali menyusun roti sambil menunggu jam 10 pagi. dengan segera beliau membeli air cocoa dan mengambil roti tuna sebagai sarapan pagi. inilah keistimewaan bekerja di kedai roti. bleh makan roti yang panas2 sesuka hati.. dengan lafaz bismillah roti dimakan dengan lajunya. masa sudah tidak mencukupi.

jaja bersama chief memotong roti manakala kawano san pula berdiri di luar untuk mengucapkan selamat datang kepada setiap pelanggan yang melintasi mereka. 2 minit pertama semua pekerja hendaklah berdiri sambil mengucapkan selamat pagi dan selamat datang sambil menunduk sebanyak 15 darjah. di jepun segalanya sudah ditetapkan. memandangkan kawano san masih tidak yakin berada di cashier, jadi jaja bertukar kerja dengan kawano san. pagi ini agak sibuk kerana para pelanggan memenuhi ruangan bentou di sebelah kanan kedai roti dan ruangan kacang2 di bahagian kiri kedai roti. tangan kaki otak hendaklah bekerja lebih laju dari biasa. sesekali kawano san datang membantu membungkus roti yang dibeli oleh pelanggan. ada masanya senyuman tanda penghargaan dilemparkan, namun ketika terlalu sibuk tidak sempat untuk tersenyum.

1030 miyazaki san sampai, tugas semakin ringan kerana miyazaki san sangat cekap membuat kerja..pada pukul 1 tugas jaja di kedai roti sudah selesai. segera menyalin pakaian mengucapkan terima kasih kepada kawan sekerja, makcik2 yg jual teh di kedai depan dan segera menuju ke arah rakan sekerja di tempat lain. perkara wajib sebelom balik adalah berjumpa dengan mine san dan nabe san di kedai furikake (tatau dlm melayunya apa) dan kawan2 di kedai pickles.. kemudian jaja kembali meredah hujan menuju ke pejabat pos. bungkusan di tangan hendaklah dihantar segera kepada penerimanya. berjalan sendirian seperti biasa ke mana2 membuatkan jaja terasa seperti sebatang kara. tiada teman berckp sepanjang perjalanan. tiada telinga yang mahu mendgr.. hurmm sudah2 laaa jaja, ini jalan yang kau pilih ini yang kau kene redah, bisik hatinya memujuk emosi. dan air jernih bergenang di dalam kelopak matanya. tetapi indahnya percaturan hidup jaja yang Dia atur. ditemukan dengan ramai rakan sekerja yg peramah di tokiwa membuatkan jaja tidak berasa terus2an keseorangan. meskipun berbeza usia namun kesudian mereka mendgr citer jaja hari2 membuatkan jiwa jaja berasa sedikit terisi.

selesai urusan dipejabat pos jaja kembali teringat yang dia kene mencari sepatu formal untuk seminar AROB(terjemahannya akan dibuat esok) memasuki kedai kasut satu persatu tapi malangnya tiada saiz untuk kakinya. owh org jepun kakinya semua kecil2. gelabah juga dibuatnya, namun jaja segera mencari akal. ada 2 pilihan sama ada ke wasada (shopping mall di tempat lain) atau di xebio (kedai barangan sukan).. perut yang kelaparan tidak diendahkan lantas dia segera menaiki bas menuju ke xebio terlebih dahulu. hujan masih lebat membuatkan keadaan trafik sedikit lambat. kepala sudah pening akibat tempias hujan.. mata sudah memberat lantaran lenanya selalu terganggu semenjak akhir2 ini. pandangannya dilemparkan keluar tingkap sambil mencongak bagaimana mau menuju ke wasada dr xebio.. telefon bimbit dicapai dan dimesejnya zufar untuk meminta tolong. seminit 2 minit 10 minit tiada jawapan.. zufar sibuk barangkali. dalam ati nya berdoa2 agar kasut yang di cari ada di xebio, jadi tidak perlulah dia menyusahkan org membawanya ke wasada.

setibanya di xebio, berlegar2 mencari kasut yang ala2 formal. ketemu sudah tapi bukan saiznya. berpusing2 lagi dan terjumpa jenis yang sama dgn saiz yang dia mahu.. harap2 boleh masuk dan alhamdulillah, Allah menjawab doa dia dengan segera. dengan harga yang berpatutan jaja mencapai kotak kasut itu lantas menuju ke cashier.sambil berjalan sambil membalas email cik ito setiausaha AROB, dan sms zufar pula masuk. owh baru bangun tido rupanya dia. tak mengapalah, barang yang di cari sudah dijumpai..

sampai saja di asrama, terus campak barang di dalam bilik lantas menuju ke dapur menanak nasi.. lapar nya tak bleh disangkal lagi..mujur baki lauk semalam masih ada.. sementara menunggu nasi masak jaja kembali ke kamar melunjurkan kaki.. beberapa msg di hp dijawab dan ditegurnya sahabat cybernya qiella dan fatt...berbual di alam cyber adalah satu2nya cara untuk mengelakkan dia terus2an depress..sambil mengucapkan selamat hari jadi kepada koe(tidak lupa kepada apai jua)..semoga Allah memberkati hidup kalian. jaja terlena lantaran kelelahan yg amat sangat.. dalam pukul 645 dia terjaga dan menjengah dapur.. perut semakin berdondang sayang. kari ayam dipanaskan di dlm oven dan bismillahirrahmanirrahim.. syukur kerana masih dikurniakan rezeki di saat2 memerlukan. hujan masih menitis laju.hasrat ke sekolah dipertimbangkan.. perlukah atau tak perlukah.. berada di rumah membuatkan kesunyian semakin mendera perasaan.. untuk kesekolah owhh penatnya.. lantas masa dihabiskan dengan membaca sejarah malaysia dan brunei..dan ketika ini pelajar2 dari tanah besar China sedang berkelentung kelenting di dapur meraikan lunar day

sebak di atinya semakin mendesak.. itulah dia, ada masanya dia kalah dengan emosi yang kurang menentu.. hatinya meronta untuk berkongsi cerita.. satu demi satu id di YM di scan untuk mencari org yg btoi2 bleh mendgr..tiada, jika ada pun mereka meletakkan simbol busy.. dia mencapai telefon mendail telefon maknya.. tiada jawapan.. air mata kembali menitik ke pipi.. lantas mendail no telefon rakannya.. muzik shuffle dipasang dengan kuat bagi menenggelamkan bunyik esakan yg cuba disembunyikan.. suara girang dibuat2 ketika berbual dengan rakannya.. tapi rakannya sedang memandu menuju ke destinasi liburan dan berjanji untuk menghubungi jaja kembali. perbualan tamat begitu sahaja tanpa sempat dia bercerita apa2...jaja merenung hpnya dengan rasa tidak percaya... kenapa dunia ini tidak adil??mana telinga yg dia perlukan untuk mendgr... MANA SEMUA ORG??

bergolek2 di dalam selimut sambil menghinggut2 menahan esakan.. jaja kembali menjadi jaja yg sebelum2nya.. berbual dengan diri sendiri di bawah selimut...sambil mengenang,sedihnya hidup ini.... tapi jaja tahu.. dia akan kuat, dia takkan tewas semata2 kerana tiada tempat untuk mendgr ayat2nya..dia takkan lemah meskipun tuntutan emosinya mendesak dgn menggila... jaja seorang yg takkan mengalah dengan hidupnya.. selama ini dia boleh berjuang di jepun dan di saat2 akhir dia takkan kalah dengan masalah remeh temeh seperti ini... hari2 dia berdoa agar esok adalah hari untuk dia...
***************************************************************
BERSAMBUNG ESOK

1 comment:

Anonymous said...

aku agak rasa terkilan kerna di saat kau memerlukan seseorang aku tiada di sisi maafkan aku... apa pun aku nak ku tahu satu perkata sahaja jaja, kaulah sahabat aku dunia dan akhirat dan aku juga amat berharap yang aku akan menjadi sahabatmu dunia dan akhirat.