Saturday, January 1, 2011

jeng jeng jenggg.. selamat tawon baharu

Alhamdulillah.. da melangkah kita ke satu lagi tahun yg bakal mencabar seluruh fizikal dan minda kita... dan mudah2an tahun baru ini menjadikkan kita lebih baik daripada tahun2 sebelumnya...

seperti yg kita sedia maklum.. malam tahun baru adalah sangat seronok apabila diraikan bersama2.. saya sudah beberapa lama tidak mensambut tahun baru... jadi pada tahun ini sebenarnya ada pelbagai agenda sudah diatur.. namun begitu saya terpaksa memilih untuk bersederhana memandangkan pada tahun baru saya kene bekerja..

jadi saya memilih untuk memaksa dalilah mengajak saya ke rumahnya kerana dia ada membakar bbq.. jadi saya pon memandu dengan agak laju untuk mengejar waktu maghrib dan seterusnye membaham bbq beliau.. kami berhoye2 seketika di bilik beliau sebelum bersiap sedia untuk keluar.. setelah berfikir, kami pon bergegas ke seksyen 11 untuk menikmati sate dan nasi ayam pak mal.. malang skali sate sudah hangat dijual.. menurut penjual sate, sate itu sold out dalam masa 30 minit sahaja.. alhamdulillah murah rezeki pakcik itu.. kami memesan makanan sambil berbual2..


nasi ayam, jus mangga, laicikang dan bbq ditapau dr rumah

saya menjadi terliur melihat org depan begitu asyik menghirup abc spesel lantas saya pon memesan abc spesel.. owhh takder laa sedap sgt.. lebih enak abc di giant shah alam.. seriess.. sekiranya anda kesana usah lepaskan peluang menikmati abc ais krim di food court... nyum nyummm..

destinasi kami seterusnya adalah pulang ke rumah dalilah semula untuk menjamban.. ehehehehe memandangkan kami hanya nak tgk bunga api, jadi saya mengambil keputusan untuk melelapkan mata barang sejam dua... tepat jam 10:47 malam dalilah mengejutkan saya untuk bersiap2 melihat bunga api.. dengan kemamaian saya pon mentempek bedak di muka dan memakai tudung dan turun ke bawah..

kami menonton bunga api di sunway hotel.. dalilah dengan kuasa gps di kepala telah berjaya mengelakkan kesesakan lalu lintas di sana.. kami memarkirkan kenderaan di subang medical centre dan berjalan kaki sambil mentertawakan kereta2 yg bersesakan di jalan raya..

tepat jam 12 malam dentuman bunga api kedengaran.. kami berjalan dgn pantasnya untuk mencari bunga api tersebut.. kecewa sungguh kerana bunga api yg dilepaskan tidak berapa tinggi dan kami tidak dpt mengambil gambar dengan baik.. hasilnya adalah seperti di bawah


selesai beberapa das tembakan bunga api kami pon membawa diri pulang ke rumah.. saya sampai di rumah pada jam 1 pagi.. mandi dan bersiap sedia untuk tido..
dan skrg ini saya sangat mengantuk di ofis

No comments: