Friday, December 31, 2010

JANGAN BERSEDIH (entry penutup 2010)

(DICEDOK DARI LA TAHZAN)

JANGAN BERSEDIH :

kerana anda telah melalui kesedihan itu kelmarin dan ia sama sekali tidak memberi sebarang manfaat pun. ketika anak anda gagal dalam ujian dan anda bersedih kerananya, apakah kemudiannya ia akan lulus kerana kesedihan itu ?

ketika bapa meninggal dunia dan anda bersedih, apakah kemudiannya ia akan hidup kembali? ketika anda mengalami kerugian dan kemudian anda bersedih, apakah kemudiannya kerugian itu akan berubah menjadi keuntungan ?


JANGAN BERSEDIH :
kerana kesedihan anda terhadap sesuatu musibah, akan menciptakan pelbagai musibah yang lani. Ketika anda bersedih kerana kemiskinan atau kesengsaraan yang anda alami, bukankah kesedihan itu akan menambah kesusahan anda? ketika anda bersedih kerana cercaan musuh2 anda, pastilah kesedihan itu hanya akan menguntungkan musuh utk menyerang anda.

JANGAN BERSEDIH :

kerana kesedihan hanya akan membuatkan air yang segar terasa pahit dan sekuntum mawar yang indah kelihatan layu, kebun yang menghijau kelihatan spt gurun pasir yang gersang dan kehidupan dunia terasa bagai dipenjara.

JANGAN BERSEDiH :
kerana anda memiliki 2 mata 2 telinga bibir, tangan, kaki, lidah, hati, kedamaian, keamanan dan kesihatan badan

JANGAN BERSEDIH :
kerana anda masih memiliki agama yg anda yakini kebenarannya, mempunyai rumah sebagai tempat tinggal, makanan untuk dimakan, air untuk diminum, pakaiana untuk dipakai dan kekasih yg dicintai

JADI MENGAPA MESTI BERSEDIH???

(selamat tinggal 2010.. ahlan wasahlan 2011..)

No comments: