Monday, April 13, 2009

the journey (hati ini telah dilukai)

jaja termenung di birai katil.. disebelahnya.. kak fuza sedang enak menganyam mimpi. cemburu dengan kenyenyakan tidur kak fuza.. namun mata jaja masih membuntang bulat.. dadanya terasa berat dengan seribu kesedihan..

hampir 2 tahun jaja menanti utk sebuah pertemuan. pesanan demi pesanan dihantar namun dia masih cuba mengelak untuk bertemu..meskipun sebuah pertemuan kasual sebagai sahabat.. sampai begitu sekali dia mengelak.. satu persatu alasan diberi utk mengelak dari jaja.. sampai mcm tu skali erhh..

terluka?? yaa.. dalam ati jaja bagai ada seketul batu terpacak di atasnya... dada ni rasa nak pecah.. dari semalam hanya air mata yg bergenang di birai matanya..

"akak g laa masuk bilik air..pastu mandi sambil nangis.. pastu mesti lega" mas memberi cadangan selepas melihat jaja terkapar di hujung katil tanpa boleh bergerak.. sesekali matanya terkelip2 menahan air mata dr menitis..

jaja mencapai tuala lantas melangkah masuk ke bilik mandi, anehnya air mata yg hampir tumpah ke pipi tadi ibarat disedut masuk ke dlm kelopak mata.. lantas jaja menyanyi2 sambil mandi..

the garden...

"akak senyum sikit...."

"akak jgnlaa masam camni"

"jaja.. genki wo dashite"

"jaja...senyum sikit...akak rs pelik tgk jaja masam camni"

kata2 ini berkumandang sebelum tibanya tetamu yg lain di italianise, the garden.. mereka ber4 (jaja,azie,kak fuza dan mas) telah bertolak ke the garden untuk meraikan pertemuan semula bekas student2 oita dan kumamoto kousen-nagaoka.. tetamu yg bakal hadir adalah zufar, ayu man aka pnut emy dan puji.. jaja tahu dia kene menukar mood dengan segera kerana takut menspoilkan suasana.. dipujuk2 hati ini dan berusaha mengherotkan bibir utk membuat senyuman..

jaja berusaha dan terus berusaha.. minda dan emosi terasa letih... penat memaksa diri makan dikala seleranya tertutup... penat berusaha tersenyum ketawa tatkala diri dilanda kesedihan yg melampau.. penat berusaha mencipta perbualan dikala otaknya kosong(sampaikan suasana subuh di kampung pon tidak mampu diceritakan apabila disoal)... penat apabila tawa di mulut tidak selari dengan tangisan dihati..

namun alhamdulillah.. suasana lunch di italianise berjalan dlm suasana yg meriah.. para pekerja menyanyikan lagu hari jadi kepada mas dan mas menggeletar meniup lilin kek dan memotong kek...

selesai segalanya.. mereka bergerak menghantar mas balik ke shah alam.. sesekali fikiran jaja melayang entah kemana...dan sekali air matanya menitis..sesegera mungkin dia menyeka titisan air mata itu agar tidak disedari oleh sesiapa.. namun pantas mata kak fuza menangkap perbuatan jaja..dan kantoi...

dan ayat yg sering jaja dengar tadik

"dah laa kak...lupakan aja dia...buat apa nak kenang org yg tak pernah hargai kita "(ayat zufar)

"jaja..genki wo dashite... tanaklaa mcm ni..dah2la tuh.lupakan ajaaa okeh" (kak fuza).. sebenonyer byk laie yg kak fuza nasihatkan...

"dahlaa kak..lupakan aja dia..nnt masuk keje nnt jumpe laie ramai org... sabarjek" (mas)

"akak nnt bal bawak blk beachboy yg lg best dr dia..jgn bersedih ya" (sms dr bal)

iyer..saya akan berusahaa....
dan air mata ini kembali menitis dengan hebatnya semasa bercerita hal ini kepada susu

No comments: