Thursday, December 23, 2010

bila rasa sedih

baca novel hlovate yg tajuk 5 tahun 5 bulan...

antara petikan ayat2 novel die yg mak die pesan kt die,

ana kalau sedih bacalah surah ad-dhuha dgn al insyirah... insya Allah beroleh ketenangan....

petikan dr ad-dhuha

(4) Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda (berpuas hati).
(5)
Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu, lalu Dia memberikan perlindungan?
(6)
Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Dia memberikan hidayat petunjuk (dengan wahyu Al-Quran)?
(7)
Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Dia memberikan kekayaan?

petikan dr al insyirah

(4) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(5)
(Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
(6)
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
(7)
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

rasa sayu plak.. bila 2 kali Allah menegaskan bahawa setiap kesukaran disertai kemudahan..

kadang rasa mcm berat sgt dugaan yg ditanggung, rasa mcm beban ni terlalu menyukarkan.. tapi Allah da berkata dlm surat cinta-Nya (iaitu Al-quran), bahawa setiap kesukaran disertai dengan kemudahan, namun kene bersungguh2 berusaha mengerjakan amal soleh yg lain.. dan last skali memohon kepada Nya apa yg kita gemar dan apa yg kita nak..

Masya Allah, rasa tersindir sgt waktu ni.. sebab ada masa waktu2 sedih,waktu marah, waktu2 bengang kekadang ayat carutan yg keluar dari bibir.. bukannya puji2an kepada Dia..

rasa sedih, sedih dgn diri sendiri... sedih sbb masih tak sedar yg janji2 manis Allah Maha Berkuasa ini dan terus lalai dengan duniawi..

bangunlaa,, sedarlaa dari mimpi...

dan berusahalahhh....

1 comment:

Roza Yusoff said...

setuju :) tau...tp lalai..haishhhhh