Tuesday, May 26, 2009

manusia...................

jaja termangu di tepi tangga.. sambil otaknya memutarkan apakah jawapan yg perlu dijawab kepada emaknya.. jawapan yg amat susah untuk ditelah dengan pemikiran yg singkat...

'cik, kalau ko sebagai perempuan datang kat lelaki dan cakap kat lelaki tuh yg ko sukakan dia.. pastu lelaki tuh cakap, aku tanak kat ko... ko rasa malu tak??'

otak jaja berputar hebat, mesti laa rasa malu.. kalau ikut adat sebagai manusia. tapi manusia zaman sekarang bukan kira.. kekadang ramai gak yg tak reti bahasa dan tak malu.

'kenapa mak??'.... mak dengan suara gelak hiba mula bercerita...

setahun yg lampau

'kak wan, tuh abang kak pah tuh duda, apa lagi awak jeling2 laaa,' gurau cik yam kepada wan yg baru kehilangan suami. muka kak wan ketika itu berubah habis. gurauan yg tidak menjadi gurauan kepadanya. ketika itu rumah mak pah masih riuh rendah kerana kenduri kawen kak leen, anak mak pah yg sulung.

keesokan harinya. di pejabat felda

'cik man, saya tak boleh tidur malam tadi (sambil tersedu2) kak yam da tahu hubungan kita, adu kak wan kepada cik rahman. cik rahman menjadi terkejut dan panik. HUBUNGAN KITA??

'bila masa saya ada hubungan dgn awak ni wan? yg hari tu kalau awak igt saya nak ngurat awak masa saya suruh awak berhias tu sebab awak tuh ketua wanita felda ni. kenela ceria bla bla bla... '

panjang lebar cik rahman menerangkan keadaan sebenarnya kepada kak wan. namun kak wan masih tersedu lantas terus menerus memaksa cik rahman mengaku yg mereka sedang bercinta.. ruangan pejabat menjadi meriah dan kecoh tetapi mereka tidak mengetahui apa yg terjadi kerana mereka tidak dapat menguping apa yg kak wan dan cik rahman bualkan.

'mcm ni la cik man. saya nak g bersemuka dengan kak yam' kata kak wan sambil tersedu2 (tetibe aku rasa mcm nak ludah kat kak wan ni.. emosi ni)

'yang awak nak libatkan kak yam tuh kenapa?? utk pengetahuan awak, segala yg berlaku kat felda ni, segala sms2 yg saya anto kat bos saya kat org2 kampung ke panggilan telefon ke semua saya tunjuk kat kak yam.. dia tahu segala2nya.. kenapa nak pergi bersemuka dengan die plak?' cik rahman da mula berang.

sepulangnya dari pejabat cik rahman termenung panjang. cik yam menegur kenapa cik rahman termenung panjang. dan dengan segera cik rahman menyuruh cik yam bersiap utk g ngeteh(minum teh kat kedai) kt luar.. sepanjang perjalanan cik rahman menceritakan apa yg berlaku,. sememangnya antara mereka suami isteri tiada sikit pon rahsia. even sms yg diterima yg dihantar dsb. pendek kata kalau nak tahu rahsia apa2, silalah tanya kat cik yam..

tetapi atas desakan anak2 kak wan yg da besar menyuruh kak wan bersemuka dengan cik yam.. (eiiiiii geram2).. di ruang tamu rumah cik rahman mereka bertiga bersemuka. terlalu panjang hujah2 mereka.. antara yg penting,

'cik man ni saya tak hingin laa kak, *die nganjing2kan cik rahman dan ngutuk cik rahman*..
cik yam da mula panas telinga, yer laa org ngejek suami sendiri. padahal pangkat suami tuh yg tertinggi kat felda tuh.. tapi cik yam masih cool dan masih menuturkan ayat2 dengan tenang meskipun tersekat2 kerana sebak sangat org ngata suami sendiri.

'wan, cik rahman ni anaknyer ramai.. tanggungjawab nyer besar, akak da lama idup dengan dia, biler nak kawen nafkah zahir batin memang die tak mampu..'

'wan, saya betul takde perasaan kat awak. memang saya ada sms ada telefon awak tapi awak tuh ketua wanita felda ni. saya pengurus.. mestilah saya kene berhubung. biarlah lepas ni hubungan ni lebih kepada kerja', cik man da ilang arah dah..

cik wan siap sarankan kat cik yam utk membawak cik rahman berubat kt bomoh. apa kejadahnyaaaaaaaaa??????

selepas itu cik wan g sebarkan kat seluruh pertubuhan wanita dan orang2 pegawai felda di seluruh daerah maran ni. mengatakan cik rahman pengurus gatal. die pon tuduh pengurus sebelom cik rahman gatal sebab selalu contact die bla bla bla... org pertubuhan wanita mula berang dan mengutuk2 cik rahman. cik rahman semakin tertekan. pernah dimasukkan ke hospital gara2 serangan jantung. kemudian cik rahman mula bercerita kepada mak saudaranya yg merupakan peneroka felda ini. apa lagi berangla mak saudaranya lantas g serang kak wan yg membawa mulut. barulah berita ini tersebar di dlm pejabat. cik yam yg pada mulanya berdiam diri mula menjawab apabila disoal oleh isteri2 kawan sepejabat suaminya.

kak wan mula berasa gah lantas menyebarkan ura2 nak g menyerang cik yam (btoi ni wehh.. die lak yg melebih2 nak nyerang cik yam).. cik yam mengajak sahabat baiknya mak pah dan makcik as memasak bihun utk dijamu kepada org yg nak menyerangnya. bebebapa orang kuat pertubuhan wanita dan pegawai felda mula memenuhi rumah cik rahman. setelah lama menunggu tetapi kak wan tak muncul tiba. cik rahman mula menerangkan segala2nya kepada org pertubuhan wanita. dan terbongkarlah segalanya.. ramai sahabat baik cik rahman yg mengenali hati budi cik rahman turut membantu membersihkan imej cik rahman dikalangan pegawai2 felda daerah maran.

cik rahman ni memang suka membantu orang. terlalu komited dengan kerja.. ini bukan auta tetapi kalau da sumer org cakap mcm tuh.. ye laa tuh kannn... jadi ada masa dia kelihatan terlalu caring terhadap orang.

setelah setahun....................................

sms cik rahman sampai ke telefon beberapa orang kuat felda termasuk kak wan. namun apa yang diterima?? sms maki hamun anak kak wan yg berusia 15 tahun menyuruh cik rahman berhenti sms emak mereka.. satu keluarga cik rahman yg ketika itu berada dikampung mengutuk anak kak wan yg masih hingusan.. tak sedar nnt ko nak masuk asrama ke uni ke kene mintak sign dengan bapak aku gak.. kata anak2 cik rahman..

namun rentetan kes sms tersebut, kak wan kembali ke pejabat dengan soalan.

'cik man, btoi ke cik man nak minang saya??'

tercengang cik rahman apabila menerima soalan itu.

'ko ni sebenarnya nak kat aku ke??' da beraku kau da cik rahman ni.. die memberang

'nak' tanpa segan silu kak wan mengaku....

cik man menerangkan lagi sekali die tak pernah cakap kat sesapa die nak kat kak wan. die memang takder perasaan langsung2 kat kak wan...

sepulangnya cik rahman ke rumah, skali lagi dia mengajak cik yam keluar.. berderai2 air mata mereka berdua apabila berbincang mengenai hal ini.

'bah, keluarga kita selama ini dah bahagia dah bah. ada anak2 ada cucu... kiter sekarang ni memang setiap anak ada target kiter. saya redha selama ni awak bergaji besar tapi awak tak pernah nak belikan barang kemas ke.. salut dengan harta ke.. sebab saya tahu selama ni awak menanggung adik2 awak. mak awak.. pastu anak kiter 9 orang semua kiter letakkan target kiter.. nak mereka berjaya.. tinggal 3 orang lagi kat sekolah yg kiter nak anto sampai ke unibersiti.. tapi nak tanggung satu keluarga lagi saya yakin awak tak mampu zahir batin..awak dengan sakit awak dengan tekanan kerja awak.. orang selama ni tengok awak gah jadik pengurus gaji beribu2 tapi selama ni org tatau yg kiter kadang2 makan berlauk kicap jek bah sebab nak bela anak2' ...(antara ayat2 yg cik yam luahkan) memang mereka bertangisan bersama...

tapi..................

perempuan itu masih mengacau dan mengancam ketenteraman keluarga mereka... dengar2 kabar berbomoh lak sekarang neh DEMMITTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT

No comments: