Monday, June 29, 2009

hari ke dua di sekolah

pada hari ni saya bangun dengan cpt iaitu pada jam 630.. kedengaran along sedang menggoreng nasik dan memasak air.. dgn cepat saya mencapai tuala biru dan berjalan menuju ke bilik mandi.. sayang skali pada hari ini saya tak boleh berak pagi... mungkin bontot tak biasa berak di waktu pagi ketika di kuantan ini...

saya menggosok baju kaler pepel dan tudung kuning cair.. sangat tidak matching tudung dan baju saya.. tp saya tak pedulik pon.. along pon mengenakan kurung berwarna ungu.. pada hari ini kami membawa bekal ke sekolah iaitu sebotol air kupi bersama2 nasik gureng.. namun saya lapar nasik memakan juga sepiring nasik gureng bersama ikan keli sambal..

jam di dinding menunjukkan pukul 737.. kelas atau perhimpunan pagi bermula pada 740.. kami sudah terlewat sebenarnya.. dengan gaya otai along saya menghantar putera2nya iaitu zul dan que menuju ke rumah pengasuh.. dan kami terus menuju ke sekolah.. kami sebenarnya sudah terlewat.. perhimpunan sudah bermula dan kami mengambil tempat di belakang... perhimpunan sungguh mengantuk.. dimulakan dengan lagu negeri pahang.. saya terpinga2 apabila mendengar lagu negeri pahang yg pada mulanya saya sangkakan ianya adalah lagu negaraku.. kemudian kami membaca ikrar dan mula mendengar cekgu membebel mengenai disiplin bla bla bla.. wahh rupanya minggu lepas ada pelajar bergaduh... cekgu sungguh marah sekali...

kemudian guru penolong kanan memberikan saya secebis nota menyuruh saya mengambil jadual waktu dekat cekgu mazila dan menghantar result spm... saya pon mengambil sijil spm dan menggagau mencarik cekgu mazila...selesai menfotostat sijil spm saya pon bertemu dengan cikgu mazila.. rupa2nya saya bertukar tempat dengan cikgu tersebut.. sekarang ini saya dikehendaki mengajar bahasa melayu darjah 4 dan 5 dan kemahiran hidup... saya menggelabah.. terus saya mencapai buku kemahiran hidup dan study... aduii apalaaa saya nak ajar budak2 ni....

saya ditegur oleh seorang cikgu bernama maswati.. setelah dirisik2 cikgu ini sebaya dengan saya dan masih bujang trang tang2... kami terus bersahabat... seorang ustazah memberikan saya kuih.. saya dengan malu2 memakan kuih terbabit... kemudian saya pergi membeli air mineral di pantry dengan harga 70sen... kemudian saya bersiap sedia untuk masuk ke dalam kelas 5 Terbilang... kelas ini senang dikawal. saya mengajar mereka penyenggaraan dan membaik pulih.. saya berkenalan dengan mereka dan menerangkan peraturan2 kelas... kemudian saya memberikan mereka kumpulan dan buat kerja berkumpulan... agak seronok juga mengajar mereka.. saya sudah merasa seronok..

kemudian selesai sejam saya keluar dari kelas tersebut... saya ada setengah jam dan kemudian saya pergi ke kelas 4 Semarak.. kelas ini kelas terakhir dan bermasalah.. memang separuh dari masa saya habiskan untuk memancing perhatian budak2 tersebut.. pening kepala saya.. saya mengajar kemahiran hidup juga di kelas tersebut... saya mengajar mereka ciri2 tumbuhan hiasan dan jenis2 tumbuhan hiasan.. teruk gak mengejar budak2 kelas ni... ada idea tak bagaimana nak mententeramkan mereka??

selesai kelas itu saya di tegur oleh maswati.. kami berbual dan disertai oleh 2 org cikgu lain... kami berbual mengenai cara2 diet... hahahahah dan kedengaran cikgu2 lain pon berbual dan bilik guru agak sibuk dengan pelajar keluar masuk menghantar buku dan kerja sekolah....

ohh yaaa.. hari ini saya ditegur oleh cekgu tony... tapi kannn... semenjak perhimpunan tadik cikgu tony duduk di blakang saya.. suara dia ada iras2 suara fasha sandha.. saya rasa nak cekup jek mulut dia dan tak kasik dia bercakap... hihihihi.. tapi tadik cikgu tony datang ke tempat saya 3 kali.. mengambil buku cikgu zaririna... wahahaha kalo tgk lenggok jalan cikgu tony ni mcm miss Jay ANTM(america next top model).. saya teruja dengan lenggang lenggok beliau,,,

sekian kisah saya untuk hari ke dua... petang ni saya akan ke kl untuk interbiu pada esok hari.. doakan saya yarrr

No comments: