Friday, May 29, 2009

the journey (keliwon)

senja itu, jaja sedang berehat di ruang tamu. adik2 lelakinya iaitu azim alan dan amat semuanya demam.. cuma azim yg terlelap di ruang tamu bersama abahnya manakala yg lain diam di dalam bilik.. emak pula di dalam biliknya manakala razi di dalam bilik mandi..

hujan masih renyai2 diluar.. gelap dan sejuk. jaja tekun membaca novel ps i love you karangan cecilia ahern di hujung sofa apabila azim secara tiba2 terkejut ala2 terlompat. azim menanggalkan cermin matanya ketika tidur dan kelihatan bahagian mata dan bibirnya sangat hitam. ala2 citer twilight tuh. dada jaja sudah berombak kecuakkan..

'azim, ko ok ke?' jaja tanya dan kecuakkan. mata azim melingas memandang ke depan. dia tidak menyahut.. berkali2 jaja bertanyakan soalan yg sama namun azim tetap tidak menyahut dan cuma menggangguk sambil berdengus.. suaranya kasar sekali...

jaja semakin cuak.. terus dia melompat ke blakang kusi abahnya.. abah yg tengah nap itu pon terkejut..

kenapa cik?? tanya abah.

'tatau.. azim tuh pelik.. cuba abah tanya'..

'azim ko ok tak??' tanya abah...

kelihatan warna hitam dr mata azim berkurangan dan bibirnya sudah tidak hitam.. azim lantas meraup mukanya dan menjawab.. takder apa2....

No comments: